PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan

Daerah Yilan (宜蘭), yang terletak di timur laut Taiwan, adalah sebuah destinasi percutian yang hebat untuk beberapa sebab. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tarikan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk percutian keluarga. Masa perjalanan ke bandar Yilan dari Taipei mengambil masa kira-kira satu jam, menerusi Terowong Xueshan, menjadikannya sebuah destinasi lencongan hujung minggu yang ideal bagi mereka yang ingin sesuatu yang berbeza dari kesibukan bandar Taipei.

Berikut kami ingin kongsikan beberapa aktiviti liburan yang menjadikan Yilan sebagai destinasi yang mesti anda kunjungi di Taiwan:

PUSAT SENI TRADISIONAL KEBANGSAAN (NATIONAL CENTER FOR TRADITIONAL ARTS / 國立傳統藝術中心)

Kaunter tiket Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan

Setelah tiba di Yilan, mulakan hari anda dengan berkunjung ke Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan. Taman yang berkeluasan 24 hektar ini terletak di tepi Sungai Dongshan yang indah. 

Pintu masuk utama ke Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan

Bangunan yang dibina mengikut seni bina tradisional Taiwan

Di sini terdapat pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional Taiwan yang dikumpulkan dari seluruh Taiwan. Bangunan dan jalan/ lorong yang dibina di sini menyerupai sebuah perkampungan Taiwan tradisonal dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderahati dan kraftangan tradisional. Anda juga boleh mencuba bengkel seni "tie-dye" dan membawa pulang hasil karya anda. 

Bengkel seni "tie-dye"

Hasil kraftangan seni "tie-dye"

Selain daripada bersiar-siar dengan berjalan kaki, anda juga boleh menaiki bot untuk menelusuri Taman Air Sungai Dongshan.

Jeti boy di Sungai Dongshan

Kuil Cina

Arca-arca pemain muzik tradisional Cina

Persembahan "live" untuk menghiburkan para pengunjung.

Pemandangan indah di tepi Sungai Dongshan

Arca seladang 

Taman permainan kanak-kanak berkabus

Kedai gula-gula tradisional Taiwan

Pelbagai lokasi untuk bergambar yang terdapat di Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan.

Lapar? Jangan risau. Di Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan terdapat sebuah restoran yang menyediakan hidangan halal iaitu RESTORAN ALA-HONG-KONG FULL BELLY (吃飽沒事乾 -港式茶餐廳)

Restoran Full Belly menyediakan beberapa hidangan halal

Nasi Periuk Tanah Liat (Halal)

Sijil Halal untuk Restoran Full Belly

Pinggan-mangkuk untuk makanan halal diasingkan daripada yang bukan halal.

Bilik Solat disediakan di Pusat Seni Tradisional Kebangsaan

PENGALAMAN MEMBUAT ROTI DAUN BAWANG DI KEBUN CHU MI (初咪體驗農場)

Satu lagi pengalaman yang harus dicuba di Yilan adalah lawatan ke kebun Chu Mi. Tanah yang subur di daerah Yilan membolehkan para petani nenanam pelbagai tanaman seperti daun bawang, tomato, sayur-sayuran, padi dan juga buah-buahan.

Di Kebun Chu Mi, anda akan diajar membuat roti daun bawang (scallion bread) iaitu pastri berintikan daun bawang yang savori, rangup di luar dan lembut di dalam. 

Peserta bengkel diberi penerangan tentang cara membuat roti daun bawang.

Aktiviti yang menyeronokkan ini sesuai dilakukan bersama keluarga di mana anda boleh membentuk dan menghias roti mengikut cita rasa anda sendiri.

Peserta bengkel memberikan sentuhan peribadi masing-masing ke atas roti bawang mereka

Roti daun bawang yang telah siap dihias menunggu untuk dibakar di dalam ketuhar.

Sementara anda menanti roti bawang siap dibakar, anda akan dibawa ke kebun ladang untuk mencuba sendiri proses "menuai" dan juga membersihkan daun bawang.

Lawatan ke kebun daun bawang

Proses mencuci daun bawang sebelum boleh dipasarkan.

Roti Daun Bawang yang telah siap dibakar! Memang sedap dimakan panas-panas dengan secawan minuman panas kegemaran anda.

MAKAN MALAM DI E-JING CAFE (藝境空間)


Kafe ini harus dikunjungi bukan sahaja kerana makanannya halal, malahan semuanya sedap-sedap! Ia menawarkan pelbagai masakan Taiwan dan juga snek seperti pizza. Ruang kafe ini adalah luas dan selesa untuk menikmati hidangan dan juga bersantai. 

Uniknya Kafe juga ini menampilkan konsep seni yang menampilkan pelbagai aktiviti kesenian dan juga persembahan muzik "live".  

Pilihan hidangan halal yang ditawarkan di E-Jing Cafe

Pemilik E-Jing Cafe, Madam Sharon dengan sijil Makanan Halal

Info: E-JING CAFE 藝境空間
📍No. 199-1, Gongzheng Rd, Luodong Township, Yilan County

PASAR MALAM LUODONG (羅東夜市)

Seperti tempat-tempat lain, pasar malam merupakan satu tempat tumpuan ramai, sama ada penduduk tempatan atau para pelancong. Di Yilan, Pasar Malam Luodong menawarkan pelbagai kedai dan gerai yang menjual snek tempatan dan juga pakaian, kasut dan aksesori yang bergaya. Antara makanan tempatan yang terkenal di sini ialah sup herba kambing, ais batu bebola dengan inti kacang merah, pastri berbentuk lidah lembu, anak itik salai dan sebagainya

Pasar Malam Luodong

Sama ada makanan atau pakaian, aksesori atau mainan, Pasar Malam Luodong ada semuanya!

PENGINAPAN: HOTEL SHANDORI (山多利大飯店)

Hotel Shandori di Jiaoxi, Taiwan merupakan salah sebuah hotel yang popular di Yilan. Ia menawarkan gabungan unik keindahan semula jadi dan keselesaan moden, menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong yang mencari ketenangan dan kesejahteraan.

Terletak hanya 1.8 km dari Stesen Kereta Api Jiaoxi dan 42 km dari Lapangan Terbang Songshan Taipei, hotel ini mudah diakses. Ini menjadikannya sebagai pangkalan yang sesuai untuk meneroka tarikan di sekitar Yilan.

Hotel Shandori 

Ruang menyambut tetamu yang berkonsepkan perabut dan ukiran kayu

Bilik luas, bersih dan selesa.

Ruang pameran 

Sejadah dan panduan untuk tetamu beragama Islam disediakan di dalam bilik.

Kemudahan kolam mandi untuk tetamu menikmati mandian air panas. 

Beristirahat dengan merendamkan kaki di dalam kolam air panas perkarangan hotel.

Pemandangan matahari terbit yang indah dari bumbung hotel

Ruangan makan khas disediakan untuk tetamu beragama Islam

Pelbagai makanan halal yang lazat juga disediakan untuk para tetamu

BERSIAR-SIAR DENGAN BERJALAN KAKI DI BANDAR YILAN

Untuk hari kedua, mulakan pagi anda dengan bersiar-siar di bandar Yilan. Tempat persinggahan pertama adalah TAMAN JIMMY (幾米公園) . Ia merupakan sebuah taman interaktif yang penuh dengan mural berwarna-warni dan patung serta hiasan yang dipetik daripada buku lukisan daripada pelukis terkenal, Jimmy Liao yang dilahirkan di bandar ini

Antara adegan dan watak yang boleh ditemui di sini termasuk karya dari ‘Turn Left, Turn Right,’ ‘Starry Starry Night,’ dan ‘Sound of Colors.’ Pastikan telefon bimbit anda cukup storannya untuk mengambil gambar di sini! 

A Fish With A Smile (微笑的魚) 

‘Turn Left, Turn Right,’ (向左走, 向右走)

Karekter dari buku lukisan ‘Turn Left, Turn Right,’ 

Lintasan muzikal yang memainkan muzik apabila lampu bertukar hijau untuk pejalan kaki melintas jalan.

Taman Hutan Diu Diu Dang

Satu lagi tarikan utama dalam mana-mana lawatan ke Yilan adalah TAMAN HUTAN DIU DIU DANG (丟丟噹森林). Ia terletak tidak jauh daripada Dataran Jimmy.

Taman Hutan Diu Diu Dang adalah benda pertama yang anda lihat sebaik sahaja keluar dari Stesen Yilan. Ia diilhamkan daripada buku lukisan Jimmy iaitu 'Starry Starry Night'.

Taman Hutan Diu Diu Dang

Walaupun taman ini tidak begitu besar, pusat tarikannya merupakan sebuah kereta api terbang (星空飛天火車) berwarna-warni yang tergantung dari hutan pokok berbingkai logam menjadikannya lokasi bergambar yang paling popular di bandar ini!

Kereta api terbang 

Selepas puas bergambar, jenguklah PASAR PAGI YILAN (宜蘭迺菜市場) - sebuah pasar tradisional yang bersejarah di Yilan. Kenali dengan lebih dekat budaya penduduk tempatan dengan menelusuri laluan dan lorong di kawasan pasar pagi ini.

Setiap gerai mempunyai kisahnya yang tersendiri. Laungan penjual yang bersemangat, senyuman dan layanan mesra mencerminkan tarikan budaya tempatan dan mengalu-alukan tetamu dari serata dunia.

Kedai membuat pisau 

Kedai ubat herba tradisional Cina

Gerai kuih

Gerai minuman

Laluan-laluan kecil di Pasar Pagi Yilan juga boleh dijadikan latar belakang yang menarik untuk bergambar!

Layanan mesra daripada nenek di kedai ubatan herba Cina

MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN MAKANAN LAUT SEGAR YUAN TING di SU'AO (元町活海鮮)

Sebelum meninggalkan Yilan, kunjungilah ke bandar pelabuhan nelayan Su'ao yang terkenal dengan pelbagai restoran makanan laut segar! Yuan Ting Fresh Seafood merupakan sebuah restoran yang mesra Muslin dan menghidangkan makanan yang halal.  

Pilihan makanan di restoran ini adalah terbaik, dari segi kualiti ramuan, cara masakan dan juga hiasan. 

Restoran Makanan Laut Halal Yuan Ting

Hidangan ketam

Aneka makanan laut mentah dan juga yang telah dimasak

Pelbagai makanan laut segar

Kepah

Sotong panggang

Datuk Bandar Su'ao dengan bangganya mempamerkan sijil halal bagi restoran Yuan Ting

Pemandangan indah di pelabuhan nelayan Su'ao

BONUS: Jika masa mengizinkan, singgahlah ke PANTAI FULONG (福隆海灘) untuk menikmati pelbagai aktiviti pantai sebelum pulang ke Taipei. 

Pantai Fulong 

Pantai yang panjangnya 3 km  dengan pasir yang bersih adalah sesuai untuk berenang, meluncur air, berkayak, dan juga belayar. Ia juga menampilkan kemudahan moden seperti ruang letak kereta yang luas, kawasan berkhemah, restoran dan juga medan selera. 

Festival Seni Arca Pasir Fulong 2024 menampilkan LINE Friends

Baca selanjutnya tentang Festival Seni Arca Pasir Fulong 2024 di SINI. 

Jangan lupa untuk memasukkan Yilan ke dalam itinerari perjalanan anda ke Taiwan. Dengan keindahan semula jadi yang menakjubkan, warisan budaya yang kaya, dan masakan yang lazat, Yilan menawarkan pengalaman percutian yang unik dan sukar untuk dilupakan. Pelbagai kemudahan mesra-Muslim disediakan untuk pengunjung beragama Islam ke Yilan termasuk kemudahan solat dan restoran yang disahkan Halal. 

Untuk maklumat tentang Taiwan dan kempen Jom Taiwan, sila layari:

Laman web rasmi: https://www.taiwan.net.my

And a juga boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan Kuala Lumpur di talian +603-20706789 atau e-mel tourism@taiwan.net.my.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

ASTRO RAIKAN KETIBAAN BULAN RAMADAN DENGAN SAJIAN KANDUNGAN KEROHANIAN DAN BARISAN DRAMA TERBAIK

MARY GRACE MELEDAKKAN PENTAS DAN MERANGKUL GELARAN JUARA CALPIS SODA ONE-IN-A-MILLION!

OATSIDE MEMPERKENALKAN SUSU OAT PROTEIN BAHARU DI MALAYSIA