EKSKLUSIF: TRINA JOHNSON FINN - REMEMBERING WHITNEY



REMEMBERING WHITNEY - THE GREATEST LOVE OF ALL merupakan persembahan konsert selama 90 minit bagi meraikan kegemilangan dan kehebatan lagu-lagu hit mendiang Whitney Houston. 

Trina Johnson Finn, seorang daripada beberapa penyanyi wanita yang dapat menyelami dan membawa peranan sebagai Whitney, bakal memikat rakyat Malaysia dengan nyanyian yang pastinya memukau menerusi lagu-lagu klasik Whitney yang menggamit kenangan seperti “Greatest Love of All”, “I’m Every Woman,” “Queen of the Night,” “How Will I Know,” “I Will Always Love You,” “I Have Nothing,” dan “I Wanna Dance With Somebody”.

Kami sempat mendapatkan wawancara e-mel bersama penyanyi yang berbakat besar ini sebelum kehadirannya di pentas Istana Budaya. Jom kita kenali sedikit sebanyak tentang Trina Johnson Finn.

1) Ceritakan bagaimana kamu terlibat dengan konsert tribut untuk memperingati Whitney Houston. 
Saya adalah seorang peminat Whitney Houston sejak beliau memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian. Whitney adalah American Idol pujaan saya. Selepas pemergian Whitney dalam 2012, saya mahu memperingati legasi dan meraikan muzik yang hebat yang ditinggalkan olehnya dalam sebuah konsert. Whitney mempunyai banyak lagu-lagu yang bagus dan saya tidak mahu orang melupakan karya yang beliau berikan sebagai seorang artis. Suara Whitney adalah antara yang paling ikonik di zaman ini.

2) Apakah lagu Whitney Houston yang menggembirakan kamu? 
Salah satu lagu Whitney kegemaran saya adalah “One Moment In Time” kerana lagu ini memperkasakan dan menyemarakkan semangat, seolah-olah saya boleh terbang apabila mendengar suaranya yang padu dalam lagu ini.

3) Apakah lagu Whitney yang paling mencabar untuk dinyanyikan?
Lagu Whitney yang paling mencabar “I Will Always Love You” kerana ia adalah sebuah lagu yang memerlukan bertenaga dan emosi untuk dinyanyikan. Sebenarnya semua lagu-lagu Whitney adalah mencabar kerana beliau dalah seorang vokalis yang terlalu hebat!

4) Apakah persembahan Whitney yang pertama pernah kamu saksikan?
Saya pertama kali menonton persembahan Whitney dalam muzik video lagu “You Give Good Love”, iaitu lagu single pertamanya yang dikeluarkan dalam tahun 1985.

5) Bagaimanakah Whitney mencetuskan inspirasi untuk kamu sebagai seorang artis?
Whitney merupakan sumber inspirasi saya kerana beliau memecahkan pelbagai rekod sebagai penyanyi wanita dengan anugerah paling banyak dalam sejarah muzik. Beliau juga mendapat tempat nombor satu dalam carta dengan lagunya secara berturut-turut dan berjaya menjual jutaan album dalam kerjayanya. Muzik Whitey adalah malar segar dan belaiu adalah seorang artis yang mempunyai segalanya - vokal, rupa dan bakat.




6) Apakah lagu pilihan jika kamu diberi peluang untuk berduet dengan Whitney Houston?
When You Believe, sebuah duet antara Whitney Houston dan Mariah Carey. Such a beautiful song.

7) Siapakah penyanyi-penyanyi lain yang memberi inspirasi kepada kamu?Cita-cita saya sejak kecil lagi adalah untuk menjadi seorang penghibur dan saya menyanjungi artis-artis seperti Aretha Franklin, Diana Ross, Barbra Streisand dan Ella Fitzgerald

8) Apakah saat yang paling sukar dilupakan bersama peminat-peminat kamu di serata dunia?
Salah satu perkara yang lucu dan sukar dilupakan dalah apabila saya menyanyikan lagu “I Will Always Love You”, akan terdapat beberapa orang di dalam audien yang menyanyikan lagu tersebut dengan kuat dan sumbang. Ia amat melucukan tetapi pada yang sama juga charming. Lagu ini adalah yang paling digemari peminat-peminat Whitney.

9) Bagaimanakah kamu menjaga suara?
Cara yang terbaik adalah mudah - waktu rehat yang mencukupi. Saya juga minum teh dan madu sebelum membuat pesembahan serta melakukan latihan warm up untuk peti suara saya.

10) Apakah peminat-peminat Malaysia dapat saksikan daripada persembahan kamu? 
Para peminat Malaysia akan dihiburkan oleh banyak lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Whitney Houston dan saya akan ceritakan bagaimana lagulagu beliau memberi inspirasi kepada saya dan mengapa saya sayanginya.
"I will give the audience a piece of my soul as I perform and pay homage to an amazing vocalist. Growing up similar to Whitney in the church, I want to give a soulful and powerful performance that they will never forget. I hope to inspire and leave every audience member feeling like they are on cloud nine."


Maklumat Persembahan & Jualan Tiket:
Premium - RM480
VIP - RM380
Cat A - RM250
Cat B - RM150
Cat C - RM80
* Semua harga tiket adalah tertakluk kepada fi tiket sebanyak RM4

Untuk maklumat lanjut mengenai butiran persembahan dan tiket, sila layari:
Laman Facebook: https://www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/
Laman Web Rasmi: www.milestone-entertainment.com



Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO