Posts

Showing posts from September, 2020

PESTA KUIH BULAN: ‘HOPS AND DREAMS’ @ KWAI CHAI HONG

Image
Nini Marini Sempena Pesta Kuih Bulan atau Festival Pertengahan Musim Luruh jatuh yang pada 1 Oktober ini, Kwai Chai Hong (KCH) mempersembahkan pameran karya agung lapan penggiat seni tempatan yang menampilkan interpretasi mereka tentang Arnab Jed mulai 18 September sehingga 4 Oktober. 

PESTA KUIH BULAN: KEMERIAHAN MUSIM LURUH DI DA MEN USJ

Image
Raikan kepelbagaian budaya dan perayaan Malaysia di Pesta Tanglung di Da Men USJ yang menampilkan hiasan menarik untuk diinstagramkan, aktiviti yang menyeronokkan, ganjaran pembelian dan banyak lagi.

PESTA KUIH BULAN: ASPIRING MID-AUTUMN @ SG WANG PLAZA

Image
  Diinspirasikan daripada pesta pertengahan musim luruh bulan menuai Jepun, Sungei Wang mengalu-alukan para pengunjung ke keraian ‘Aspiring Mid-Autumn’ dari sekarang sehingga 4 Oktober 2020. 

PESTA KUIH BULAN: MESMERISING MID-AUTUMN CHERAS LEISUREMALL

Image
Cheras LeisureMall meraikan Pesta Kuih Bulan dengan hiasan beraneka tanglung buatan para peserta peraduan menbuat tanglung. Bertemakan “Mesmerising Mid-Autumn”, 35 tanglung gergasi dan lebih daripada 200 tanglung kertas kanak-kanak menjadi tarikan para pengunjung di ruangan legar Cheras Leisuremall. 

PESTA KUIH BULAN: MID-AUTUMN SYMPHONY @ PAVILION KL

Image
Jamu selera anda dengan citarasa antarabangsa di Pavilion Kuala Lumpur dari sekarang sehingga 1 Oktober sempena Pesta Kuih Bulan atau juga dikenali sebagai  Mid-Autumn Festival dan juga sambutan Hari Malaysia. Pavilion Kuala Lumpur mempersembahkan kempen  Mid-Autumn Symphony dan Journey Of Taste  yang menawarkan pelbagai makanan lazat, tawaran hebat dan aktiviti-aktiviti yang menarik.

PESTA KUIH BULAN: "LUMINOUS AUTUMN" DI SUNWAY VELOCITY

Image
Bermula dari 10 September sehingga 1 Oktober 2020, Sunway Velocity Mall sedang meraikan Pesta Kuih Bulan dengan bertema “Luminous Autumn” di Main Atrium, Aras Bawah. 

NUTRAVITA MARINE PLACENTA UNTUK WAJAH TAMPIL LEBIH MUDA

Image
  Sebuah halaman yang memberikan maklumat kepada wanita, Sinaran Wanita sentiasa mencari rangkaian penjagaan kulit yang dapat membantu para wanita rasa lebih baik tentang penampilan mereka. Kami memutuskan untuk perkenalkan rangkaian penjagaan kulit professional Sinaran Wanita, terdiri daripada dua penyelesaian yang sepenuhnya dikembangkan dan berasal dari Jepun dimana ia memberi perhatian terhadap masalah penjagaan kulit wanita untuk kulit cantik dan awet muda. 

WETV IFLIX BAKAL BAWAKAN FILEM EKSKLUSIF “AKU BUKAN GILA”

Image
  WeTV iflix hari ini mengumumkan, filem terbaharuya “Aku Bukan Gila” yang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Fasha Sandha akan disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman dalam beberapa minggu akan datang. Mempamerkan perkampungan Beddegelert di North Wales yang indah permai sebagai latar belakang, filem tempatan ini mengisahkan pertemuan antara Andre (Beto Kusyairy) dan Andra (Fasha Sandha). 

SNAPCHAT TAMPILKAN BITMOJI KOLABORASI THE JORDAN BRAND

Image
Sempena pelancaran sedunia Air Jordan XXXV oleh Jordan Brand, Bitmoji bakal berkolaborasi dengan jenama fesyen sukan bola keranjang tersebut. Pengguna Snapchat dan Bitmoji dapat mengekspresikan diri dengan menggunakan Bitmoji yang menampilkan gaya Jordan dari hujung rambut ke hujung kaki.

JUANG CIPTA SEJARAH, TAMPILKAN ENAM PENGARAH DALAM SATU FILEM

Image
Pandemik Covid 19 yang melumpuhkan hampir semua sektor di dunia tidak dapat 'membunuh' satu perkara yang ada dalam diri para pelaku seni tempatan. Biarpun Malaysia ikut terkesan dengan pandemik Corona yang tersebar sejak Disember 2019, para pelaku seni tetap 'hidup' dengan idea sekali gus membawa mereka kepada pembikinan sebuah projek mega yang tak pernah direncana sebelum ini. 

CASH FARHAN LAGUKAN KISAH DIRINYA DALAM "KU BERHARAP"

Image
‘Kaulah yang terbaik,yang pernah ku miliki, open ups your arms, start moving on, I gotta let you go’ antara baik-bait lirik yang menyentuh hati di dalam single terbaru Cash Farhan yang bertajuk Ku Berharap hasil tulisan Cash Farhan sendiri dengan kerjasama Ewal dan lirik sepenuhnya oleh Cash Farhan. 

PEMBUKAAN PROGRAM DAY. LIGHT. FRIGHT @ SUNWAY LAGOON DITUNDA

Image
Ekoran situasi sekarang, Sunway Lagoon telah memutuskan untuk menangguhkan pembukaan program yang akan datang, Day.Light.Fright. Day.Light.Fright akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 17 Oktober 2020 hingga 15 November 2020.

OPPO WATCH & FIND X2 PRO 5G GREEN VEGAN LEATHER DILANCAR BERSAMA

Image
Bergaya, versatil dan intuitif, OPPO Watch hadir di Malaysia hari ini. Direka untuk menarik perhatian, mudah digunakan dan dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa untuk memudahkan kehidupan seharian, jam tangan ini direka untuk menjadi pendamping dalam dunia yang sentiasa berhubung hari ini. OPPO Watch mempunyai pakej lengkap, dicipta untuk tujuan praktikal dan citarasa fesyen. Pengguna boleh memilih untuk memadankan jam tangan pintar 

SAMSUNG TAMPILKAN ‘INFLUENCER’ UNTUK PROMOSI GALAXY NOTE 20

Image
  Samsung sekali lagi merintis strategi pemasaran dengan berkolaborasi dengan personaliti dan ‘influencer’ berpengaruh dari pelbagai bidang bagi memperkenalkan Galaxy Note 20 yang baharu. Kali ini Samsung menampilkan wajah-wajah yang berpengaruh dan terkenal di bidang masing-masing seperti usahawan, pemimpin korporat, pemilik perniagaan dan selebriti ‘trend setters’ yang menjalani gaya hidup aktif.

SALAMMUSIK SEGARKAN HALWA TELINGA PEMINAT DENGAN "MOLEK"

Image
Tayangan perdana muzik video single terbaru oleh Salammusik berjudul- “Molek” akan dilaksanakan pada 25hb September. Lagunya boleh dilayari di semua platform digital. Kebanyakan lagu yang diperdengarkan di radio pada hari ini lebih tentang memperkasakan wanita, tidak hairanlah kerana ia sering dinyanyikan oleh wanita. Oleh itu lagu baru bertajuk “Molek” dari Salammusik ini pasti akan menyegarkan halwa telinga pendengar. 

SINGLE BAHARU A. NAYAKA “WAKTU TIBA” BERTEMAKAN “SELF-LOVE”

Image
Bintang baru dari Jakarta Selatan, A. Nayaka telah mendapat kesedaran mengenai pentingnya cinta kepada diri sendiri (self-love) melalui pengalaman dalam perhubungan lalu. Single barunya "Waktu Tiba", yang diterbitkan oleh SonaOne, rakan lama Nayaka yang juga seorang produser menterjemahkan kesedaran ini dalam trek dwibahasa, yang pertama untuk Nayaka. Tampak jelas lagu ini menyoroti kisah silam Nayaka, pengenalan tentang dirinya dari akar umbi ditekankan dalam lirik lagu - melenyapkan perasaan ketidakselesaan terhadap diri sendiri yang dialami ketika berada dalam hubungan romantis. 

HUGGIES DRY PANTS BAHARU DENGAN INOVASI “DRY XPERT CHANNEL”

Image
  Lampin yang basah merupakan perkara yang kerap mengganggu bayi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit, ketidakselesaan serta membuatkan bayi meragam. Sebagai jenama yang dipercayai oleh ibubapa di Malaysia, Huggies® terus membawakan inovasi untuk memberikan perlindungan terbaik bagi bayi. Pada tahun 2019, Huggies® Dry Pants dinamakan sebagai Lampin Dengan Penyerapan Terpantas di Malaysia. 

MARii LANCAR PROKERJA: LAMAN SESAWANG CARI PEKERJAAN

Image
  Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) atau Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melancarkan Prokerja iaitu sebuah laman sesawang yang memberi peluang kepada pencari kerja yang terdiri daripada belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau lepasan institusi kemahiran, mencari peluang pekerjaan sebagai operator pengeluar di dalam sektor automotif dan pembuatan. 

SUMMERIE LANCAR RANGKAIAN PRODUK RUMUSAN SEMULAJADI

Image
Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’. Summerie adalah rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki! 

EKONOMI GIG DI MALAYSIA SEMAKIN MENINGKAT AKIBAT PANDEMIK

Image
  Sejak 10 Jun, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan akibat wabak COVID-19 telah mempengaruhi kehidupan orang ramai dari segi kerjaya dan rutin harian. Penularan wabak ini telah menjejaskan ekonomi Malaysia; Statistik Tenaga Buruh di Malaysia (Mac 2020) menunjukkan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 3.9%. Akibat COVID-19, negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang menyebabkan peningkatan kadar pengangguran sebanyak 42% berbanding tahun lepas untuk suku pertama tahun 2020. Menurut Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sektor perniagaan juga mengalami penurunan permintaan sebanyak 37%. 

MÖBIUS: PERINTIS PERUBAHAN PERBANKAN ERA BAHARU

Image
Silverlake Axis Ltd (SAL), sebuah syarikat solusi sistem asas perbankan (core banking) universal yang membekalkan perkhidmatan kepada 40% bank-bank utama lapisan 1 dan lapisan 2 di negara-negara ASEAN, telah mengumumkan pelancaran MÖBIUS, sebuah platform perbankan terbuka berasaskan internet (cloud-native). Dilancarkan di Kongres Perkhidmatan Kewangan Asian ke-16 (AFS) pada bulan Ogos 2020, sesi Möbius dan perbincangan lanjut mengenainya telah dihadiri oleh 550 institusi kewangan unik dan lebih daripada 2000 syarikat perniagaan, teknologi dan para pegawai eksekutif operasi dari 17 negara. 

SAMBUTAN AWAL DEEPAVALI BERSAMA THE CHICKEN RICE SHOP

Image
Ayuh kita menyambut perayaan cahaya dengan hidangan istimewa yang pedas dan enak, lagi diperkayakan dengan rempah ratus yang menambahkan aroma di The Chicken Rice Shop (TCRS) yang kini kembali dengan menu Deepavali yang menambat hati mulai 21 September 2020 hingga 15 November 2020. 

JACK ‘N JILL CLOUD 9 LANCARKAN GERAKAN ‘BITE-TARIK-SENYUM’

Image
Senyuman adalah satu gerak isyarat yang boleh menghasilkan impak yang menakjubkan. Walau sekecil dan seringkas manapun, ia mampu meningkatkan semangat dan menenangkan hati seseorang, ataupun memulakan sesuatu perbualan. Senyuman merupakan bahasa sejagat yang boleh menjalinkan kemesraan tanpa mengira latar belakang, budaya dan geografi. Maka, di ketika kita sedang mengharungi masa yang mencabar ini, ternyata dunia ini memerlukan lebih senyuman berbanding dengan sebelumnya.

MALAYSIA ULANGI KEMENANGAN “DESTINASI TERBAIK TAHUN INI”

Image
  Malaysia menerima pengiktirafan pada Anugerah Pelancongan Perubatan 2020 anjuran International Medical Travel Journal (IMTJ) baru-baru ini, dengan memenangi anugerah rebutan ramai, Pelancongan Kesihatan dan Perubatan: Destinasi Terbaik Tahun Ini. Kemenangan itu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai Pusat Penjagaan Kesihatan Mengagumkan Di Dunia (World’s Healthcare Marvel) dan mencerminkan komitmen teguh daripada organisasi berkaitan bagi memastikan kesinambungan daripada sektor Penjagaan Kesihatan Malaysia ketika pandemik COVID-19. 

TUNE PROTECT TAJA PERLINDUNGAN UNTUK BAKE WITH DIGNITY

Image
Tune Protect Group Berhad (“Tune Protect”) baru-baru ini membaharui penajaan Insurans Kemalangan Peribadi EasyCare (“EasyCare PA”) untuk sepuluh (10) pembuat roti yang bekerja di Bake With Dignity (“BWD”), sebuah perusahaan sosial yang menyediakan peluang pekerjaan dengan perlindungan untuk orang dewasa yang kelainan upaya. Inisiatif ini memberikan perlindungan insurans dengan jumlah terkumpul sehingga RM500,000 untuk para pembuat roti di BWD, sesuai dengan tema rasmi “Malaysia Prihatin” bersempena sambutan Hari Merdeka yang ke-63. EasyCare PA menyediakan perlindungan untuk kematian & kecacatan kekal yang berpunca daripada kemalangan, perbelanjaan perubatan, yuran ambulans, elaun kematian & rehabilitasi. 

KEMPEN KESEDARAN “KAWAL LELAH SEBELUM PARAH” DILANCARKAN

Image
Asthma Malaysia telah melancarkan Kempen “Kawal Lelah Sebelum Parah” untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang asma. Selaras dengan Hari Paru-Paru Sedunia 2020 dan situasi pandemik Covid-19 yang sedang berlaku kini, kempen ini diadakan untuk memperkasakan pesakit asma dengan ilmu pengetahuan serta kaedah terbaik dalam mengawal asma mereka. 

LV LIVING YOUNG AESTHETIC KINI DIBUKA DI PUTRAJAYA

Image
  LV Living Young Aesthetic, spa kecantikan yang terbaharu di Presint 15, Putrajaya kini membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai. Pusat kecantikan yang berlandaskan teknologi canggih menawarkan pakej rawatan eksklusif dengan tumpuan khusus kepada aspek keselamatan, keberkesanan dan harga mampu beli.

MINI MALAYSIA PERKENALKAN MINI ELEKTRIK EDISI PERTAMA

Image
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah memperkenalkan MINI Elektrik Edisi Pertama serba eksklusif buat julung kali di dalam negara pada hari ini. Hanya 15 unit jentera elektrik tulen ini yang bakal disediakan lengkap dengan estetika reka bentuknya yang tersendiri, serta ciri-ciri kemewahan dan keselesaan yang bertaraf tinggi. 

LIPTON & PEACE ONE DAY RAIKAN HARI KEAMANAN SEDUNIA 2020

Image
Lipton , sebagai jenama teh terkemuka dunia, dan Peace One Day bergabung tenaga sempena Hari Keamanan Sedunia yang diakui oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 21 September 2020, dalam memberi inspirasi kepada dunia supaya menjadikan waktu santai, yang sinonim dengan sesi minum teh, sebagai waktu keamanan, bersesuaian dengan tema “Make Tea Time Peace Time”. 

HATTA DOLMAT PERKENAL KOLEKSI LESTARI ALAM ‘HD MONOGRAM’

Image
Hatta Dolmat merupakan pereka fesyen Malaysia pertama yang merevolusikan penghasilan pakaian secara lestari dengan mengambil kira aspek kelestarian alam sekitar dan dengan visi bagi mengurangkan lambakan sisa pepejal plastik dan tekstil di tapak pelupusan sampah. 

HONOR 9S - TELEFON PINTAR MAMPU MILIK BERHARGA RM359

Image
HONOR mengumumkan telefon pintar HONOR 9S untuk pasaran Malaysia yang bakal menampilkan kemaskini berasaskan Android Magic UI 3.1, rekaan UX yang menawan dan pelbagai fungsi mesra-pengguna. Berkuasakan bateri 3020mAh, storan yang boleh ditingkatkan sehingga 32GB dan sebuah kamera belakang untuk fotografi yangg menarik, HONOR 9S membawakan lebih nilai kepada pengguna dengan harga serendah RM 359. Ia boleh didapati mulai 28 September 2020 ini.

HUAWEI VIDEO BAWAKAN PILIHAN PROGRAM TERBAIK SEPTEMBER INI

Image
  Masa berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita kini sudah pun memasuki suku keempat tahun 2020. Justeru, tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai. Mengimbas kembali beberapa bulan sejak penularan wabak COVID-19, kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai norma baharu, terutamanya apabila berhadapan dengan orang ramai, berada di tempat awam dan sewaktu bertugas di pejabat. Sentiasa di sini untuk menghiburkan anda, HUAWEI Video membawakan pelbagai cinta menarik! 

PEPSI PERKENALKAN TIN EDISI TERHAD BUDAYA MALAYSIA UNIK

Image
Sempena Hari Malaysia, Pepsi, minuman kola yang terkemuka di dunia, menganjurkan kempen ‘Budaya Kita. Alami Bersama’. Kempen in adalah inisiatif Pepsi untuk merungkaikan tiga rekaan tin edisi terhad, direka artis-artis berbilang kaum bagi memberi mereka sokongan serta platform untuk menjulang karya seni mereka. Dengan mempelawa barisan artis dari pelbagai latar belakang, kempen tersebut juga berhasrat untuk mempromosikan seni budaya majmuk untuk meraikan semangat kebangsaan. Setiap rekaan adalah terhad kepada peruncit-peruncit yang terpilih seperti myNEWS, PETRONAS Kedai Mesra dan Shell Select mulai September 2020.

TWISTIES #KASICAMPUR DENGAN SPICY SEAWEED SPLASH BAHARU

Image
J enama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties kini merancakkan lagi tawaran perisanya dengan memperkenalkan varian ‘Spicy Seaweed Splash’ terbaharu. Menggabungkan rasa pedas cili yang disukai rakyat Malaysia dengan perisa rumpai laut yang unik, Spicy Seaweed Splash menjamin pengalaman rasa yang mengujakan bagi penggemar makanan ringan! 

CARSOME PELOPOR JUAL KERETA TERPAKAI DI SHOPEE

Image
Carsome, platform dagangan kereta terpakai dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, menyertai ruang e-dagang untuk menjual kereta terpakai secara dalam talian melalui usaha sama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu di Malaysia. 

ALIBABA CLOUD MEMBANTU PENDIGITALAN GENTING SKYWORLDS

Image
  Alibaba Cloud, anak syarikat bahagian teknologi digital dan penyelesaian pintar Alibaba Group telah mengumumkan kerjasama dengan Genting Malaysia Berhad di Apsara Conference 2020 hari ini untuk melaksanakan Penyelesaian Sistem Beratur Maya (Virtual Que Solution) di taman tema Genting SkyWorlds, Resorts World Genting yang bakal dibuka. Sistem terbaharu ini akan menyatukan teknologi Alibaba Cloud terkini dengan sistem tempahan bagi tunggangan individu untuk memberikan pengalaman yang lancar dan interaktif dari mula hingga akhir. 

PERADUAN “MASK FOR MALAYSIA” MEMBANGKIT SEMANGAT

Image
Merdeka tahun ini dengan berlatar belakangkan norma baharu, kumpulan Beaconhouse School – salah satu rangkaian terbesar sekolah antarabangsa dan swasta telah membangkitkan semangat, memupuk patriotisma dan membawa mesej penting untuk kekal selamat sepanjang COVID-19 dalam kalangan pelajar-pelajar mereka di seluruh Malaysia. 

KELUARGA RAZIF KEMBALI BERAKSI DI KAMPUNG PEOPLE 2

Image
Penantian panjang bakal berakhir bagi peminat drama popular Kampung People yang menjadi fenomena ketika disiarkan pada November 2019. Bertemakan kekeluargaan, Kampung People yang memaparkan gandingan mantap Rashidi Ishak dan Elly Mazlein bukan saja berjaya mencuri perhatian peminat drama Melayu malah ia juga tular dan menjadi sebutan hangat di laman sosial sepanjang siaran itu. 

KEMPEN ‘KNOWING LUNG CANCER’ UNTUK TINGKAT KESEDARAN

Image
  Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM), Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), dengan kerjasama AstraZeneca Malaysia dan Roche Malaysia telah melancarkan kempen ‘Knowing Lung Cancer’ untuk memperkasa rakyat Malaysia, terutamanya pesakit kanser paru-paru dan golongan berisiko tinggi, dengan pengetahuan mengenai kanser paru-paru yang lebih mendalam dan seterusnya dengan tahap kesedaran yang lebih tinggi ini membawa kepada diagnosis yang lebih awal, dan rawatan yang tepat dan segera. 

BAHIYYA HANEESA CETUS INSPIRASI DALAM ‘PERCAYA

Image
Bagi memartabatkan lagi pemerkasaan wanita, kumpulan Bahiyya Haneesa menjadikan lagu terbaru mereka berjudul ‘Percaya’ sebagai wadah untuk menyampaikan mesej penting itu. Sesungguhnya, pada era ini, aspek pemerkasaan wanita dalam kehidupan sejagat perlu berterusan tanpa perlu wujud lagi perasaan tertindas sebagai wanita. 

ULASAN FILEM: SEBELUM IBLIS MENJEMPUT AYAT 2

Image
  Sinopsis: Aktres Chelsea Islan kembali sebagai Alfie dalam sekuel kepada filem seram boxoffice Indonesia Sebelum Iblis Menjemput. Kali ini, dia harus menghentikan sumpahan Iblis dengan dibantu beberapa orang teman.  Alfie (Chelsea Islan) dan adiknya, Nara (Hadijah Shahab) cuba meneruskan kehidupan mereka setelah insiden ngeri dua tahun lalu. Namun begitu, Alfie masih dihantui gambaran-gambaran yang menakutkan.  Dalam satu kejadian yang tanpa diduga, Alfie bertemu dengan sekumpulan anak muda, Budi (Baskara Mahendra), Gadis (Widika Sidrome), Jenar (Shareefa Daanish), Martha (Karina Salim), Leo (Arya Vasco), dan Kristi (Lutesha). Mereka cuba mendapatkan bantuan Alfie untuk menghapuskan gangguan iblis walaupun Alfie ternyata keberatan pada awalnya. Sanggupkah Alfie bertarung nyawa sekali lagi dan berhadapan dengan entiti yang lebih mengerikan ini untuk membantu rakan-rakan barunya?  Seperti filem pertama, Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 masih diarah dan ditulis oleh Timo Tjahjanto.  Ulasa

INSKEN LANCAR MYNEPT - SISTEM UJIAN PSIKOMETRIK USAHAWAN

Image
  Anda seorang usahawan? Adakah anda mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya? Inginkah anda memperbaiki kelemahan peribadi dan juga memperkasakan lagi kekuatan diri anda?

OPPO LANCAR EDISI KHAS RENO4 X CHRISTY NG DAN PESTLE & MORTAR

Image
  OPPO Malaysia melancarkan edisi baharu bagi telefon pintar Reno4 Pro dengan warna Galactic Blue! Turut menjadi tumpuan adalah kolaborasi eksklusif bersama jenama fesyen tempatan yang terkenal iaitu Christy Ng and Pestle & Mortar Clothing.

AISHAHANIM TAMPILKAN IQ DINZLY DALAM SINGLE TERBAHARU "LEKA"

Image
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

AL-EBREIZ LANCAR ALADEENGOLD APLIKASI DAGANGAN EMAS ISLAMIK

Image
  Perdagangan emas telah terbukti dapat menawarkan keuntungan sebagai aset yang dianggap selamat sejak zaman dahulu lagi. Memandangkan keadaan pasaran saham yang tidak stabil pada masa kini, pedagang boleh memilih emas untuk melindung nilai pelaburan  mereka daripada inflasi. Dengan permintaan untuk emas yang semakin meningkat, harga emas pastinya semakin meningkat dan boleh dijadikan sumber pelaburan yang menguntungkan.

ATASI MASALAH KETEGANGAN MATA DIGITAL DENGAN KANTA ESSILOR

Image
  Semakin hari, semakin ramai rakyat Malaysia bergantung kepada peranti-peranti elektronik seperti telefon mudah alih, komputer, tablet, konsol permainan dan televisyen. Ini menyebabkan peningkatan masalah ketegangan mata dan kelesuan mata akibat pendedahan berpanjangan kepada peranti-peranti digital tersebut.