Posts

Showing posts from August, 2021

LILIT UMUM KOLABORASI DENGAN IKON FESYEN MIRA FILZAH

Image
LILIT. dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi pertama tahun ini dengan ikon fesyen yang merupakan buah hati pujaan ramai rakyat Malaysia, Mira Filzah. Koleksi ini membawakan aneka fesyen untuk bersantai dengan corak cetakan yang menarik hati dan warna-warna pastel yang lembut, lagi menawan.

MAGGI MALAYSIA LANCAR KEMPEN MAGGI SAH MALAYSIA

Image
Pada Ogos ini, kempen MAGGI Sah Malaysia kembali semula sempena meraikan komitmen 50 tahun pada rakyat Malaysia, yang diharapkan akan menyuntik semangat positif di seluruh negara dan menghidupkan semula memori indah yang tercipta bersama rakyat Malaysia sepanjang lima dekad yang lalu.

IQIYI LANCAR KEMPEN MERDEKA #HIBURANMENYATUKANKITA

Image
Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang, platform penstriman utama Asia, iQiyi, turut sama meraikannya dengan menonjolkan kandungan Asia terbaik dan menawaran pelbagai hadiah menarik sebagai ganjaran kepada penonton Malaysia! Kempen #HiburanMenyatukanKita bertujuan untuk menunjukkan daya kekuatan hiburan dalam menyatupadukan orang ramai, tanpa mengira usia, latar belakang, lokasi mahupun bahasa.

TEXAS CHICKEN LANCAR KEMPEN MERDEKA BEATS

Image
Sempena meraikan sambutan Kemerdekaan ke-64 pada bulan Ogos ini, Texas Chicken Malaysia ingin menyemarakkan warisan Malaysia dan meraikan bakat tempatan melalui muzik, dalam kempen Merdeka Beats. Selama beberapa generasi, rakyat Malaysia telah bersatu dan diinspirasi oleh muzik dan seni. Justeru, dalam tempoh yang mencabar ini, Texas Chicken Malaysia berharap rakyat Malaysia dapat bergembira dan bersatu sebagai satu keluarga seiring dengan irama dan rentak Merdeka.

CRYSTAL SKIN BY RISH BEAUTY UNTUK KULIT BERSERI UMPAMA KRISTAL

Image
Kita semua idamkan benda yang sama dalam hidup - kerjaya yang berjaya, pasangan yang penyayang – dan kulit yang cantik! Namun, tidak semua yang dilahirkan dengan kulit yang berseri dan tanpa cela. Kita semua perlu usaha. Begitulah kisah di sebalik kelahiran produk Crystal Skin oleh pengasas Rish Beauty , Airiey Sayuti.

HABIB BAWAKAN SI RAMA-RAMA UNTUK KEMPEN KEMERDEKAAN

Image
Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan tahun ini menandakan tahun yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. Istimewa pada tahun ini, HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka. Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

CADBURY DAIRY MILK KINI DALAM PERISA PANDAN KELAPA EDISI TERHAD

Image
  Seri Muka, Ketayap dan Onde-Onde… semua kuih-muih ini berkongsi rasa yang sememangnya sinonim dengan identiti kebangsaan - rasa pandan dan kelapa. Cadbury Dairy Milk dengan bangganya memperkenalkan inovasi terbaru mereka, Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa yang menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma untuk meraikan rasa yang membentuk identiti negara kita. 

BUNKFACE LANCAR "KITA PUNYA MALAYSIA VERSI AKUSTIK"

Image
Sempena bulan kemerdekaan Malaysia tahun ini, kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “Kita Punya Malaysia versi Akustik”. 

RAIKAN 31 OGOS DENGAN WARNA-WARNA MERDEKA SNAPCHAT

Image
Pakai cermin mata gelap Jalur Gemilang anda dan raikan Merdeka dengan penuh gaya! Ciptaan  ExAR Pada hujung bulan Ogos, pastinya kita semua tahu apa maksudnya: ia tiba masanya untukmengibarkan bendera Jalur Gemilang! Menjelang Hari Kebangsaan ke-64 ini, kitaakan menyaksikan anak-anak Malaysia menyertai sambutan bersama fizikal mahupun dalam talian, menerusi gabungan kehadiran fizikal dengan Augmented Reality (AR).

SAMA-SAMA MELANGKAH 1 JUTA BATU DEMI KESIHATAN JANTUNG

Image
  Peneraju kesihatan jantung terkemuka di Malaysia, NESTLÉ OMEGA PLUS bakal memulakan acara ‘walkaton’ tahunannya yang berlangsung selama sebulan menerusi perasmian Walk A Million Miles (WAMM) 2021 pada 29 Ogos 2021 sempena Bulan Jantung Sedunia ini.

PAKAR PEMAKANAN LANCAR RESEPI MAKANAN TEMPATAN SIHAT

Image
Tiga pakar pemakanan dari farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Farmasi Alpro , telah bergabung untuk melancarkan resepi hidangan sarapan tempatan yang lebih sihat diinspirasikan dari makanan kegemaran tempatan. 

KAYDA AZIZ LANCARKAN VIDEO MUZIK MERDEKA BERSAMA SHOPEE

Image
  Penyanyi rap Malaysia Kayda Aziz bakal melancarkan video muzik baharu bersama Shopee pada Hari Merdeka sebagai sebahagian daripada kempen #ShopeeSapotLokal platform e-dagang tersebut. Rakyat Malaysia dan juga peminat-peminat Kayda boleh mengunjungi halaman Facebook dan Instagram Shopee Malaysia, atau saluran YouTube pada 31 Ogos untuk menonton video muzik tersebut.

FEROS SAYNA KINI MENERAJUI ROCKETFUEL ENTERTAINMENT

Image
  “Malaysia sudah bersedia? Astro-naut baharu telah mendarat!” Sekalung tahniah dan penghargaan besar buat Feros Sayna Andreas di atas kenaikan pangkat beliau dari Ketua Label kepada Ketua Rocketfuel Entertainment, pelantikan beliau yang berkuatkuasa serta-merta merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran syarikat dalam usaha meningkatkan perkembangan artis tempatan serta pertumbuhan perniagaan sebagai salah satu pemain utama. Peranan baharu Feros sebagai Ketua Rocketfuel Entertainment adalah bertanggungjawab dalam menerajui masa depan syarikat yang merangkumi pengurusan label muzik dan kesemua kakitangannya. Rocketfuel Entertainment menempatkan ramai artis ternama Malaysia, dengan lebih dari 300 bakat di bawah naungannya, turut menyediakan perkhidmatan penerbitan dari mula hingga akhir untuk label-label kecil dan artis indie, juga menyediakan penyelesaian komersil dan perniagaan di seluruh negara. Memetik komen Encik Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Hold

KFC LANCAR AYAM EXTRA HOT & SPICY FORMULASI BAHARU!

Image
Jenama ayam goreng kegemaran negara, KFC Malaysia ada juadah inovatif menyengat buat seluruh rakyat Malaysia, dicipta khusus sempana sambutan bulan Merdeka! Kami teruja meruap-ruap untuk memperkenalkan Extra Hot & Spicy baharu untuk waktu terhad, yang membawa ayam Hot & Spicy ikonik kami kepada tahap kepedasan yang lebih tinggi buat rakyat Malaysia yang gemar dengan makanan pedas.

IQIYI LANCAR SIRI HEBAT ASIA - FERRYMAN: LEGENDS OF NANYANG

Image
iQiyi, platform hiburan Asia kegemaran ramai telah melancarkan siri drama asli Asia Tenggara, The Ferryman: Legends of Nanyang melalui sidang media yang dianjurkan secara dalam talian hari ini. Majlis itu telah dihadiri oleh barisan bintang siri tersebut, termasuk Lawrence Wong, Qi Yuwu, Kate Kinney, Tay Ping Hui, Jeanette Aw, Debbie Goh, Jojo Goh, dan Koe Yeet. Majlis turut menyaksikan tayangan treler global buat kali pertama bagi dua siri drama yang dinanti-nantikan, Danger Zone dan Rainless Love in a Godless Land.

THE ARTISANS HAVEN™ TINGKATKAN SOKONGAN KEPADA ARTISAN LOKAL

Image
Chee Li Har, Pengasas GoCHeeKS dengan pelbagai produk WearableArt buatan tempatan. The Artisans Haven™(TAH), menyediakan platform e-dagang untuk para artisan Malaysia mempamerkan bakat serta produk buatan tangan telah melancarkan #HandmadeisHeartmade dengan menjanjikan jualan RM1 juta buat penyewa dalam tempoh 12 bulan. Ini turut disokong dengan web e-dagang yang baharu serta beberapa kolaborasi utama dengan syarikat-syarikat korporat.

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3

Image
  Siri popular kegemaran ramai yang turut mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020 yang berlangsung tahun lalu, ‘SMK’ kini Kembali di Astro Ceria (saluran 611)! Menerusi musim ketiganya ini, geng SMK akan membawa penonton menelusuri pengembaraan yang menyeronokkan menerusi pengalaman pembelajaran dari rumah atau PdPR dan cabaran-cabaran yang perlu mereka lalui, dalam satu jalan penceritaan yang ‘dekat dengan hati’ dan sarat dengan elemen komedi. Melihatkan kepada situasi pandemik pada hari ini yang menyebabkan sekolah-sekolah masih belum boleh dibuka kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar SMK perlu mengadaptasi dengan norma baharu untuk sentiasa #kekaldirumah dan menyesuaikan diri untuk berada jauh dari rakan-rakan sekelas.

ASTRO LANCAR SALURAN "ASTRO 25" BERTEMAKAN #KITATEGUHBERSAMA

Image
Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.

RIUH 4 RAKYAT: FESTIVAL KREATIF DALAM TALIAN UNTUK SEMUA

Image
Ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara kita hingga hari ini, RIUH, satu festival pengendalian untuk industri kreatif di Kuala Lumpur tetap terus menganjurkan festival bulanan mereka. 

WETV MALAYSIA MENGUMUMKAN DUTA-DUTA GLOBAL BAHARU

Image
You Are My Glory WeTV Malaysia, platform penstriman video antarabangsa milik Tencent Video mengumumkan empat duta global yang berbakat dan penuh karisma, personaliti hiburan terkenal Dilraba Dilmurat, Xiao Zhan (juga dikenali sebagai Sean Xiao), Yang Mi, dan Yang Yang. Dikenali melalui persembahan mereka yang luar biasa dalam pelbagai drama televisyen, filem dan rancangan hiburan, duta-duta global ini telah mempesona para peminat baik di negara asal mahupun luar negara dengan bakat mereka sejak debut.

'ON YOUR MARK' BAKAL GEGARKAN PAWAGAM RUMAH ANDA, ASTRO FIRST

Image
Filem pecah panggung di China tahun ini, On Your Mark yang diarahkan oleh pengarah hebat Malaysia dan cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan kini bersedia menemui penonton Malaysia mulai 26 Ogos ini! Terdahulu, Chiu Keng Guan telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila karya terbaiknya, OlaBola (2016) mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia dan termasuklah karya beliau yang lain seperti The Journey (2014), Think Big Big (2018), Great Day (2011) dan Woohoo! (2010). 

LUMINA EYE VITAMIN BANTU KEKALKAN KESIHATAN MATA

Image
Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 80% kes kehilangan penglihatan ataupun penglihatan terhad sebenarnya dapat dielakkan atau diubati. 

KAUNSELING GENETIK PESAKIT KANSER OVARI DIARUSPERDANAKAN

Image
Cancer Research Malaysia (CRM) dengan kerjasama pakar genetik, sakit puan, dan onkologi di seluruh negara telah berjaya untuk menyempurnakan kajian MaGiC, “Mainstreaming Genetic Counselling for Genetic Testing of BRCA1 and BRCA2 in Ovarian Cancer Patients in Malaysia”. Dengan menerajui kajian ini, CRM telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia untuk mengarusperdanakan kaunseling genetik untuk pesakit kanser ovari di seluruh negara.

SAMBUT MERDEKA DENGAN WARNA-WARNA JALUR GEMILANG

Image
Malaysia telah dibentuk dan rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, telah bersatu untuk meraikan kemerdekaan dengan bangganya bersama tujuh laungan Merdeka dan pengibaran Jalur Gemilang dilakukan dengan penuh semangat dan rasa bangga.

HYUN BIN DILANTIK SEBAGAI DUTA JENAMA SERANTAU LAZMALL

Image
Platform eDagang utama Asia Tenggara, Lazada, hari ini mengumumkan pelantikan pelakon terkenal antarabangsa dan bintang Hallyu (Gelombang Korea), Hyun Bin sebagai duta jenama serantau pertama LazMall. LazMall adalah rakan niaga eDagang pilihan untuk jenama-jenama di seluruh dunia dan kini menawarkan lebih 32,000 jenama tempatan dan antarabangsa di platformnya.

SKOR IMPIAN BERLATIH BERSAMA FAM MENERUSI CABARAN MILO ALL STAR

Image
MILO® bakal merealisasikan impian bintang muda bola sepak dengan MILO® All Star Challenge. Peraduan bola sepak ini bukan sahaja mencungkil bakat terpendam generasi pelapis bola sepak tanah air, malah menawarkan peluang keemasan kepada mereka untuk menjalani program latihan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

AKSES PENUH EPL MUSIM 2021 SECARA LANGSUNG DAN HD DI SOOKA

Image
sooka, satu-satunya platform hiburan tempatan yang menyiarkan secara ‘LIVE’ perlawanan bolasepak serta pelbagai acara sukan kegemaran rakyat Malaysia, kini terus menyampaikan lebih banyak kandungan sukan hebat sepanjang bulan Ogos ini.

VAKSINASI PEKERJA KUNCI KEPADA PEMULIHAN INDUSTRI HOSPITALITI

Image
Memandangkan sekatan perjalanan telah berlanjutan terlalu lama, maka tidak hairanlah ramai pelancong tegar di Malaysia tidak sabar menunggu bila sempadan negeri akan dibuka semula. Malah, hampir semua orang tidak sabar untuk bertukar angin dengan mengunjungi tempat-tempat menarik bagi mencari ketenangan, memulihkan semangat dan bercuti bersama-sama dengan orang yang tersayang.

PANADOL BERI PANDUAN KENDALI SAKIT & DEMAM PASCA VAKSINASI

Image
Panadol, jenama utama GlaxoSmithKline, hari ini mengumumkan kempen penjagaan diri untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengendalian kesakitan dan demam pasca vaksinasi COVID-19 di seluruh negara. Dalam menyokong usaha kerajaan memerangi keraguan di kalangan rakyat untuk menerima vaksin dan meningkatkan pengambilan vaksin, 

FANBO SERLAHKAN KECANTIKAN WANITA DENGAN SENTUHAN SAKURA

Image
  Proses pemilihan produk kecantikan kulit dan solekan adalah amat penting. Keadaan iklim negara kita yang panas dan berkelembapan tinggi mngkin menjadi isu kepada sesetengah produk untuk bertahan sepanjang hari, dari pagi sehingga malam. Rangkaian produk kecantikan Fanbo menangani isu tersebut dengan membawakan produk yang berkualiti, tahan lebih lama dan sesuai untuk semua jenis kulit yang sesuai untuk wanita Asia.

AR-RAHNU EXPRESS TAWAR BANTUAN PEMBIAYAAN KEPADA PELANGGAN

Image
Malaysia kini berada dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan pandemik Covid-19, yang melibatkan pembukaan sektor-sektor yang terpilih sahaja mengikut kapasiti pekerja yang telah ditetapkan. Penutupan beberapa sektor lain seterusnya memberi impak dari segi ekonomi dan kewangan kepada rakyat di mana ada antara mereka terpaksa diberhentikan kerja atau kehilangan mata utama pencarian di samping simpanan wang yang semakin menyusut. Ini menyebabkan segelintir masyarakat terpaksa bergantung kepada aset emas simpanan mereka bagi menampung perbelanjaan harian.

10 SNEK & PEMANIS MULUT YANG HARUS DICUBA DI TOKYO STREET

Image
Penggemar-penggemar snek sekalian, adakah anda menggemari snek Jepun? Jom kita usha pelbagai snek Jepun yang harus dicuba di Tokyo Street, Pabilion Kuala Lumpur sempena Ulang Tahunnya yang ke-10.

BAYER PERKENAL TELEFARMASI PERANCANGAN KELUARGA

Image
  Bayer telah memperkenalkan telefarmasi pertama di Malaysia khusus untuk perancangan keluarga di platform DOC2US. Platform telefarmasi ini mensasarkan untuk memperkasa wanita bagi memikul tangungjawab kesihatan pembiakan mereka dan membuat keputusan perancangan keluarga yang tepat menerusi alat kontraseptif oral yang mudah diperolehi dan telekonsultasi percuma oleh ahli farmasi.

AIRBNB RAIKAN DUNIA BOLLYWOOD DENGAN BOLLYWOOD INSIDERS

Image
Airbnb melancarkan Bollywood Insiders yang merupakan festival Pengalaman Online selama 10 hari yang akan memperkenalkan industri perfileman India yang terkenal ke dunia nyata. Dianjurkan oleh bakat-bakat terbaik industri ini, tetamu dari seluruh dunia akan berpeluang untuk mendalami budaya India dengan menjenguk di sebalik tabir set filem Bollywood dan berinteraksi dengan personaliti-personaliti yang menjadi igauan ramai.

9 DUNIA BAHARU MENANTI ANDA DI TAMAN TEMA GENTING SKYWORLDS

Image
Resorts World Genting mengumumkan dengan lebih terperinci tarikan-tarikan yang bakal menemui para pengunjung di taman tema yang dinanti-nantikan di Asia Tenggara, dengan penampilan sembilan “dunia” yang diinspirasikan daripada dunia perfileman dan pengembaraan, 6,000 kaki dari aras laut.

SYAZWAN SHUHAIMI ORAK LANGKAH DENGAN ‘SANG PURNAMA’

Image
Namanya mungkin baharu dan jarang kedengaran di arena muzik mainstream tanah air, tetapi buat jejaka tampan berbakat besar bernama Syazwan Shuhaimi ini, dia telah pun menapak sebagai penyanyi profesional sejak beberapa tahun yang lalu. Berbekalkan semangat dan minatnya yang mendalam dalam bidang muzik telah mendorong beliau melangkah setapak lagi dengan lahirnya single sulung yang diberi judul ‘Sang Purnama’ ciptaan komposer Shazee Ishak bersama Audi Mok.

SERTAI PERTANDINGAN ‘PROJEK LAGU DATO’ JAMAL DI SINAR’ DARI 16 OGOS

Image
  Para peminat SINAR dijemput menyertai pertandingan ‘Projek Lagu Dato’ Jamal di SINAR’, dengan kerjasama Universal Music Malaysia, untuk mencari bakat baharu mencipta lagu beserta lirik, dimana peserta akan dinilai oleh Dato’ Jamal Abdillah, penyanyi lagenda tanah air. Para peminat boleh menyertai pertandingan ini dari 16 hingga 29 Ogos menerusi laman rasmi sinar . my . Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, para peserta boleh menghantar rakaman audio lagu beserta lirik yang ditulis sendiri. Karya peserta mesti asli, dan belum pernah diterbitkan. Lima peserta akan disenarai pendek ke peringkat penilaian yang akan dikendalikan oleh pihak Dato’ Jamal Abdillah. Kriteria penjurian akan berdasarkan alunan muzik, kreativiti para peserta dalam mencipta lagu, diringi dengan susunan lirik yang menarik. Peserta yang berjaya dinobatkan sebagai juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan karya asli mereka akan direkod dibawah label Universal Music Malays

BELLABOT DIPERKENALKAN DI PUSAT PERUBATAN SUNWAY

Image
  Pusat Perubatan Sunway (SMC) memperkenalkan empat “pekerja ala kucing” baharu di wad pediatrik pada minggu ini, yang membangkitkan keterujaan para pekerja dan pesakit.

KEMPEN FOR YOUR SWEETHEART: PEMERIKSAAN DIABETES PERCUMA

Image
  Ketika ini, Malaysia masih lagi memerangi virus Covid-19, dengan lebih dari 11,000 kematian berkaitan coronavirus dicatatkan sejak pandemik bermula di negara ini. Tujuh dari sepuluh orang yang menghidap COVID-19 di Malaysia adalah dari kalangan mereka yang mempunyai penyakit diabetes.

TURKIYE MENJADI PILIHAN JUARA-JUARA LUMBA BASIKAL MALAYSIA

Image
  Turkiye yang telah sekian lama dikenali dengan keindahan dan kepelbagaian, tempat-tempat bersejarah yang kaya dengan kebudayaan serta keunikan lokasi geografi yang menghubungkan dua benua, merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbaik di dunia. Apa yang masih belum dikenali mengenai Turkiye adalah di samping pelancongan berbasikal, ia juga merupakan satu destinasi perlumbaan basikal bertaraf dunia untuk perlumbaan amatur dan profesional.

MUNCHY'S CRACKERS PLUS DIPERKAYA DENGAN 10 NUTRIEN

Image
Jenama biskut No. 1 Malaysia^, Munchy’s baru-baru ini telah melancarkan biskut kraker (cream cracker) baharu yang diperkaya dengan 10 nutrien termasuk vitamin B dan C dan mineral Selenium dan Zink, yang boleh membantu menyokong sistem imun badan dari segi pertahanan halangan fizikal. Ramai warga Malaysia kini duduk di rumah untuk keselamatan, Munchy’s Crackers Plus BAHARU adalah produk berinovasi membantu pengguna menikmati snek yang sihat serta memenuhi permintaan untuk makanan yang lebih sihat, termasuk snek.

PIZZA HUT BAWAKAN CITARASA PIZA SAN FRANCISCO YANG INOVATIF

Image
Hand Crafted San Francisco Veggie Lover Pizza Pencipta Pan Pizza ikonik dan Stuffed Crust Pizza kegemaran ramai serata dunia, Pizza Hut sekali lagi tampil untuk mengukir sejarah dengan ciptaan kerak terbaharu yang bakal mengangkat kelazatan piza ke tahap yang lebih hebat. Setelah bertahun-tahun berkembang, kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco yang terbaharu ini memberikan citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam, dicipta khas untuk menggembirakan selera para pencinta piza terkini.

APLIKASI ALIMENTS CETUS ‘REVOLUSI’ DALAM INDUSTRI F&B

Image
  Aliments hari ini mengumumkan ciri-ciri dan penampilan baharu bagi aplikasi mudah alihnya yang akan memartabatkan kedudukan platform pemesanan makanan. Pelancaran aplikasi baharu yang dinaik taraf ini amat tepat pada masanya bagi memenuhi selera rakyat Malaysia yang tiada batasnya, bahkan ketika mereka terus ‘berkurung’ di rumah akibat perintah ‘lockdown’. Pelancaran berkenaan sejajar dengan azam Aliments bagi menyatukan perniagaan F&B dan pelanggan secara sempurna, sekaligus membolehkan mereka menikmati hidangan kegemaran mereka dari restoran-restoran pilihan mereka, tidak kira dine-in, bawa pulang, pandu-lalu, mahupun penghantaran.

FOODPANDA TERUS BANTU PENIAGA MELALUI INISIATIF #JAGUHPANDA

Image
  foodpanda Malaysia telah melancarkan inisiatif #JaguhPanda untuk menyokong perjalanan transformasi digital bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Perusahaan Kecil, Sederhana serta Mikro (PKSM).

7-ELEVEN PERKENAL BEG MESRA ALAM #TRASHTOTREASURE

Image
Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

LITTLE MISS & MISTER 2021 CUNGKIL BAKAT KANAK-KANAK & REMAJA

Image
  Festival Sosial, Kesenian dan Kebudayaan Kanak-kanak, Little Miss & Mister Malaysia kembali lagi untuk mengetengahkan kanak-kanak dan remaja yang berbakat dari seluruh negara. Acara tahunan ini terbuka kepada kanak-kanak dan remaja dari pelbagai keturunan dan budaya, berumur di antara 4 sehingga 15.

ECOBROWN’S PERKENALKAN PLUS SERIES BROWN RICE DRINK

Image
ecoBrown’s baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian produknya yang terbaru iaitu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang didatangkan dalam tiga varian perisa enak, Cereal PLUS (Original), Cocoa PLUS & Coffee PLUS. Minuman bijirin yang pertama seumpamanya di Malaysia ini padat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam yang tidak digilap, membawakan hanya yang terbaik daripada ladang kepada semua keluarga di seluruh Malaysia!

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI BINTANG CALPIS?

Image
Membuka peluang bagi warga Malaysia yang ingin mononjolkan bakat kreatif masing-masing, Calpis, minuman susu kultur yang pertama di Jepun, bakal melancarkan Peraduan Instagram Reels yang istimewa. Apa yang membezakan peraduan digital ini ialah para pengguna akan diberikan peluang untuk membintangi iklan video digital Calpis yang baharu, justeru warga Malaysia dapat menempah nama mereka dari keselesaan rumah masing-masing.

REXONA LANCAR KEMPEN AMAL #REXONAMOVEFORGOOD

Image
Rexona melancarkan kempen #RexonaMoveForGood bermula dari 1 Ogos hingga 31 Ogos untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi membantu komuniti orang kurang upaya tempatan melalui kuasa pergerakan. Melalui kempen ini, Rexona berharap dapat mengubah kehidupan komuniti ini dengan menggalakkan rakyat Malaysia supaya lebih banyak bergerak sambil kekal selamat di rumah. Dengan harapan yang tinggi untuk mencapai hasil yang membanggakan, sumbangan sehingga RM50,000 telah dijanjikan bagi tujuan itu, di mana Rexona akan menyumbang RM10 untuk setiap video senaman atau tarian yang dimuat naik ke Facebook dan Instagram dengan hashtag #RexonaMoveForGood.

LEBIH RM13,000 UNTUK DIMENANGI DALAM #MYTRUECALLER GIVEAWAYS

Image
Kes penipuan melalui telefon amat kerap berlaku di kalangan masyarakat hari ini, merekodkan kerugian berjumlah RM38 juta antara Januari hingga Mac tahun ini.