SAMSUNG TAMPILKAN ‘INFLUENCER’ UNTUK PROMOSI GALAXY NOTE 20

 

Samsung sekali lagi merintis strategi pemasaran dengan berkolaborasi dengan personaliti dan ‘influencer’ berpengaruh dari pelbagai bidang bagi memperkenalkan Galaxy Note 20 yang baharu. Kali ini Samsung menampilkan wajah-wajah yang berpengaruh dan terkenal di bidang masing-masing seperti usahawan, pemimpin korporat, pemilik perniagaan dan selebriti ‘trend setters’ yang menjalani gaya hidup aktif.

Zahir Kelvin Ong, Marini Ramlan, Dato’ Azril, dan Mira Filzah dipilih untuk kerjasama kreatif bersama Samsung dan mereka diberi kebebasan untuk menghasilkan kandungan-kandungan menarik mengikut cara penyampaian sendiri bagi menonjolkan kecanggihan dan keunikan Galaxy Note 20 bersesuaian dengan kehendak dan minat pengikut masing-masing. 

Di pelancaran Samsung Galaxy Note 20 di Sentul Depot pada 18 Ogos 2020 yang lalu telah menyaksikan Zahir Kelvin Ong dan Marini Ramlan diberi peluang mencuba kecanggihan telefon pintar ini yang memberi kepuasan mudah alih dan mudah digunakan ketika bekerja dan waktu senggang. Di antara ciri terkenal telefon pintar ini adalah pembaharuan pada alat produktiviti S-Pen yang dipertingkatkan rekaan peranti mata pena dengan pelbagai fungsi untuk memberikan pengalaman terbaik penggunakan telefon sama seperti menggunakan telefon atau komputer dengan DeX tanpa wayar.

Ciri-ciri menarik lain adalah Galaxy Note 20 ini menyediakan kuasa lancar untuk permainan atas talian, kapasiti bateri pengecasan bijak dan perhubungan pantas varian 5G serta naik taraf kamera kelas ‘Pro’ untuk gambar yang lebih jelas dan hasil tangkapan video yang lebih profesional. 

PERSONALITI ‘INFLUENCER’ SAMSUNG

Zahir Kelvin Ong

Zahir Kelvin Ong Abdullah

Zahir Kelvin Ong Abdullah yang merupakan bekas penyampai berita dan pengacara program di TV3, sekarang mengetuai Venus Assets Sdn Bhd yang membina Four Seasons Kuala Lumpur dan Four Seasons Langkawi. Kelvin juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah untuk Komuniti Belia Selangor di bawah naungan Tengku Muda Selangor. Baru-baru ini, Kelvin membuat kemunculan semula di kaca televisyen sebagai pengacara untuk program bual bicara ikonik TV3, Money Matters. Sejak Julai 2020, Kelvin telah menemubual ramai individu terkenal seperti YB Senator Dato’ Sri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad.


Nini Marini


Marini Ramlan 

Marini atau lebih dikenali dengan nama Nini Marini adalah seorang yang berjiwa seni, pelukis dan usahawan kreatif. Visual estetiknya lebih kepada abstrak dan hiasan yang diinspirasikan dari pelbagai aspek alam seperti bunga, pokok, tumbuh-tumbuhan dan tekstur sekitarnya. Elemen ilustrasi ini di terjemahkan kepada fesyen dengan mereka bentuk corak tekstil, animasi dan kraf (batik & tenunan). Beliau juga minat menerokai seni melalui pelbagai medium, antara karya seninya termasuk mengubah suai karya seni asli ke pelbagai bahan seperti seramik, tekstil, logam dan juga teknologi ‘AI’.
 

Dato’ Azril 

Dato’ Azril Mohd Radzi 

Dato’ Azril adalah pengasas kepada produk kosmetik dan kesihatan V’Asia Cosmetics & Healthcare iaitu jenama yang tidak asing lagi dalam bidang kecantikan dan kesihatan. V’Asia adalah antara jenama kosmetik tempatan yang terkenal di Malaysia, meletakkan sasaran jualan RM30 - RM40 juta untuk tahun 2020 hingga 2022.

Mira Filzah 

Mira Filzah, 27 tahun, artis terkenal yang berkecimpung sebagai pelakon, model dan usahawan yang mempunyai pengikut seramai 6 juta orang di laman Instagram.  Beliau juga merupakan pengacara dan hos untuk rancangan Nona TV3. Beliau banyak membintangi dan memegang watak utama dalam drama dan filem-filem tempatan di Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA