MEMASAK LEBIH MUDAH & MURAH DENGAN RENCAH FLAVORISTA



Inginkan masakan yang lazat tetapi sentiasa kesibukan atau tidak pandai memasak? Solusinya telah ditiba di dalam serbuk rencah masakan pra-campur Flavorista. Anda tidak perlu lagi bertungkus-lumus di dapur untuk memasak lauk-pauk kegemaran ramai seperti Masak Kicap, Asam Pedas, Sambal Tumis, Masak Kung Pao, Masak Merah dan Perapan BBQ. Cara menyediakan enam resepi ini telah diringkaskan dengan menggunakan teknologi terkini kepada hanya empat langkah - Tuang, campur, didih dan hidang.    

"FLAVORISTA ingin menyasarkan kepada golongan pelajar IPT bagi membantu mereka mendapatkan menu makanan yang bermutu serta berkhasiat dengan harga yang lebih murah serendah RM4 per pek. Ia juga bagi membantu mereka bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang tinggi masa kini," kata Encik Norisham Baharin, Pengarah Urusan Flavorista (M) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Flavorista, Norisham Baharin

Sebungkus rencah Flavorista boleh didapati dengan harga serendah RM4 untuk 5 hidangan. Ia turut dapat meringankan beban golongan ibu-ibu yang bekerja untuk menyediakan hidangan yang lazat dengan cepat.   


Pengilangan serbuk pra-campur Flavorista telah mendapat sijil perakuan halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga menepati piawaian pengilangan yang bagus seperti HACCP dan GMP.

Terdahulu semasa FLAVORISTA bersama-sama pelancaran Nasi Muafakat dimana telah diadakan cabaran set kombo makanan termurah dan ia terbukti bahawa serbuk pra-campuran FLAVORISTA merupakan makanan yang selamat dengan kos yang efektif seterusnya menjadi serbuk pra-campuran FLAVORISTA mudah untuk memasak (Easy-To-Cook).

Dengan strategi pemasaran dan pendedahan yang konsisten, FLAVORISTA bukan sahaja mengeluarkan produk untuk dipasarkan di peringkat domestik malahan telah ke peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan penglibatan FLAVORISTA dalam pelbagai acara antarabangsa seperti Halal Chefpreneur Challenge Asian Hallfest 2017 dan telah diumumkan pemenang di dalam acara tersebut. FLAVORISTA telah tersenaraikan di dalam the Malaysia Book Of Records atas kejayaan seorang chef mampu memasak paling banyak resipi dalam masa 30 minit.



Serbuk pracampur Flavorista boleh didapati sekarang secara eksklusif di pasaraya Giant, Econsave dan 99 Speedmart dan juga secara online di https://flavorista.com.my/shop/

Untuk maklumat lanjut, sila layari
Laman Web Rasmi: https://flavorista.com.my



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"