Posts

Showing posts from June, 2023

LG MENGUBAH KEHIDUPAN DENGAN INOVASI SELAMA 65 TAHUN, KINI MEMPERKENALKAN KEJUTAN ISTIMEWA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Image
LG Electronics (LG), jenama terkemuka dalam industri peralatan elektronik rumah di Malaysia, dengan bangganya meraih ulang tahun ke-65 tahun ini. Sejak penubuhannya pada tahun 1958, LG terus mencetuskan perubahan dalam kehidupan pelanggan dengan inovasi produk dan perkhidmatannya yang melangkaui jangkaan. Hingga tahun 2022, LG berhasil mencapai pendapatan sebanyak 83.5 trillion KRW (RM300,256,391,655.00) di Akaun Hasil Disatukan.

NETFLIX PERKENALKAN BARISAN PELAKON TAMBAHAN DI DALAM SQUID GAMES MUSIM 2

Image
Netflix baru sahaja mengumumkan barisan pelakon tambahan yang bakal menyertai musim kedua siri popular, Squid Game. Foto di atas, dari kiri ke kanan: CHOI SEUNG-HYUN, LEE JIN-UK, WON JI-AN, PARK GYU-YOUNG, KANG AE-SIM, LEE DAVID, JO YU-RI, ROH JAE-WON.

CANON MERAIKAN HARI KAMERA KEBANGSAAN DENGAN BENGKEL PENCIPTAAN KANDUNGAN

Image
Bersedialah untuk menangkap detik indah serta senyuman yang terukir sempena Hari Kamera Kebangsaan pada 29 Jun! Canon Marketing Malaysia ("Canon") meraikan sambutan istimewa ini dengan mengadakan bengkel penciptaan kandungan di Utama Farm, iaitu sebuah ladang bandar yang lestari di Petaling Jaya.

HEADHUNTER MELESTARIKAN TRADISI KEPAHLAWANAN & SETIAKAWAN, KINI DI PRIME VIDEO

Image
Menghidupkan semula tradisi, adat atau kepercayaan yang pernah wujud dalam sejarah peradaban manusia ke skrin layar mungkin tidak semudah yang digambarkan. Namun dengan pengetahuan dan kajian yang dijalankan, ‘suasana’ tersebut dapat dikembalikan meski ia dihasilkan dalam bentuk fiksyen.

PANDUAN MUSLIM YANG BAHARU UNTUK PERCUTIAN YANG HALAL KE AUSTRALIA BARAT

Image
Tourism Western Australia telah melancarkan Panduan Perjalanan Muslim baharu di Malaysia hari ini. Panduan ini merupakan kompilasi maklumat yang disesuaikan untuk pelancong Muslim di Malaysia supaya mereka boleh melancong ke Australia Barat dan meneroka keindahan negeri itu dengan mudah.

DANA PENDIDIKAN ELENA COOKE BANTU ANAK MUDA MALAYSIA KURANG BERNASIB BAIK UNTUK MELANJUTKAN PENDIDIKAN TINGGI

Image
Pada 2009, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang mempunyai visi untuk mempertingkatkan keupayaan anak muda ke tahap tertinggi telah bergabung untuk untuk memulakan satu misi untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk mencapai impian mereka untuk melanjutan pelajaran ke pendidikan tinggi.

6 SEBAB KENAPA PERKONGSIAN KERETA SEMAKIN MENINGKAT POPULAR

Image
Nak beli kereta? Ia tentunya satu komitmen yang besar. Namun sebenarnya, ia tidaklah rumit. Jom kita belajar tentang pemilikan kereta.

LAZADA SEMARAKKAN KOMITMEN UNTUK MEMPERKASAKAN BELIA TEMPATAN MENERUSI RAKAN MUDA BERSAMA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Image
Lazada Malaysia telah dipilih menjadi salah satu rakan strategik program Rakan Muda – Nafas Baharu yang kini dibangkitkan semula di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan. Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh; dan Mantan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Tan Sri Dato’ Abdul Ghani Othman, yang terdahulu memperkenalkan program Rakan Muda pada tahun 1994. Menggandakan inspirasi program Rakan Muda, jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, dan pelumba basikal trek Keririn nombor 1 dunia, Dato’ Azizulhasni Awang turut hadir di majlis pelancaran yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 25 Jun 2023, bersama-sama lebih 3,000 belia dan sukarelawan.

