KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”



Carousell, salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia, melancarkan kempen Mari Ber-Carousell sempena Hari Raya melalui sebuah video dengan kolaborasi selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, untuk menggalakkan aktiviti mengemas rumah ataupun lebih dikenali sebagai ‘decluttering’ sempena bulan Ramadan ini. 

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kurang dari sebulan, keluarga-keluarga di seluruh Malaysia telah mula berpuasa, serta mengemas rumah sebagai persediaan untuk perayaan yang akan datang. Mereka boleh menjual barangan yang tidak digunakan melalui platform Carousell untuk menjana wang bagi meringankan perbelanjaan perayaan ataupun untuk diberi sebagai duit raya. 

“Latihan mengemas rumah pada Hari Raya mempunyai motif selain daripada pembersihan seperti biasa. Ia juga mewujudkan peluang untuk ahli keluarga menjalin hubungan yang lebih erat, serta menjual dan memperoleh pendapatan tambahan untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan ini. Kami berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia akan mula declutter melalui Carousell sebagai tradisi tahunan,” kata Tang Siew Wai, Country Head Carousell Malaysia. 

Carousell juga telah melancarkan Eid’s Raya Bonanza Party sempena kempennya di mana rakyat Malaysia boleh menyenarai dan menjual barangan yang tidak digunakan, serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. 



Eid’s Raya Home Bonanza (Perabot dan Peralatan Rumah): 13 Mei 2019 - 19 Mei 2019 

Eid’s Raya Phone Bonanza (Gajet): 20 Mei 2019 - 2 Jun 2019 

Musim perayaan ini juga menjadi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan yang bercitta tinggi. Salah seorang daripada Carouseller terkemuka, Iylia Insyirah, pengasas jenama fesyen tempatan Lily&Orkid yang mengasaskan bisnes beliau melalui Carousell sejak 2014, telah melancarkan koleksi Hari Raya di platform tersebut. Reka bentuk baju yang diilhamkan daripada baju kebaya Melayu tradisi dengan sentuhan moden, adalah di antara pembelian yang paling popular pada musim ini. Koleksi Hari Raya Lily&Orkid telah dilancarkan pada bulan April 2019, dan siri Ramelah Kebaya dan Skirt jenama tersebut telah mendapat sambutan yang hangat semenjak pelancarannya. 

“Iylia merupakan salah seorang daripada banyak rakyat Malaysia muda yang mula menjual pakaian preloved di Carousell, dan melancarkan label fesyen tersendiri selepas mendapat kejayaan. Kejayaan reka bentuk jenama Lily&Orkid adalah bukti kukuh sokongan dari masyarakat terhadap usahawan tempatan, sama ada sambilan atau sepenuh masa. Kami juga akan terus menyokong Carousellers sebegini dengan memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya,” tambah Siew Wai. 

Ahli komuniti Carousell juga boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai 10 bazar Ramadan teratas di Lembah Klang, serta membantu Carousellers untuk menikmati bulan Ramadan sepenuhnya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Mari Beri-Carousell, sila layari https://my.carousell.com atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.

Comments

Popular Posts