JAYA RAM – PRODUKSI HEBAT YAYASAN SUTRA KEMBALI DIPENTASKAN UNTUK MUSIM KE-2 MAC INI


Produksi persembahan tarian klasik Odissi, Jaya Ram, di bawah Yayasan Sutra kini kembali ke tanah air selepas kejayaan siri jelajah dunianya. Jaya Ram Musim Ke-2 dijadualkan untuk dipentaskan semula di Temple of Fine Arts, Brickfields, Kuala Lumpur pada 23 – 25 Mac 2023.

Pada tahun lepas, Jaya Ram yang dipentaskan buat kali pertama di Pentas 1 KLPAC, bukan sahaja dikatakan sebagai pementasan Odissi yang terbesar pernah dipersembahkan oleh Yayasan Sutra, ia juga menerima sambutan hebat peminat-peminat seni dan budaya Malaysia untuk hadir menonton pementasan tersebut. Selama 5 malam berturut-turut, Pentas 1 KLPAC dibanjiri penonton dan tiket-tiket kesemuanya habis dijual.

Menampilkan lebih 20 penari bertaraf dunia di bawah Sutra Dance Theatre dan Sutra Dance Outreach Programme, Jaya Ram merupakan hasil karya serta koreografi Guru Gajendra Kumar Panda – salah seorang kolaborator Sutra yang paling berpengaruh. Selama empat dekad sejak Guru Gajendra mula bekerjasama dengan Sutra Dance Theatre, karya-karya prolifiknya seringkali menerima reviu positif dan diangkat sebagai di antara produksi tarian klasik Odissi yang dirujuk pakar budaya.

“Kami sedar tentang kos produksi pementasan semula Jaya Ram yang tinggi dan amat berterima kasih kepada Temple of Fine Arts atas kemudahan venue bagi tujuan pementasan ini. Kami juga ingin menyatakan penghargaan kepada pihak-pihak lain yang terlibat dalam menjayakan Jaya Ram Musim Ke-2. Ini merupakan peluang terakhir bagi para pencinta seni, budaya, para pelajar dari kolej seni kreatif, para pelancong dan juga pihak umum untuk menonton pementasan hebat ini. Selain Kuala Lumpur, Jaya Ram juga bakal dipentaskan di Singapura pada 28 April 2023” kata Datuk Ramli Ibrahim, Pengasas dan Koreografer, Yayasan Sutra.

Kejayaan produksi Jaya Ram di KLPAC telah membuka pelbagai peluang kepada para penari yang terlibat dan mereka telah dijemput untuk mempersembahkan Jaya Ram serta merasmikan program Festival Tarian Konark 2022 yang dianjurkan setiap tahun di Odisha, India.

Jaya Ram juga telah diberikan penghormatan untuk membuat persembahan di Delhi International Dance Festival (DIAF) pada Disember lepas. Usai persembahan, Jaya Ram menerima pelbagai komen yang memberangsangkan dari penari-penari terkenal dunia yang turut menghadiri acara tersebut.

Tiket-tiket Jaya Ram Musim ke-2 berharga RM 35.00 – RM 105.00 boleh dibeli secara dalam talian di https://www.cloudjoi.com/shows/jaya-ram-odissi-01

Persembahan selama 80 minit tersebut adalah sesuai untuk audiens berusia 8 tahun ke atas sahaja.

Berikut merupakan jadual persembahan Jaya Ram yang bakal dianjurkan.

23 - 25 Mac 2023 (Khamis - Sabtu) 8.30pm
Temple of Fine Arts, Brickfields, Kuala Lumpur

28 April 2023 (Jumaat) 8.30pm
The Esplanade, Singapore
Menaka Gopalan: +65 9389 6841

Sila mesej Yayasan Sutra melalui WhatsApp Sutra di nombor +6019-333 1092 untuk sebarang pertanyan.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI