KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”



Carousell, salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia, melancarkan kempen Mari Ber-Carousell sempena Hari Raya melalui sebuah video dengan kolaborasi selebriti tempatan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, untuk menggalakkan aktiviti mengemas rumah ataupun lebih dikenali sebagai ‘decluttering’ sempena bulan Ramadan ini. 

Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kurang dari sebulan, keluarga-keluarga di seluruh Malaysia telah mula berpuasa, serta mengemas rumah sebagai persediaan untuk perayaan yang akan datang. Mereka boleh menjual barangan yang tidak digunakan melalui platform Carousell untuk menjana wang bagi meringankan perbelanjaan perayaan ataupun untuk diberi sebagai duit raya. 

“Latihan mengemas rumah pada Hari Raya mempunyai motif selain daripada pembersihan seperti biasa. Ia juga mewujudkan peluang untuk ahli keluarga menjalin hubungan yang lebih erat, serta menjual dan memperoleh pendapatan tambahan untuk mengurangkan perbelanjaan isi rumah pada musim perayaan ini. Kami berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia akan mula declutter melalui Carousell sebagai tradisi tahunan,” kata Tang Siew Wai, Country Head Carousell Malaysia. 

Carousell juga telah melancarkan Eid’s Raya Bonanza Party sempena kempennya di mana rakyat Malaysia boleh menyenarai dan menjual barangan yang tidak digunakan, serta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik. 



Eid’s Raya Home Bonanza (Perabot dan Peralatan Rumah): 13 Mei 2019 - 19 Mei 2019 

Eid’s Raya Phone Bonanza (Gajet): 20 Mei 2019 - 2 Jun 2019 

Musim perayaan ini juga menjadi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan yang bercitta tinggi. Salah seorang daripada Carouseller terkemuka, Iylia Insyirah, pengasas jenama fesyen tempatan Lily&Orkid yang mengasaskan bisnes beliau melalui Carousell sejak 2014, telah melancarkan koleksi Hari Raya di platform tersebut. Reka bentuk baju yang diilhamkan daripada baju kebaya Melayu tradisi dengan sentuhan moden, adalah di antara pembelian yang paling popular pada musim ini. Koleksi Hari Raya Lily&Orkid telah dilancarkan pada bulan April 2019, dan siri Ramelah Kebaya dan Skirt jenama tersebut telah mendapat sambutan yang hangat semenjak pelancarannya. 

“Iylia merupakan salah seorang daripada banyak rakyat Malaysia muda yang mula menjual pakaian preloved di Carousell, dan melancarkan label fesyen tersendiri selepas mendapat kejayaan. Kejayaan reka bentuk jenama Lily&Orkid adalah bukti kukuh sokongan dari masyarakat terhadap usahawan tempatan, sama ada sambilan atau sepenuh masa. Kami juga akan terus menyokong Carousellers sebegini dengan memberikan mereka lebih banyak peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya,” tambah Siew Wai. 

Ahli komuniti Carousell juga boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai 10 bazar Ramadan teratas di Lembah Klang, serta membantu Carousellers untuk menikmati bulan Ramadan sepenuhnya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Mari Beri-Carousell, sila layari https://my.carousell.com atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.

Comments

  1. apps ni tak pernah dengar lagipun. ramai yg guna ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya app ni sudah lama kat pasaran, bukan yg baru punya, sudah ada beribu2 org pengguna yg aktif setiap hari kat platform tersebut yg buat jual beli.

      Delete
  2. bukan ke semua akan mengemas rumah sebelum raya? kena menggalakkan aktiviti mengemas rumah lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada je yg kemaskan rumah tapi barang lama tak berguna tu masih simpan dalam stor

      Delete
    2. Kadangkala kita x sampai hati nak jual sesetengah benda2 yg lama kerana mmg ada kenangan yg x dpt nak dilupai, tapi kalau benda yg lain tu lebih baik kita jual saje utk dapatkan sedikit pendapatan sampingan yg lebih.

      Delete
  3. app ni hanya untuk yg second hand ke? raya taknak la beli barang second hand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bukanlah hanya barang second hand je... tentunya ada yg baru punya... kamu boleh cuba2 tengok kat app mrk tu...

      Delete
  4. jangan beli sesuka hati masa raya, nanti barang tu tak guna pun, simpan kat stor, lama-lama buang jugak. biar jimat sikit masa raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila dekat ngan raya, banyak ada promosi, sebab tu beli banyak. diskaun semua tu jangan bazirkan

      Delete
    2. nanti guna lebih banyak wang, banyak hutang pulak. diskaun ni semua nak menarik pelanggan je, biar beli mengikut kemampuan

      Delete
    3. kata nak jimat tapi last last beli banyak jugak. mak saya suka beli banyak barang untuk raya, bagi decorate rumah

      Delete
  5. ada orang pernah beli barang preloved kat online ke? ok ke tak kualiti barang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sendiri pernah beli baju formal preloved kerana kalau nak beli yg baru harganya agak mahal dan lagipun pun sentiasa perlu pakai, kualitinya mmg bagus kerana hanya dipakai sekali dua saje oleh pemilik terdahulu.

      Delete
    2. sekarang beli yg baru pun bukan mahal sangat je, kena pilih kedai yg sesuai ataupun beli masa ada promosi

      Delete
  6. dulu semua buang je, kalau boleh jualkan barang lama tu bolehlah mengurangkan pembaziran, salah satu cara untuk mengurangkan sampah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak nak jual kat online pun boleh bagi kepada orang yg sesuai terutamanya baju semua tu

      Delete
  7. Ini ialah satu kempen yg bagus utk menggalakkan lebih ramai orang menjual benda2 secara online, x semestinya perlu barang baru tapi asalkan keadaan masih baik pun bolehlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yg baru punya boleh jugak jual kat app ni ke? tak pernah guna app ni sebelum ni, sennag nak guna ke?

      Delete
    2. barang yg baru dan lama pun boleh jual, kalau harga berpatutan, ramai yg akan beli

      Delete
    3. @Emily mmg boleh, Carousell boleh jual apa2 je sama ada yg baru ataupun lama, harga tu anda boleh tetapkan ikut kemahuan sendiri dan kala ada org yg berminat mrk boleh terus anda je melalui app tu.

      Delete
    4. @ezzah byk org yg lawati Carousell setiap hari dan biasanya mrk sudah ada benda tertentu dlm fikiran yg mau dibeli, jadi lebih tinggi jualan anda kalau jual di Carousell berbanding kalau post je kat media sosial.

      Delete
  8. Aku juga ada byk benda yg boleh dijual kat rumah.... Masa dulu beli byk ketika promotion tetapi hanya guna utk bbrp kali je dan simpan kat dlm store... Perlu sedikit masa utk cari2 semua benda tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg kau ada? kalau dah lama simpan kat stor tu mungkin dah tak berapa tahan, kualiti tak ok

      Delete
    2. @Fatimah Zahrah Benda2 seperti perkakas dapur dan juga vacuum cleaner yg hanya guna utk bbrp kali sahaja... kualiti semuanya masih baik kerana masih x sampai setahun aku beli, kini menyesal kerana beli terlalu byk tapi x diguna haha

      Delete
  9. Ada byk org yg berniat utk jual barang preloved tapi x tau yg mana satu platform yg bagus, tapi skrg tengok kempen ini mcm satu peluang yg bagus bagi mrk yg berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus try je, jual benda kat Carousell ni percuma tanpa sebarang cas tambahan, jadi anda boleh upload apa2 je benda yg anda mau jual dan tunggu pm drpd pelanggan, senang dan x akan mengganggu kerja anda pd waktu biasa.

      Delete
  10. Jual yg lama supaya kita ada duit utk beli yg baru punya. Bukannya semua org berkemampuan utk beli barang2 yg baru jadi masih ada pasaran utk barang preloved asalkan kita jual kat platform yg betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA