COLOR UP THE NIGHT RUN 2026: ICE-WATCH MALAYSIA MERAIKAN SEDEKAD PENUH WARNA DAN KEBERSAMAAN


Ice-Watch Malaysia meraikan sedekad penganjuran Ice-Watch Night Run di Malaysia menerusi pelancaran Color The Night Run 2026, yang menandakan 10 tahun menyatukan komuniti melalui semangat larian, warna dan pengalaman bersama. Pencapaian bermakna ini diraikan menerusi Sidang Media Color The Night Run 2026 yang berlangsung di Time Zone, IOI City Mall, Putrajaya.

Sepanjang sedekad, Ice-Watch Night Run telah berkembang daripada sekadar sebuah acara larian kepada platform yang menyatukan komuniti dalam suasana penuh kemeriahan. Acara ini terus menghimpunkan para pelari, keluarga, pihak media serta rakan kerjasama untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan semangat larian, warna dan kebersamaan. Bersempena ulang tahun ke-10, Ice-Watch Malaysia memperkenalkan Color The Night Run 2026, yang membawa semula semangat dan identiti acara ini dengan pengalaman baharu yang lebih segar, sekali gus membuka ruang kepada generasi peserta baharu untuk mencipta pengalaman mereka sendiri.


Acara ini dianjurkan oleh Time Zone Sdn. Bhd. dengan sokongan HABIB Group dan Two Tropics Coffee, yang bersama-sama memperkukuh nilai kebersamaan dalam membina komuniti lebih erat, menggalakkan gaya hidup aktif serta menawarkan pengalaman kehidupan yang bermakna.

COLOR THE NIGHT RUN 2026 Berlangsung pada 28 November 2026 di IOI City Mall, acara ini menggabungkan larian, hiburan dan gaya hidup dalam sebuah perayaan penuh warna yang meraikan semangat kebersamaan. Peserta bakal menikmati keseronokan larian malam dengan gaya ceria dan warna-warni yang sinonim dengan Ice-Watch, memberikan pengalaman menarik sama ada semasa larian mahupun selepasnya.


Sempena ulang tahun ke-10, Color The Night Run 2026 meraikan sedekad penuh kenangan, penyertaan dan semangat kebersamaan, di samping menandakan permulaan lembaran baharu bagi Ice-Watch Malaysia. Dengan identiti diperbaharui serta pengenalan pengalaman baharu, edisi tahun ini meneruskan legasi Ice-Watch Night Run sambil melangkah ke hadapan untuk membentuk pengalaman lebih bermakna pada masa akan datang.

MENGORAK LANGKAH KE HADAPAN: ICE FOREVER & ICE SMART FOREVER 2.0

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-10, Ice-Watch Malaysia memperkenalkan dua koleksi baharu iaitu Ice Forever dan Ice Smart Forever 2.0, yang dilancarkan khusus bersempena Color The Night Run 2026.


Ice Forever menampilkan interpretasi baharu terhadap gaya ikonik ICE-WATCH menerusi rangkaian jam tangan kontemporari yang direka untuk melengkapi pelbagai personaliti dan gaya harian. Dengan reka bentuk berwarna-warni, tersendiri dan mudah digayakan, koleksi ini menyerlahkan karakter Ice-Watch yang ceria, berani dan dinamik.

Sementara itu, Ice Smart Forever 2.0 membawa dimensi baharu kepada jam pintar dengan menggabungkan reka bentuk ikonik Ice-Watch bersama teknologi pintar dalam sebuah aksesori gaya hidup moden. Direka untuk pengguna masa kini yang mengutamakan gaya serta fungsi, koleksi ini menggabungkan fesyen, fleksibiliti dan teknologi pintar dalam satu rekaan serba guna yang melengkapi gaya hidup harian.


KEHADIRAN KUKUH JENAMA GLOBAL DALAM PASARAN MALAYSIA

Ditubuhkan di Bastogne, Belgium pada tahun 2007, Ice-Watch telah berkembang menjadi jenama jam tangan diiktiraf di peringkat global dengan identiti tersendiri menerusi pendekatan penuh warna, optimistik dan inovatif dalam menawarkan jam tangan bergaya pada harga mampu milik. Kini, jenama ini hadir di lebih 55 negara dengan rangkaian produk merangkumi jam tangan pintar, digital, silikon, stainless steel serta jam tangan buatan Switzerland.

Sebagai sebahagian daripada HABIB Group, Time Zone Sdn. Bhd. memainkan peranan penting dalam industri jam tangan tempatan dan merupakan pengedar eksklusif Ice-Watch di Malaysia. Dengan pengalaman luas dalam segmen jam tangan, Time Zone kini mengendalikan 11 cawangan di seluruh negara serta memperkukuh kehadiran digitalnya, menawarkan pelbagai pilihan jam tangan kontemporari dan mewah kepada pengguna Malaysia.

Sepanjang perjalanannya di Malaysia, Ice-Watch Malaysia terus memperkukuh kehadiran jenama menerusi pelbagai inisiatif gaya hidup, kolaborasi strategik dan program berteraskan komuniti, termasuk Color The Night Run 2026.


Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila layari https://www.jomrun.com/event/Ice-Watch-Color-the-Night-Run-2026

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

EKSKLUSIF DI VIU: DIA PEREMPUAN SIALAN, SERAM PENUH DENDAM

EDISI KEEMPAT LOTUS'S CERIA CHARITY RUN 2026 BERJAYA MENGUMPUL REKOD RM500,000, MEMPERKUKUH USAHA MEMPERKASA 50,000 PELAJAR DI SELURUH NEGARA BERSAMA PINTAR