Posts

Showing posts from November, 2020

MODANISA LEBARKAN SAYAP KE PASARAN MALAYSIA

Image
Golongan Muslimah merupakan pengguna fesyen sopan yang paling ramai di dunia, dengan nilai pasaran mencecah US$283 bilion (RM1.17 trilion) dalam tahun 2018 dan angka ini dijangka meningkat ke US$402 bilion (RM1.67 trilion) pada tahun 2024. Di samping itu juga, pasaran untuk golongan Muslimah yang bekerja berpotensi untuk mengaut trilion dollar. Oleh yang demikian, ia bukan sesuatu yang menghairankan apabila Modanisa.com, sebuah platfrom perintis fesyen sopan yang mendapat sambutan hangat di 140 negara, kini melebarkan sayap ke pasaran Asia Tenggara. 

MRA BANTU 166 KELUARGA ORANG ASLI KETIKA PKPB

Image
Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat dan penularan virus ini telah menyebabkan Malaysia dilanda gelombang ketiga. Oleh itu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diteruskan lagi di hampir semua negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur. 

COSTA PERKENAL MENU & KOLEKSI EKSKLUSIF 'SAVOUR THE SEASON'

Image
Caramel Hazelnut Hot Chocolate Pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan musim perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru dalam masa beberapa minggu lagi. Walaupun tahun ini telah membawa pelbagai cabaran, semangat perayaan yang semakin tiba dengan keluarga tersayang pasti menggembirakan. Berbekalkan hidangan Costa Coffee edisi terhad tahun ini yang pastinya menceriakan, Costa mengajak rakyat Malaysia untuk menyebarkan semangat perayaan dan ‘Savour the Season’. Jadikan musim perayaan hujung tahun ini penuh dengan detik-detik lebih bermakna, tidak kira besar atau kecil. 

SAJIAN AYAM & MENTEGA MENANTI ANDA DI THE CHICKEN RICE SHOP

Image
Pasangan yang sepadan pasti wujud untuk semua! Bagai merpati dua sejoli, pertemuan ayam dan mentega dalam dunia masakan dapat menghasilkan satu hidangan yang diperkayakan dengan citarasa yang memikat dan oleh itu, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah mengumumkan pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular iaitu Grilled Butter Chicken. Hidangan istimewa ini tersedia sehingga 17 Januari 2021 – khas untuk memuaskan selera rakyat Malaysia sambil memikat hati mereka dengan padanan yang sempurna. 

IQIYI GEMPARKAN MALAYSIA DENGAN CABARAN HASHTAG #IQIYISTYLE

Image
  Peneraju utama dalam perkhidmatan penstriman hiburan antarabangsa iQIYI International terus menggemparkan Malaysia dengan #iQIYIStyle Hashtag Challenge dan siri webisode baharu, iQ Remix, menyusuli kejayaan kempen #AnakMalaysia.

DAPATKAN CITARASA KRISMAS SWEDEN DI IKEA DISEMBER INI

Image
IKEA Malaysia bakal membawakan citarasa Krismas Sweden dengan pelbagai hidangan dan minuman yang enak musim ini!

TINJAUAN OXWHITE DAPATI 3 DALAM 10 PELANGGAN KURANG AKTIF

Image
  Tinjauan Kecergasan Oxwhite 2020 mendapati bahawa 3 dari 10 pelanggan pakaian aktif mengamalkan gaya hidup sedentari dan hanya bersenam kurang dari sekali seminggu.

PARODONTAX LANCAR KEMPEN KESEDARAN PENYAKIT GUSI

Image
Penyakit periodontal, atau penyakit gusi, biasanya disebabkan oleh bakteria plak yang membina di sepanjang garisan gusi (gigi berdekatan dengan gusi), menjejaskan 14.4 juta atau 94% rakyat Malaysia. Sekiranya tidak dirawat, ia mungkin berkembang menjadi penyakit gusi yang lebih serius, dipanggil periodontitis, yang tidak dapat dipulihkan dan boleh menyebabkan kehilangan gigi. 

SIFAT “CEKAL” MERUPAKAN FAKTOR PENENTU KEJAYAAN YANG PENTING

Image
Pencapaian akademik anak-anak merupakan keutamaan bagi ramai ibu bapa di Malaysia. Namun, penekanan yang lebih ke atas aspek ini seringkali menyebabkan terabainya perkembangan sifat-sifat peribadi serta nilai-nilai murni yang lebih penting dalam memacu dan melestarikan kejayaan anak-anak pada masa hadapan.

APLIKASI ‘ROYAL CANIN CLUB’ KINI DENGAN FUNGSI SERBA BAHARU!

