SEPETANG BERSAMA “THE PHANTOM OF THE OPERA”



Sempena perayaan ulang tahun ke-30, muzikal Broadway – The Phantom Of The Opera, Milestone Production membawakan sebuah konsert bertaraf antarabangsa An Evening With The Phantom Of The Opera, konsert muzikal satu malam sahaja pada 18 April 2018, 8.30 malam di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.



Gala Amal Diraja telah diserikan oleh YMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin bagi membantu Tabung Amanah Pendidikan Tuanku Ja’afar (TJET). TJET telah diasaskan 25 tahun lalu untuk membantu golongan yang perpendapatan rendah untuk mendapatkan pendidikan.

Pengerusi Pemegang Amanah TJET, Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar percaya akan bantuan pendidikan yang diberikan akan memberi peluang kepada si penerima untuk berjaya dalam peluang pekerjaan. Setakat ini, TJET telah berjaya mengumpul RM320,000 untuk membantu ribuan pelajar dalam acara amal tersebut.



Konsert tersebut bakal diterajui penyanyi muzikal handalan Michael Cormick dan Claire Lyon, yang pernah membintangi The Phantom Of The Opera sebagai watak utama.

Diarahkan oleh pengarah muzik Bernard Walz, konsert selama 75 minit ini bakal membawa penonton ke zaman popular Opera dengan dendangan lagu-lagu Phantom yang pasti menggamit suasana.

Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tersebut adalah Phantom of The Opera, Music of The Night, Masquerade dan All I Ask of You, serta pelbagai lagu-lagu dari muzikal popular yang lain.









Konsert An Evening with The Phantom of the Opera dipersembahkan oleh Milestone Production. Sebahagian daripada pulangan jualan tiket akan disalurkan kepada Tuanku Ja’afar Educational Trust.

Untuk maklumat lanjut tentang Milestone Production, sila layari www.milestone-entertainment.com.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM