SOFIA JANE SUSURI MEMORI DAN ZAMAN KANAK KANAK DALAM PEMENTASAN SOLO DI JCPAC NOVEMBER INI


Di mana berakhirnya kenangan sendiri dan bermulanya kenangan orang lain? Persoalan ini menjadi nadi Thrown, pementasan solo wanita arahan Gavin Yap yang membawa penonton menyelami dunia seorang ahli psikologi apabila batas antara memorinya dengan memori pesakitnya semakin kabur.

Dipersembahkan oleh Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) dan terbitan Superbear Productions, Thrown menawarkan pengalaman teater penuh emosi yang menghidupkan pelbagai deria. Pementasan ini bakal berlangsung di The Studio, JCPAC, pada dari Nov 20-22 & 27-29 • 8.30pm & 3pm

Karya Jodi Gray dan arahan Gavin Yap, Thrown mengisahkan seorang ahli psikologi kanak kanak yang menelusuri rakaman audio lama zaman kecilnya dan pesakitnya untuk memahami zaman kanak kanaknya sendiri. Namun, semakin kerap rakaman itu didengar dan diulang, semakin kabur batas antara kenangannya dengan kenangan pesakitnya, hingga sukar dipastikan milik siapa sebenarnya memori itu.


Datin Sofia Jane, pelakon berpengalaman dan terkenal di tanah air, kini menyahut cabaran menggalas seluruh pementasan Thrown sendirian di pentas. Selepas lebih tiga dekad mencipta nama di layar, beliau membuka lembaran baharu dalam kerjayanya menerusi pementasan solo pertamanya.

“Saya teruja untuk menyelami naskhah ini dan meneroka ke mana ia akan membawa saya bersama penonton. Setiap kemungkinan membuka ruang untuk saya belajar dan menghayati pengalaman ini. Saya tidak sabar untuk memulakan perjalanan bersama Gavin dan kru JCPAC, serta menemui apa yang menanti kami,” ujar Sofia Jane.

Ada kalanya mencuit hati, ada kalanya menyayat perasaan dalam diam dan sentiasa sukar dijangka, Thrown menawarkan pengalaman teater yang sangat peribadi dan menghidupkan pelbagai deria. Rekaan bunyi secara langsung yang menyelubungi ruang teater membawa penonton menyelami kekeliruan yang turut dialami watak utamanya. Sofia Jane menghidupkan watak ini dengan membawa seluruh penonton larut dalam dunia seorang wanita yang semakin hilang kepastian tentang kenangan mana yang benar-benar miliknya.

“Kita hadir ke dunia ini. Kita tidak mempunyai pilihan dalam hal ini. Kita juga tidak menentukan bagaimana kita dilahirkan atau persekitaran yang menjadi permulaan kehidupan kita. Pementasan ini mengambil idea tersebut dan membawa pandangan bahawa pada detik tertentu dalam kehidupan, kita ‘dilontarkan’ ke fasa baharu. Dalam kisah ini, detik itu ialah peralihan daripada zaman kanak kanak ke alam dewasa. Kesan detik tersebut kekal bersama kita dan membentuk diri kita apabila dewasa.” - Gavin Yap


Selepas Pewaris, Fork It dan Eurydice, Gavin Yap melihat Thrown sebagai kesinambungan kepada tema yang sering diterokainya: kenangan, kedukaan, warisan dan kehilangan. Menurutnya, Sofia Jane sebagai peneraju membawa kekuatan dan kehadiran di pentas yang diperlukan oleh pementasan ini.

Ini sebuah pementasan yang jarang ditemui, menuntut kemampuan lakonan yang tinggi dan sememangnya wajib disaksikan. Saksikan pementasan solo pertama salah seorang pelakon paling berpengalaman dan terkenal di Malaysia, di bawah arahan salah seorang pengarah paling disegani di tanah air, dengan tempoh pementasan yang terhad. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Thrown.

Show Details
Jenis Pementasan: Teater Solo
Dipersembahkan oleh: Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC)
Diterbitkan oleh: Trina Tan untuk Superbear Productions
Karya: Jodi Gray
Arahan: Gavin Yap
Dibintangi oleh: Sofia Jane
Lokasi: The Studio, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre, Sunway City Kuala Lumpur
Tarikh: Nov 20-22 & 27-29 • 8.30pm & 3pm



Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

CABBEEN SEMAKIN HANGAT: CAWANGAN KE-4 DIBUKA RASMI DI IOI CITY MALL!

HOSPITAL PICASO, BD DAN COLLEGE OF RADIOLOGY MALAYSIA LANCAR KERJASAMA UNTUK MEMPERKUKUH LATIHAN INTERVENSI PAYUDARA DI SELURUH NEGARA

HOMESOY PERKASA PENGESANAN AWAL KANSER PAYUDARA MELALUI KEMPEN ‘STOP THAT DOT TOGETHER’