Kata orang, perkara baik selalunya datang dalam pakej yang kecil tetapi berlainan pula dengan penyanyi rap terkenal Singapura, personaliti TV dan terkini usahawan berjaya – Sheikh Haikel yang tidak perlu diperkenalkan lagi, “Saya percaya, lagi besar lagi baik atau baik pulang sahaja,” katanya. “Niat saya pada mulanya adalah untuk menikmati burger yang enak dengan semua orang dan menjadikannya Halal. Lebih kurang 7 tahun lepas, saya telah bertemu dengan pengusaha dan pencipta FatBoy’s iaitu saudara Kennie dan Bernie Tay lalu menyatakan hasrat saya untuk menjadikannya Halal agar dapat dinikmati oleh penduduk Muslim di Singapura, tetapi mereka belum bersedia dengan idea tersebut. Sehinggalah pada bulan Februari tahun lepas, akhirnya mereka bersetuju dan tertubuhlah cawangan kami yang pertama di 17 Bali Lane. Rakan niaga dan saya bersepakat untuk menamakannya ‘FatPapas’ dengan pengiktirafan Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Alhamdulillah kerana sambutan hangat ya...