Posts

Showing posts with the label KONSERT

MISHA OMAR KEMBALI MENERUSI SHOWCASE EKSKLUSIF "AKU & LELAKI" MENJELANG KONSERT ULANG TAHUN KE-25

Image
Selepas kejayaan siri showcase Back to Basic dan DiA, penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi sebuah showcase eksklusif berjudul "Aku & Lelaki" yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, jam 8.30 malam di JioSpace, Petaling Jaya, Selangor.

RATU HEAVY METAL JEPUN 'LOVEBITES' BAKAL GEGAR ZEPP KL, TIKET LAKU KERAS MENCECAH 60%!

Image
Pentas muzik tempatan sekali lagi bakal 'panas' dan 'membahang'! Buat julung-julung kalinya, band heavy metal wanita paling fenomenal dari Jepun, LOVEBITES, bakal mendarat di ibu negara bagi menjayakan konsert sulung mereka, 'Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur' pada 4 Oktober 2026 ini!

PANGGILAN TERAKHIR: TIKET KONSERT EKSKLUSIF MANGU DI KUALA LUMPUR HAMPIR HABIS TERJUAL!

Image
Rockstage Entertainment hari ini mengumumkan notis rasmi “last call” buat seluruh pencinta muzik apabila tiket jualan bagi Konsert Eksklusif Mangu di Kuala Lumpur di Zepp KL kini tinggal sangat terhad.

SATU RASA, DUA CERITA: MALAM LUAHAN JIWA BERSAMA NADHIF BASALAMAH & FABIO ASHER DI KONSERT RUMAH HATI

Image
Mega Star Arena Kuala Lumpur menjadi saksi satu malam yang penuh emosi menerusi pementasan konsert Rumah Hati . Membawa gagasan "Satu Rasa, Dua Cerita" , pementasan ini menghimpunkan dua bakat besar serantau— Nadhif Basalamah dan Fabio Asher —dalam satu persembahan yang cukup personal, seolah-olah mengajak penonton berkongsi rasa dan meluahkan apa yang terbuku di jiwa.

SOUNDSTAGE SATUKAN BAND MALAYSIA DAN INDONESIA DALAM SATU KONSERT

Image
Peminat muzik alternatif dan indie, berita baik buat anda! SOUNDSTAGE bakal membawa NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic ke Unifi Arena pada 16 Ogos 2026, dari 6.00 petang hingga 11.00 malam, menerusi sebuah konsert yang menghimpunkan lima band dalam satu malam yang pastinya dinantikan.

"SENTUHAN ELEKTRIKNYA" TIDAK PERNAH PUDAR, M. NASIR 'RENJAT' UNIFI ARENA MELALUI CIPTA 4!

Image
Unifi Arena bertukar menjadi sebuah paksi tenaga luar biasa apabila figura genius, Dato’ M. Nasir, melangkah gagah menakluki pentas menerusi Konsert CIPTA 4. Diterajui oleh Icon Entertainment, malam itu bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya ia merupakan sebuah kembara bunyi yang sofistikated, rancak, dan penuh dengan kejutan luar jangkaan yang membuktikan mengapa pengaruh beliau kekal utuh dalam genetik muzik nusantara. 

JANJI MANIS YANG MENJADI: KONSERT 40 TAHUN DATO' AISHAH BERLANGSUNG PENUH GEMILANG

Image
Empat dekad dalam industri muzik bukanlah satu jangka masa yang singkat. Bagi seorang biduanita negara seperti Dato' Aishah, tempoh 40 tahun itu adalah sebuah kanvas yang sarat dengan coretan suka, duka, air mata, dan kegemilangan. Baru-baru ini, tirai Megastar Arena menjadi saksi kepada sebuah naskhah penghargaan yang cukup intim dan magis menerusi konsert "Aishah 40 Chapters of Love". Di bawah anjuran Vox Nation Live, malam tersebut bukan sekadar sebuah persembahan pentas, tetapi sebuah kembara masa yang membawa ribuan peminat menyelusuri setiap babak kehidupan seni sang legenda.

KONSERT MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN ELLA: ‘HOMECOMING’ EDISI 60 PERMATA BIRU KINI DI SETIA SPICE ARENA, 22 OGOS INI

Image
Hitman Solutions bersama Rockqueen hari ini mengumumkan bahawa konsert “Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru” akan berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2026, berbanding tarikh dan lokasi yang diumumkan sebelum ini.

KUALA LUMPUR JADI DESTINASI ISTIMEWA JASON MRAZ ASIA TOUR

Image
Selepas tujuh tahun menanti, penyanyi dan penulis lagu terkenal Jason Mraz akhirnya kembali ke Malaysia dengan konsert penuh aura positif bertajuk Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur. Konsert yang dianjurkan oleh Zues Event ini akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 31 Oktober 2026, menjanjikan malam penuh santai dan inspirasi buat para peminat.

MARSHA MILAN, PENYANYI UNDANGAN ISTIMEWA UNTUK KONSERT UNGU 3 DASAWARSA: SPECIAL NIGHT IN KUALA LUMPUR

Image
Bahang menjelang konsert yang ditunggu-tunggu ramai “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” kini semakin dirasai apabila kumpulan legenda Indonesia, Ungu, bersedia untuk meraikan perjalanan seni mereka selama tiga dekad bersama peminat di Malaysia dalam sebuah malam yang dijangka penuh emosi, nostalgia dan kejutan istimewa.

MALAM SENSASI DI UNIFI ARENA: MENGAPA CINTA DEWA 19 SENTIASA TERTINGGAL DI MALAYSIA

Image
Malam Sabtu lalu di UNIFI Arena, Bukit Jalil menyaksikan satu lagi pertembungan magis dua gergasi muzik Nusantara yang sukar untuk dilupakan. Konsert DEWA 19 ‘Cintaku Tertinggal di Malaysia’ bukan sekadar sebuah persembahan pentas biasa, ia adalah sebuah naskhah penceritaan yang membakar emosi, menggamit nostalgia zaman remaja dan membawa penonton melayari sebuah pengembaraan irama dan rock tegar yang penuh dinamik.

KONSERT FOR YOU: VOKAL PADU, AURA DIVA! NOURUL TAKLUKI PENTAS ZEPP KL

Image
Malam 30 Mei 2026 menjadi saksi kepada sebuah naskhah apresiasi seni yang cukup indah di Zepp Kuala Lumpur. Konsert "For You Nourul" anjuran ND Entertainment bukan sekadar sebuah persembahan biasa, malah ia merupakan refleksi kepada kembara seni seorang diva pop prolifik negara, Nourul sepanjang perjalanan 30 tahun di dalam dunia seni suara.

SAKSIKAN EXO DI KUALA LUMPUR DENGAN PERADUAN TIKET KONSERT EKSKLUSIF SHOPEE

Image
  EXO-L kini mempunyai peluang terakhir untuk menyaksikan EXO secara langsung di EXO PLANET #6 EXhOrizon di Kuala Lumpur menerusi Shopee , platform rasmi yang menawarkan peluang kepada para peminat untuk memenangi tiket konsert dan koleksi eksklusif edisi terhad .

KL HEADLINE SEASON 2026: MOMENTUM HIBURAN LIVE BERTARAF DUNIA

Image
Live Nation Malaysia baru-baru ini mengetengahkan peningkatan pesat Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi utama Asia bagi jelajah muzik ‘LIVE’ antarabangsa menerusi pelancaran KL Headline Season 2026.

CENTYL IN MY PLAYGROUND: BAHASA TUBUH NAYKILLA GEGARKAN ZEPP KL

Image
Konsert solo sulung Naykilla di Malaysia akhirnya berlangsung penuh meriah di Zepp Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Icon Entertainment, Centyl in My Playground membuktikan bahawa pesona bintang muda Indonesia ini benar-benar mampu menguasai pentas dan hati peminat tempatan.

AARON KWOK ICONIC 2026: TIKET HABIS DIJUAL, KONSERT ENCORE MALAM KEDUA DIUMUMKAN!

Image
Fenomena tiket Aaron Kwok ICONIC World Tour 2026 Live in Malaysia terus mencetuskan kegilaan! Sejak jualan umum dibuka, tiket untuk persembahan pertama pada 12 September di Unifi Arena, Bukit Jalil telah habis dijual dalam masa singkat, sekali gus membuktikan aura luar biasa “King of the Stage” itu.

LATIHAN PESTAPORA MALAYSIA 2026 UMUM BARISAN PENUH ARTIS!

Image
Selepas mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat menerusi pengumuman edisi kedua serta sambutan hangat terhadap jualan “Blind Sale Tickets”, Latihan Pestapora Malaysia 2026 kini secara rasmi mengumumkan barisan penuh artis yang bakal menjayakan festival muzik rentas budaya paling dinanti-nantikan tahun ini.

KONSERT REVOLUSI RADJA 25 TAHUN BAKAL GEGARKAN KUALA LUMPUR JULAI INI

Image
Kumpulan popular Indonesia Radja bakal kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang akan berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai 2026.

ASMARALOKA FEST 2026 KEMBALI DENGAN SKALA LEBIH BESAR, ANGKAT MUZIK TEMPATAN SEBAGAI PENGALAMAN UTAMA GENERASI MUDA

Image
Selepas mencipta fenomena pada penganjuran Asmaraloka 2024 terdahulu, Asmaraloka Fest kini bersedia untuk kembali pada tahun 2026 untuk menemui peminat muzik tanahair.

LATIHAN PESTAPORA MALAYSIA 2026 KEMBALI DENGAN PENGALAMAN LEBIH IMERSIF!

Image
Hitman Solutions dan Boss Creator sekali lagi bergabung tenaga untuk membawa pulang pengalaman muzik rentas sempadan yang dinanti-nantikan, Latihan Pestapora Malaysia 2026, yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional.