Posts

Showing posts from January, 2023

ARENA AXIATA DIGEGARKAN OLEH SEEN FESTIVAL DENGAN PENAMPILAN NCT DREAM, WAYV, KARD, ALICE & DOLLA

Image
SEEN FESTIVAL, anjuran CM Live telah menggegarkan Arena Axiata, Bukit Jalil pada hari Sabtu, 28 Januari 2023 lalu dengan barisan bintang K-pop seperti NCT DREAM, WayV, KARD, ALICE dan juga kumpulan tempatan DOLLA.

4 PILIHAN DRAMA TERBAIK DI PANGGUNG RTM SEPANJANG FEBRUARI INI DI TV1

Image
Sepanjang bulan Februari ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dengan menyenaraikan empat pilihan drama terbaik mengisi slot popular, Panggung RTM, pukul 9.00 malam di TV1.

ISTIMEWA BULAN RAMADAN & HARI RAYA AIDIL FITRI 2023

Image
SENARAI BUFET RAMADAN, ARTIKEL MENARIK & PROMOSI HARI RAYA

TV ALHIJRAH UMUM 12 PESERTA RANCANGAN REALITI TERBARU AKADEMI QURRA’

Image
TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen yang menyebarluas dakwah dengan membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Qurra’.

THE BACHELOR INDONESIA BAKAL BERSIARAN DI DI HBO & HBO GO FEBRUARI INI

Image
Bertepatan dengan Hari Valentine, The Bachelor Indonesia, Original Production dari HBO Asia, akan menyiarkan dua episod perdana siri ini pada hari Jumaat, Februari 10 2023 di HBO (Saluran Astro 411 HD) dan HBO GO dengan tempoh satu jam setiap episod di setiap hari Jumaat.

ASTRO RAIKAN PEMBUKAAN EXPERIENCE STORE PERDANA DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA

Image
Astro meraikan pembukaan perdana Astro Experience Store yang merupakan antara Experience Store terbesar bertempat di IOI City Mall, Putrajaya pada hari ini. Kedai baharu ini menawarkan para pelanggan pengalaman yang luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan Astro.

AYDA JEBAT DILANTIK SEBAGAI DUTA KEMPEN BAHARU "SALAM TAIWAN"

Image
Bagi meningkatkan pasaran pelancongan Muslim bagi tahun 2023, Biro Pelancongan Taiwan telah berbesar hati untuk melantik selebriti muslim Malaysia - Ayda Jebat sebagai Duta Salam Taiwan. 

GILIRAN ANIMASI POPULAR, DIDI & FRIENDS THE MOVIE BERI KEJUTAN DI PAWAGAM 23 FEBRUARI INI

Image
Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini.

“MA, I LOVE YOU!” FILEM KELUARGA YANG MENCUIT HATI RAKYAT MALAYSIA DI PAWAGAM 22 JANUARI 2023

Image
Apakah cara yang lebih baik untuk meraikan bersama orang yang tersayang sempena Tahun Baru Cina ini? ‘Ma, I Love You!’ sebuah filem universal yang sangat dekat di hati kita semua, telah dihasilkan oleh Pengarah terkemuka Malaysia, Chiu Keng Guan, yang menerajui filem box office The Journey dan Ola Bola di mana berjaya mencipta fenomena luar biasa dan sehingga kini masih tersemat di hati semua rakyat Malaysia. 

DONNIE YEN BERAKSI SEBAGAI PELAKON, PENGARAH DAN PENERBIT FILEM BLOKBUSTER 'SAKRA'

Image
Filem SAKRA dibawakan oleh Pemilik Hakcipta Wishart Interactive Entertainment Co.,Ltd. dan Pengedar Antarabangsa Mandarin Motion Pictures Limited, diedarkan di Malaysia oleh Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing. 

TELEMOVIE “BEDAK ARANG” - SAJIAN KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Image
Kelainan pemilihan tajuk “Bedak Arang” antara faktor utama menjadikan telemovie yang dipilih khas untuk disiarkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini menemui penonton pada 23 Januari, pukul 9.00 malam di TV2.

JOM HUAT BERSAMA-SAMA DI THE CHICKEN RICE SHOP DENGAN “AYAM HOT-AH”!

Image
Huat-ah! Tahun Baru Cina semakin hampir dan untuk meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu terbaharu mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Boleh didapati mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023, menu yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.

SEMARAKKAN KECERGASAN DI TAHUN ARNAB DENGAN KOLEKSI TAHUN BAHARU CINA UNDER ARMOUR

Image
Kekal aktif di musim perayaan Tahun Baharu Cina dengan koleksi gaya aktif terbaharu dari Under Armour. Diilhamkan daripada kudapan Tahun Baharu Cina seperti dumplings dan duit syiling tradisional Cina yang membawa simbol tuah dan kekayaan, koleksi “Have You Eaten Yet” membakar semangat anda untuk meneruskan gaya hidup aktif anda dengan bergaya! 

SAKSIKAN TAYANGAN FILEM & TELEMOVIE KHAS TAHUN BAHARU CINA DI TV2

Image
Meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan empat program khas disediakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2, Dunia Ria. Menemui penonton tiga hari berturut-turut, tayangan filem dan telemovie khas ini disiarkan mulai 20 hingga 22 Januari depan.

TROFI PIALA FA EMIRATES AKAN TIBA DI KUALA LUMPUR DALAM LAWATAN SULUNG BERSEJARAH

Image
  Pertandingan kalah mati kebangsaan tertua dan paling terkenal di dunia, The Emirates FA Cup atau Piala FA Emirates, akan memulakan Jelajah Trofi Asia Pasifik yang julung kali diadakan dari 21 hingga 29 Januari 2023. Buat pertama kali dalam sejarah 150 tahunnya, trofi Piala FA Emirates akan diterbangkan ke Malaysia. Para peminat berpeluang untuk melihat sendiri salah satu piala tersohor dunia sukan dalam majlis yang akan diadakan pada hari Rabu, 25 Januari di Kuala Lumpur.

PERSATUAN USAHAWAN DAN AMAL WANITA SEDUNIA (WECA) ANJUR PESTA AMAL “LITTLE YELLOW FLOWER CNY REUNION”

Image
UPDATE: Acara ini telah ditunda ke 11 FEBRUARI 2023 dari tarikh asal 4 FEBRUARI Luangkan hari Sabtu anda dengan gelak ketawa sambil beramal di pesta keriangan Tahun Baharu Cina yang diadakan untuk Little Yellow Flower Foundation pada 11 Februari 2023, dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Maju Link.  Pesta amal “Little Yellow Flower CNY Reunion” yang dianjurkan oleh Persatuan Usahawan dan Amal Wanita Sedunia (World Women Entrepreneur and Charity Association WECA) bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai atas keperluan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari segi pendidikan, sokongan, bantuan dan pemerkasaan.  Kemuncak acara pesta ini adalah ‘Laugh Out The Power of Love: Laughter Yoga’ (Yoga Ketawa) dan Tarian Singa yang istimewa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Venice Ang di 0174011777.

AJL 37: DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI DALAM ALUNAN MUZIK MALAYSIA

Image
Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my .

DUAN NAGO BOGHO - ‘BUKAN SEKADAR FILEM AKSI… ANGKAT PERJUANGAN MARUAH SENI MAK YONG’

Image
Tidak dinafikan filem bercorak aksi sememangnya antara yang genre yang cukup digemari penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho.

HILTON PETALING JAYA MEMPERSEMBAHKAN HIDANGAN ‘SPRING INTO ABUNDANCE’ TAHUN BAHARU CINA INI

Image
Hilton Petaling Jaya dengan bangganya mempersembahkan hidangan ‘Spring into Abundance’ untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023. Toh Yuen, sebuah restoran Cina di Hilton Petaling Jaya yang terkenal menampilkan set hidangan enak dan mewah termasuk menu set ‘makan besar’ dan pilihan yee sang premium yang eksklusif.

ZUS COFFEE SEGARKAN TAHUN BAHARU DENGAN RANGKAIAN KOPI ‘ICED SHAKEN’ & MINUMAN 'PROSPEROUS ORANGES'

Image
  Orange Osmanthus Espresso (kiri) & Double Espresso (kanan). Bagi menyegarkan lagi Tahun Baharu 2023 dan juga Tahun Baharu Cina, ZUS Coffee telah melancarkan rangkaian minuman iced shaken (digoncang bersama ais) yang baharu. Diilhamkan daripada kopi shakerato Itali (gabungan espreso, ais dan sirap gula yang digoncang di dalam penggoncang koktel) dengan susu tambahan, rangkaian iced shaken ini disenaraikan di dalam menu ZUS Coffee bagi tahun baharu ini.

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS ANJUR BENGKEL KULINARI UNTUK KANAK-KANAK KEBAJIKAN MENERUSI KEMPEN #NIUYOUNEWFORTUNE

Image
Mengendong azam permulaan baharu dan sebuah harapan yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams akan menganjurkan sebuah bengkel kulinari untuk kanak-kanak yayasan tersebut yang berusia 14 hingga 17 tahun bagi melengkapi, menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini.

MAKSIM BAKAL PENTASKAN PERSEMBAHAN PIANO SOLO JELAJAH THE COLLECTION DI MALAYSIA

Image
Pemain piano terkenal, Maksim Mrvica bakal mengadakan persembahan solo di ibu kota buat satu malam sahaja sempena jelajah The COLLECTION di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 14 Februari, jam 8:00 malam di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

DESTINASI PERCUTIAN BERHAMPIRAN MENJADI PILIHAN UTAMA PELANCONG ASIA SEMPENA MENYAMBUT TAHUN ARNAB

Image
  Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi yang mempunyai carian tertinggi pelancong di Asia sempena sambutan Tahun Baru Cina, diikuti oleh Malaysia dan Thailand.

MAKAN KITCHEN @ DOUBLETREE BY HILTON KUALA LUMPUR BAWAKAN HIDANGAN 'SPRING INTO ABUNDANCE'

Image
Raikan Tahun Arnab bersama Doubletree by Hilton Kuala Lumpur di Makan Kitchen dengan hidangan bertemakan 'Spring into Abundance'. Menu hidangan yang disediakan oleh chef-chef berpengalaman merangkumi hidangan tradisional yang meriah dengan sentuhan baharu untuk menu “makan besar” (reunion dinner), bufet hi-tea Tahun Baru Cina dan pilihan yee sang premium yang eksklusif.

'TAMAN MUSIM BUNGA PUITIS' MEKAR DI KWAI CHAI HONG SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Image
Musim bunga menandakan permulaan baru dalam budaya masyarakat Cina yang lazimnya digambarkan oleh bebunga yang berkembang mekar. Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Kwai Chai Hong mempersembahkan keunikan dan kemeriahan pameran kaligrafi tradisional Cina yang lebih berani, tidak konvensional serta memaparkan bentuk bebunga dan dedaunan yang bersaiz besar di celah-celah jalan yang penuh bersejarah di Chinatown Kuala Lumpur. 

NAUTICAL INSIGHT SDN. BHD & SWISS-BELHOTEL INTERNATIONAL BEKERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN PERKEMBANGAN EKONOMI INDUSTRI HOSPITALITI DI MALAYSIA

Image
Malaysia sebagai destinasi pilihan perniagaan dan riadah dijangka terus kukuh dengan gabungan dua peneraju pasaran hospitaliti; Nautical Insight Sdn. Bhd (NISB), syarikat hospitaliti Malaysia, dan Swiss-Belhotel International Limited (SBI), kumpulan hospitaliti terkenal Hong Kong yang diiktiraf sebagai salah satu kumpulan pengurusan hotel yang paling pesat berkembang di dunia.

ALAMILAH KEMERIAHAN TAHUN ARNAB DI RESORTS WORLD GENTING

Image
Sempena Tahun Arnab dalam kalendar lunar Cina, Resorts World Genting (RWG) telah bersiap sedia untuk memeriahkan Tahun Baharu Cina dengan pelbagai aktiviti dan tarikan dari 11 Januari hingga 5 Februari 2023! 

POH KONG TAMPILKAN ARNAB BERTUAH DALAM KOLEKSI TAHUN BAHARU CINA

Image
Sempena Tahun Arnab yang bakal menjelang dalan kalendar Lunar Cina, Poh Kong menampilkan Koleksi Barang Kemas Bertuah Tahun Arnab 2023 untuk menyemarakkan lagi sambutan anda Tahun Baharu Cina ini. Indah sekali untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang atau untuk dipakai sendiri, koleksi ini menampilkan simbol arnab yang dikatakan membawa tuah Tahun Baharu Cina ini.

KITKAT LANCAR KEMPEN "SHARE THE LOVE, SHARE THE GOLDEN BREAK" SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Image
Perayaan Tahun Baru Cina semakin dekat dan inilah masanya untuk bersantai bersama keluarga dan sahabat handai yang tersayang. Nestlé KitKat® telah melancarkan kempen perayaan “Share The Love, Share The Golden Break”, dengan pelbagai produk seperti Limited-Edition KitKat® Gold serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah seperti jongkong-jongkong emas KitKat® yang berjumlah RM350,000.

REPLIKA ARNAB TERBESAR DI MALAYSIA UNTUK MERAIKAN TAHUN BAHARU CINA DI SURIA KLCC

Image
Bermula dari 2 Januari sehingga 5 Februari, Suria KLCC diserikan dengan hiasan mega yang bakal membawa para pengunjung untuk merasai pengalaman berada di kawasan bersejarah negara China untuk kempen sambutan Tahun Baharu Cina. 

RASAI SENSASI HEBAT TAHUN BAHARU CINA DI ‘SENSES OF PROSPERITY’ INTERMARK MALL

Image
Mulakan perjalanan 'Senses of Prosperity' di Intermark Mall pada Tahun Baharu Cina ini. Sehingga 5 Februari, para pengunjung ke Intermark Mall dijemput untuk merasai semangat musim perayaan yang telah disediakan untuk mengujakan pancaindera anda - Penglihatan, Bunyi, Rasa, Sentuhan dan Bau.

DENGARKAN PALUAN GENDANG TAHUN BAHARU CINA ‘BEATS OF PROPERITY’ DI DA MEN USJ

Image
Dengarkan paluan gendang yang bergema untuk menyambut Tahun Arnab di di Da Men USJ. Bertemakan 'Beats of Prosperity', para pengunjung ke Da Men USJ bakal disajikan dengan persembahan gendang berirama dan persembahan tarian singa akrobatik. Dengan kerjasama dengan VR Drumming Academy, Da Men USJ dihiasi dengan lebih 300 buah gendang oriental, kepala singa, bunga-bungaan dan tanglung dari sekarang sehingga 15 Februari.

MELOMPAT KE TAHUN BAHARU DENGAN ARNAB PIXEL YANG PERTAMA DI FAHRENHEIT88

Image
Bagi Tahun Arnab ini, Fahrenheit88 mempersembahkan kempen Tahun Baharu Cina dengan tema "Blooming inTU" (TÙ, Arnab dalam bahasa Cina). Sambutan Tahun Baharu Cina di Fahrenheit88 bermula dari sekarang hingga 5 Februari. Dengan kerjasama  artis Original Pixel Gang, Fahrenheit menampilkan pelbagai aktiviti perayaan yang interaktif dan mengasyikkan untuk semua pengunjung ke pusat beli-belah tersebut.

BERSEDIALAH UNTUK MENYAMBUT TAHUN ARNAB DENGAN 'JOYFUL REUNION' DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Raikan kehadiran Tahun Baharu Cina di Pavilion Bukit Jalil. Bertemakan ‘Joyful Reunion’, kempen Tahun Baharu Cina Pavilion Bukit Jalil sedang berlangsung sekarang hingga 6 Februari 2023 dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik.

NIKMAT LIMPAHAN KEMAKMURAN ‘ABUNDANCE OF PROSPERITY’ DI PAVILION KUALA LUMPUR

Image
  Pavilion Kuala Lumpur, destinasi beli-belah utama Malaysia, mempersembahkan sambutan Tahun Baharu Cina ‘Abundace of Prosperity’ (Limpahan Kemakmuran) untuk membawa lebih banyak tuah dan kemakmuran untuk semua pengunjung pada Tahun Baharu Cina ini dan juga sempena sambutan Ulang Tahun ke-15 Pavilion KL. Pusat beli-belah ini telah memulakan perayaan sepanjang tahun untuk menyemarakkan semula keterujaan membeli-belah, menjamu selera dan beriadah di Pavilion KL.

ALAMILAH KEINDAHAN TAHUN BAHARU CINA 'SEASONS OF SPLENDOR' DI AVENUE K

Image
Sambutlah permulaan baharu yang bergaya Tahun Baharu Cina ini bersama Avenue K Shopping Mall dari 30 Disember 2022 sehingga 5 Februari 2023. Bertemakan, Seasons of Splendor, Avenue K telah dihiasi indah dengan kuntuman bunga-bungaan berwarna cerah menandakan ketibaan musim bunga yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Cina.

IKEA LUCKY TRUCK BAKAL MENYEMARAKKAN MUSIM PERAYAAN ANDA TAHUN ARNAB INI

Image
Tanglung merah, bunga api, dan tarian singa bakal kembali memeriahkan suasana tidak lama lagi! Tahun Baru Cina sememangnya mempunyai tempat istimewa dalam hati rakyat Malaysia. Sambutan ini melambangkan satu lembaran baharu setelah kita mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yang lalu. Selain itu, ia turut sinonim dengan adat seperti membersihkan dan menghias rumah untuk menyambut permulaan baharu.

HABIB MULAKAN TAHUN BAHARU DENGAN KOLEKSI BAHARU, KHAS UNTUK PELANGGAN SETIA

Image
HABIB meraikan keindahan perayaan Tahun Baru Lunar dengan dengan pelancaran koleksi baharu di seluruh bilik pameran HABIB bermula 9 Januari sehingga 5 Februari 2023. Sepanjang kempen ini berlangsung, HABIB menawarkan pelbagai koleksi rekaan terkini yang pastinya memukau setiap mata yang memandang. 

BONIA TAMPILKAN KOLEKSI KAPSUL BONIA x LISA WONG SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2023

Image
Bagi meraikan Tahun Baharu Cina 2023, BONIA telah melancarkan koleksi kapsul sedia dipakai yang pertamanya bagi Tahun Arnab dengan kerjasama pelukis tempatan, Lisa Wong, yang terkenal dengan lukisan dakwat yang halus dan berwarna-warni.

SAMBUT KETIBAAN TAHUN ARNAB YANG DILIMPAHI DENGAN KEKAYAAN DI IPC SHOPPING CENTRE

Image
IPC Shopping Centre memulakan sambutan Tahun Baru Cina dengan mengubah wajah Ӓndra’s Enchanting Garden dari musim sejuk ke musim bunga bagi meraikan ketibaan tahun Arnab. Bermula dari hari ini hingga 5 Februari 2023, pembeli-belah boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa dan ganjaran hebat sempena Tahun Baru Cina apabila mereka membeli-belah di IPC Shopping Centre.

WATSONS LANCAR KEMPEN TAHUN BAHARU CINA #HAPPYBEAUTIFULYEAR 2023 DENGAN HADIAH BERJUMLAH RM3,888,888

Image
Watsons Malaysia menyambut perayaan tahun baru Cina dengan kempen #HappyBeautifulYear 2023 untuk mencipta perayaan yang indah sempurna dan berkisarkan sinergi kesihatan dan kecantikan. 

GUARDIAN ‘MELOMPAT KE ARAH KEMAKMURAN’ DENGAN WAJAH BARU & PROMOSI TAHUN BAHARU CINA

Image
Guardian Malaysia telah membuka tirai tahun baharu dengan promosi hebat Tahun Baru Cina ‘Leap Into Prosperity’ bagi menyambut tahun baru Arnab. Turut bersempena dengan tahun baharu, Guardian memperkenalkan stornya yang kini berwajah baharu.

AYU DAMIT KELUAR MODAL SENDIRI UNTUK HASILKAN SINGLE TERBAHARU 'KEJAM'

Image
Namanya bukan calang-calang, wanita genit bersuara emas ini pernah menyandang gelaran juara program realiti nyanyian yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu iaitu One In A Million musim ke-2 (OIAM2).

SODI LADIES CUP 2022 GALAKKAN LEBIH RAMAI WANITA UNTUK MENCEBURI SUKAN PERMOTORAN

Image
Sukan permotoran adalah sesuatu yang harus dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira faktor umur atau jantina. Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam sukan permotoran, Morac Go Kart Track 1 Utama bersama Cik Leona Chin telah bergabung tenaga dalam menganjurkan ‘The Pink Stuff SODI Ladies Cup’. 

