MATTEL PERKENALKAN PATUNG BARBIE EKSKLUSIF FARAH ANN



Atlet Gimnastik Kebangsaan, Farah Ann, diberi pengiktirafan sebagai “Shero” dalam kempen Barbie - “You Can Be Anything” dengan penghasilkan patung Barbie yang mirip kepada pemenang 7x Pingat Emas Temasya Sukan SEA dan pemenang pingat perak Sukan Komanwel ini. 

“Saya merasa bangga diberi penghormatan sebagai suri teladan Barbie dalam bidang sukan. I percaya kita semua berkemampuan untuk mencapai segala impian yang kita impikan. Keyakinan diri adalah senjata utama bagi mencapai kejayaan dalam apa jua sahaja,” kata Farah Ann.


Dalam kempen global ini, Barbie meneruskan usaha untuk memperkasakan anak-anak perempuan untuk mengejar impian mereka walau apa jua impian mereka dengan tagline ‘You Can Be Anything’. Barbie juga ingin mengajak anak-anak menjadikan sukan bukanlah sesuatu yang membosankan dan hanya untuk anak lelaki sahaja.  

Selain daripada Farah Ann, Barbie juga memberi pengiktirafan kepada beberapa ikon sukan negara kita dengan menghasilkan patung mirip mereka, iaitu; Datuk Nicol Ann David (Atlet Skuasy Negara), Shalin Zulkifli (Pemain Bowling Negara), Leong Mun Yee (Penerjun Negara) dan Anja Chong (Peluncur Ais Short Track Speed Negara).

Comments

Popular posts from this blog

ADAM LEE DAN SITI KHADIJAH BERSATU DALAM DI SEBALIK REDA BAKAL MENGUSIK JIWA PENONTON MULAI 30 JUN 2025

“SENTUHAN WIRA”: FILEM AKSI SUKAN TENTANG DETIK BERSEJARAH KEMENANGAN PIALA THOMAS 1992 KINI DILANCARKAN