CENTYL IN MY PLAYGROUND: BAHASA TUBUH NAYKILLA GEGARKAN ZEPP KL
Konsert solo sulung Naykilla di Malaysia akhirnya berlangsung penuh meriah di Zepp Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Icon Entertainment, Centyl in My Playground membuktikan bahawa pesona bintang muda Indonesia ini benar-benar mampu menguasai pentas dan hati peminat tempatan.
Selepas mencuri perhatian di Puting Beliung Tenxi Januari lalu, kemunculan Naykilla kali ini terasa lebih intim, eksklusif dan penuh kejutan. Bermula tepat jam 8.30 malam, dewan bergema dengan sorakan para penonton yang hadir, menandakan malam penuh energi dan interaksi.
Sejurus Intro, Naykilla terus menghangatkan suasana dengan lagu viral Bahasa Tubuhmu, yang membuat seluruh dewan menari dan menyanyi bersama. Beliau kemudian mempersembahkan Open Arms, diikuti kolaborasi bersama RYO menerusi Skip Dulu Ah, Tantrum, Sama Kamu Cuma Kamu (SKCK), 1/10, dan Cuma Teman. Sorakan semakin memuncak apabila Naykilla membawakan lagu klasik Keong Racun, serta mash-up unik Cinta Satu Malam x We Can’t Be Friends. Malam itu turut diserikan dengan kehadiran Yung Caters yang tampil dalam I Heart You x Baby, Geleng Geleng, Bandung City (UOO), Stay, dan Rumah.
| Yung Caters |
| Ryo |
| Sophia |
Sophia pula mencuri perhatian dengan kolaborasi Cenat Cenut, sebelum mempersembahkan MSG dan Baddie Melayu Terakhir. Menuju ke kemuncak, Naykilla menghidupkan nostalgia dengan Raga, memperkenalkan karya unreleased seperti MMG dan Satu Cinta di Udara, serta memberi ruang kepada Jemsii dengan set khas 15–20 minit.
Malam diteruskan dengan Garam dan Madu, sebelum ditutup dengan dua anthem peminat – SO ASU dan Kasih Aba Aba – yang membuat seluruh dewan bergema dalam sing-along tanpa henti.
Venue indoor seperti Zepp KL terbukti pilihan tepat, memberikan suasana intimate dan interaktif. Naykilla tidak henti-henti melayan peminat, menjadikan setiap orang rasa dihargai. Kehadiran artis jemputan menambah magis, menjadikan konsert ini lebih segar dan berwarna.
Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi bukti kukuh bahawa muzik Indonesia generasi baharu semakin mendapat tempat di hati peminat Malaysia. Aura live Naykilla jelas tiada tandingan, dan langkahnya untuk mengukuhkan nama di pentas serantau kini semakin terbuka luas. Bagi mereka yang hadir, satu perkara pasti – Centyl in My Playground bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pengalaman muzik yang akan dikenang lama.
Comments
Post a Comment