PRETTY UGLY BAKAL TAMPILKAN 21 LAGU SEMPENA KONSERT ULANG TAHUN KE-21

Image
Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun menunggu, sudah sampai masanya untuk Pretty Ugly membuat persembahan konsert solo mereka. Konsert dianjurkan oleh CD Bagasi Music. 

MARI BERNOSTALGIA DENGAN ‘MOMENTS OF KERISPATIH WITH SAMMY SIMORANGKIR’ PADA 24 FEBRUARI 2023

Image
Untaian lagu selalu memberi momen tersendiri kepada setiap penggemar. Begitu juga ‘tugas’ yang harus dipastikan oleh barisan pemuzik di dunia. Maka tidak hairan apabila salah satu kugiran Indonesia, Kerispatih yang ditubuhkan pada 2003 silam masih belum mampu menghilangkan jejak dan momen tersendiri dalam kalangan peminat mereka.

HARIZ DANIAL MENGORAK LANGKAH PERDANANYA DENGAN LAGU POP BALADA 'HUKUM'

Image
Berbekalkan wajah yang tampan sahaja tanpa bakat bukanlah tiket untuk mengecap kemasyhuran, namun bagi pendatang baharu, anak kelahiran Johor Bahru, Johor, Hariz Danial, dia mempunyai pakej yang lengkap, memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan. 

TELEFILEM SERAM ‘CENDUAI’ DEDAH RITUAL AMALAN KHURAFAT MINYAK PENGASIH CENDUAI

Image
Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati membawakan sebuah telefilem seram baharu berjudul ‘Cenduai’ yang bakal ditayangkan menerusi slot Ohsem Tele pada hari Ahad ini, 15 Januari 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112).

“SPECIAL FORCE: ANARCHY” BAKAL DISTRIM SECARA EKSKLUSIF DI DISNEY+ HOTSTAR MULAI 14 JANUARI

Image
Mulakan keterujaan tahun baru dengan Special Force: Anarchy - siri Original Malaysia yang bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 14 Januari. Siri Original tujuh episod ini mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda yang berani dari sebuah negara fiksyen, Tenggara dalam menyiasat sebuah kes rompakan bank terancang. Siasatan yang dilakukan telah mempertemukannya dengan satu kumpulan jenayah berbahaya dan membuka satu lembaran rahsia besar yang mampu mengubah segalanya.

NESPRESSO MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN KOLEKSI EDISI TERHAD ANGEL CHEN

Image
Nespresso berganding bahu dengan pereka fesyen Angel Chen untuk mempromosikan koleksi edisi terhad Tahun Baru Cina bagi memeriahkan perayaan tahun arnab. Menyampaikan koleksi terkini, Nespresso menggalak penggemar kopi bertemu dengan rakan dan taulan sambil menikmati secangkir kopi berkualiti menjelang tahun baru.

KEDAI KONSEP SENI FASET BERLIAN, DIAMOND DOTZ KINI DIBUKA DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Penggemar Diamond Dotz, jenama seni faset berlian yang diasaskan di Australia kini boleh mendapatkan bahan-bahan kraf seni ini di kedai konsep fizikalnya yang pertama di Malaysia di Pavilion Bukit Jalil. Sebagai pengedar rasmi Diamond Dotz yang sah di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dotzmania menawarkan lebih daripada 400 set kit seni faset berlian yang semakin popular di Malaysia.

‘BLUE 20TH ANNIVERSARY HEART & SOUL TOUR’ BAKAL TIBA DI MALAYSIA FEBRUARI INI

Image
Suatu permulaan tahun baharu yang baik untuk syarikat penganjur acara tempatan yang kian mendapat reputasi di Malaysia, Hitman Solutions & Happymoon akan membawakan peminat muzik awal 2000-an sebuah konsert istimewa dari salah satu boy band terkenal di Britain, Blue. Konsert 'Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour' akan berlangsung pada 10 Februari 2023, jam 8:00 malam, bertempat di Plenary Hall, KLCC yang eksklusif.