LILIT. MEMPERKASAKAN WANITA MALAYSIA UNTUK KEKAL AKTIF DENGAN PAKAIAN SUKAN YANG SOPAN DAN SELESA


Dengan fesyen sopan dibuat untuk semua, all day, every day – wanita tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat. Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan koleksi ke-dua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).

Gerakan Get LIT. & Get FIT telah dimulakan oleh LILIT. untuk menggalakkan wanita mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat sambil menampil bergaya. LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan pada kesopanan dan saiz, meliputi koleksi pakaian renang baharu LILIT. Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.


“Kami di LILIT. sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan semasa bersukan. Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat pertama kalinya, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa yang sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan dan selesa, sekali gus. Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan wanita dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan,” kata Amee Halim, Pengurus Jenama di LILIT.


Dapatkan koleksi terbaharu ini di dalam talian di www.lilitstore.com atau aplikasi LILIT. atau di semua butik LILIT. hari ini, yang terletak di KL East Mall, IOI City Mall, Bangsar Village II, Setia City Mall & Haji Lane, Singapura. Ikuti lebih banyak perkembangan istimewa tentang jenama fesyen sopan dibuat untuk semua ini dengan mengikuti LILIT. di Instagram @LILIT_Woman.

Fesyen Sopan Untuk Semua: All day Every day!

Masa untuk Get LIT & Get FIT. Bersenam dan beriadah dengan koleksi senaman LILIT. yang mesra Muslimah seperti pakaian renang, hijab sukan, baju dan seluar untuk bersenam, dan lain-lain.


1. Pakaian Renang (Swim Set)

Pakaian Renang LILIT. bukan sahaja menarik dan bergaya tetapi juga memberikan pilihan kepada wanita yang mahu menjaga kesopanan dengan sepenuhnya sambil bergerak bebas dalam air. Untuk mengelakkan baju kita terselak ketika berada dalam air, baju dan seluar boleh disambung. Set ini didapati dalam warna Hitam, Mauve, Biru Gelap dan Kelabu.



2. Hijab Renang (Swim Hijab)

Sesuai untuk aktiviti renang, dilengkapi sama ada zip, kancing atau drawstring di belakang untuk mengelakkan pendedahan tengkuk apabila berada di dalam air. Hijab ini diperbuat daripada fabrik Spandex dan Nilon untuk menjamin pemakaian tanpa kedut dan selesa sepanjang masa.


3. Baju & Seluar Renang

Rekaan berlapis ini sesuai untuk ke pantai laut atau kolam renang, disertakan zip yang memudahkan ibu yang menyusukan anak. Baju & Seluar renang LILIT. ini sangat ringan, breathable, stretchable, selesa dan diperbuat daripada fabrik cepat kering.
  • Layered Top boleh didapati dalam warna Hitam, Dark Olive, Biru Gelap dan Kelabu.
  • Loose Fit Top boleh didapati dalam warna Hitam, Plum, Biru Gelap dan Kelabu.
  • Attached Half Skirt Leggings boleh didapati dalam warna Hitam, Kelabu, Plum dan Biru Gelap.
  • Slim Fit Swim Pants boleh didapati dalam warna Hitam, Kelabu, Dark Olive dan Biru Gelap.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING