Posts

Showing posts from October, 2019

PROGRAM MaTiC FEST 2019 (#MaTiCFest2019) 1 - 3 NOV 2019

Image
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) akan menganjurkan program MaTiC Fest 2019 bermula 1 hingga 3 November 2019. 

REPVBLIK & FRIENDS BAKAL JELAJAH 3 LOKASI DI MALAYSIA

Image
Kumpulan muzik popular dari tanah seberang, Repvblik bakal melangsungkan konsert sulung besar-besaran di Malaysia di bulan Disember tahun ini. Dipersembahkan oleh A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd, konsert ini bakal membawakan kumpulan yang cukup fenomenal dengan lagu hit Sandiwara Cinta untuk menemui peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

KONSERT "THE SINGING PIZZA" PENUH KEHANGATAN

Image
Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah menyatukan peminat pizza dan muzik pada malam Konsert ‘The Singing Pizza’ yang menampilkan gandingan hebat artis-artis tempatan yang terkenal dan juga yang baru meningkat naik.

EJEN ALI THE MOVIE BAKAL MERISIK DI PAWAGAM 28 NOVEMBER

Image
Primeworks Studios dan Wau Animation hari ini mengumumkan tayangan serentak EJEN ALI THE MOVIE di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei mulai 28 November 2019.

8,000 PENCINTA ZUMBA HADIRI PESTA #GETACTIVE WATSONS 2019

Image
Peserta dari semua peringkat umur membanjiri Surf Beach di Sunway Lagoon untuk menghadiri pesta #GETACTIVE Watsons 2019. Kembali atas permintaan ramai dan pada tahun keenam berturut-turut, PESTA #GETACTIVE 2019 adalah festival kecergasan terbesar Watsons.

NIKMATI SUASANA KEMERIAHAN HARI DEEPAVALI HANYA DI THE CURVE

Image
   Pesta Cahaya atau lebih dikenali sebagai Deepavali, the Curve akan dimeriahkan lagi dengan pameran hiasan Kolam yang cukup elegan, persembahan tarian India yang cukup memukau serta pelbagai aktiviti menarik yang bakal menanti pengunjung.

TIGA BINTANG HIP-HOP TEMPATAN BERGABUNG DALAM LAGU ‘IMSO’

Image
Arena muzik hip hop tempatan nampaknya mara semula dengan munculnya ramai bakat baru dan lama yang gigih mengeluarkan produk-produk muzik berkualiti. Tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama, tiga bintang hip hop muda Lil J, Alan D serta MK tampil dengan persembahan terbaru mereka lewat single hebat yang berjudul ‘IMSO’ . Untuk pertama kali ketiga-tiga bintang ini bergabung demi memberikan sebuah bingkisan istimewa buat pencinta muzik genre tersebut. 

“DATO” S - KARYA TERBAHARU NABIL AHMAD DI ASTRO FIRST EKSKLUSIF

Image
Setelah berjaya dengan percubaan pertama beliau menghasilkan senaskhah Filem Televisyen (FTV), “The Hantus” pada tahun lalu, pengacara popular tanah air, pengarah, pelakon dan penyanyi, Nabil Ahmad sekali lagi menzahirkan buah tangan terbaharu, “Dato” S yang bakal disiarkan di Astro First Eksklusif (saluran 480), mulai 24 Oktober 2019. Untuk pilihan alternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘on demand’.

ZULHUZAIMY MUNCUL JUARA 'ALL STARS BUKA PANGGUNG' MUSIM 1

Image
Pelakon popular tanah air, Zulhuzaimy, atau lebih mesra dikenali sebagai ‘SPARK’ oleh peminatnya, berjaya meraih takhta Juara program sketsa komedi ‘All Stars Buka Panggung’ seterusnya membawa pulang hadiah kemenangan berbentuk wang tunai sebanyak RM50,000 serta sebuah trofi sumbangan Astro! Zulhuzaimy berjaya mendahului kesemua finalis dengan markah sebanyak 36.74 peratus. 

TIGA SAINTIS WANITA TERIMA ANUGERAH L'OREAL UNESCO

Image
Pertubuhan L’oreal sedang meraikan kejayaan tiga orang ahli saintis wanita yang terkemuka dengan menganugerahi mereka penghormatan anugerah berprestij L’Oreal UNESCO Fellowship For Women In Science (FWIS).

"PUSAKA" AKAN MEMBAWA ANDA KE SATU DUNIA LAIN

Image
Filem seram adalah antara genre yang sering menjadi pilihan penonton kerana daya tarikannya yang tersendiri. Khas buat peminat filem tanah air, sebuah filem seram terbaru, PUSAKA dari penerbit filem ‘Dukun’, Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Tank bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura (95 pawagam setakat 17 Oktober 2019) bermula 31 Oktober ini.

SKECHERS TINGKATKAN ENERGI DI ACARA SNEAKERLAH

Image
Skechers, jenama kasut kegemaran ramai telah mengambil bahagian di acara SneakerLAH, satu acara untuk penggemar sneaker yang terbesar di Malaysia. Kembali untuk tahun kelima, acara ini telah mengumpulkan pencinta-pencinta kasut sneakers dan fesyen jalanan dari serata Malaysia.

ERA MENGUMUMKAN WAJAH BAHARU PERSONALITI ERA

Image
Setelah berjaya harungi pelbagai tugasan dan cabaran Personaliti Top ERA, Muhammad Zahier Yusoff dinobatkan sebagai Juara dan ditawarkan kontrak dua tahun untuk memulakan kerjaya sebagai personaliti ERA pada masa akan datang. Selain itu, Zahier turut membawa pulang sebuah trofi dan menerima tajaan minuman Milo untuk satu tahun.

FESTIVAL SENI SELAT MELAKA PENUH TARIKAN BUDAYA NUSANTARA

Image
Bertemakan “Selat Melaka, Warisan Nusantara” , Festival Seni Selat Melaka 2019  telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah berlangsung selama tiga hari. Acara gilang-gemilang tersebut yang telah berjaya dilaksanakan pada 18, 19 dan 20 Oktober 2019, bertempat di pekarangan Kota A Famosa, Jalan Kota, Melaka Bandaraya Warisan Dunia.

BARBIE® BUKA PINTU KE MALIBU DREAMHOUSE SEBAGAI HOS AIRBNB

Image
Ikon Global Barbie telah memperluaskan senarai kerjaya dan pencapaiannya! Pada bulan Oktober, Barbie akan menyerahkan kunci kepada Malibu Dreamhouse untuk tempahan peminat melalui Airbnb. Terletak di tengah-tengah Malibu dan menghadap ke Lautan Pasifik, saiz rumah Dreamhouse yang hebat akan tersedia untuk tempahan pada 23 Oktober pada pukul 11 ​​pagi zon masa PDT untuk seorang tetamu dan tiga rakan untuk penginapan dua malam. Tempahan ini hanya akan berlangsung sekali sahaja dari Ahad, 27 Oktober hingga Selasa, 29 Oktober. 

VIVO LANCAR TELEFON PINTAR NEX 3 DENGAN HARGA RM3,899

Image
Vivo pada hari ini telah memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu NEX 3 di Kuala Lumpur, Malaysia. NEX 3 menggabungkan inovasi terbaharu Vivo lalu menetap semula standard peranti utama untuk para pengguna yang inginkan pengalaman mudah alih premium yang luar biasa. 

COLGATE RAIKAN HARI BEBAS KAVITI MASA DEPAN 2019 SEDUNIA

Image
Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate) hari ini meraikan perjalanan mereka ke arah mencapai ‘Masa Depan Lebih Cerah dengan Kaviti Sifar’, bersama Persekutuan Bebas Kaviti Masa Depan (Alliance for a Cavity-Free Future, ACFF). Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Bebas Kaviti Masa Depan 2019 Sedunia (World Cavity-Free Future Day, WCFFD 2019) dimana Colgate turut mengumumkan produk baharu, iaitu ubat gigi Colgate Perlindungan Kerosakan Gigi Maksimum Dengan Amino Power. 

MCDONALD’S & RMHC LANCAR PROGRAM “KEMBALI KE SEKOLAH”

Image
McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) melancarkan program “Kembali ke Sekolah” 2019 buat tahun ketiga, hari ini. Program ini bakal melibatkan 30,000 kanak-kanak sekolah rendah di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” sebagai motivasi untuk mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan lebih gembira ke sekolah. Dengan memanfaatkan kekuatan jenama McDonald’s atau disebut juga sebagai ‘Scale for Good’, sumbangan RM3 juta berjaya diraih tahun ini bagi meringankan beban keluarga kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah dan miskin bandar, untuk persediaan menghadapi tahun persekolahan yang baharu. 

RM500 JUTA UNTUK PENGEMBANGAN SETIA CITY MALL

Image
Mitch Wilson, Ketua Runcit Lendlease Malaysia (kiri) dan Datuk HL Tan, Naib Presiden Eksekutif  S.P. Setia (kiri)  Menjelang tahun hadapan, penduduk Lembah Klang mempunyai lebih banyak alasan untuk mengunjungi Setia City Mall. Pusat membeli-belah yang berkeluasan 730,000 kaki persegi, kini sedang menjalani proses menaik taraf dan penambahan keluasan sebanyak 450,000 kaki persegi, menjadikannya sebagai destinasi beli-belah dan santai terbesar di Shah Alam apabila siap sepenuhnya kelak. Lebih 80% ruang runcit Setia City Mall yang sedia ada dan dalam fasa penambahan telah disewa atau dalam proses perundingan lanjut. 

IJM LAND BAWA CERIA DEEPAVALI KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK

Image
Sambil kita menantikan perayaan Deepavali tahun ini, IJM Land telah menjadikannya suatu misi untuk mereka menghulurkan bantuan lalu menyampaikan kegembiraan kepada tiga buah keluarga yang kurang bernasib baik di Seremban dengan penganjuran program ‘Deepavali Charity Cheer’. Program yang dijalankan buat kali kedua ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan untuk penyediaan perayaan yang akan datang. 

DASHING DAN JUVENTUS UMUM KERJASAMA EKSKLUSIF

Image
DASHING, jenama penjagaan peribadi lelaki terkemuka Malaysia telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan kelab bola sepak Eropah yang terunggul; Juventus. Kesepakatan ini dapat mengukuhkan reputasi DASHING sebagai lambang maskulin dan keperibadian lelaki moden sejajar dengan peredaran masa. 

"GO BOLD" BERSAMA REEBOK CLASSICS INTERVAL

Image
Kasut Reebok Classic INTERVAL yang ikonik bakal kembali di pasaran dengan rekaan OG bertaraf legenda dari era 90-an. Tampil dengan gaya "bold" yang berani, kasut ini pastinya menarik perhatian kepada si pemakai.

"7 HARI KISAH CINTA LANGKAWI" DI PAWAGAM 31 OKTOBER

Image
7 Hari Kisah Cinta Langkawi merupakan filem genre komedi romantik yang sesuai untuk tontonan golongan remaja di era media sosial ini. Ia berkisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya.

EYLIA GUNTABID PERKENALKAN SINGLE PERTAMA "AKU MASIH CINTA"

Image
Eylia Guntabid memperkenalkan ‘Aku Masih Cinta’ sebagai single pertamanya. Eylia Eyre Guntabid, gadis Sabah yang berusia 17 tahun telah mengharumkan nama Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2019 di Long Beach, California, Amerika Syarikat. 

KL VAMPIRES MENGGANAS DI PAWAGAM 14 NOVEMBER

Image
ADAKAH benar Vampires itu wujud? Selama berabad-abad manusia tidak pernah tahu tentang kewujudan vampires dalam kalangan mereka. Dalam dunia sebenar, vampires sentiasa dianggap sebuah mitos dan selalunya dalam kalangan masyarakat, ia lebih kepada kisah yang diceritakan pada waktu malam.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN DILAHIRKAN DI PAWAGAM 24 OKTOBER

Image
Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata, apatah lagi setelah berumah tangga dalam tempoh yang agak lama. Bagaimanapun, hubungan rumah tangga pastinya akan teruji apabila zuriat yang diimpikan tidak kunjung tiba dan keadaan bertambah keruh apabila didesak insan yang paling rapat.

ART IN THE CITY 2019 BAKAL HANGATKAN KUALA LUMPUR

Image
Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran dalam menghidupkan aneka seni dan budaya Malaysia, Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membawa kembali Art In The City (AITC) edisi kedua dengan pelbagai program dan aktiviti seni menarik dan lebih mudah dihayati oleh orang ramai. 

"DON'T SIT ON IT LAH" GESA PESAKIT BUASIR AMBIL TINDAKAN

Image
(L-R) Prof. Dr Liew Ngoh Chin, Consultant Vascular Surgeon; Prof. Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Senior Consultant Vascular Surgeon; Prof. Dr April Camilla Roslani, Senior Consultant Colorectal Surgeon; Andrew Netto, Stand-up Comedian; Dr Kshitij Panse, General Manager, SERVIER Malaysia and Dato’ Dr Meheshinder Singh, Consultant Colorectal Surgeon  Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada dua masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, iaitu Buasir (Haemorrhoids/ HD) dan Penyakit Vena Kronik  (Chronic Venous Disease/ CVD), syarikat farmaceutikal Perancis, Servier Malaysia telah menambil pendekatan secara komedi terhadap topik tersebut kepada frateniti perubatan Malaysian dana mendidik orang ramai tentang penyakit-penyakit tersebut. 

FRANKITAS - ERATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-UZBEK DENGAN IKAT

Image
Koleksi Putri S Jenama fesyen Frankitas telah berkolaborasi dengan Kedutaan Republik Uzbekistan sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-28 negara tersebut dengan mempamerkan koleksi rekaan Ikat. Frankitas adalah sebuah jenama fesyen mewah tempatan yang terkenal dengan fabrik tenunan warisan Asia yang ditransformasikan kepada beg dan perhiasan dalaman yang cantik. 

FESTIVAL FILEM KESATUAN EROPAH RAIKAN ULANG TAHUN KE-20

Image
Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF), antara festival filem antarabangsa yang dinanti-nantikan di Malaysia kini kembali ke pawagam-pawagam Golden Screen Cinemas yang terpilih sempena meraikan ulang tahun ke-20 penganjurannya di negara ini. 

DUTCH LADY TAWARKAN 50,000 SARAPAN PAGI PERCUMA OKTOBER INI

Image
Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober! 

SEMINAR PELANCONGAN TOKYO 2019 “TOKYO TOKYO OLD MEETS NEW”

Image
Tokyo adalah kumpulan Tokyo baharu dan kuno. Tokyo hidup dengan 400 tahun budaya Era Edo, perkembangan sejarah berterusan telah mencetus budaya baharu. Titik temu dan gabungan “Tokyo Kuno” dan “Tokyo Baharu” menjadikan negara lebih berbudaya. Tokyo Metropolitan Government dan Tokyo Convention & Visitors Bureau bersama-sama menganjurkan Tokyo Tourism Seminar 2019, mengundang pemain industri memberi penerangan kepada media mengenai trend pelancongan Tokyo.

ALAMI KETERUJAAN KARNIVAL STARLIGHT DI RW GENTING

Image
Buat pertama kalinya Resorts World Genting mengadakan Karnival Starlight - satu pesta yang mengujakan di bawah hamparan bintang-bintang di langit. Pesta ini dilangsungkan di tapak terbuka Taman Tasik Century dengan suasana yang unik setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019.

BLACK EDITION - WARKAH TERBAHARU DARIPADA NICO G

Image
Perjuangan seni kumpulan NICO G terus rancak biarpun rentak industri hiburan masa kini jauh berbeza berbanding waktu awal kemunculan mereka hampir tiga dekad dahulu. Kelahiran album berjudul ‘Black Edition’, membuktikan perintis irama Hip Hop ini mempunyai ramuan dan strategi tersendiri untuk kekal relevan dan bersaing dengan pendatang-pendatang baharu industri seni tanpa gentar. 

AYAM BRAND LANCAR SANTAN SUPER LIGHT, KINI 75% KURANG LEMAK!

Image
Ayam Brand™ Santan Super Light baharu dengan 75% kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi dari segi rasa dan aroma. Malah produk ini tetap padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli. Santan juga bebas kolesterol berbanding dengan penggantinya seperti yogurt dan susu biasa. 

SHIANG HAI - RESTORAN VEGETARIAN GAYA JEPUN

Image
HerbaLine Wellness Group telah memperkukuh tapaknya dalam perniagaan kesihatan makanan dengan pembukaan kedai makan vegetarian Gaya Jepun baharunya yang dinamakan “Shiang Hai”. 

BUFET THAILICIOUS DI VASCO'S, HILTON KUALA LUMPUR

Image
Bulan Oktober ini, Hilton Kuala Lumpur membawakan Thailicious, promosi makanan Thai di restoran Vasco’s. Boleh didapati mulai 10 – 31 Oktober 2019, promosi ini adalah kolaborasi Hilton Kuala Lumpur dengan hotel bertaraf lima bintang, Millennium Hilton Bangkok.

BEN AMIR MERIAHKAN SOFT OPENING CAFE RAION SS15

Image
Ben Amir, pelakon popular dari siri drama Astro Ria - Sweet Dreams bersama Mira Filzah, telah memeriahkan majlis soft launch kafe teh boba terbaru, Raion di Jalan SS15, Subang Jaya baru-baru ini. 

KUNJUNGI TRAK COSTA COFFEE UNTUK KOPI PERCUMA OKTOBER INI

Image
Costa Coffee, rangkaian kopi kedua terbesar di dunia, akan berada di sekitar Lembah Klang untuk berkongsi kopi kegemaran mereka dengan lebih ramai rakyat Malaysia sepanjang bulan Oktober. Sebagai jenama kedai kopi kegemaran di UK, Costa Coffee bertapak di Malaysia sejak tahun 2011, dan menyediakan kopi secara ‘on-the-go’ dengan kualiti terbaik seperti dibuat oleh barista menerusi mesin kopi, Costa Express Marlow di lebih 300 lokasi seluruh negara. Bulan ini, Costa Coffee ingin #sharetheobsession dengan anda. Trak kopi Costa Coffee akan membawakan pengalaman Costa Coffee yang enak kepada anda dengan hidangan klasik seperti kopi latte, kopi ‘flat white’, cappuccino dan pelbagai minuman menarik yang lain. Yang paling penting, ia adalah percuma!  Sekiranya anda seorang pencinta kopi dan ingin mendapatkan kopi Costa Coffee, ikuti Costa Coffee di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan lokasi hidangan minuman istimewa Costa Coffee di sekitar Lembah Klang.

SEAN KINGSTON MALAYSIA LIVE TOUR 2019 - KUALA LUMPUR

Image
Sean Kingston, pelantun lagu hit “Beautiful Girls” yang pernah menakluki tempat teratas di carta Billboard Hot 100 akan kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk satu konsert LIVE pada 19 Oktober 2019 di Quill Convention Center, Quill City Mall. 

KEHANGATAN ‘MAHARAJA LAWAK MEGA 2019’ KEMBALI MEMBARA!

Image
‘Maharaja Lawak Mega 2019’ (MLM 2019), sebuah program realiti pertandingan komedi yang paling dinanti-nantikan oleh peminat tegar lawak di rantau ini bakal membuka tirainya secara rasmi pada setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut. ‘MLM 2019’ akan disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

"ARTISTRY OF DIWALI" DI INTERMARK MALL, KUALA LUMPUR

Image
Nikmati perhiasan perayaan unik yang disediakan di Intermark Mall yang turut menampilkan hiasan kolam dengan seni halus dan menakjubkan. Meraikan semangat perayaan Deepavali, Bulan Kopi Antarabangsa serta untuk menyampaikan mesej kelestarian, kolam unik di pusat beli-belah ini tersenarai di dalam Malaysia Book of Records bagi “Hiasan Burung Merak Replika Terbesar Diperbuat Daripada Serdak Kopi". 

ANGRY BIRDS SPLASH WATER WORLD AKAN TIBA DI MALAYSIA

Image
Seiring sambutan ulang tahun Angry Birds ke-10, Rovio Entertainment telah bekerjasama dengan penganjur One Universal Production Sdn Bhd (OUP) untuk membawa rakyat Malaysia ke satu pengembaraan yang penuh keseronokan melalui Angry Birds Splash Water World pertama di dunia.

REALME LANCAR TELEFON PINTAR KUAD KAMERA SIRI REALME 5

Image
realme Malaysia melancarkan telefon pintar kuad kamera - realme 5 dan realme 5 Pro, yang berkuasa Qualcomm® Snapdragon™ 665 dan 712 Mobile Platforms yang memberikannya prestasi yang tiada tandingannya dalam segmen telefon harga pertengahan. Kedua-dua realme 5 dan realme 5 Pro dilengkapi lensa lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro.

PROMOSI BUFET KRISMAS DAN TAHUN BARU DI SUNWAY PUTRA HOTEL

Image
Meriahkan Hari Krismas dan Tahun Baru dengan promosi makanan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Hidangan makanan lazat dan minuman enak yang disediakan oleh chef-chef berpengalaman menanti anda! 

CITARASA TEH HAINAN AH WENG KOH KINI DALAM PEK SEGERA

Image
Citarasa tradisi The Hainan Ah Weng Koh yang bermula sejak setengah abad yang lalu kini boleh didapati dalam pek segera. Resepi the yang dicipta oleh pengasasnya, Mr. Tan Chik Kai memang terkenal dengan aroma dan kelembutan rasanya yang unik.

BEAUTEA BY SAFI DENGAN 100% EKSTRAK TEH PREMIUM

Image
Menjadi wanita berjaya dan tampil cantik pada masa yang sama bukannya sesuatu yang mudah. Namun bukan juga sesuatu yang mustahil. Pengembaraan kecantikan itu sama seperti kehidupan, pasti ada cabaran yang menguji keyakinan.

KONSERT EXISTS REUNION UBAT KERINDUAN PEMINAT

Image
Konsert yang sekian lama dinantikan oleh seluruh peminat Exists akhirnya  dilangsungkan dengan jayanya  di Stadium Malawati Shah Alam pada 28 September 2019. Kumpulan muzik yang  ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991 ini tampil lengkap bersama formasi asalnya dalam konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects.

DAPATKAN PERCUTIAN PERCUMA DENGAN MATA GANJARAN BIG

Image
Bukan 1 juta, bukan 10 juta tetapi 100 juta! Itulah jumlah Mata Ganjaran BIG terbesar yang diberikan oleh AirAsia BIG di bulan Oktober ini.