Posts

Showing posts from June, 2022

EZAD LAZIM & AMSYAR LEEE BERIKAN NAFAS BAHARU KEPADA LAGU 'MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR'

Image
Lagu malar segar yang pernah popular pada suatu ketika dahulu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ kini diberi nafas baharu oleh penyanyi asalnya, Ezad Lazim melalui sebuah duet istimewa bersama pendatang baharu yang kian meningkat naik, Amsyar Leee, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman ternama negara, Warner Music Malaysia.

BUNKFACE 15 YEARS OF KORANG - KONSERT PENGHARGAAN KEPADA SOKONGAN PEMINAT

Image
Keutuhan selama 15 tahun yang tercipta pada band punk rock terunggul tanah air yang berasal dari Klang, Malaysia, Bunkface, membuktikan bahawa kewujudan mereka di arena muzik Malaysia ternyata memberi impak yang mendalam dan punyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhannya.

PENGARAH FILEM 'MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU' DIGANGGU ELEMEN MISTIK DI WAKTU PENGGAMBARAN

Image
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik - Api Neraka Menantimu!

MUNCHY'S CRACKERS PLUS DENGAN 10 NUTRIEN - PILIHAN SNEK YANG LEBIH SIHAT

Image
Memandangkan warga Malaysia semakin mementingkan kesihatan, ramai yang memilih pilihan makanan yang sihat setiap hari, termasuklah makanan ringan atau snek. Walau bagaimanapun, meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat merupakan sesuatu yang mencabar, terutamanya apabila jadual kita padat dengan pelbagai aktiviti.

KHIND PERKENALKAN SKIM SEWA MILIK PERKAKAS RUMAH PERTAMA DI MALAYSIA

Image
Pengeluar perkakasan elektrik pengguna rumah tempatan KHIND, telah memperkenalkan skim sewa milik yang pertama serta usaha memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan rangkaian produk mereka. Skim ini menyediakan penyelesaian mampu milik untuk mendapatkan peralatan rumah berkualiti yang boleh dipercayai dan bergaya di samping rakyat Malaysia masih terkesan dengan beban kewangan akibat pandemik.

UPIN & IPIN BERSAMA RAKAN-RAKANNYA KEMBALI DALAM "TEATER MUZIKAL UPIN & IPIN - PIN PIN POM"

Image
Syarikat produksi animasi nombor satu negara, Les’ Copaque Production Sdn Bhd bakal menganjurkan “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” pada 3 & 4 September 2022. Penganjuran teater ini adalah kerana sambutan yang amat mengalakkan pada pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin 10 tahun yang lalu.

SINOPSIS DRAMA BERSIRI GEMPAK "THE MAID 2"

Image
Drama bersiri popular terbitan Gempak, ‘The Maid’ berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila ditayangkan pada awal tahun 2021. Bukan sahaja membawakan genre misteri pembunuhan atau ‘whodunnit’ yang jarang dipersembahkan dalam nuansa tempatan, ‘The Maid’ menjadi bualan kerana elemen komedinya yang bersahaja dan diperkuatkan dengan barisan pelakon terkemuka. 

ETIKA TEKAD UNTUK TANGANI ISU PENCEMARAN SUNGAI DENGAN KEMPEN "IT'S TIME FOR OUR RIVER"

Image
Sungai memainkan peranan penting dalam alam sekitar kerana ia memberikan kehidupan di mana sahaja ia mengalir, sama ada untuk flora dan fauna, atau kepada kehidupan sekeliling. Malangnya, manusia gagal menghargai kurniaan yang diberi kepada semua kehidupan, mengakibatkan pencemaran yang ketara kepada sungai-sungai kita hari ini. Etika Sdn Bhd ("Etika"), salah satu pengeluar minuman halal terkemuka di Malaysia, bertekad untuk menangani isu ini dengan memperkenalkan kempen "It's Time for Our River", demi mengukuhkan lagi komitmen mereka ke arah kelestarian sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022.

STAR FITNESS INTERNATIONAL YOGA DAY 2022 DI CENTRO MALL KLANG MERIAH

Image
Pusat gim dan kecergasan Star Fitness telah menganjurkan satu sesi yoga “Star Fitness International Yoga Day 2022” bertempat di Centro Mall Klang pada 25 Jun 2022, Sabtu lepas. Sesi yoga ini telah dikendalikan oleh selebriti terkenal Atilia Haron.

‘PESTA KOPI EXTENDED‘ KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI, KINI DI THE CURVE

Image
Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada PESTA KOPI KL dan PESTA KOP! MELAKA , sekali lagi PESTA KOPI Kembali atas permintaan ramai. Kali ini lebih besar dan lebih banyak aktiviti menarik akan diadakan sepanjang acara ini berlangsung.

RATU TEN PIN KEMBALI DENGAN KISAH RATU BOLING NEGARA, SHALIN ZULKIFLI

Image
Astro Ria membawa drama bersiri ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ yang merupakan sambungan kepada siri ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Penceritaan menerusi 20 episod ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara.

TVB MALAYSIA MEMBENTANGKAN STRATEGI PERNIAGAAN DI MALAYSIA DAN RANCANGAN-RANCANGAN BAHARU

Image
Dari kiri: Rock, Shaun, Lim Cheng Hee (Presiden TVB Malaysia), Desmond S.H Chan (Pengurus Besar TVBI Company Limited), Ian Lee (Ketua Pembangunan Korporat TVB), Daniel, Aeren Hong Kong’s Television Broadcasts Limited (TVB) adalah sebuah nama yang tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 1980-an.

CARGILL DAN RISE AGAINST HUNGER MEMULAKAN PROGRAM PEMAKANAN MAMPAN 2 TAHUN BAGI MENYOKONG KOMUNITI B40 MALAYSIA

Image
Ketika Malaysia menuju ke arah pemulihan ekonomi dengan memasuki fasa endemik, komuniti B40 terus menghadapi masalah pemakanan dan cabaran lain yang berkaitan dengan inflasi. Selaras dengan komitmennya kepada Malaysia dan matlamat syarikat bagi menyuburkan dunia dengan cara yang selamat, bertanggungjawab dan mampan, Cargill kini bekerjasama dengan Rise Against Hunger untuk memulakan satu program pemakanan mampan selama dua tahun yang dibentuk bagi menyelesaikan masalah kekurangan nutrisi dalam kalangan masyarakat yang kurang bernasib baik.

‘NARSIS’ - LAGU POP DANSA ALA KPOP GABUNGAN PADU ELIZABETH TAN FEAT. ZYNAKAL

Image
  Penyanyi serta pelakon cantik popular tanah air, Elizabeth Tan dan rapper terkenal, Zynakal bergabung buat pertama kalinya dalam sebuah single baharu beritma pop dansa ala Korea yang diberi judul ‘Narsis’ terbitan label berpengaruh negara, Warner Music Malaysia.

SESI UJIBAKAT ”AWESOME RAJA LAWAK” DITERUSKAN KE LOKASI TERAKHIR, PLAZA ALAM SENTRAL, SHAH ALAM, 25 & 26 JUN INI

Image
Selepas berjaya melengkapkan sesi ujibakat di tiga lokasi utama, Kuantan, Pulau Pinang dan Johor Bahru baru-baru ini, usaha program pencarian bakat komedi, “Awesome Raja Lawak” bakal melabuhkan tirainya di lokasi terakhir, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Sabtu dan Ahad ini, 25 dan 26 Jun 2022. Kaunter pendaftaran akan dibuka seawal 8.00 pagi dan Awesome TV mengalu-alukan kedatangan warga Lembah Kelang untuk tampil mempersembahkan bakat jenaka masing-masing dan mengambil hati barisan juri uji bakat yang terdiri dari pemain industri popular tanah air.

RASAI PENGALAMAN LUAR BIASA DI MUZIUM ILUSI KUALA LUMPUR

Image
Muzium Ilusi Kuala Lumpur (MOIKL) kini dibuka semula setelah ditutup selama 2 tahun semasa pandemik. Diperbaharui dengan susun atur baharu dan pameran yang lebih unik, MOIKL adalah tempat yang wajib dilawati oleh warga muda dan tua untuk merasai keseronokan, hiburan, kekeliruan dan kekaguman apabila menjejakkan kaki ke sini dan meneroka pengalaman menarik secara visual, deria dan belajar perkara baharu. Adakah anda bersedia untuk merasai pengembaraan ini?

KARNIVAL JOM HEBOH 2022 ACARA PADANG TERBESAR MALAYSIA KINI KEMBALI !!!

Image
  Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Jumpa anda semua di sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik menanti anda!

