SITI NORDIANA DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA SAFI YOUTH GOLD RETINOL


SAFI peneraju jenama nombor 1 penjagaan kulit Halal Malaysia mengorak evolusi baharu penjagaan kulit dengan melancarkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL – Rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul. Kombinasi 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan “keremajaan” raut wajah. Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.


SAFI YOUTH GOLD RETINOL tidak sekadar tentang menawarkan penjagaan kulit premium, ia tentang mewujudkan akses kepada penyelesaian penjagaan kulit yang canggih untuk semua. Secara tradisional, produk yang mengandungi Retinol sering dikaitkan dengan harga yang mahal, kerap kali di luar jangkauan ramai. Menariknya, SAFI YOUTH GOLD RETINOL menawarkan rangkaian penjagaan kulit dengan bahan utama Retinol berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan berpatutan. SAFI YOUTH GOLD RETINOL mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, ”esen ajaib” dan pelembap retinol.

“Kehebatan manfaat kecantikan dengan menggunakan Retinol tidak dapat dinafikan dan menjadi antara bahan pilihan utama dalam produk penjagaan anti- penuaan kulit masa kini. Tetapi, ianya lebih terkenal di dalam perawatan kecantikan klinikal dengan prosedur, formulasi tertentu dan perlu dipantau oleh pakar yang membuatkan prosedur ni terlalu mahal dan kurang mampu milik. SAFI bersama-sama para Saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL – “The Gold Standard of Retinol” produk penjagaan kulit wajah anti - penuaan – yang menggabungkan kombinasi 3 bahan terunggul kecantikan masa kini - 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas, Squalane yang terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari* membuatkannya senang didapati kerana dijual di cawangan watsons di seluruh malaysia dengan harga mampu milik supaya semua wanita boleh mendapatkan manfaat retinol dengan mudah. Ujar Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim.


Tambah beliau lagi, “Inovasi kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL dari SAFI RESEARCH INSTITUTE - Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan HALAL bertaraf Antarabangsa terbesar dengan lebih 40 tahun kepakaran di Asia menzahirkan impian setiap wanita untuk memiliki raut wajah Kekal Remaja Tak Kira Usia dengan sebuah rangkaian produk yang dapat memulikan tanda penuaan kulit yang berkualiti tinggi, efektif , selamat untuk penggurnaan harian siang dan malam dan dipasarkan pada harga berpatutan serta diperakui Halal”.

Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.

Formulasi kombinasi bahan terunggul rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL:
  • 3x Kuasa Retinol - Memperbaharui sel kulit dengan cepat .Mencerahkan kulit . Mengurangkan pigmentasi, kedutan dan garis halus
  • Squalane – Menjadikan kulit lembap & sihat semulajadi . Memperbaiki dan menghaluskan tekstur kulit
  • 98% Peptida Emas – Menganjalkan kulit . Memperbaiki tekstur kulit . Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kolagen


Majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL turut menjemput Dr Syairah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuaan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuaan kulit serta menyangkal mitos tentang Retinol. “Masalah penuaan kulit jika tidak dicegah dari awal akan mula menampakan garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam, Retinol adalah jawapannya. Kehebatan manfaat bahan terunggul Retinol ini digunakan dalam formulasi yang betul di dalam rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk rutin penjagaan kulit siang dan malam dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan ke atas kulit.

Hasilnya?
  • 100% Bersetuju Terbukti secara Klinikal Kulit Lebih Cerah, Kedutan Mendalam dan Garis Halus berkurang dalam 14 hari
  • 92% menganjal dan menegangkan kulit
  • 75% Kulit lebih cerah berseri dengan serta merta
  • 72% Garis Halus dan Kedutan Berkurang
  • 71% bersetuju kulit lebih licin dan lembut dalam 7 hari
  • Tona Kulit lebih Cerah dalam 1 minggu
  • Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari
Terbukti secara klinikal* dan saintifik^


Melengkapkan pelancaran rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL ini adalah kemunculan duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL Siti Nordiana. Figura seni hiburan tersebut adalah pilihan tepat kerana beliau adalah personafikasi “Wanita Safi” – Mempesona dengan raut wajah penuh keremajaan serta aura keyakinan bakat tersendiri , beliau adalah inspirasi wanita seusia dalam menggalas komitmen sebagai anak seni dan jiwa raga sebagai seorang ibu.

“Ini adalah sebuah penghargaan bagi saya kerana dipilih untuk mewakili SAFI sebuah jenama produk penjagaan kulit berkualiti yang dipercayai ramai. Perjalanan kecantikan saya menemukan saya dengan Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL. Faktor usia, gaya kidup kesibukan kerjaya saya serta sentiasa bersolek membuatkan kulit lebih mudah terdedah kepada masalah penuaan.Saya juga amat teruja untuk berkongsi kepada para wanita tentang keberkesanan produk ini dalam memulihkan masalah penuaan kulit serta kepentingan untuk memulakan langkah kecantikan anti-penuaan dari awal agar raut wajah tetap kekal remaja tak kira usia dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL.” Jelas duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL itu.

Berbicara perihal penampilan dan kecantikan, Siti Nordiana turut berkongsi lebih lanjut tentang kecantikan SAFI YOUTH GOLD RETINOL beliau “Dalam masa 14 hari saya mula merasakan perubahan pada raut wajah. Perubahan ketara yang saya rasakan adalah kulit lebih anjal, garisan halus & hiperpigmentasi berkurang, kelihatan bermaya, cerah sekaligus memperlihatkan raut wajah remaja, serta kelembapan kulit juga dapat dirasakan”.


Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL merangkumi 5 jenis produk penjagaan kulit iaitu SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90) , SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90) dan SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (25g , RM25.90).

Dapatkan rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL secara eksklusif di kedai-kedai WATSONS seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia beserta

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?