NIKMATI 'YEO’S ITADAKIMASU – TUNA WITH A TWIST' DI THE STARHILL, 2–4 OKTOBER INI!


Bersedia untuk mengalami keunikan dan kehangatan suasana Jepun di Bukit Bintang bersama kempen Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist, sempena pelancaran Yeo’s Teriyaki Tuna yang julung kali diperkenalkan di Malaysia. 

Selaras dengan perubahan selera pengguna tempatan, Yeo’s konsisten meluaskan portfolio produknya dengan meneroka inspirasi citarasa baharu. Menerusi Yeo’s Teriyaki Tuna, Yeo’s kini sedia menyajikan citarasa baharu di luar skop hidangan tempatan sedia ada. Menampilkan potongan tuna lembut yang dicampurkan bersama sos teriyaki enak lagi lazat, variasi terbaharu ini melengkapkan barisan produk sedia ada seperti Yeo’s Chilli Tuna, sekali gus memberi pilihan sajian pantri yang segar serta memikat selera.

Bagi memeriahkan pelancaran ini, orang ramai dijemput hadir ke The Starhill Ground Floor Piazza di Bukit Bintang bermula 2 hingga 4 Oktober untuk menyertai acara Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist. Ruang bertema Jepun yang serba warna-warni ini menjemput rakyat Malaysia merasai keunikan suasana, kulinari dan budaya Jepun menerusi pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan.

Pengunjung boleh mengumpul cap di pelbagai stesen pengalaman yang disediakan sepanjang meneroka aktiviti yang ada. Mereka berpeluang mencuba sendiri Yeo’s Teriyaki Tuna, memahami inspirasi kulinari Jepun di sebalik penghasilan produk ini, serta mengabadikan kenangan di reruai foto bertema Jepun. Selain itu, pengunjung juga boleh menguji nasib di stesen permainan Gashapon untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti baucar onsen, baucar Gochiso, barangan Yeo’s, tambah nilai Touch ‘n Go, serta tiket penerbangan ke Jepun.


Menambah kehangatan acara, pertandingan Cosplay Competition turut diadakan bagi memberi ruang kepada pengunjung menyerlahkan kreativiti melalui watak kegemaran dan gaya berinspirasikan Jepun. Majlis pelancaran rasmi pada 3 Oktober pula bakal diserikan dengan gimik persembahan dram tradisional Jepun yang bertenaga, sekali gus memberikan pengalaman mengagumkan buat para pengunjung.

Kehangatan acara ini turut dibawakan ke jalanan Bukit Bintang menerusi aktiviti guerrilla activation yang penuh kejutan. Menerapkan kehangatan suasana persimpangan ikonik Shibuya di Tokyo, skuad Yeo’s yang menggayakan kimono serta pakaian tradisional wafuku bakal berarak di sekitar Bukit Bintang. Pengaktifan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat, berinteraksi dan merakamkan detik menarik secara dekat, sekali gus memeriahkan lagi penganjuran Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist.

Kemeriahan diteruskan lagi menerusi peraduan “Yeo’s To Japan Contest – Win Tickets to Japan” yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 30 November. Pengguna yang membeli produk Yeo’s yang mengambil bahagian, termasuk Yeo’s Teriyaki Tuna atau Yeo’s Chilli Tuna, hanya perlu merakam foto atau video kreatif cara mereka menikmati hidangan Yeo’s Tuna dan memuat naiknya ke Facebook, Instagram atau TikTok dengan menandakan (tag) akaun rasmi Yeo’s Food Malaysia. Seramai 12 pemenang bertuah bakal dipilih sepanjang tempoh peraduan ini.


Dengan variasi rasa baharu untuk diterokai, pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi, serta aktiviti kebudayaan Jepun yang menyeronokkan, Yeo’s Itadakimasu – Tuna with a Twist bersedia membawakan suasana unik Jepun terus ke Kuala Lumpur. Kunjungi The Starhill Ground Floor Piazza dari 2 hingga 4 Oktober dan rasai sendiri pengalaman bermakna ini bersama Yeo’s!

Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, sila ikuti Yeo’s Food Malaysia di Instagram @yeosfoodmy, TikTok @yeosfoodmy atau Facebook Yeo’s Food Malaysia.

Layari laman web rasmi https://yeos.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Yeo’s.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

EKSKLUSIF DI VIU: DIA PEREMPUAN SIALAN, SERAM PENUH DENDAM