EKSKLUSIF: GERAI CIK NORLIA - DARI GERAI KE PERNIAGAAN ONLINE
Gerai Cik Norlia di Medan Selera di Seksyen 14, Petaling Boleh ceritakan serba sedikit mengenai diri anda dan apakah yang menyebabkan anda mengambil alih perniagaan keluarga? Nama saya Norziana Binti Ahmad dan berumur 46 tahun. Saya berasal dari Petaling Jaya, Selangor dan mempunyai enam orang cahaya mata. Saya mengambil alih perniagaan keluarga daripada ibu saya, Semelia Binti Mohd Isa selepas dia bersara. Salah satu sebab utama saya mengambil keputusan untuk mengambil alih perniagaan keluarga adalah kerana ia merupakan sumber pendapatan utama saya. Pada masa itu, kami telah pun mempunyai pelanggan setia dan kami melihat perniagaan ini berpotensi besar untuk terus berkembang. Saya juga melihat ini sebagai satu peluang terbaik untuk mendalami dengan lebih lanjut mengenai perniagaan F&B dan menjadikan diri saya sebagai seorang usahawan wanita. Siapakah yang memulakan perniagaan ini dan bila (tahun)? Boleh anda ceritakan lebih lanjut bagaimana ia bermula? Perniagaan ini bermula ...