Image
  Royal Canin Malaysia telah melancarkan aplikasi ‘Royal Canin Club’ pada bulan Ogos 2020 yang mendapat sambutan hebat dari pemilik haiwan peliharaan di seluruh Malaysia. Kini, Royal Canin memperkenalkan fungsi menarik serba baharu yang direka khas untuk aplikasi mereka seperti fungsi penghantaran ke rumah untuk set hadiah eksklusif serta ganjaran menarik lain yang boleh ditebus menggunakan mata ganjaran pada nilai lebih rendah. 

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN “KAMPONG PISANG BERSIRI-SIRI”

Image
Buat julung kalinya di Malaysia, Astro membawakan francais filem blockbuster nombor satu tanah air ke skrin televisyen dalam bentuk drama bersiri premium menerusi jenama ‘Astro Originals, bertajuk “Kampong Pisang Bersiri-Siri”, arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid. 

SALMON & FJORD TROUT NORWAY SELAMAT, BERLESTARI & BERKHASIAT

Image
Seared Fjord Trout with roasted vegetables, sandefjordmo (Norwegian butter sauce) Ikan salmon dan fjord trout Norway merupakan ikan berkhasiat, serba boleh dan selamat dimasak dan makan di rumah mahupun di restoran. Makanan ini mudah didapati di pasar, pasar raya dan di kedai ikan walaupun semasa pandemik. Trend pengguna mungkin ada berkembang pada masa ini, tetapi industri makanan laut Norway bernadi pada apa yang pengguna kehendaki. 

KEKALKAN KESIHATAN TULANG BELAKANG DAN SENDI ANDA

Image
Perubahan gaya hidup sedang berlaku ke atas ramai rakyat Malaysia tatkala mereka mula menyesuaikan diri dengan norma baharu untuk tinggal di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO). Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia yang melalui peralihan untuk bekerja dari rumah demi memastikan keselamatan mereka, kepentingan untuk kekal aktif kini menjadi lebih nyata dan jelas. 

HABISKAN "MARATON PENUH" DALAM KESELESAAN RUMAH ANDA!

Image
Anda teringin nak berlari, namun, bukankah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermaksud anda hanya boleh duduk di rumah buat masa ini? Takut untuk meninggalkan rumah kerana bimbang dijangkiti COVID-19? Janganlah bimbang kerana selepas membaca artikel ini, anda masih boleh menghabiskan satu "maraton penuh" (42km) dalam keselesaan rumah anda! 

KENTANG A.S. PILIHAN PENCATAT REKOD DUNIA GUINNESS BAHARU

Image
  Soh Wai Ching – juara larian menara Malaysia (No. 2 Dunia dan No. 1 Asia) telah melakar satu lagi kejayaan. Soh berjaya mencatatkan Rekod Dunia Guinness (GWR) baharu sambil merangkul gelaran “Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)” [Greatest Vertical Height Stair Climbing in One Hour (Male)], menewaskan pemegang rekod terdahulu Encik David Robles Tapia dari Sepanyol. 

OPPO & TOURISM MALAYSIA LANCAR PERTANDINGAN ‘BE A RENOGRAPHER’

Image
OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’. Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

NESPRESSO LANCAR RANGKAIAN KOPI EDISI TERHAD VARIATIONS ITALIA

Image
Musim cuti ini, Nespresso membuka pintu Casa Nespresso dan menyambut penggemar kopi dengan koleksi cenderahati menarik untuk musim percutian. Musim yang didedikasi untuk sifat pemurah dan penuh nikmat, Nespresso percaya tiada masa yang lebih baik untuk berkumpul bersama dan menghadiahkan insan tersayang cenderahati dari Nespresso. Sama ada anda menulis senarai keinginan diri sendiri atau mahu memberi kejutan buat insan terdekat dan tersayang, Casa Nespresso pasti boleh mencetuskan inspirasi pemilihan hadiah istimewa pada musim perayaan kali ini. 

HAWAYA BANTU PENCARIAN PASANGAN HIDUP BERKEKALAN

Image
  “Inilah cinta pandang pertama”. “Kamu melengkapkan diri saya.” Inilah ungkapan yang sering didengari oleh sesiapa yang sedang dilamun cinta, tidak kiralah samada melalui filem romantik komedi mahupun di dunia sebenar. Hollywood telah membentuk imej dan definisi cinta bagi jutaan orang di seluruh dunia. Biarpun seseorang itu dikira si romantis ataupun seorang yang lebih pragmatik, kisah-kisah cinta ini menimbulkan kemahuan setiap individu untuk mencari pasangan hidup masing-masing.

THE STARHILL PERKENAL ESLITE SPECTRUM SEBAGAI PENYEWA UTAMA

Image
  The Starhill mengalu-alukan kemasukan eslite spectrum (誠品生活), sebahagian daripada eslite Group, syarikat yang telah melancarkan kedai buku 24 jam pertama di dunia, dari Taiwan ke Kuala Lumpur pada tahun 2022. Ia bakal menjadi cawangan eslite yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, susulan penyempurnaan majlis menandatangani perjanjian penyewaan di antara Naib Presiden YTL Land & Development Bhd, Encik Joseph Yeoh dengan Pengerusi eslite Group, Cik Mercy Wu hari ini. 

ALIBABA UMUM KETUA PEGAWAI HIBURAN #1 TAOBAO MALAYSIA

Image
Selepas mengharungi aktiviti penstriman secara langsung yang menghibur selama tiga jam, Alibaba Group telah menamakan KOL Faye Wong yang telah ditingkat naik sebagai C.E.O. (Ketua Pegawai Hiburan) Taobao pertama di Malaysia.

HOTEL INDIGO BAKAL MEMBUKA PINTUNYA DI KUALA LUMPUR

Image
IHG® (InterContinental Hotels Group), salah sebuah syarikat perhotelan yang terkemuka di dunia telah menandatangani perjanjian untuk membawakan Hotel Indigo®, sebuah jenama hotel butik mewah, ke Kuala Lumpur menerusi kerjasama dengan Techvance Properties Management Sdn. Bhd. 

SYOMIRIZWA GUPTA PERAGAKAN CIPTAAN FESYEN MELALUI FILEM

Image
Kita berada di minggu kedua bulan November dan bermulalah Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2020 – sebuah acara yang amat dinantikan oleh peminat fesyen tempatan. 

FUYING & SAM FS ∞ INFINITI GLOBAL EXCLUSIVE ONLINE MUSIC LIVE

Image
Kumpulan FS (Fuying & Sam) bakal membawakan persembahan online - FS ∞ Infinity Global Exclusive Online Music Live secara percuma platform hiburan online Yippi pada 28 November 2020 (Sabtu), jam 8.30. Persembahan ini adalah bersempena   dengan ulangtahun ke-8 kumpulan ini, khas buat peminat-peminat mereka yang setia sejak dahulu lagi dan menghiburkan mereka di kala pandemic ini.

MAEL TOTEY THE MOVIE RAIH KUTIPAN TERTINGGI ASTRO FIRST

Image
  Seorang pengarah baru yang berasal dari kampung dan mempunyai cita-cita besar telah berjaya membuktikan kemampuannya menerusi filem pertama arahan beliau, Mael Totey The Movie (MTTM) dengan mendahului kutipan nombor 1 Astro First, sekaligus memecah rekod RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari. 

GUARDIAN BAWAKAN TREND KECANTIKAN GLOBAL TERKINI

Image
Sejajar dengan reputasinya sebagai sebuah destinasi kecantikan, Guardian Malaysia telah mara selangkah lagi ke hadapan dengan menampilkan trend kecantikan terkini dari seluruh dunia agar keperluan pelanggan dalam normal baru dapat dipenuhi. 

SPICE GARDEN - CITARASA EKSOTIK INDIA UTARA & TIMUR TENGAH

Image
Sempena perayaan Deepavali yang bakal menjelang, marilah kita menjamu selera di Spice Garden @The LINC KL! Spice Garden adalah sebuah restoran halal yang menawarkan pelbagai citarasa eksotik dan masakan asli India Utara dan Timur Tengah, yang amat popular di kalangan penduduk tempatan, expat dan pelancong. 

ASTRO RADIO MEMPERKUKUH KEKUATAN DIGITAL

Image
Kajian Gfk Radio Audience Measurement (RAM) Survey Wave 2 mendapati bahawa radio adalah releven semasa pandemik. Kajian terbaharu RAM menunjukkan radio mencapai 93.6% jumlah individu berusia 10 dan ke atas di Semenanjung Malaysia bersamaan 20.3 juta pendengar mingguan. Dari 20.3 juta pendengar radio, Astro Radio terus mendahului dengan 74.3% bahagian pasaran dan mempunyai jumlah pendengar tertinggi iaitu 15.1 juta pendengar mingguan.

DUA USAHAWAN MALAYSIA UNGGULI ANUGERAH UTAMA ACES EDISI KE-7

Image
  Anugerah Kelestarian & Kecemerlangan Korporat Asia (ACES) mengumumkan pemenang-pemenang bagi tahun 2020 dalam satu siaran pengstriman secara langsung. Anugerah ini diasaskan oleh Kumpulan MORS bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi membantu syarikat, pemimpin korporat dan ahli industri untuk berkongsi kepimpinan dan kecemerlangan kelestarian.  Dengan penularan wabak COVID-19, kecemerlangan dalam mengekalkan kelangsungan perniagaan atau kelestarian dalam masa yang mencabar ini adalah sesuatu yang harus diberi pengiktirafan. Ketua eksekutif syarikat perlu mengenal pasti cara baru untuk menjalankan perniagaan dengan bertanggung jawab kepada pemegang saham, warga kerja dan juga pelanggan.  “Pada tahun fiskal ini, fokus kebanyakan syarikat telah bertukar daripada mementingkan keuntungan kepada cara bagaimana untuk bertahan dan meneruskan operasi perniagaan masing-masing. Apa yang kita nampak ialah ketangkasan yang diperlukan dalam kepimpinan korporat kini, dengan kebanyakan ke

DIGI PERSEMBAHKAN PESANAN DEEPAVALI MELALUI "VILLALAN"

Image
Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) meraikan hari Deepavali tahun ini dengan membawakan sebuah kisah inspirasi menerusi  video ‘Villalan’ atau Pemanah, yang diilhamkan daripada kisah benar atlet paralimpik S. Suresh, juara dunia dalam sukan memanah paralimpik Malaysia yang pertama.     Digi juga meneruskan usaha untuk menghargai wira yang tidak didendang melalui kempen Unsung Heroes atau “Saathanai Hero-kkal”. Orang ramai dialu-alukan untuk mencalonkan wira yang tidak didendang dalam hidup mereka untuk dpeluang ditampilkan melalui segmen Kalakkal Kaalai di RAAGA.  Penyertaan adalah dibuka sekarang sehingga bulan April 2021 di laman sesawang RAAGA  DI SINI .

FAQ™ BAWA TEKNIK KECANTIKAN PROFESIONAL KE RUMAH ANDA

Image
Kunci kecantikan wajah kini berada di tangan anda! Sama ada untuk mendapatkan garis rahang yang cantik, kulit yang cerah dan awet muda, atau menghilangkan kerutan dan garis halus di raut wajah - semuanya mampu diperolehi dengan FAQ™. 

LAZADA 11.11 SUPER SHOW KEMBALI DENGAN TAWARAN TERHEBAT

Image
Acara beli belah tahunan yang paling dinanti-nantikan, Lazada 11.11 Super Show kembali dengan tawaran jaminan harga terendah musim ini! Bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam, Lazada 11.11 Super Show mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama kira turun Jualan Sehari Terbesar Lazada pada tarikh keramat 11.11 ini.  Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, “Alhamdulillah, kolaborasi kami bersama-sama dengan Lazada dalam menganjurkan Lazada 11.11 Super Show diteruskan untuk tahun yang ketiga. Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang, stesen TV akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Keselamatan dan kesihatan individu yang terlibat diutamakan dahulu. Kami tidak melibatkan penonton, hanya krew produksi dan artis yang terlibat akan berada di lokasi serta mengikut

IMUNOTERAPI BERI PELUANG BAHARU KEPADA PESAKIT KANSER HATI

Image
  Imunoterapi merupakan salah satu pilihan rawatan terbaru untuk pesakit kanser yang membolehkan mereka menggunakan sistem imun mereka bagi melawan kanser. Rawatan inovatif terbaru ini telah merevolusikan landskap rawatan kanser, terutamanya rawatan kanser hati. 

FILEM AKSI ATHIGAARI TEMUI PENONTON ISTIMEWA DEEPAVALI INI

Image
Baru-baru ini memperlihatkan filem tempatan kembali rancak dan berjaya mencipta fenomena dengan meraih kutipan memberangsangkan meskipun menonton dalam suasana normal baharu. Rentetan kejayaan tersebut membuktikan penonton sentiasa inginkan filem-filem yang segar dan menghiburkan. Bersempena Deepavali yang akan tiba, Astro Shaw membawakan buat pertama kali sebuah filem Tamil, ATHIGAARI terus ke pawagam rumah anda, Astro First.

THE FACE SHOP PERHALUSI PENCARIAN BINTANG BAHARU

Image
Athina Kamarudin, 22  Jenama kecantikan terkemuka Korea THE FACE SHOP meneruskan pencariannya untuk personaliti muda yang mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama tersebut. Kempen #EcoBeautySquadMY, kini hampir memasuki separuh akhir, menyaksikan hanya 30 peserta yang tinggal daripada 100 pemohon asal yang disenaraipendek. 

AINA ABDUL LAKAR SEJARAH, JUARAI THE MASKED SINGER MALAYSIA

Image
Program nyanyian misteri Astro Warna cetus fenomena, ‘trending’ di media sosial 9 November 2020, Kuala Lumpur – Setelah lapan minggu bersiaran, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri anjuran Astro Warna, The Masked Singer Malaysia melabuhkan tirainya pada Jumaat di pentas akhir. 

SAKSIKAN SINARAN "LIGHT OF RANGOLI" DI DA MEN MALL

Image
Da Men Mall menyambut kehadiran hari Deepavali dengan tema ‘Light of Rangoli’ yang menampilkan hiasan berwarna-warni dan bercahaya, promosi, ganjaran istimewa dan sebagainya.

INTERMARK MALL BAWAKAN SUASANA KEMERIAHAN "VIVID DIWALI'

Image
Bertemakan ‘Vivid Diwali’, Intermark Mall mempersembahkan kolam-kolam berwarna-warni yang diperbuat daripada butiran beras dalam reka corak bunga teratai di  Ground Atrium. 

ALAMI "DAZZLING DEEPAVALI" DI PAVILION KUALA LUMPUR

Image
Dari sekarang sehingga 15 November 2020, nikmatilah kemeriahan sambutan Deepavali di Pavilion Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Dazzling Deepavali’, Pavilion KL bekerjasama dengan Maybank, rakan perbankan rasmi 2020 untuk membawakan pelbagai promosi untuk persiapan menyambut hari Deepavali bagi kalangan pengunjung yang beragama Hindu. 

RAIKAN KEMERIAHAN "BLING BLING DEEPAVALI" DI FAHRENHEIT88

Image
Sempena perayaan Deepavali tahun ini, Fahrenheit88 mempersembahkan ‘Bling Bling Deepavali’ mulai sekarag sehingga 15 November 2020.  Hiasan perayaan cahaya di Fahrenhaiet88 tahun ini menampilkan sembilan kolam yang berwarna-warni di Ruang Legar Pintu Masuk Utama yang direka oleh artis dan pengasas Niuniu’s Gallery, Vivian Ng. Rekaan kolam yang disembur ke atas kanvas melambangkan ekspesi keaslian, kemesraan, kekuatan dan kemurahan hati, membawakan tuah kepada semua rakyat Malaysian. Jangan lupa untuk mengambil peluang untuk berswafoto dengan tanda pagar #F88BlingDeepavali. Dapatkan ganjaran Bling-Bling di Deepavali ini. Dengan pembelian RM80 dalam satu resit, pelanggan bakal menerima satu set gelang Bling Bangles. Para pelanggan juga boleh menebus sebotol The Body Shop Shower Gel (60ml) dengan pembelian RM150 dalam satu resit. Setiap hadiah dihadkan kepada dua penebusan bagi setiap pelanggan setiap hari dan boleh dibuat di kaunter Concierge, Ground Floor. Terdapat juga pelbagai promosi

KUMPULAN SURIA KLCC PAMER KEUNIKAN KOLAM DEEPAVALI

Image
Kumpulan Suria KLCC iaitu Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall akan menampilkan dekorasi kolam unik untuk menyemarakkan semangat Deepavali.

TAYANGAN PERDANA KANDUNGAN BAHARU DEEPAVALI DI ASTRO

Image
Semua pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana kandungan Tamil dan Hindi tempatan serta antarabangsa yang baharu sempena Deepavali ini. Bertemakan "Punnagaiyil Nambikai", tema tahun ini berinspirasikan harapan dan senyuman dalam meraikan kemenangan simbolik kebaikan dan cahaya mengatasi kejahatan dan kegelapan. Semua rakyat Malaysia juga dapat menikmati kandungan istimewa Deepavali di Astro Ulagam dan RAAGA. 

MATTEL PERKENALKAN PATUNG BARBIE EKSKLUSIF FARAH ANN

Image
Atlet Gimnastik Kebangsaan, Farah Ann, diberi pengiktirafan sebagai “Shero” dalam kempen Barbie - “You Can Be Anything” dengan penghasilkan patung Barbie yang mirip kepada pemenang 7x Pingat Emas Temasya Sukan SEA dan pemenang pingat perak Sukan Komanwel ini. 

"SENYUM BERSAMA KEJU" & MENANGI HADIAH LUMAYAN

Image
Anchor Food Professionals akan membawa semula peraduan Anchor Legendairy dengan tema tahun ini “Senyum dengan Keju”. Peraduan yang dianjurkan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 ini menampilkan cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang dengan hadiah yang menarik bernilai sehingga RM100,000.