HARVEY NORMAN COALFIELDS RETAIL PARK: DESTINASI UTAMA KELENGKAPAN RUMAH DAN TEKNOLOGI
Harvey Norman meraikan pembukaan rasmi cawangan terbaharunya di Coalfields Retail Park. Pembukaan ini menandakan cawangan ke-41 syarikat berkenaan di seluruh negara, sekali gus memperkukuh kedudukannya di salah sebuah kawasan perumahan yang sedang pesat berkembang di Selangor.
Majlis pembukaan rasmi tersebut disempurnakan oleh Cik Bernice Kwok, Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura & Malaysia, dan Encik Jonathan Toh, Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, bersama barisan pengurusan kanan. Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Mohammad Faisal bin Ismail, wakil kepada YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Selangor, serta Cik Lee Wen Ling, Pengarah Urusan KLK Land Sdn Bhd.
Berciri strategik di Bandar Seri Coalfields, cawangan ini menikmati rangkaian perhubungan yang cemerlang menerusi lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), LATAR, DASH, dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Akses yang mudah ini memudahkan kedatangan pemilik kediaman serta keluarga dari kawasan sekitar.
“Memandangkan semakin banyak keluarga memilih untuk menetap di perbandaran ini, pembukaan cawangan ke-41 kami di Coalfields Retail Park mencerminkan komitmen berterusan Harvey Norman untuk berkhidmat kepada komuniti yang kian berkembang ini. Kami bangga dapat menawarkan pusat sehenti bagi keperluan teknologi, barangan elektrik rumah, perabot, dan kelengkapan kamar tidur, dengan menghimpunkan jenama terpercaya, produk inovatif, serta nasihat pakar di bawah satu bumbung,” kata Bernice Kwok.
Nafas Baharu untuk Kehidupan Seharian
Daripada kelengkapan dapur dan sistem penyejukan canggih hinggalah kepada penyelesaian pendingin udara serta penjagaan pakaian yang mesra tenaga, para pelanggan boleh meneroka pelbagai produk inovatif yang direka khas untuk memudahkan serta melancarkan urusan harian.
Melengkapi pengalaman membeli-belah ini ialah Zon TV khas, di mana pengunjung boleh menikmati teknologi paparan skrin besar terkini, di samping Dinding Bar Bunyi (Sound Bar Wall) interaktif yang memudahkan perbandingan prestasi audio. Rangkaian lengkap peralatan kecil seperti pembersih vakum tanpa wayar dan robotik, mesin pembuat kopi, serta pembersih udara turut ditawarkan bagi membantu mempermudah rutin harian dan mewujudkan kediaman yang lebih pintar serta selesa.
Terokai Inovasi Teknologi Berkuasa AI Terkini
Sama ada untuk urusan kerja, pembelajaran, permainan video, mahupun hiburan, pelanggan boleh meneroka pelbagai pilihan telefon pintar, tablet, komputer pekena peranti permainan (gaming laptops), dan PC berkuasa AI yang disesuaikan mengikut keperluan serta gaya hidup berbeza.
Dua dibantu oleh Pakar AI Generasi Baharu (Next Gen AI Experts) Harvey Norman, pembeli boleh mendapatkan maklumat mendalam mengenai inovasi teknologi terkini serta panduan yang disesuaikan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan ketersambungan harian mereka.
Keselesaan, Inovasi, dan Kesejahteraan Kediaman
Sama ada ingin melengkapi kediaman baharu atau memberi sentuhan segar kepada ruang sedia ada, pelanggan boleh meneroka kepelbagaian pilihan perabot dan kelengkapan kamar tidur yang menggabungkan keselesaan, inovasi, serta rekaan anggun. Antara tarikan utama termasuk sofa boleh laras (recliner) yang direka mesra pembersih vakum robotik, serta koleksi meja makan boleh suai sepenuhnya yang pertama daripada Harvey Norman, memberikan fleksibiliti untuk merancang ruang makan mengikut cita rasa dan gaya hidup individu.
Bagi menyokong kualiti tidur dan kesejahteraan menyeluruh, pelanggan juga boleh meneroka pilihan katil pelaras, koleksi tilam pemenang anugerah, serta teknologi tidur termaju yang memberikan sokongan dan keselesaan mengikut keperluan peribadi.
Sambutan Pembukaan Rasmi dan Ganjaran Eksklusif
Sempena pembukaan cawangan Harvey Norman Coalfields Retail Park, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran promosi dan aktiviti eksklusif bermula 25 hingga 27 September 2026.
Tawaran Jualan Kilat (Happy Hour Deals)
Produk terpilih akan ditawarkan pada harga istimewa Tawaran Jualan Kilat setiap hari pada jam 4 petang dan 7 malam, dengan kuantiti terhad berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.
Antara tawaran hebat termasuk Peti Sejuk 2 Pintu Toshiba pada harga RM797 (Harga Asal: RM1,699), Mesin Basuh LG 8KG pada RM997 (Harga Asal: RM2,299), TV Samsung 55 inci pada RM1,397 (Harga Asal: RM2,899), Periuk Nasi Tefal pada RM168 (Harga Asal: RM379), Seterika Wap Philips pada RM33 (Harga Asal: RM99), Komputer Pekena Acer pada RM2,599 (Harga Asal: RM3,399), Kerusi Urut Fujitec Norway pada RM2,991 (Harga Asal: RM8,996), Bantal Keselesaan Napure pada RM8 (Harga Asal: RM99), dan banyak lagi.
Belanja RM300, Peluang Menang Besar
Pelanggan yang berbelanja RM300 atau lebih dalam satu resit di cawangan ini berpeluang menyertai Cabutan Bertuah RM1 untuk memenangi hadiah bernilai keseluruhan melebihi RM15,000, termasuk barangan elektrik rumah, peranti elektronik, telefon pintar dan banyak lagi. Sesi cabutan bertuah akan diadakan setiap hari pada jam 2 petang, 5 petang, dan 8 malam.
Ganjaran Pasti Menang
Selain itu, pelanggan yang berbelanja RM300 atau lebih juga layak menyertai Promosi Ganjaran Pasti Menang dan membawa pulang hadiah secara langsung, termasuk kad hadiah serta pelbagai ganjaran menarik yang lain.
Demonstrasi Langsung, Pengalaman Sebenar
Pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi secara langsung daripada jenama-jenama terkemuka seperti Electrolux, LG, Panasonic, Philips, dan Teka, sekali gus merasai sendiri pengalaman mengendalikan inovasi terkini dalam bidang masakan, penyediaan makanan, serta penyediaan kopi di rumah.
Jualan Pembukaan Rasmi
Jualan Pembukaan Rasmi Harvey Norman berlangsung sehingga 14 Oktober 2026, menampilkan tawaran hebat merangkumi barangan elektrik, komputer & peranti mudah alih, perabot, serta kelengkapan bilik tidur.
Mengapa Membeli-belah di Harvey Norman?
Harvey Norman sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan menerusi komitmen "Membeli-belah dengan Yakin" (Shop with Confidence) yang merangkumi Jaminan Kesepadanan Harga (Price Match Guarantee), Penghantaran Hari Yang Sama, Dasar Pertukaran 14 Hari, Pelan Pembayaran Ansuran 0% Sehingga 60 Bulan, serta perkhidmatan Click & Collect. Dengan bantuan Pakar Jualan berdedikasi yang sedia memberikan panduan khusus, pembeli dapat menikmati pengalaman yang lancar dan bermaklumat, daripada pemilihan produk hinggalah ke proses pembelian.
Untuk maklumat lanjut, layari www.harveynorman.com.my atau kunjungi cawangan baharu di Coalfields Retail Park untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah ini!
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment