Buat pertama kalinya
Resorts World Genting mengadakan
Karnival Starlight - satu pesta yang mengujakan di bawah hamparan bintang-bintang di langit. Pesta ini dilangsungkan di tapak terbuka Taman Tasik Century dengan suasana yang unik setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu sebelum melabuhkan tirai pada 2 November 2019.
 |
Laluan ke Taman Tasik Century |
 |
Taman Tasik Century di kelilingi bangunan-bangunan berlampu neon yang indah |
Karnival Starlight RW Genting menggabungkan empat elemen hiburan utama iaitu filem, muzik, makanan dan permainan untuk seisi keluarga.
“Karnival Starlight adalah inisiatif kami untuk mewujudkan suasana paling indah untuk malam penuh dengan kenangan kepada pengunjung Resorts World Genting,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure & Hospitaliti. “Cuaca yang nyaman sepanjang tahun menjadikan Genting Highlands tempat yang paling sempurna untuk menganjurkan acara karnival terbuka ala-Eropah ini. Kami bekerja keras untuk menyediakan senarai filem terbaik, makanan dan pelbagai aktiviti untuk semua lapisan pengunjung baik pasangan kekasih mahupun seisi keluarga. Oleh itu saya berharap para tetamu akan menikmati pengalaman istimewa yang telah kami sediakan dan teruja dengan penganjuran Karnival Starlight ini.”
 |
Layar Gergasi di Karnival Starlight |
 |
Filem-filem muzikal popular sepanjang zaman ditayangkan setiap malam di sepanjang Karnival Starlight |
 |
Bersantai sambil menikmati wayang gambar di bawah langit berbintang. |
Karnival Starlight yang pertama di Resorts World Genting
Karnival Starlight menawarkan tarikan yang menepati citarasa pelbagai lapisan masyarakat, dari yang muda sehinggalah yang berumur. Filem-filem bertaraf blokbuster bakal ditayangkan di layar gergasi di Taman Tasik Century. Antaranya adalah A Star is Born, Bohemian Rhapsody, Jersey Boys, Mamma Mia dan The Greatest Showman. Bersantailah bersama rakan-rakan atau keluarga anda sambil menonton filem muzikal hebat di bawah langit penuh bintang.
Jika perut terasa lapar, terdapat pelbagai pilihan tempat makan dan makanan yang dijual dari trak makanan di sekitar kawasan karnival. Biarpun trak makanan menyediakan pelbagai pilihan hidangan snek hebat termasuk sosej hingga ke coklat, Resorts World Genting turut akan mempamerkan beberapa hidangan terbaharu suite F&Bnya.
 |
FUHU by Zouk |
FUHU by Zouk, yang merupakan sebahagian daripada kompleks Zouk Genting akan menyediakan beberapa sampel masakan gabungan unik, termasuk tacos pedas FUHU dan bubur pati itik FUHU.
 |
Food truck yang menghidangkan makanan yang enak di sepanjang laluan pejalan kaki. |
 |
Nikmati suasana unik di Karnival Starlight |
Harry Ramsden pula bawakan hidangan kegemaran London ikan dan kentang goreng ke Malaysia, serta masakan Itali seperti piza, pasta dan pelbagai lagi yang di kios II Lago.
 |
Pintu masuk Cosmic Café |
 |
Ruang makan yang luas, selesa dan unik di Cosmic Café. |
 |
Ruang dalaman Cosmic Café yang bertemakan angkasa lepas |
Cosmic Café akan menawarkan hidangan pilihaan tempatan seperti nasi ayam dan mi bakso.
 |
Gerai Aiskrim La Cremeria |
 |
Trak minuman Sjora |
Pencinta manisan boleh mendapatkan aiskrim serta minuman berasaskan mangga boleh didapati di khemah La Cremeria dan trak Sjora.
 |
Salah satu kios Permainan di Karnival Starlight |
Cubalah nasib dan kemahiran anda di kios permainan Shooting Star, Milky Way Spin, Asteroid Toss, Topple Galaxies dan memancing itik di Pick A Star. Jika tuah menyebelahi anda, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik.
 |
Dua-beradik cuba menangkap itik di kios permainan Karnival Starlight |
 |
Permainan yang seronok dan mengujakan para pengunjung Karnival Starlight |
 |
Cuba nasib anda untuk memenangi pelbagai hadiah yang comel dari kios permainan Karnival Starlight |
Pada minggu terakhir bulan Oktober, Resorts World Genting bakal meningkatkan elemen "seram" di Karnival Starlight sempena Minggu Halloween. Lantera labu, zombie, sarang labah-labah bakal dan banyak lagi menanti pengunjung dan memberikan kejutan untuk menghidupkan sambutan pada malam Halloween.
 |
Karnival Starlight Reseots World Genting |
Kepada pengunjung bukan Islam, anda boleh nikmati kemeriahan Oktoberfest di Dewan Oktoberfest yang menawarkan pelbagai jenis makanan, minuman, dan hiburan. Antara penghibur yang akan membuat persembahan di sini adalah Part III, Society of Souls, The Beatles and Queen. Pada malam 2 November 2019, Zouk Genting akan mengambil alih pentas Dewan Oktoberfest untuk mempersembahkan Resorts World Genting Zouk Live! buat kali pertama.
Butiran Karnival Starlight
Karnival Starlight akan berlangsung pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula dari 10 Oktober hingga 2 November 2019.
Acara Halloween Hujung Minggu pula akan bermula dari 31 Oktober hingga 2 November 2019.
Karnival Starlight turut akan menampilkan satu acara khas
Zouk Live pada 2 November 2019.
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM20 dengan caj pemprosesan sebanyak RM4, manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah masuk secara percuma.
Pakej penginapan 2H1M di Hotel First World bersama dua tiket masuk ke Karnival Starlight turut disediakan pada harga RM246 bersih ataupun di Hotel Theme Park (RM628 bersih, sehingga 4 orang).
Untuk maklumat lanjut, layari
www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.
Nota: Foto-foto untuk artikel ini dihasilkan dengan kamera telefon bimbit Vivo V17 Pro. Imej tidak dimanipulasi dan merupakan hasil sebenar daripada kamera .
Comments
Post a Comment