POLIS EVO 3 DIABADIKAN DI MURAL GERGASI DI JALAN KEMUNING, DANG WANGI

Image
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures telah berjaya meraih kutipan panggung lebih RM51 juta dan sekali gus menjadi filem nombor 1 paling laris 2023. Rentetan daripada kejayaan dan sambutan positif daripada penonton serta peminat, filem Polis Evo 3 telah diabadikan di dalam sebuah mural di Jalan Kemuning, Dang Wangi.

PENCARIAN ‘THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ ANJURAN GUARDIAN MALAYSIA KEMBALI!

Image
Guardian Malaysia telah mengadakan kembali peraduan popularnya untuk mencari The Face of Healthy Beauty (TFHB).

AUSTRALIA BARAT - DESTINASI PERCUTIAN YANG MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA

Image
Merancang percutian – khususnya ke luar negara – sememangnya mencetuskan keterujaan baik kepada anak-anak mahupun ibu bapa. Jika anda inginkan destinasi yang menawarkan pengembaraan mendebarkan, keindahan alam yang mempesona dan lokasi yang cukup menarik untuk berehat dan meluangkan masa berharga bersama keluarga, anda tidak perlu lagi tercari-cari kerana semuanya ada di Australia Barat.

JOM NIKMATI BUFET HI-TEA HUJUNG MINGGU DI FAIRFIELD BY MARRIOTT KUALA LUMPUR

Image
Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Hi-Tea Hujung Minggu bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja bermula dari 24 Jun 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad di restoran Lesung.

KUMPULAN TARIAN SINGA TERBAIK DUNIA BERSAING DEMI KEGEMILANGAN DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Saksikan kehebatan singa dengan aksi akrobatik menakjubkan di atas tiang mengikut rentak gendang dan simbal dengan seni gerak penuh kreatif di Kejohanan Tarian Singa Dunia Genting ke-14 dari 4 hingga 6 Ogos ini di Resorts World Genting (RWG). 

KENALI LEBIH DEKAT ARTIS INDIE MENERUSI “THE BUZZ”

Image
“The Buzz” adalah sebuah program terbitan stesen radio TRAXXfm yang memberi tumpuan kepada dunia muzik indie di Malaysia seperti jazz, blues, rock, punk, alternative dan banyak lagi. Menurut penerbitnya, KG, program ini juga menjadi platform kepada artis baharu untuk berkongsi bakat mereka. The Buzz keudara setiap hari Sabtu minggu pertama dan ketiga setiap bulan dari jam 3.15 petang hingga 3.45 petang.

APITHERAPY - RAWATAN BERASASKAN SENGATAN DAN PRODUK HASILAN LEBAH

Image
Apitherapy atau lebih sinonim dengan rawatan berasaskan sengatan dan produk hasilan lebah kini mula mendapat tempat dalam masyarakat dan terkini Australia antara negara terawal menunjukkan minat untuk bekerjasama.

YES 5G MERINTIS INDUSTRI PERMAINAN AWAN DI MALAYSIA DENGAN NVIDIA GEFORCE NOW

Image
Bersiap sedia para pemain di Malaysia, kerana Yes 5G bekerjasama dengan NVIDIA untuk memperkenalkan masa depan permainan di Malaysia dengan permainan awan yang maju, GeForce NOW Dikuasakan oleh Yes 5G. Ucapkan selamat tinggal kepada pengalaman muat turun permainan yang membosankan dan juga harga peranti permainan yang semakin tinggi dan pastikan bersedia untuk memulakan pengembaraan yang mendorong kepada landskap permainan peringkat tertinggi.

MONDELĒZ INTERNATIONAL: RAKYAT MALAYSIA AMAL SNEK BIJAK, NAMUN KURANG PEKA TENTANG ALAM SEKITAR

Image
Tabiat pengambilan snek kian hari kian berubah seiring dengan kesedaran pengguna akan impak pilihan mereka terhadap kesejahteraan dan keseimbangan menyeluruh diri, serta alam sekitar. Hasil satu tinjauan baru-baru ini mendedahkan, rakyat Malaysia sedang berusaha untuk menjadi lebih bijak dalam tabiat snek mereka, dengan 54% responden mengawal saiz porsi secara aktif, manakala 51% menggunakan semua pancaindera untuk meningkatkan pengalaman snek mereka.

MUSLIM PRO MENGUMUMKAN 10 HARI HADIAH PERCUMA JUN INI, MENJELANG HARI RAYA HAJI

Image
Muslim Pro , aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia dengan lebih 150 juta muat turun, teruja untuk mengumumkan acara pemberian hadiah selama 10 hari sempena sambutan musim Haji. Kempen pemberian hadiah semasa musim Haji ini bertujuan untuk memberi ganjaran dan melibatkan pengguna Muslim Pro di Malaysia dengan menawarkan hadiah menarik dan promosi istimewa.

LAZADA BEKERJASAMA DENGAN MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA UNTUK MERAIKAN KETERANGKUMAN DI LAZADA RUN

Image
Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil meningkatkan kesedaran tentang atlet kelainan upaya, Lazada, perintis platform e-dagang Asia Tenggara, dengan bangganya mengumumkan penyertaan Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) dalam Lazada Run Malaysia. 

KAYDA AZIZ KEMBALI DENGAN SINGLE HIP HOP TERBAHARU - 'LEN MACAM'

Image
Ibarat pepatah Melayu yang masyuhur “diam-diam ubi berisi” begitulah diibaratkan buat artis hip-hop wanita tanah air bertubuh genit dan bersemangat waja, Kayda Aziz, hampir setahun tidak muncul dengan mana-mana karya, kini beliau kembali dengan single hip-hop terbaharu berjudul ‘LEN MACAM’ hasil nukilannya sendiri dengan komposer muda berbakat, DJ Ziqq.

MURAD LANCAR RETINAL RESCULPT™ OVERNIGHT UNTUK TANGANI MASALAH KULIT WAJAH KENDUR

Image
Adakah anda sering terganggu dengan masalah kulit yang semakin hilang keanjalannya? Anda juga selalu ingin ‘menegangkan’ atau 'menghaluskan' kulit? Selain itu, adakah lipatan kulit di leher juga turut mengganggu anda?

BADAN PERUBATAN SERTA PERSATUAN PENGASUHAN DAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK LANCAR ‘BULAN PEMERHATIAN TUMBESARAN’

Image
Bulan Pemerhatian Tumbesaran (Growth Watch Month) telah dirasmikan hari ini bagi mengumpulkan usaha sama daripada pakar penjagaan kesihatan dan ibu bapa untuk mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan ini, mereka boleh mencapai potensi pertumbuhan optimum untuk masa depan yang lebih cerah.

MAGGI® MI GORENG LAKSA WARISAN BAHARU BAKAL MENAWAN CITA RASA RAKYAT MALAYSIA

Image
Dengan aroma dan rasa yang penuh nostalgia tidak dinafikan Laksa merupakan ikon tradisi masakan Malaysia. Bagi meraikan cinta rakyat Malaysia terhadap Laksa, MAGGI® memberi penghormatan kepada kepelbagaian warisan dan budaya yang dimiliki oleh hidangan klasik Malaysia ini dengan memperkenalkan MAGGI® Mi Goreng Laksa Warisan baharu dengan rasa autentik dan aroma yang memikat selera.

NU SKIN MERAIKAN 20 TAHUN DENGAN MEMPERKASAKAN KOMUNITI MELALUI HARI FORCE FOR GOOD

Image
Nu Skin Malaysia, jenama terkemuka produk kecantikan dan kesihatan, meraikan ulang tahun ke-20 dengan penganjuran acara tahunan Hari Force For Good pada hari Isnin yang lalu.

KELESTARIAN HUTAN PAYA GAMBUT NEGARA MENJADI KEUTAMAAN PADA HARI KEPELBAGAIAN BIOLOGI ANTARABANGSA 2023

Image
Sempena Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa yang diraikan setiap 22 Mei, seramai 130 sukarelawan daripada segenap usia telah berkumpul di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) di Selangor pada 20 Mei untuk menanam sejumlah 600 pokok bagi membantu memulihkan hutan paya gambut negara dan membawa perubahan untuk masa depan generasi akan datang.

ANGKASA-X UMUMKAN PELANCARAN SATELIT MALAYSIA UNTUK MENERAJUI EKOSISTEM TEKNOLOGI ANGKASA DAN EKONOMI ANGKASA ASEAN

Image
Menerajui usaha untuk memacu ekosistem teknologi angkasa Malaysia ke hadapan, ANGKASA-X – sebuah syarikat rangkuman teknologi-sosial terkemuka dengan misi untuk memenuhi aspirasi unicorn negara untuk mewujudkan ekonomi angkasa lepas ASEAN – secara rasmi mengumumkan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 (“PG1”) pada 27 Jun 2023 kelak.

KEDAI ALAT TULIS TEMPATAN CZIPLEE DEDAH RAHSIA PERNIAGAAN KELUARGA KEKAL SELAMA 55 TAHUN

Image
Perniagaan keluarga dan diuruskan sepenuhnya sendiri, CzipLee (集利), telah wujud lebih 50 tahun lamanya sejak tahun 1968. Bermula sebagai sebuah kedai runcit kecil di Kajang, Selangor, CzipLee pada peringkat permulaannya menjual pelbagai jenis barangan harian termasuk gula-gula, surat khabar dan sedikit sebanyak alat tulis.

GURU MAHU UBAH STIGMA NASIB ‘BUDAK BELAKANG’ MELALUI MUZIK RAP

Image
Tiada masa depan dan tidak akan berjaya. Itu antara kata-kata yang sering dilontarkan masyarakat kepada kumpulan pelajar yang berada di kelas belakang. Bagaikan tiada peluang untuk berjaya, adakalanya kehadiran mereka dilabelkan sebagai membebankan orang lain. Melihat stigma negatif itu, seorang guru di sebuah pusat pengajian swasta, Muhammad Syahir Andenan atau lebih mesra digelar Badang, 28, mengambil inisiatif kreatif dengan memberi peluang kepada kumpulan pelajar terbabit untuk mencungkil bakat mereka menerusi nyanyian rap. “Semua pelajar ada masa depan. Termasuklah pelajar-pelajar kelas belakang. Kita cuma perlu kenal pasti dan bukakan jalan untuk mereka nampak. “Saya melihat melalui muzik rap ini, ia sebagai medium ekspresi atau luahan bakat yang bukan semua orang boleh miliki. “Jadi inisiatif ini sebagai langkah untuk menepis stigma masyarakat terhadap bakat pelajar kelas belakang ini,” katanya. Badang berkata bagi memberi peluang kepada pelajar ini mempamerkan bakat mereka, seb

KEMPEN “GOLDEN TICKET” MENAWARKAN BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI LEBIH RM600,000 UNTUK DIMENANGI

Image
Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli belah, kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang bakal menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘The Golden Ticket’ kini muncul untuk kali yang keempat lanjutan dari sambutan hebat yang diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020. Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan berlangsung menerusi tiga peringkat yang bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun diikuti oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ yang akan bermula pada 3 sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Pengharagaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun. Acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50. Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam

KONSERT PERDANA ANDMESH KAMALENG DI KUALA LUMPUR LUAR BIASA!

Image
Malam 4 Jun 2023 telah menjadi saksi kehebatan penyanyi dari Indonesia, Andmesh Kamaleng buat peminat di ibu kota yang hadir menyaksikan konsert perdananya di Malaysia ‘ANDMESH KAMALENG LIVE IN KUALA LUMPUR’ yang bertemakan ‘cinta’ dan penuh emosi bertempat di Plenary Hall, KLCC bermula jam 8:30 malam, dibawakan khas oleh penganjur acara Kharisma Music International.

BMW GROUP MALAYSIA UMUM KEMPEN-KEMPEN MENARIK SEMPENA ULANG TAHUNNYA KE-20

Image
Meraikan 20 tahun komitmen untuk menyampaikan kenderaan dan perkhidmatan yang luar biasa bersama janji “Sheer Driving Pleasure” di Malaysia, BMW Group Malaysia memperingati 20 Tahun Kecemerlangan dengan memperkenalkan logo eksklusif ulang tahun ke-20 yang melambangkan visi dan dedikasi kecemerlangan BMW Group Malaysia selama dua dekad ini. 

LE FRENCH FESTIVAL 2023: MENGHAYATI DUNIA KONTEMPORARI, KEPELBAGAIAN BUDAYA PERANCIS

Image
25 Mei, 2023 menandakan hari pertama perasmian Le French Festival 2023 (LeFF 2023). Untuk edisi ke-21nya, LeFF 2023 akan meneroka tiga aspek budaya Perancis melalui program yang direka padat. Bermula dari aspek kontemporari dengan mengalihkan tumpuan kepada para artis dan ciptaan masa kini tanpa mengabaikan asas konsepnya yang sangat dihargai seperti gastronomi tradisional Perancis dan muzik klasik. Penekanan juga diberikan kepada aspek kepelbagaian budaya intrinsik festival itu – iaitu membawa sebahagian Perancis ke Malaysia - tetapi juga mengalu-alukan budaya lain untuk turut serta. Akhir sekali, multidisiplin menjadi tumpuan, dengan memaparkan lebih banyak amalan seni di barisan hadapan.

‘KEMBALILAH’ MERUPAKAN HADIAH ISTIMEWA JACLYN VICTOR KEPADA PEMINAT

Image
Jaclyn Victor yang terserlah dengan vokalnya yang mantap dan padu, kini muncul dengan single terbaharunya iaitu ‘KEMBALILAH’. Lagu istimewa ini ditujukan khas buat peminat setianya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.