BESARKAN ANAK-ANAK 'RESILIENT" DENGAN NUTRICIA APTAGRO



Danone Dumex*, subsidiari syarikat nombor satu* susu formula kanak-kanak dari Eropah**, telah memperkenalkan rumusan susu terkini yang disokong oleh penyelidikan pelopor selama lebih 40 tahun – Nutricia AptaGro – di Malaysia.
Aspirasi Nutricia AptaGro adalah untuk membantu ibu bapa membesarkan anak-anak “Resilient”.

Dalam dunia masa depan, “Resilience” merupakan kunci penting dalam mencapai kejayaan. Keupayaan untuk mengatasi pelbagai cabaran dan berupaya untuk bangkit semula daripada situasi yang sukar merupakan sesuatu yang diingini segenap ibu bapa untuk anak-anak agar mereka dapat berkembang maju pada masa hadapan.

Denis Phelps, Pemangku Pengurus Besar Danone Dumex Malaysia berkata: “Cabaran merupakan sebahagian daripada kehidupan, maka adalah penting bagi setiap individu untuk mempunyai “Resilience” bagi mengatasi cabaran yang mendatang dalam dunia penuh persaingan ini. Cara membesarkan anak kini bukan sekadar menyediakan pemakanan yang mencukupi dan pendidikan, sebaliknya kita perlu mendedahkan mereka kepada dunia agar anak-anak ini dapat membina daya ketahanan dirinya. Maka, tubuh mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang ada.”

ActiveDuoBio+ Dengan Nutrien-nutrien Penting Untuk Menyokong Tumbesaran Dan Pembelajaran 
Nutricia AptaGro mengandungi ActiveDuoBio+ yang dirumus dengan gabungan Prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan Probiotik B. breve M-16V yang dipatenkan di peringkat antarabangsa, bagi mempertingkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam tubuh anak anda, disokong oleh satu-satunya penyelidikan terhadap anak kecil.

Nutricia AptaGro juga mempunyai kandungan DHA yang tertinggi (asid dokosaheksenoik) ; di mana ia membantu dalam memenuhi kadar yang disyorkan pakar antarabangsa.

Nutricia AptaGro mengandungi nutrien yang bermanfaat bagi tubuh dan minda anak anda, agar anda boleh mendedahkan anak anda kepada pelbagai pengalaman untuk membina daya ketahanan dirinya.

Nutricia AptaGro boleh didapati di portal beli-belah Lazada, pasar raya utama seperti Tesco, pasar raya AEON, Village Grocer, Ben's serta kedai-kedai perubatan Cina dan barangan bayi terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai AptaGro, sila layari www.aptagro.com.my atau laman Facebook rasminya, https://www.facebook.com/AptaGroRaiseThemResilient/.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI