DESTINASI PERCUTIAN BERHAMPIRAN MENJADI PILIHAN UTAMA PELANCONG ASIA SEMPENA MENYAMBUT TAHUN ARNAB

 

Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi yang mempunyai carian tertinggi pelancong di Asia sempena sambutan Tahun Baru Cina, diikuti oleh Malaysia dan Thailand.

Destinasi dengan carian tertinggi

1.               Jepun 

2.               Malaysia 

3.               Thailand 

4.               Indonesia 

5.               Singapura 

6.               Vietnam 

7.               Korea Selatan 

8.               Filipina  


Tahun ini, data Agoda juga menunjukkan bahawa ramai pelancong yang memilih percutian ke destinasi berhampiran di negara jiran untuk perayaan tersebut. Namun begitu, trend ini tidak ketara dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun yang lebih menggemari destinasi percutian beriklim panas. Oleh itu, ia melonjakkan Thailand ke tempat #1. Di sebaliknya pula, pelancong Thailand ingin menuju ke Jepun yang beriklim lebih sejuk.

“Ia merupakan satu perkembangan yang sangat baik di mana kita dapat menyaksikan kembalinya keyakinan pelancong terhadap percutian antarabangsa terutamanya dalam pasaran Jepun, Korea dan Taiwan yang dibuka baru-baru ini. Kami mempunyai jangkaan terhadap lonjakan dalam perjalanan dari negara China, apabila Thailand, Macau, Taiwan, Hong Kong dan Jepun kembali dalam senarai destinasi idaman bagi Tahun Baru Cina tahun ini. Namun,ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan pemulihan yang sepenuhnya, memandangkan cabaran yang melibatkan kapasiti dan harga penerbangan,” kata Omri Morgenshtern, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda.

Data carian Agoda juga mendedahkan pilihan utama dalam tiga pasaran paling popular mengikut volum, iaitu Jepun, Malaysia dan Thailand. Bandar kosmopolitan merupakan tarikan utama di Jepun, dengan Tokyo, Osaka dan Fukuoka yang merupakan tiga destinasi yang mendapat carian tertinggi. Dengan tarikan warisan budaya dan suasana kotanya yang meriah, Kuala Lumpur muncul sebagai tempat paling popular di Malaysia, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang, masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Di Thailand pula, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai yang kaya dengan budaya.

Lima destinasi paling popular untuk Tahun Baru Cina 2023 mengikut pasaran
 

China

Indonesia

Jepun

Malaysia

Filipina 

Thailand

Malaysia

Thailand

Thailand

Singapura

Hong Kong

Singapura

Korea Selatan

 

Indonesia

Jepun

Macau

Thailand

Taiwan

Singapura

Thailand

Jepun

Jepun

Amerika Syarikat

Jepun

Hong Kong

Taiwan

Taiwan

Vietnam

Filipina

Malaysia

 

Singapura

Korea Selatan

Taiwan

Thailand

Vietnam

Malaysia

Jepun

Jepun

Jepun

Thailand  

Indonesia

Vietnam

Thailand

Singapura

Indonesia

Thailand

Thailand

Korea Selatan

Vietnam

Singapura

Jepun

Filipina

Amerika Syarikat

Laos

Malaysia

Filipina

Taiwan

Malaysia

Malaysia

Taiwan


Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!