Posts

Showing posts from May, 2024

SECRET RECIPE DAN BAYU SOMERSET MEMPERKENALKAN KOLEKSI BERSAMA SEMPENA HARI RAYA HAJI

Image
Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelang, rangkaian kafe Malaysia, Secret Recipe, menjalinkan kerjasama dengan jenama fesyen Bayu Somerset untuk menghasilkan koleksi busana unik yang diilhamkan daripada kek terkenal Secret Recipe.

PEMBUKAAN BUTIK BAHARU LULULEMON DI GARDENS MALL SERTA AKTIVITI KOMUNITI UNTUK MENGGALAKKAN RAKYAT MALAYSIA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Image
lululemon, syarikat pakaian sukan teknikal, kasut dan aksesori untuk aktiviti yoga, larian, dan latihan dengan sukacita mengumumkan pengembangannya di Malaysia menerusi pembukaan butik di The Gardens Mall pada 13 Jun 2024. Penambahan butik terbaharu ini membuktikan komitmen lululemon untuk terus memperluaskan perniagaannya secara antarabangsa, memupuk semangat komuniti serta menggalakkan rakyat Malaysia memulakan langkah pertama dalam perjalanan kecergasan dan kesejahteraan mereka.

“CAMPAK BINTANG” - KARYA MENGGABUNGKAN POP TERKINI DENGAN WARISAN BUDAYA MELAYU

Image
Sebuah sejarah dilakarkan untuk industri muzik apabila dua ikon muzik Malaysia, Dato’ M.Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru mereka berjudul Campak Bintang terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd. 

RAMAYAN MENEROKA KEINDAHAN DAN KEDALAMAN JIWA DALAM SINGLE TERKINI SAMUDERA

Image
Kumpulan muzik psychedelic tempatan, Ramayan, sekali lagi mewarnai skena muzik tempatan dengan pengumuman pelancaran single terbaru mereka, Samudera. Single ini merupakan satu ‘pemanasan’, sebelum pelancaran album penuh terbaru mereka yang dinamakan 'Ini Adalah Ujian Transmisi'.

KLINIK EE MENERAJUI INOVASI ESTETIK, KINI DIBUKA DI JADE HILLS, KAJANG

Image
Klinik EE, klinik estetik dengan perakuan LCP terkemuka di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pengembangan perkhidmatannya kepada cawangan ketiga dan yang terbarunya di Jade Hills, Kajang. 

MISS COSMOWORLD MELANCARKAN INISIATIF GLOBAL UNTUK MEMPROMOSIKAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Image
Miss CosmoWorld, sebuah platform inovatif yang berdedikasi untuk memberdayakan wanita dan merayakan kepelbagaian budaya, telah melancarkan visinya yang bercita-cita tinggi hari ini di Hyatt Place Bukit Jalil. 

MENANG BESAR DI KEMPEN "GOLDEN TICKET' DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Image
Pusat Beli-Belah Alamanda Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun. Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini.  Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G. Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.  50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut. 3 Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya.  Secara tid

BMW GROUP MALAYSIA RAI KEHADIRANNYA DI MALAYSIA AUTOSHOW 2024 DENGAN PELBAGAI TAWARAN ISTIMEWA

Image
Sempena kembalinya mereka ke Malaysia Autoshow (MAS) 2024 yang dinanti-nantikan, BMW Group Malaysia memperkenalkan rangkaian tawaran eksklusif dan istimewa yang meliputi portfolio BMW, MINI serta BMW Motorrad, dipakej dengan teliti untuk dinikmati pengunjung sepanjang Mei dan Jun 2024.

TIKTOK PERKASA IBU BAPA, SATUKAN SUARA KEIBUBAPAAN DI ERA DIGITAL

Image
TikTok Malaysia, platform utama untuk video berdurasi pendek, telah menganjurkan satu perbincangan panel bagi memperkasakan ibu bapa supaya memainkan peranan aktif dalam membentuk pengalaman digital anak-anak remaja mereka. Ia menyediakan platform untuk dialog yang bermakna tentang peranan penting ibu bapa dan strategi yang boleh digunakan untuk menjamin keselamatan dalam talian anak-anak mereka. Barisan panel perbincangan itu terdiri daripada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), IBU Family Resource Group, serta pencipta konten TikTok Wan Sufina ( @wfsufina ) dan Danish ( @ach4i ).

LAKAR MOMEN SERTA NIKMATI KREATIVITI, KEASLIAN DAN RASA DALAM KONSERT DATO M.N45IR CIPTA ,10 OGOS 2024 INI

Image
Memilih judul yang ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA sebagai nama konsert terkini pada 10 Ogos 2024, ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir. Seantero Nusantara tahu, seluruh karyawan seni sedar dan belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M Nasir. Beliau adalah ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu dan semua yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang berkualiti tinggi.

KL WELLNESS CITY PERUNTUKKAN RM25 JUTA UNTUK MENANGANI ISU KEKURANGAN JURURAWAT DI MALAYSIA

Image
Bandar pertama di Asia Tenggara yang dibina khusus untuk kesejahteraan dan penjagaan kesihatan, KL Wellness City (KLWC), telah mengumumkan biasiswa sebanyak RM25 juta oleh KL International Hospital Sdn Bhd (KLIH) untuk membiayai pendidikan kejururawatan dari institusi tempatan, bertujuan untuk menangani kekurangan jururawat yang dijangka mencapai 57.9% di Malaysia menjelang tahun 2030. Inisiatif ini, yang dimeterai dengan Perjanjian Memorandum (MoA) dengan institusi pengajian tinggi, bertujuan menyediakan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan.

KROLL MUNCUL DENGAN SEBUAH KARYA BAHARU BERJUDUL ‘LENTERA CINTA’

Image
Kroll bukanlah nama yang asing dalam industri seni suara. Suatu ketika dahulu pemilik nama Khairul Nizam ini pernah tercalon sebagai salah satu daripada lima finalis teratas untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) pada tahun 2014. 

JALINAN SIMFONI, ORKESTRA MENERUSI SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR, 21 SEPTEMBER 2024

Image
Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka.

SITI NORDIANA DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA SAFI YOUTH GOLD RETINOL

Image
SAFI peneraju jenama nombor 1 penjagaan kulit Halal Malaysia mengorak evolusi baharu penjagaan kulit dengan melancarkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL – Rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul. Kombinasi 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.

ATLAS VENDING MEMPERKENALKAN MESIN LAYAN DIRI PRODUK SANITARI PERCUMA, MERINGANKAN BEBAN KAUM WANITA YANG KURANG BERNASIB BAIK

Image
ATLAS Vending, terkenal dengan penyelesaian mesin layan diri mereka yang inovatif, kini merevolusikan industri mesin layan diri dengan inisiatif terbaharu yang bertujuan untuk menangani kemiskinan haid. 

PENERAJU KEDAI DOBI TEMPATAN, DOBIQUEEN MENDEDAHKAN CORAK SENARIO DOBI MALAYSIA

Image
Menurut penyelidikan pasaran, industri dobi bersedia untuk pengembangan dan perubahan pesat atas pelbagai sebab, termasuk perubahan kecenderungan pelanggan, peningkatan teknologi dan kebimbangan tentang alam sekitar.

UNIQLO LANCAR KOLEKSI BAHARU "ROGER FEDERER BY JW ANDERSON”

Image
UNIQLO bakal menampilkan koleksi terbaru Roger Federer by JW ANDERSON – sebuah kolaborasi antara Roger Federer, pemain tenis berstatus legenda dan Duta Jenama Global UNIQLO, dengan jenama fesyen British JW ANDERSON. Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2024 ini, diilhamkan daripada daripada pakaian tenis vintage, boleh digayakan untuk suasana santai atau aktif, menampilkan barisan Sport Utility Wear yang menggabungkan fungsi, serba kegunaan dan fesyen.

AZARINE MEMPERKENALKAN PRODUK PENJAGAAN KULIT PREMIUM UNTUK MENINGKATKAN SERI WAJAH

Image
Azarine Cosmetic, jenama terkemuka produk kosmetik dan penjagaan kulit yang berasal dari Indonesia, membuat penampilan sulungnya di Malaysia! Dengan kerjasama Kara Marketing (M) Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal, Azarine yang terkenal dengan produk yang berkualiti tinggi, kini tersedia untuk pelanggan di Malaysia dengan pilihan produk penjagaan wajah yang pelbagai untuk menangani sebarang masalah kulit.

MENARA HAP SENG 3 TAMPILKAN 4 RESTORAN EKSKLUSIF DAN MEWAH

Image
Menara Hap Seng 3, yang terletak di Kuala Lumpur, merupakan fasa akhir dalam trilogi pembangunan ikonik Hap Seng Land. Reka bentuknya yang terkemuka, dibangunkan oleh firma seni bina Amerika SOM, menjadikannya destinasi korporat dan hospitaliti terkemuka. 

RATU ROCK NEGARA PERSEMBAHKAN KONSERT ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’

Image
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ pada 9 Ogos 2024 nanti, bertempat di Plenary Hall, KLCC. 

#GUMHEALTHFIRST - UTAMAKAN KESIHATAN GUSI ANDA DENGAN SYSTEMA!

Image
Kepada kebanyakan orang, set gigi putih dan cantik bak mutiara adalah penanda kesihatan mulut yang baik. Bagaimanapun, Systema, pakar kesihatan gusi terkenal dari Jepun, menekankan bahawa gusi yang sihat adalah sama penting dan asas kesihatan mulut seseorang. Systema berbesar hati melancarkan kempen #GumHealthFirst untuk membantu menangani isu penyakit gusi yang berleluasa di Malaysia, dan komited untuk mengekalkan dan mengembangkan inisiatif ini dengan visi jangka panjang untuk memberi impak yang berkekalan terhadap kesihatan mulut di Malaysia. Meneruskan kerjasama dengan Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gusi dalam mengekalkan kesihatan mulut secara keseluruhan.

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN IBU DAN MEMPERKENALKAN LAMPIN BAYI BAHARU MEREKA DENGAN LARIAN CERIA

Image
Alam Damai Fun Run, sebuah anjuran bersama Huggies Malaysia, bertujuan memberi peluang untuk para keluarga meraikan Hari Ibu 2024 bersama-sama sambil kekal aktif. Serentak dengan program ini juga merupakan pelancaran Huggies Dry Pants yang dipertingkatkan dengan teknologi Baharu. Jenama lampin bayi terkemuka itu turut komited untuk membantu komuniti tempatan dengan sumbangan kepada 100 isi rumah B40.

GANDINGAN MANTAP AMIR HASAN & REBELASIA DALAM SINGLE 'MONA"

Image
Sejak awal kemunculannya dahulu, Amir Hasan kerap menampilkan sesuatu yang berbeza buat peminat muzik dan pendengar setianya secara umum. Kini Amir kembali lagi bersama seorang lagi rakan seninya, iaitu RebelAsia dengan sebuah karya yang tidak kurang menarik berjudul ‘Mona’. 

AIMAN SIDEK LANCAR LAGU BAHARU 'HADIAH TUHAN PALING JELITA' SEMPENA HARI IBU

Image
Sebuah lagu ciptaan penuh komposer dan penyanyi, Aiman Sidek yang diberi judul Hadiah Tuhan Paling Jelita telah dilancarkan hari ini. Diterbitkan oleh 4U Entertainment, single terbaru ini merupakan dedikasi khas kepada semua yang bergelar Ibu bersempena dengan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

GANJARAN HEBAT GOLDEN TICKET MENANTI PARA PENGUNJUNG KE SURIA KLCC

Image
Terkenal sebagai Pusat Beli-Belah Ikonik Malaysia, Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan. Suria KLCC membuka tirai Kempen ‘Golden Ticket’ bersama rakan-rakan media dan pempengaruh ternama pada hari ini. 

CELEPETS SAMBUT HARI RAYA BERSAMA IBU TUNGGAL DAN RAIKAN 15 TAHUN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT

Image
Celepets, barisan selebriti dalam industri media dan hiburan yang bersahabat baik dan gemar melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan menganjurkan acara Celepets Care Raya 2024 bagi meraikan 15 tahun aktiviti khidmat masyarakat yang bermakna. Sejak penubuhannya pada 2009 oleh selebriti Malaysia yang terdiri daripada Dynas Mokhtar, Aishah Sinclair, Atilia Haron, Daphne Iking, Sazzy Falak, Serena C, dan Yasmin Hani, Celepets tetap teguh dalam mengangkat martabat keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik dan menyebarkan kegembiraan ke seluruh Malaysia.

“NGESOT”: KISAH SURVIVAL THRILLER LAKONAN ZUL HUZAIMY YANG MENGGETARKAN HATI

Image
Filem-filem genre survival seperti Cast Away (Tom Hanks), 127 Hours (James Franco), The Revenant (Leonardo Dicaprio), The Edge (Anthony Hopkins) dan banyak lagi memang mendapat sambutan daripada penggemar filem dan juga pengkiritik filem antarabangsa. Namun begitu, belum pernah lagi genre ini mendapat perhatian daripada pengeluar filem tempatan sehinggalah hari ini, di mana filem “Ngesot,” terbitan KASH PICTURES Sdn Bhd membuka jalan bagi genre ini di pawagam Malaysia. 

NOVARTIS MALAYSIA MENERAJUI USAHA PEMERKASAAN WANITA

Image
Norvatis Malaysia mengambil kesempatan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa untuk menekankan kepentingan kesetaraan jantina dalam memumpuk barisan generasi pemimpin wanita dalam industri Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai mengiktiraf sumbangan wanita dalam industri penjagaan kesihatan, satu program bual bicara bertemakan “Women in Healthcare: Empowering Others to Pay it Forward” telah dianjurkan.

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!

Image
Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa (ICBS) 2024 , pameran terulung bagi produk makanan, minuman dan kafe artisan, akan kembali ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 23 hingga 25 Mei 2024. Pengunjung boleh meninjau dan meneroka tawaran terbaharu daripada industri kafe dan kopi, mengunjungi Roasters Village (Perkampungan Pemanggang Kopi) yang kembali sekali lagi, menyertai kelas pakar, menjalani latihan kemahiran barista dan menyaksikan pertandingan membuat produk bakeri yang diadakan buat julung kalinya.

VIETJET MENYASARKAN 27 JUTA PENUMPANG DAN PEMBAYARAN DIVIDEN 25% SELEPAS MENCATATKAN PRESTASI KUKUH PADA Q1 2024

Image
Vietjet Aviation Joint Stock Company (HoSE: VJC) telah memuktamadkan Mesyuarat Agung Pemegang Saham (GMS) 2024 dan meluluskan pelan perniagaannya untuk tahun 2024. Syarikat penerbangan tersebut menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan utamanya dalam pasaran domestik dan mengembangkan lagi rangkaian penerbangan antarabangsanya.

VOLVO PADEL OPEN MENYAJIKAN KEJOHANAN PADEL PERTAMA DAN TERBESAR DI MALAYSIA

Image
Volvo Car Malaysia sangat teruja untuk mengumumkan Volvo Padel Open, kejohanan padel rasmi yang pertama dan terbesar di Malaysia. Bersedia memberi peluang kepada pemain padel baharu dan berpengalaman untuk bersaing sepanjang dua hujung minggu, Volvo Car Malaysia bekerjasama dengan semua kelab padel Lembah Klang – ASCARO Padel & Social Club, Padelground dan PadelKu – untuk mengembangkan komuniti sosial padel di Malaysia.

TRAVELOG PENDAKIAN 13 GUNUNG DI SABAH DALAM “SYURGA ALAM BORNEO” DI OKEY

Image
Sebut sahaja gunung yang terdapat di Negeri Bawah Bayu, Sabah pastinya orang ramai membayangkan Gunung Kinabalu yang menjadi destinasi tarikan di Malaysia terutamanya dalam kalangan pendaki gunung. Begitu juga informasi keunikan di Sabah sangat sinonim dan amat terikat dengan tempat-tempat yang kerap menjadi tumpuan utama seperti Gunung Kinabalu, Pulau Sipadan, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Sepilok – Orang Utan dan Pantai-Pantai Awam.

IKON MALAYSIA, DATO’ SRI SITI NURHALIZA AKAN MENGADAKAN KONSERT TAMBAHAN DI ARENA OF STARS PADA 11 OGOS 2024!

Image
Susulan penjualan hangat tiket Konsert ‘Cinta Di Awan’ pada 10 Ogos di Arena of Stars baru-baru ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mengumumkan satu hari tambahan bagi persembahan Konsert ‘Cinta Di Awan’ iaitu pada 11 Ogos 2024, Ahad bermula 8.30 malam! 

DAGING BERASASKAN TUMBUHAN YUMEAT MEMBERIKAN ALTERNATIF YANG LAZAT KEPADA MEREKA YANG LEBIH PRIHATIN KEPADA KELESTARIAN ALAM

Image
Kita semua kini merasai kesan perubahan iklim, daripada persekitaran yang amat kering dan panas terik sehingga ke hujan lebat yang membawa kepada banjir kilat. Kita boleh memainkan peranan dalam mengurangkan kesan-kesan ini dengan memilih untuk hidup dengan lebih lestari. Perubahan kecil pada gaya hidup kita juga mempunyai kesan kumulatif dalam mengurangkan kadar perubahan iklim.

ZENIA, KERUSI URUT TANPA WAYAR PERTAMA DI DUNIA MEMBUAT PENAMPILAN SULUNGNYA DI PUNCAK GUNUNG KINABALU

Image
Kerusi urut tanpa wayar pertama di dunia iaitu Zenia yang dihasilkan oleh Evis telah membuat penampilan sulungnya di puncak tertinggi Malaysia, Gunung Kinabalu. Kerusi ini telah dibawa ke ketinggian lebih dari 4,000 meter dari paras laut bagi meraikan kecekalan kemanusiaan dan memberi dorongan kepada individu untuk mengembara dunia.

TAYANGAN ISTIMEWA ‘A MOTHER’S TOUCH’ SEMPENA HARI IBU

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu yang bakal tiba, satu tayangan istimewa filem ‘A Mother’s Touch’ bakal diadakan menerusi kerjasama antara Yayasan Jepun Kuala Lumpur, Media Prima dan Golden Screen Cinemas pada 11 Mei 2024, Sabtu, bertempat di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur dengan dua sesi tayangan pada pukul 10.30 pagi dan 1.30 petang. Tayangan filem ini merupakan salah satu inisiatif oleh ‘The Weekend Japanese Film Show’.

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

Image
Colgate melancarkan ubat gigi ungu pertamanya, Colgate Optic White Purple. Ubat gigi pemutih berwarna ungu itu dirumus khas untuk membetulkan tona kuning dengan serta-merta serta mengandungi High Clean Silica dan Core Shell Silica bagi membantu menyingkirkan kotoran permukaan gigi. Gabungan kecanggihan teknologi Colgate dengan ramuan yang terbukti secara klinikal menjadikannya ‘beauty hack’ (godam kecantikan) untuk menyerlahkan senyuman cerah.

BERJAYA RAIH KEDUDUKAN AGENSI TIKTOK NO 1 DI MALAYSIA DAN TOP 5 DI ASIA TENGGARA, KAMISEMPOI INTERNATIONAL AGENCY LANTIK RIEZMAN KHUZAIMI SEBAGAI DUTA, KOMITED LAHIRKAN LIVE HOST BERKALIBER

Image
Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.

ASTRO MEMPERINGATI HARI BUMI DENGAN KEMPEN “RIMBAKITA: SAVE OUR EARTH”

Image
Sempena memperingati Hari Bumi, Astro melancarkan kempen “RimbaKita: Save Our Earth” untuk meningkatkan kesedaran dan memangkin tindakan merentasi tonggak Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelanggan Astro boleh menikmati pelbagai program seperti dokumentari menerusi rakan kongsi saluran pembelajaran kami termasuk Love Nature, BBC Earth, Global Trekker, Animal Planet, World Wide Fund for Nature (WWF) dan banyak lagi melalui Ultra/Ulti Box dan Astro GO mereka. Program-program ini akan tersedia pada pautan khas di On Demand, “RimbaKita: Save Our Earth”.

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

Image
Filem aksi heist yang dinantikan tahun ini, THE EXPERTS bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara. The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures, mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya. 

23 SELEBRITI POPULAR HADIRI PROGRAM VIU TOGETHER GATHER BERSAMA LEBIH 100 USAHAWAN TERKEMUKA DI KOTA BHARU, KELANTAN

Image
Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, telah menganjurkan program Viu Together Gather dan menjadi satu-satunya platform penstriman yang berjaya menganjurkan program dengan kehadiran 23 selebriti popular tanah air bersama lebih 100 usahawan terkemuka di Kelantan baru-baru ini. 

GUARDIAN LANCAR RANGKAIAN PENJAGAAN DIRI ECO-GARDEN – PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN YANG LESTARI JENAMA SENDIRI PERTAMANYA

Image
Sempena Hari Bumi 2024, guardian hari ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan diri yang lestari jenama sendiri pertamanya - Eco-Garden guardian. Diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik yang diperakui dan minyak sawit mass-balance yang mampan, dan dibotol menggunakan 100% bahan boleh dikitar semula, rangkaian Eco-Garden baharu mendukung konsep guardian #DoubleTheNatural (gandingan dua bahan-bahan semula jadi) yang memberikan dua manfaat berganda kuasa alam semulajadi, untuk menyembuh dan memulihkan ke dalam setiap rumah.