CITARASA MINANG ASLI NATRABU XPRESS DI PUTRAJAYA
Pengarah Natribu, Ganefo Dewi Sutan yang lebih mesra dengan panggilan Ibu Ivo Natrabu adalah satu jenama yang sinonim dengan masakan Padang atau Minang di Indonesia. Ia adalah ringkasan daripada National Travel Bureau, nama asal sebuah agensi pelancongan yang tertua di Jakarta, Indonesia. Bermula dengan pelancongan, pengasas Natrabu, Rahimi Sutan telah mempelbagaikan perniagaannya kepada restoran. Restoran Natrabu yang pertama telah membuka pintunya dalam tahun 1967, di Jl. H. Agus Salim. Jakarta Tengah. Sejak itu, perniagaan restoran tersebut berkembang dengan maju, sehinggalah ke Malaysia. Kini terdapat tiga buah restoran Minang, Natrabu di Malaysia dengan terbukanya Natrabu Xpress di Putrajaya, selepas Natrabu Fine Dining di Bangsar dan juga Natrabu Xpress di EcoSky (Jalan Kuching).