NU SKIN MERAIKAN 20 TAHUN DENGAN MEMPERKASAKAN KOMUNITI MELALUI HARI FORCE FOR GOOD


Nu Skin Malaysia, jenama terkemuka produk kecantikan dan kesihatan, meraikan ulang tahun ke-20 dengan penganjuran acara tahunan Hari Force For Good pada hari Isnin yang lalu.

Hari Force For Good adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Nu Skin, mencerminkan dedikasi syarikat terhadap usaha kemanusiaan di peringkat tempatan dan global. Inisiatif khas ini menghimpunkan ahli brand affiliate Nu Skin, para pekerja serta ahli keluarga mereka untuk melibatkan diri dalam projek bakti tempatan yang memberi manfaat secara langsung kepada kanak-kanak terdedeah kepada risiko di seluruh dunia.

Hendrix Wong, Naib Presiden, Operasi Pasaran Nu Skin Malaysia dan Brunei berkata, “Misi Force For Good Nu Skin adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani kehidupan yang sihat dan baik, tanpa mengira latar belakang pendidikan dan keadaan ekonomi mereka, dengan menawarkan bantuan untuk masa depan yang lebih cerah. Idea untuk memberi sumbangan kepada masyarakat adalah selaras dengan nilai teras syarikat kami. Budaya yang kami amalkan ini bukan sahaja untuk berbakti kepada masyarakat tetapi juga berperanan untuk menyatukan keluarga brand affiliate Nu Skin, para pelanggan dan juga pekerja kami.”

Di peringkat tempatan, Hari Force For Good diadakan untuk mendedahkan kanak-kanak kepada pengalaman dan pengetahuan baharu di luar bilik darjah. Nu Skin Malaysia dan rakan kongsinya, Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur telah menyantuni 19 keluarga yang merupakan penerima Dana Jantung Kanak-Kanak Asia Tenggara (SEACHF) untuk hari lawatan sambil belajar di taman permainan ToyEight @ The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Sebagai komitmen Nu Skin dalam memberi sokongan kepada generasi akan datang, lawatan sambil belajar itu turut menampilkan Saringan Perkembangan Kanak-kanak melalui permainan interaktif. Ibu bapa turut menerima laporan perkembangan yang memberikan pandangan serta nasihat daripada pakar perkembangan, melalui penilaian 5 domain utama (pergerakan otot utama, koordinasi mata, tangan dan jari, pertuturan dan bahasa, perkembangan kognitif dan tingkah laku sosial/adaptif) dan huraian terperinci berkenaan prestasi anak-anak mereka.

Saringan ini disedia dan direka dengan teliti oleh ToyEight dan dengan kerjasama Universiti Malaya, Universiti Sunway, ahli psikologi perkembangan klinikal bertauliah, dan pembangun permainan interaktif terkenal bagi memantau perkembangan pertumbuhan kanak-kanak dan untuk membolehkan penyediaan sokongan dan bimbingan yang sesuai untuk ibu bapa. Tambahan pula, ibu bapa dapat menghadiri ceramah keibubapaan yang dihoskan oleh Sharifah Nur’ Addawiyah, pakar dalam Pendidikan Khas untuk kanak-kanak, di mana ibu bapa dapat memahami apa yang mereka boleh lakukan untuk menyokong dan memupuk minda dan perkembangan fizikal anak mereka.

Untuk mengakhiri acara tersebut, kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak dapat menikmati akses penuh ke taman permainan ToyEight untuk mencuba pelbagai permainan interaktif dan juga pembelajaran yang sesuai bagi kanak-kanak pada semua peringkat umur. Peluang unik ini membolehkan keluarga mengeratkan hubungan mereka sambil terlibat dalam pelbagai aktiviti rangsangan yang dapat memupuk kenangan yang berkekalan.

Nu Skin kekal komited dalam memperkasakan individu dan komuniti, dan kejayaan gemilang pada Ulang Tahun Hari Force For Good yang ke-20 mencerminkan dedikasi syarikat yang tidak berbelah bahagi untuk menghasilkant perubahan yang bermakna. Dengan berganding bahu bersama rakan kongsi tempatan dan melibatkan diri dalam projek bakti secara langsung, Nu Skin beraspirasi untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat di peringkat tempatan dan global.

Untuk maklumat lanjut tentang Nu Skin dan inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya, sila layari www.forceforgood.org.

 

 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM