JOOX RANCAKKAN INDUSTRI MUZIK DENGAN "GEGARAN BAND"

Caliph Buskers

JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, dengan bangganya mempersembahkan projek terbaharunya kepada peminat muzik di seluruh Malaysia - "Gegaran Band", siri JOOX ORIGINALS ketiga, yang terus mengetengahkan artis-artis terbaik dalam industri muzik Malaysia.

Mengikuti kejayaan dua siri projek JOOX ORIGINALS sebelum ini iaitu Super Producer dan Hip Hop Beats, "Gegaran Band" mengumpulkan beberapa kumpulan muzik terhangat di Malaysia untuk menghasilkan lagu-lagu terbaharu dan segar secara eksklusif di JOOX. Ini adalah salah satu inisiatif JOOX untuk memberikan semangat kepada peminat muzik tanah air untuk memulakan tahun 2021 yang diharapkan akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelumnya! Kumpulan-kumpulan tempatan yang akan melancarkan hit terbaru mereka secara ekslusif di JOOX adalah Kugiran Masdo, IamNeeta, Caliph Buskers, Madam, One Avenue Band, Azarra Band dan Drama Band. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendengar hasil nukilan mereka yang pasti memukau peminat muzik alternatif dan pop rock di Malaysia!

Kesemua lagu dalam siri "Gegaran Band" akan dapat diperdengarkan secara eksklusif di JOOX tidak lama lagi dan projek ini akan disusuli dengan pelancaran video muzik di saluran YouTube artis-artis yang terlibat dalam projek ini. Selain itu, pencinta muzik Malaysia bukan sahaja boleh mendengarkan lagu-lagu ini tetapi juga diberi kepuasan untuk menyanyikannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui fungsi karaoke JOOX.


Kumpulan pop rock Kugiran Masdo menjadi pembuka tirai untuk siri “Gegaran Band” ini dengan lagu mereka yang berjudul "Lautan Asmara" – lagu yang ditulis sendiri oleh vokalis kumpulan tersebut, Ali Sariah menceritakan tentang cinta dalam diam terhadap seseorang. Kumpulan rock alternatif IamNeeta menyusuli siri ini dengan lagu “Lampu Hijau”, dilancarkan secara ekslkusif di JOOX pada 29 Januari yang lalu.


Siri JOOX ORIGINALS “Gegaran Band” ini akan terus berlangsung pada bulan Februari ini sehinggalah ke bulan Mac dengan trek-trek terbaik yang akan dibawakan oleh kumpulan rock bertenaga Madam pada 3 Februari yang telah melancarkan lagu terbaru mereka Musnah; dan akan diikuti Caliph Buskers, kumpulan kurang upaya penglihatan yang sangat berbakat; dan One Avenue Band.


Kumpulan pop rock bertenaga Azarra Band dan kumpulan Drama Band akan melancarkan lagu-lagu terbaharu mereka di JOOX pada bulan Mac yang akan datang, nantikannya kesemuanya!

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, menyatakan, "Memandangkan sambutan yang sangat luar biasa dan memberangsangkan yang telah kami terima daripada peminat muzik di Malaysia untuk dua siri JOOX ORIGINALS sebelum ini, maka kami memulakan tahun baru ini dengan membawakan kumpulan pop rock terhangat di Malaysia. Kami berasa teruja untuk membariskan pemuzik-pemuzik yang sangat berbakat untuk Projek siri ketiga ini dan kami akan terus berusaha untuk memeriahkan lagi arena muzik tempatan dengan menghasilkan lebih banyak lagu-lagu asli yang lebih hebat. "

Artis-artis terbaik dan trek tehangat dari Malaysia dan seluruh dunia menanti anda di JOOX dimana pustaka muzik kami menyediakan lebih daripada 30 juta lagu dari seluruh dunia! JOOX membawakan artis, lagu, album kegemaran anda, senarai main dan persembahan secara langsung ke hujung jari anda pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. 

Nikmatinya sekarang dengan muat turun JOOX melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX.

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN ‘FRAMED’ GANDINGAN MEERQEEN DAN MIMI LANA BERMULA 3 MEI DI ASTRO PREMIER

MUAZ DAN BELLA BERCINTA? SAKSIKAN LAKONAN MANTAP MEREKA MENERUSI DRAMA TERBAHARU