ASTRO TAWAR SALURAN K-MANIA UNTUK HIBURAN K-POP TERBAIK



Berita baik untuk semua pelanggan Astro yang menggemari K-pop! Kini anda boleh menikmati saluran ‘pop-up’ baru, K-Mania untuk hiburan K-pop yang terbaik, K-Mania (CH 390) melalui Astro GO, on demand atau di TV. 

K-Mania akan menawarkan pelbagai jenis program termasuk rancangan muzik, drama, rancangan reality, dan juga konsert yang mengetengahkan kumpulan K-pop terbesar termasuk BTS, Blackpink, EXO, Twice, GOT7, Red Velvet, NCT 127, Mamamoo, IZ*one, Kang Danial (Wanna One), Gfriend, Monsta X dan lebih lagi. 

Antara tajuk-tajuk terkenal yang bakal ke udara adalah seperti rancangan komedi Running Man dan Weekly Idols; drama-drama Rich Man and Hwarang; rancangan realiti Real Men 300, Coffee Friends, dan Dangerous Beyond The Blankets; dan konsert istimewa hujung minggu termasuk Kcon New York 2019, SBS Gayo Daejon 2018, SBS Super Concert Suwon, SBS Super Concert Gwangju; dan banyak lagi.


Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!