Posts

Showing posts from March, 2023

MUZIK MUZIK 38 LEBIH DINAMIK BERSAMA IZZUE ISLAM

Image
Program hiburan yang memaparkan carta mingguan lagu terbaik di Malaysia terbitan TV3 kini telah memasuki edisinya yang ke-38! Setia membawakan lagu terbaik ke dalam carta menerusi undian peminat secara mingguan, program Muzik Muzik 38 kini menjanjikan pengisian yang lebih menyeronokkan bersama wajah baharu, Izzue Islam, bermula 2 April, setiap hari Ahad, pukul 12.00 tengahari di TV3, dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

IDEAS AUTISM CENTRE (IAC) MELANCARKAN KEMPEN KESEDARAN AUTISME

Image
IDEAS Autism Centre (IAC), sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan Malaysia yang menyediakan program intervensi awal, terapi dan pendidikan untuk kanak-kanak dengan autisme, melancarkan kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Minggu Kesedaran Autisme yang akan berlangsung dari 29 Mac hingga 2 April 2023 di NU Sentral. Presiden Pengasas dan Pengerusi Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), YAM Tunku Zain Al’-Abidin, Pengetua dan Pengurus Pusat IAC, Puan Sharifah binti Salleh, Pengarah Kewangan IDEAS, Puan Mazrina Ariffin, disusuli dengan duta dan selebriti Kempen Kesedaran Autisme mengambil gambar bersama dengan kanak-kanak Autisme dari IDEAS Autisme Centre.  Minggu Kesedaran Autisme, yang dianjurkan dengan kerjasama The Hope Branch dan Nu Sentral, merupakan kempen yang akan diadakan secara tahunan oleh IAC dengan objektif utama untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai autisme. Inisiatif ini diwujudkan bagi menarik perhatian orang ramai kepada keperluan dan

HIDANGAN IFTAR ALA-KENDURI DI DE’ KENDURI BY LUTFI YUSSOF, KUALA LUMPUR

Image
Setiap kenduri pastinya ada menunya yang tersendiri. Contohnya, bahagian kenduri kahwin akan membawakan hidangan yang sinonim dengan kenduri kahwin seperti Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar buah manakala Bahagian Kenduri Rumah Terbuka akan menawarkan hidangan seperti lemang, ketupat, rendang dan sebagainya.

TREND RAYA 2023 TAMPILKAN KELENGKAPAN RAYA TERKINI, PERSEMBAHAN & HADIAH MENARIK – RAYA PASTI ‘TRENDY’!

Image
Lagi Trend Lagi Beraya — Adalah tagline paling tepat untuk festival jualan Trend Raya 2023. Melihat kepada situasi negara yang semakin pulih dari pandemik, tentunya selain daripada beraya sakan, Aidilfitri pada tahun ini pastinya mahu diraikan dengan penuh trendy. 

SWAROVSKI LANTIK MIRA FILZAH SEBAGAI WAJAH KEMPEN HARI RAYA 2023

Image
Hari Raya Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan bersama insan-insan yang dikasihi, untuk bertemu mesra, melakar kenangan manis sambil memenuhi naluri untuk bergaya sempena keistimewaan harinya. Tradisi ini terus disuburkan dalam kempen baharu Swarovski yang membawakan keriangan, kebersamaan, dan keindahan setelah melalui tempoh masa yang amat penting dalam bermuhasabah diri dan memupuk kesyukuran. Pelakon, peragawati dan usahawan Mira Filzah membintangi kempen kali ini. Dalam usaha menjelmakan glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas untuk bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri, dan menghulurkan hadiah serba indah sebagai tanda penghargaan kepada insan-insan yang dikasihi. Menurut Mira Filzah, “Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals yang bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sa

KONSERT ‘CINTA LUAR BIASA’ ANDMESH KAMALENG DI KUALA LUMPUR

Image
Siapa yang tidak kenal dengan pelantun lagu viral senusantara ‘Cinta Luar Biasa’, anak kelahiran Pulau Alor, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, penyanyi-penggubah lagu popular yang banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan, Andmesh Kamaleng bakal bertandang ke tanah air pada bulan Jun ini bagi mengadakan konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music.

IPC SHOPPING CENTRE MENGAJAK PEMBELI-BELAH MEMAKSIMUMKAN KEMERIAHAN RAYA MEREKA DENGAN KEMPEN ‘RAYA MERIAH MAX’

Image
Sempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, IPC Shopping Centre mengajak pembeli-belah menyemarakkan lagi kemeriahan Raya mereka dengan kempen ‘Raya Meriah Max’. Bermula hari ini hingga 1 Mei, pembeli-belah boleh menikmati promosi istimewa dan ganjaran hebat apabila mereka berkunjung dan membeli-belah di IPC Shopping Centre.

PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN 'MERIAH RAYA' BERSAMA KUCING OREN IKONIK, GARFIELD

Image
Pavilion Bukit Jalil memulakan sambutan perayaan Aidil Fitri tahun ini dengan tema 'Meriah Raya' yang menarik dengan kerjasama Nickelodeon's Garfield . mulai sekarang hingga 25 April 2023, di mana para pengunjung boleh meraikannya dengan ikon kucing kesayangan semua, Garfield, yang menyambut Ulang Tahun ke-45 tahun ini, sambil menikmati keindahan hiasan hari raya meriah.

TEMPAT-TEMPAT PALING SYOK DI PAVILION BUKIT JALIL UNTUK BERBUKA PUASA

Image
Dalam kesibukan membeli-belah untuk membuat persiapan Hari Raya Aidil Fitri di Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa untuk usha tempat-tempat yang menarik untuk berbuka puasa! Memang banyak restoran dan kedai makanan yang enak-enak di Pavilion Bukit Jalil ini . Bawalah keluarga anda untuk berkongsi hidangan di Grandmama's yang menawarkan menu eksklusif set ‘Nasi Dulang Bukhari’ dengan pelbagai hidangan utama seperti ‘peha kambing rebus,’ ‘ayam panggang kunyit,’ ‘makanan laut,’ dan ‘daging rebus’. ( Lokasi - Level 1 Orange Zone ) Persekitaran restoran ini adalah luas dan selesa dan sesuai untuk berbuka puasa. Kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih ringan seperti kudap-kudapan tempatan, anda boleh ke Sedap by Grandmama’s . (Lokasi - Level 5 Pink Zone) Gemarkan asam pedas? Jom kita ke D’Laksa untuk menikmati hidangan yang penuh keenakan seperti ‘Asam Laksa’, ‘Asam Lobsterball’, ‘Asam Fishball’ dan makanan kegemaran ramai di Malaysia - ‘Fruit Rojak’ .   Anda tidak perlu tunggu la

SAMBUTAN RAMADAN AL-MUBARAK DAN HARI RAYA BERSAMA RIANG RAMADAN RAYA MARRYBROWN!

Image
Dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia, untuk umat Islam berpuasa selama sebulan sekaligus akan menyambut Hari Raya pada tahun ini, rangkaian Restoran Makanan Segera Halal Tempatan yang terbesar, Marrybrown memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang mengetengahkan masakan Rendang dan juga makanan tempatan lain – tersedia secara eksklusif di sepanjang bulan Ramadan dan Hari Raya di semua cawangan Marrybrown mulai hari ini sehingga stok masih ada!

NIKMATI KEMERIAHAN RAMADAN BERSAMA FRESHABLE DENGAN BAUCAR PULANGAN TUNAI DAN DISKAUN PREMIUM!

Image
Freshable, perkhidmatan penghantaran kit makanan sedia masak yang inovatif, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Kempen Ramadan dengan kerjasama Live It Up!. Dari 1 Mac hingga 21 April 2023, Freshable akan menawarkan pilihan hidangan yang sedap dan sihat untuk Sahur dan Iftar, bersama baucar pulangan tunai dan diskaun untuk perkakas masakan premium.

TARIAN SINGA KEMBALI LAGI DI RESORTS WORLD GENTING UNTUK EKSTRAVAGANZA AKROBATIK KE-14!

Image
Bersedia untuk terpesona dengan malam-malam akrobatik yang memukau oleh penari-penari tarian singa yang tangkas melompat di udara secara serentak diiringi dengan gema irama gendang! Tarian singa adalah seni tarian Cina yang berusia berabad-abad dan sangat digemari sejak 2,000 tahun dahulu. Persembahan pantomim yang meniru sifat seekor singa yang suka bermain ini pastinya akan menghiburkan dan mencipta pengalaman budaya asli untuk penonton muda dan tua hari ini!

PIZZA HUT X MAMEE MOSNTER: PIZZA SPICY KRUNCH - ADA KRUNCH, LAGI MERIAH!

Image
Pizza Hut telah menawarkan piza serba baharu, Spicy Krunch menerusi kerjasama dengan salah satu snek paling ikonik di Malaysia, Mamee Monster. Tidak seperti hidangan piza lain, Spicy Krunch mencetuskan citarasa yang luar biasa dan nostalgia manis untuk satu-satunya pengalaman buat para penggemar pizza.

BONIA RAYA 2023: KOLABORASI ‘B-RASA SAYANG’ BERSAMA AMELIA HENDERSON

Image
Musim Raya ini, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dengan gaya nostalgia retro untuk kempen Raya istimewa yang menampilkan pelakon jelita, Amelia Henderson. Dengan sentuhan warna-warna meriah, biru diraja dan jingga, Koleksi BONIA x AMELIA membawakan beg, kasut dan busana sedia untuk dipakai yang boleh digayakan bukan sahaja ketika lawatan berhari raya malah untuk majlis-majlis kasual selepas musim Raya.

PENCALONAN UNTUK ANUGERAH CEMERLANG THE KNIGHTS AWARD KINI DIBUKA

Image
Dr Zyro Wong, Pengasas TKA2023 The Knights Award 2023 (TKA2023), anugerah kecemerlangan anjuran Kelab Perniagaan UKnighted, telah dilancarkan dengan rasmi dan dibuka untuk pencalonan mulai sekarang. Pencalonan bagi 24 anugerah yang dipertandingkan ini dibuka untuk mengiktiraf individu atau syarikat korporat dalam sumbangan mereka dalam pelbagai bidang kepada masyarakat dan negara.

ROBOROCK LANCAR RANGKAIAN PEMBERSIH HAMPAGAS ROBOTIK S8 SERIES BAHARU

Image
Roborock , pencipta peralatan rumah robotik yang pintar telah melancarkan Roborock S8 Series di Malaysia. Roborock S8 series ini menampilkan ciri baharu iaitu peningkatan dalam kuasa sedutan dan dwi-berus penggelek (dual roller brush). Siri ini terdiri daripada tiga model Roborock S8 Pro Ultra , Roborock S8+ , dan Roborock S8 .

ZAWFAN TAMPILKAN LAGU SINGLE KEDUA BERTAJUK "BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM"

Image
Dalam perkembangan industri muzik di Malaysia, nasyid merupakan di antara genre muzik yang mekar dan berakar di dalam masyarakat. Kesan perkembangan pesat teknologi menjadikan batas dan sempadan dunia semakin pudar. Dunia tidak lagi terpisah malah digelar pula sebagai desa sejagat. Ini membuka ruang dakwah yang luas. Beraneka ragam dan ranggi mewarnai industri muzik.

'SEINDAH KASIH' - TEMA KEMPEN RAMADAN RAYA MEDIA PRIMA TAHUN INI

Image
Bulan Ramadan, bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia. Bulan yang penuh dengan kemuliaan, kesyukuran dan keberkatan ini sungguh bermakna kerana memberi peluang kepada kita untuk memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim di kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda. Itulah yang ingin disampaikan menerusi kempen Seindah Kasih anjuran Media Prima.

DAPUR TEMPUR RA-RA - API PERTEMPURAN KEMBALI MEMBARA DI TV9

Image
Api pertempuran kembali membara dalam edisi istimewa program realiti masakan Dapur Tempur! Istimewa menjelang bulan Ramadan dan Raya yang dinanti-nantikan, TV9 menyajikan medan pertempuran Dapur Tempur Ra-Ra yang lebih meriah dan lebih mencabar bersama 5 pasukan duo keluarga selebriti menentang 5 pasukan keluarga teratas daripada musim pertama. Pasukan jaguh memasak mingguan manakah yang akan mengambil alih takhta ‘juara’ Dapur Tempur kali ini?

FOODPANDA KINI BEROPERASI SEBAGAI PERKHIDMATAN PENGHANTARAN MAKANAN PERTAMA DI RESORTS WORLD GENTING

Image
foodpanda kini beroperasi di Resorts World Genting (RWG) sebagai perkhidmatan penghantaran makanan pertama di destinasi pelancongan popular itu. Kerjasama ini membolehkan para pengunjung meluangkan lebih banyak masa menikmati pemandangan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan di kawasan tanah tinggi itu selain daripada beratur membeli makanan. 

ASTRO LANCAR TIGA ADAPTASI FORMAT SENSASI ‘FAMILY FEUD’ DENGAN NABIL AHMAD, DOUGLAS LIM & DR J. RAM SEBAGAI HOS!

Image
‘Family Feud’ kini melebarkan sayapnya ke Malaysia, hanya di Astro. Setelah termeterai perjanjian mengadaptasi ‘Family Feud’ bersama Fremantle pada tahun lepas, Astro kini dalam proses menghasilkan tiga versi ‘Family Feud Malaysia’ yakni dalam Bahasa Melayu yang akan disiarkan di Astro Ria (Saluran 104), Bahasa Tamil yang akan disiarkan di saluran Astro Vinmeen (Saluran 202) dan Bahasa Inggeris yang akan disiarkan di Astro PRIMEtime (Saluran 704). Nama-nama besar pengacaraan di Malaysia, Nabil Ahmad (Bahasa Melayu), Dr J. Ram (Bahasa Tamil) dan Douglas Lim (Bahasa Inggeris) menggalas tugas hos ‘Family Feud Malaysia’ mengikut jejak langkah pelawak terkemuka Amerika Syarikat, Steve Harvey.

JENAMA TEKSTIL ALFARO LAMAR FASHA SANDHA SEBAGAI DUTA BAGI KOLEKSI RAMADAN & RAYA

Image
Jenama tekstil terkemuka ALFARO menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini. Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, ia melibatkan penjualan lebih 70,000 pasang baju bagi setiap kategori yang didatangkan pada harga yang sangat berpatutan.

SAMBUT RAMADAN BERSAMA DISNEY+ HOTSTAR DENGAN BARISAN RANCANGAN YANG BAKAL MENYENTUH JIWA ANDA

Image
Ramadan merupakan bulan yang mulia untuk kita bermuhasabah diri serta mencari ketenangan jiwa. Sementara menunggu waktu berbuka puasa atau terdapat masa terluang pada malam hari, luangkan masa bersama keluarga dengan menonton rancangan-rancangan yang boleh menyentuh jiwa anda. Sempena Ramadhan ini, Disney+ Hotstar telah menyajikan beberapa rancangan yang menarik yang terdiri daripada rancangan tempatan, dokumentari dan drama Korea untuk tontonan semua.

KES JENAYAH PENCULIKAN KANAK-KANAK MENJADI INSPIRASI FILEM TUJUH DUA BELAS

Image
Boleh dikatakan kes penculikan melibatkan kanak-kanak merupakan antara kes jenayah yang sering berlaku dan kerap mendapat perhatian ramai. Misalnya, kisah mengenai kes penculikan ‘van putih’ yang cukup popular dan pernah menjadi bualan ramai.

SELEBRITI NYNAA HARIZAL TEROKA BISNES KOSMETIK DENGAN PRODUK SULUNG - HER BEAUTY LIP BOOSTER SERUM

Image
Sejajar dengan potensi pasaran industri kecantikan yang semakin banyak menyaksikan dominasi jenama keluaran tempatan di Malaysia, selebriti Nynaa Harizal bijak memanfaatkan peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri, ‘Her Beauty’ yang dilancarkan secara rasmi di sebuah majlis sidang media tertutup yang diadakan pada baru-baru ini.

KONSERT JIWA KACAU SATUKAN EMPAT KUGIRAN TERBAIK MALAYSIA - HUJAN, BUNKFACE, INSOMNIACKS & MASDO

Image
Tidak ada yang lebih kacau bilau apabila mendengar empat kugiran dengan pengaruh mereka masing-masing akan bermain di atas satu panggung!  Empat kugiran itu, Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo akan bersatu ‘memecahkan panggung’, mendidihkan adrenalin sekali gus membuat jiwa-jiwa kalian kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd. 

MsMA 2023 EDISI MALAYSIA DILANCARKAN OLEH MILLIONAIREASIA UNTUK TERUS MEMPERKASA WANITA

Image
Millionaireasia, dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau United Nations Sustainable Development Goals yang mengadvokasikan pemerkasaan wanita, telah melancarkan Pertandingan Influencer Web3 MsMA 2023 edisi Malaysia (Malaysia MsMA 2023 Web3 Influencer Competition), baru-baru ini dalam suasana gilang gemilang.

CITA RASA TRADISIONAL MELAYU UNTUK BERBUKA PUASA DI THE RUMA HOTEL & RESIDENCES RAMADAN INI

Image
Bulan Ramadan ini, The RuMa Hotel and Residences bakal membawakan pelbagai hidangan tradisional Melayu yang kaya dan lazat ke meja makan anda! Hidangan buffet dengan aneka pilihan makanan akan berlangsung di SANTAI, restoran di tepi kolam renang di The RuMa Hotel and Residences.

ALAMILAH KEAJAIBAN ‘THE WORLD OF TIM BURTON’ DI PAVILION BUKIT JALIL DARI SEKARANG HINGGA JULAI 2023

Image
Mencipta memori yang indah bersama orang yang tersayang dan menyemarakkan peminat seni dan filem dari segenap lapisan masyarakat, orang ramai berpeluang untuk menyaksikan muzium pop-up bertaraf dunia yang dinanti-nantikan - ‘The World of Tim Burton.’ Dianjurkan oleh Toybox Projects Sdn. Bhd. - sebuah syarikat hiburan dan media pelbagai multinasional, pameran ini merupakan sebuah initiatif untuk memberikan kesedaran tentang sektor pelancongan negara melalui hiburan demi menarik pelancong dari dalam dan luar negara pada tahun ini.

TEMPAHAN BERMALAM DI AIRBNB MALAYSIA MENINGKAT DUA KALI GANDA PADA TAHUN 2022 BERBANDING TAHUN 2020

Image
Data terkini daripada Airbnb telah mendedahkan jumlah hari penginapan yang ditempah di Malaysia melalui Airbnb telah meningkat dua kali ganda pada tahun lepas berbanding tahun 2020. Ini disemarakkan oleh pelancongan domestik yang menempatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan nombor satu bagi penduduk tempatan pada 2022*.

HALEON LANCAR KEMPEN #BETTERORALCARENATION UNTUK MEMPERTINGKATKAN TABIAT KESIHATAN ORAL DI MALAYSIA

Image
Masalah kesihatan oral dianggap boleh dicegah sebahagian besarnya melalui kebersihan oral yang berkesan, namun kewujudan masalah ini masih tinggi. Penyakit oral menjejaskan kira-kira 3.5 bilion orang di seluruh dunia menurut Laporan Status Kesihatan Oral Global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang terkini. 

SLOT SAMARINDA BAWAKAN DRAMA ADAPTASI NOVEL BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN

Image
Puteri Larasati Aisya atau digelar sebagai Lara, merupakan seorang wanita yang berkebolehan tinggi dalam mengendalikan bisnes milik arwah ayahnya iaitu Puteri Emas Holdings. Namun, semenjak kehilangan bapanya, Lara mula dilanda kesunyian, terasa disisih dan dikhianati oleh keluarga dan teman hidupnya sendiri. Dapatkah Lara kekal tabah meneruskan perjuangan yang diwariskan dan cintanya?

KANDUNGAN SELAMAT DAN SERONOK UNTUK KANAK-KANAK DENGAN ASTRO BAHARU

Image
Astro menyediakan rancangan-rancangan hebat untuk kanak-kanak dengan kandungan yang selamat dan seronok untuk menjadikan harian mereka lebih ceria dan bermakna. Dengan Astro Baharu, ibu bapa kini tidak perlu risau dengan kandungan-kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka ketika mereka di rumah terutamanya bila tiba musim cuti sekolah.

STRIM SIRI DRAMA AUDIO ‘MALAM PENGANTIN’ TERBITAN SYOK BERSAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BERMULA 29 MAC

Image
Peminat SYOK Podcast boleh menikmati siri drama audio baharu, Malam Pengantin yang berkisarkan pengorbanan cinta seorang isteri dalam menempuh dugaan berkeluarga. Konsep persembahan dan jalan cerita siri drama audio ini adalah berdasarkan buku berjudul ‘Pulang Gadisku Pulang’, karya penulis buku dan lirik tersohor tanah air, Datuk Hajah Habsah Hassan. Peminat boleh mula strim siri SYOK Podcast Malam Pengantin pada 29 Mac, jam 10 pagi, secara eksklusif di aplikasi dan lawan web SYOK.

ANUGERAH GURU INSPIRASI: MCDONALD’S TERUS JALIN KOLABORASI DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARGAI JASA GURU

Image
Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran McDonald’s Malaysia kembali dengan kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menghargai guru-guru yang telah banyak menabur jasa melangkaui tugas hakiki mereka bagi meningkatkan kecemerlangan akademik para pelajar dan membentuk pemimpin masa hadapan di Malaysia.

JAYA RAM – PRODUKSI HEBAT YAYASAN SUTRA KEMBALI DIPENTASKAN UNTUK MUSIM KE-2 MAC INI

Image
Produksi persembahan tarian klasik Odissi, Jaya Ram, di bawah Yayasan Sutra kini kembali ke tanah air selepas kejayaan siri jelajah dunianya. Jaya Ram Musim Ke-2 dijadualkan untuk dipentaskan semula di Temple of Fine Arts, Brickfields, Kuala Lumpur pada 23 – 25 Mac 2023.