MENU BAHARU JACKSON’S FRIED CHICKEN KINI TERSEDIA DI FOODPANDA

Image
Jika ada satu perkara yang rakyat Malaysia benar-benar suka, sudah semestinya makanan! Juga tidak salah jika kami katakan, makanan yang paling digemari ramai ialah ayam goreng rangup yang penuh berperisa. Dengan harapan untuk memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan meraikan rasa cinta terhadap kepelbagaian makanan tempatan, foodpanda kini menawarkan menu yang cukup sempurna dan serba baharu yang menyajikan ayam goreng yang cukup lazat.

ILIZA SHLESINGER KEMBALI DENGAN PERSEMBAHAN KOMEDI 'BACK IN ACTION TOUR' DI KL PLENARY THEATER, KLCC

Image
Berita baik untuk para peminat pelawak tersohor, Iliza Shlesinger! Live Nation Malaysia baru sahaja mengumumkan berita yang persembahan Iliza Shlesinger ‘Back In Action’ Tour di Kuala Lumpur bakal diadakan pada 5 December di Plenary Theatre, Kuala Lumpur Convention Centre. 

5 EKSPERIMEN SAINS YANG HARUS ANDA CUBA BERSAMA ANAK-ANAK ANDA DI CUTI SEKOLAH INI

Image
Di musim cuti sekolah ini juga, sertai anak-anak anda dan alami sendiri dunia sains yang menakjubkan dengan cuba melakukan projek yang mudah serta menyeronokkan. Berikut adalah beberapa projek sains yang menarik yang telah disusun oleh 3M untuk dilakukan di rumah, dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah anda.

HUJUNG MINGGU PASTI HEBAT BERSAMA DIDI & FRIENDS DI QUILL MALL!

Image
Karakter-karakter kegemaran kanak-kanak terkemuka di Malaysia, Didi, Nana dan Jojo mengajak semua peminat ke ‘Hujung Minggu Bersama Didi & Friends’ anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios dan ditaja oleh Quill City Mall.

MENCIPTA PENGEMBARAAN BARU BERSAMA CANON PADA HARI KAMERA KEBANGSAAN

Image
Untuk tahun kelima berturut-turut, Canon Marketing Malaysia (“Canon”) akan terus mempromosikan minat terhadap fotografi bersempena Hari Kamera Kebangsaan. Sambutan tahunan setiap 29 Jun itu diadakan untuk menghargai kewujudan kamera dan semua manfaatnya kepada masyarakat.

MASTERON MEMBUKA PINTU BAGI PERMULAAN BAHARU DENGAN PELANCARAN KR7 RESIDENCES

Image
Choy Kin Mann, Pengarah Masteron Group of Companies dan Dato' Choy Wai Hin, Pengarah Eksekutif Masteron Group of Companies di pelancaran  KR7 Residences. Masteron – sebuah nama yang sinonim dengan projek perumahan yang berkualiti tinggi dan dengan harga mampu-milik di dalam kawasan perbandaran Puchong yang berkembang pesat – hari ini telah melancarkan KR7 Residences, sebuah projek pangsapuri servis terbaharu di Taman Mas Puchong. Projek perumahan ini merupakan siri ikonik Masteron “Koi” yang ketujuh, berikutan kejayaan siri-siri sebelum ini, termasuk Koi Kinrara, Koi Tropika, Koi Boulevard, Koi Legian, Koi Prima dan Koi Suites.

RAFFA AFFAR MUNCUL DENGAN SINGLE KEDUA "TIARA"

Image
“Tiara” lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris, menjadi single terkini Raffa Affar, setelah lagu hitnya “Cinta Sampai Mati” .

PERMAISURI AGONG BERKENAN RASMI PROGRAM "BACK TO NATURE" DI PAVILION BUKIT JALIL

Image
Bersahabat dengan alam sambil melahirkan usahawan dalam kalangan ibu tunggal, suri rumah, orang asli dan belia yang berkemahiran menghasilkan produk eco-friendly. Itulah matlamat utama Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) menganjurkan Program Back to Nature hari ini.

SAKSIKAN PASUKAN BOLA SEPAK KEGEMARAN ANDA BERAKSI MELALUI SKRIN GALAXY A23!

Image
Dengan musim bola sepak yang akan datang, keterujaan tiada bandingnya, anda tidak akan terlepas dengan mendengar bunyi dengung daripada penonton dan suasana meriah perlawanan bola sepak. Tiada apa yang dapat lawan pengalaman menontonnya secara langsung di stadium, tetapi bagi peminat yang tidak dapat menonton permainan secara langsung atau pada skrin besar, menontonnya pada telefon anda ialah cara terbaik seterusnya.

AEON LA BOHEME PERKENALKAN CARA BAHARU MENIKMATI NESTLE KITKAT

Image
Dari kiri: Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional Penggemar produk bakeri dan pastri daripada jenama La Boheme, oleh AEON CO. (M) BHD. (AEON) pastinya akan teruja dengan kolaborasi terbaharunya bersama Nestle KITKAT! 

PELAKON MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU, RUHAINIES ENGGAN MENGULAS LANJUT TENTANG MR. E

Image
Pelakon jelita, Ruhainies, 29, enggan lagi menjaja kisah cinta dengan kekasih yang digelar Mr E kerana tidak mahu peminat terlepas pandang perkembangan kerjaya seninya.

MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS KE-5 2022 MENGUMUMKAN SENARAI PENCALONAN

Image
Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 mengadakan sidang media untuk mengumumkan senarai pencalonan MGGA 2022. 

FESTIVAL MUZIK SOUND CIRCUS BAKAL MERIAHKAN ULANG TAHUN KE-10 ART OF SPEED MALAYSIA

Image
Acara kemuncak Art of Speed Malaysia (AOSM) dibawakan oleh NASTY yang amat dinanti-nantikan saban tahun iaitu ‘Sound Circus Festival’ merupakan sebuah festival muzik istimewa seumpamanya yang menghimpukan nama-nama besar pemuzik underground dan band tanah air serta bertaraf legendaris seperti kumpulan Hujan, bakal beraksi pada 2 dan 3 Julai 2022 ini bermula jam 4 petang sehingga lewat bertempat di lokasi Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

FORUM KANDUNGAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (CMCF) MEMPERKENALKAN KOD KANDUNGAN 2022

Image
Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) mengumumkan pendaftaran Kod Kandungan 2022 yang bertujuan untuk menjana landskap kandungan yang lebih teguh di Malaysia di mana kebebasan bersuara dan kandungan berhemah dapat dipupuk bersama dengan jayanya.

“RIDE WITH HOPE MIKU CHALLENGE” RAIH RM100,000 UNTUK PENGIDAP PENYAKIT JARANG JUMPA

Image
Acara sulung Ride With Hope - Miku Challenge 2022 disempurna dengan jayanya, menarik penglibatan hampir 600 peserta awam dan pengidap penyakit jarang jumpa (RD) serta mengutip dana berjumlah RM100,000 bagi Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa Malaysia di Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

BINTANG LEGENDA ENGELBERT HUMPERDINCK LIVE IN MALAYSIA DI THE ARENA OF STARS, RESORTS WORLD GENTING OGOS INI

Image
Bintang lagenda, Engelbert Humperdinck , yang terkenal dengan lagu hit pada tahun 1967, Release Me bakal kembali beraksi di pentas Arena of Stars, Resorts World Genting (RWG) dengan konsert, Falling in love with Engelbert Humperdinck pada 13 Ogos 2022. Beliau terkenal dengan lagu-lagu malar hijau seperti Release Me, Am I That Easy To Forget, Quando Quando Quando, A Man Without Love and When There’s No You.

PUBG MOBILE BAKAL BERKOLABORASI DENGAN FRANCAIS FILEM BLOCKBUSTER KL GANGSTER

Image
Pada hari kemuncak 2022 PMPL SEA Championship Spring, PUBG MOBILE telah mengumumkan kolaborasi akan datang bersama francais filem terlaris di Malaysia, KL Gangster. Ini merupakan kolaborasi pertama bagi PUBG MOBILE dengan filem tempatan di Malaysia.

GAME ON! ‘CERIA POPSTAR XTRA’ TAMPILKAN KONSEP BAHARU 'GAMING'

Image
  Saluran No.1 Kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kembali menghiasi hari minggu anda dengan program televisyen realiti bakat nyanyian, ‘Ceria Popstar Xtra’ yang akan mula bersiaran pada setiap hari Rabu mulai 29 Jun 2022 ini, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. 

BUDS ORGANICS BANGGA MERAIKAN 18 TAHUN SEBAGAI JENAMA MALAYSIA

Image
Pengasas bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics, Soo Siew Peng dan Pengasas Bersama dan Pengarah R&D Buds Organics Soo Kian Kheng di Pelancaran SambutanUlang Tahun ke-18 Buds Organics Jenama tempatan terkemuka, Buds Organics, meraikan ulang tahunnya ke-18 tahun ini. Bermula daripada satu impian di dapur, Buds Organics kini dikenali di peringkat antarabangsa dengan kehadiran di 10 negara menerusi 67 pilihan produk keluarannya. Kini jenama ini dengan bangganya membawa ke pasaran rangkaian terbesar produk penjagaan kulit, diri dan kediaman yang menerima pengiktirafan ECOCERT di dunia bagi memenuhi segenap keperluan dan kehendak seisi keluarga.

LILIT. MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA UNTUK KEKAL AKTIF DENGAN PAKAIAN SUKAN YANG SOPAN DAN SELESA

Image
Dengan fesyen sopan dibuat untuk semua, all day, every day – wanita tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat. Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan koleksi ke-dua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).

10 TARIKAN PELANCONGAN YANG MENYERONOKKAN DI NEGERI SELANGOR UNTUK ANAK ANDA!

Image
Menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga anda adalah kualiti masa terbaik yang boleh anda lakukan pada setiap hujung minggu! Semuanya boleh anda lakukan di Negeri Selangor yang indah ini, sama ada pada hujung minggu atau cuti sekolah. Pada minggu ini, Tourism Selangor telah menyusun 10 tempat untuk dilawati, dengan jadual perjalanan mengikut citarasa dan untuk semua peringkat umur. Tidak perlu mencari atau pergi lokasi yang jauh. Di Negeri Selangor terdapat banyak tempat menarik untuk mereka melakukan aktiviti menarik yang boleh menjauhi gajet untuk seketika. Ini adalah 10 tempat untuk dikunjungi yang boleh anda rancang untuk keluarga dan anak-anak anda. Bercuti sambil belajar!

112 PEMILIK LAMBORGHINI MALAYSIA CIPTA REKOD HIMPUNAN BERSEJARAH

Image
Rekod bagi himpunan terbesar kereta Lamborghini di Malaysia telah dipecahkan pada 11 Jun 2022 apabila 112 orang pemilik kereta mewah jenama Itali tersebut telah berkumpul untuk Malaysia Book of Records. Rekod himpunan terbesar sebelum ini telah dicatatkan pada tahun 2013 di mana 77 buah kereta Lamborghini dari Singapura dan Malaysia telah berkumpul sempena sambutan ulang tahun Lamborghini yang ke-50.

HILTON KUALA LUMPUR LANCAR RUANG ACARA YANG DINAIK TARAF BERNILAI 21 JUTA

Image
Hilton Kuala Lumpur telah melancarkan ruang acara, Collaboration Spaces yang telah dinaik taraf dengan rekaan baharu dan teknologi terkini bernilai RM21 juta bagi mempertingkatkan lagi pengalaman dan kualiti mesyuarat dan majlis yang bakal diadakan di sana.

SUBWAY MALAYSIA TAMPILKAN MASKOT CIPTAAN TEMPATAN, SABWEH DI PAPARAN DIGITAL 3D PAVILION KUALA LUMPUR

Image
Sabweh, maskot ciptaan tempatan Subway Malaysia telah dperkenalkan dalam bentuk 3D di paparan digital Pavilion Kuala Lumpur. Ia merupakan hasil karya pelukis Malaysia, Ernest Ng, yang terkenal dengan web komik tular “Don’t Like That La Bro”. 

UiTM, McDONALD’S MALAYSIA METERAI KERJASAMA TINGKATKAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN DAN MEMPERKASAKAN GENERASI ANAK BANGSA

Image
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan McDonald’s Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) merasmikan kerjasama untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui Program Perantis McDonald’s. YB Senator Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut yang diadakan di Dewan Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam hari ini.

PELUANG MEMENANGI SEBUAH “PROTON FLAGSHIP X50” APABILA ANDA MEMBELI BELAH DI ALAMANDA PUTRAJAYA

Image
Pusat Beli-belah Alamanda (Alamanda) menawarkan para pembeli peluang menarik untuk memenangi “Proton X50 Flagship” melalui kempen terbarunya iaitu “The Big Win”. Untuk setiap RM300 yang dibelanjakan di mana mana kedai terpilih dalam maksimum dua resit, pembeli akan menerima satu borang penyertaan untuk cabutan bertuah, yang berlangsung dari sekarang hingga 26 Jun 2022.

MILIKI SEGERA KULIT CERAH BERSERI DENGAN NUTOX RENEWING TREATMENT

Image
Budaya pop datang dan pergi namun terdapat satu trend yang telah menguasai dunia dan ianya adalah gelombang pop dari Korea! Dengan kembalinya belia-belia muda Malaysia ke pejabat dan universiti untuk menyesuaikan diri dengan fasa endemik, NUTOX – jenama penjagaan kulit anti-penuaan terkemuka di Malaysia – sedang menganjurkan kempen bertemakan inspirasi K-Pop bagi membantu rakyat Malaysia tetap kekal terhidrat beserta wajah tampil berseri dengan rangkaian NUTOX Renewing Treatment mereka.

SINOPSIS DRAMA ORIGINAL IQIYI TERBITAN MALAYSIA: RAMPAS CINTAKU

Image
Karya hasil kerjasama dengan firma penerbitan tempatan terkenal MIG Productions, Rampas Cintaku dibintangi oleh Afieq Shazwan, selebriti tanah air popular Fasha Sandha, Zarul Husin dan Ady Mohammad. Drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

SINOPSIS DRAMA ORIGINAL IQIYI TERBITAN MALAYSIA: SORRY NAIK LORI

Image
Dibarisi pelakon terkenal termasuk Nazim Othman, Ruhainies, Tajul, Nafiz Muaz, Sheila Mambo, Asha Zainul dan Ahmad Saffuan, Sorry Naik Lori pasti mencuit perhatian penonton dengan jalan cerita dan aksi yang tidak diduga. Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara, Drama ini akan dilancarkan secara global dan disiarkan secara eksklusif di platform iQiyi pada lewat tahun ini.

NIKMATI RASA TEH MUTIARA TANPA RAGU DENGAN NU SKIN TRGO® PROTEIN+

Image
Gaya hidup yang terlalu sibuk kadangkala boleh menyebabkan anda kesuntukan masa dalam memastikan tubuh badan mendapat zat makanan yang mencukupi. Pengambilan protein yang mencukupi amat penting bagi pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu penting, lebih-lebih lagi apabila rutin harian anda dipenuhi dengan aktiviti lasak. Keperluan protein juga berbeza bagi setiap individu dari segi umur, tahap kelasakan dan matlamat pemakanan.

“EJEN ALI” MUSIM 3 AKAN DITAYANGKAN SECARA EKSKLUSIF DISNEY+ HOTSTAR MULAI 25 JUN

Image
Ejen Ali, siri animasi kegemaran rakyat Malaysia kembali dengan musim ketiga yang akan disiarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar mulai 25 Jun ini.

JAMMIN' WITH ELVIS DI REXKL PADA 19 JUN SEMPENA HARI BAPA

Image
  Sementara menantikan tayangan filem arahan Baz Luhrmann - ELVIS yang bakal dimulakan pada 23 Jun di seluruh negara, Warner Bros Malaysia bakal menganjurkan satu acara pop timbul gaya hidup pada 19 Jun 2022 (Hari Bapa) di REXKL, jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.

PERADUAN NESCAFÉ TAWARKAN HADIAH BERNILAI RM250,000 SEMPENA HARI GAWAI & PESTA KAAMATAN

Image
NESCAFÉ, jenama kopi kegemaran dunia membawa kembali "Peraduan NESCAFÉ Jom Beli & Raikan Bersama" dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan Hari Gawai di Sarawak dan Pesta Kaamatan di Sabah.

LEON LEONG TAMPILKAN PAMERAN SENI: RUMAH PANGGUNG — DUNIA TERAPUNG KAMPUNG BARU

Image
Pameran terbaru Leon Leong yang bertajuk, “Rumah Panggung — Dunia Terapung Kampung Baru” (Stilt Houses – The Floating World of Kampung Baru) yang sedang dipamerkan di ILHAM Art Show 2022 dari 17 May hingga 23 Oktober. Leon mempamerkan tujuh buah lukisan minitur dan satu seni instalasi yang menceritakan tentang sejarah dan kepentingan sosiobudaya yang terdapat di Kampung Baru serta ancaman yang dihadapinya pada zaman moden ini.