SAMBUT MERDEKA DENGAN WARNA-WARNA JALUR GEMILANG
Malaysia telah dibentuk dan rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, telah bersatu untuk meraikan kemerdekaan dengan bangganya bersama tujuh laungan Merdeka dan pengibaran Jalur Gemilang dilakukan dengan penuh semangat dan rasa bangga.
Sejak penubuhannya, Malaysia telah menempuh perjalanan yang panjang dan memperkenal perkara-perkara yang hebat seperti bangunan ikonik, atlet berbakat, dan para cendekiawan yang dikenali ramai. Budaya negara kita yang kaya menunjukkan keharmonian pelbagai kaum dan semangat perpaduan kita dalam menyokong Malaysia, tanahair kita. Walaupun dengan sekatan semasa akibat wabak COVID-19 ini, rakyat Malaysia terus mengekalkan hubungan dengan semangat yang tabah dan penuh harapan untuk perubahan yang positif.
Setelah lebih dari setahun wabak ini berlaku, kita telah mengamalkan norma-norma baharu. Untuk Hari Merdeka ini, anda boleh menaikkan bendera Jalur Gemilang di mana sahaja di rumah anda untuk menunjukkan solidariti sesama rakyat Malaysia bagi meraikan kemerdekaan dan meningkatkan semangat ketika wabak ini sedang berlaku. Jalur Gemilang terdiri daripada beberapa warna primer dan skema warna triadik yang terdiri daripada warna merah, biru, dan kuning. Ceriakan persekitaran rumah anda dengan AkzoNobel, syarikat cat dan pelapis antarabangsa yang terkemuka dan pembuat cat berkualiti premium, Dulux untuk warna lembut yang dilhamkan daripada Jalur Gemilang
Untuk menghidupkan persekitaran mengikut citarasa anda, penggunaan warna utama dalam pelbagai cara dan bentuk adalah penambahan yang baik . Dulux menawarkan lebih daripada 2,000 pilihan warna, memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai kediaman anda dengan warna yang cerah, kepada warna yang menghasilkan ketenangan. Mengambil inspirasi dari palet Colour Futures 2021, berikut adalah beberapa cadangan warna patriotik untuk meraikan Hari Merdeka.
Warna Jalur Gemilang: Merah
Gambar menunjukkan bilik belajar yang dicat dengan warna Canterbury Lane (70RR 17/372) dan Wright Stone (10YY 30/106) |
Skema warna yang harmoni sesuai dengan dinding rumah, perabot, dan aksesori. Semasa memilih warna merah untuk warna dinding, anda boleh memadankannya dengan warna coklat atau kelabu untuk rasa neutral dan sejuk dari palet warna Expressive. Warna perabot dan aksesori warna merah dan merah jambu yang lebih lembut dapat menjadikan rupa bilik menjadi cantik. Untuk ruang belajar yang canggih, warna merah yang redup seperti Canterbury Lane (70RR 17/372) dipadankan dengan warna coklat neutral seperti Brave Ground, Warna Dulux Tahun 2021 yang juga dikenali sebagai Wright Stone (10YY 30/106) dapat tampil elegan serta bertenaga dan penuh semangat.
Untuk kombinasi yang lebih lembut, penggunaan warna pastel biru, kuning, atau merah jambu dapat mewujudkan rasa feminin. Warna terang dapat membuat ruangan kelihatan lebih besar dan merangsang tenaga positif. Teori psikologi warna mengatakan warna terang dapat mempengaruhi tenaga positif dan dapat meningkatkan kesejahteraan diri. Dulux EasyClean menawarkan sifat anti-bakteria dan tahan kotor, memberi ketenangan minda melawan bakteria tertentu dan kotoran biasa dalam rumah. Adalah penting untuk melabur dalam penjagaan kesihatan, kesejahteraan, dan kreativiti yang baik di rumah kerana kita menghabiskan sebahagian besar masa di rumah.
Warna Jalur Gemilang: Biru dan Kuning
Gambar 2: Gambar menunjukkan ruang dapur dan bilik makan yang dicat dengan set Wright Stone (10YY 30/106) bersama Swordplay (30BB 45/049) dan Mild Wind (70BG 56/061). |
Penggunaan pelbagai warna biru adalah cara terbaik untuk meningkatkan rasa moden di ruang makan. Untuk menambah rasa mendalam, anda boleh menggunakan warna biru cerah seperti Swordplay (30BB 45/049) atau biru kusam seperti Mild Wind (70BG 56/061) dari palet warna Earth. Sumber cahaya matahari semula jadi amat penting bagi memberi kehangatan dan keselesaan di dalam bilik. Sekiranya anda mahu meningkatkan pencahayaan semula jadi di dalam bilik, anda boleh menggunakan warna putih seperti Llama White (00YY 74/053) untuk perabot, aksesori, atau lantai. Dengan penggunaan warna yang lebih terang untuk sebahagian besar dinding dan penambahan cermin atau tingkap besar, anda dapat menarik lebih banyak cahaya semula jadi masuk ke kawasan tersebut.
Gambar 3: Gambar menunjukkan bilik tidur bersama set perabot coklat neutral dengan warna Monarch Gold (20YY 36/370). |
Penggunaan warna kuning yang lebih gelap seperti Monarch Gold (20YY 36/370) untuk sebahagian besar dinding bilik tidur anda dan gandingkan bersama perabot coklat neutral untuk mewujudkan persekitaran yang santai dan senang tidur, mengambil inspirasi dari warna kuning yang neutral lagi lembut dari palet warna Timeless. Menambah warna kuning air seperti European White (30YY 67/084) dapat membantu memisahkan warna pelengkap kuning dan coklat neutral yang lembut jika diperlukan.
Ada banyak cara untuk anda menggunakan skema warna triadik, sebagai contoh, warna merah terang digunakan bersama warna kuning mustard cerah yang dipadankan di dinding berwarna biru terang dapat menjadikan ruangan itu menyerlahkan kemodenan dan kelembutan. Warna utama di Bendera Malaysia dapat disuaikan dan digayakan dengan mudah mengikut cita rasa dan menjadi pilihan ramai untuk kecerahan dan ketepuan warna. Dapatkan inspirasi dan kreativiti untuk menghias semula persekitaran dalaman rumah anda mengikut citarasa anda yang unik.
Dengan semangat perpaduan, AkzoNobel mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia!
Comments
Post a Comment