Mr. Lee Thiam Kit, Ketua –Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting meletakkan kepingan terakhir untuk melengkapkan gambar suai padan peta Genting SkyWorlds. Sebagai tanda simbolik bagi pembukaan taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara tahun ini, Resorts World Genting memperkenalkan logo Genting SkyWorlds secara rasmi pada hari ini. Acara maya secara langsung tersebut telah disaksikan oleh para tetamu undangan dan wakil media melalui platform persidangan video Zoom.Genting SkyWorlds bakal menjadi sebuah taman tema luar yang menguja dan mengasyikkan pada ketinggian enam ribu kaki dari aras laut. Ini turut menjadikan Genting SkyWorlds sebagai salah satu taman tema yang paling unik, bukan sahaja di rantau ini, malahan di peringkat global. (Dari Kiri ke Kanan) Dato’ Edward Arthur Holloway, Naib Presiden Eksekutif, Riadah dan Hospitaliti, Resorts World Genting; Mr. Lee Thiam Kit, Ketua –Operasi Perniagaan dan Strategi, Resorts World Genting; Mr. Gregory Pearn, K...