BIG BAD WOLF BOOKS BUKA PINTU 'WOLF DEN' BAGI JUALAN KHAS 2026
Buat julung kalinya dalam sejarah, penganjur jualan buku terkemuka, Big Bad Wolf Books, membuka pintu markas utamanya iaitu Wolf Den yang terletak di Wolf House, Shah Alam kepada orang ramai menerusi jualan khas THE WOLF DEN SALE 2026.
Jualan eksklusif yang berlangsung selama tiga hari sahaja ini akan diadakan bermula 7 hingga 9 November 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari.
Selama ini, peminat tegar buku di seluruh Malaysia sentiasa membanjiri pelbagai lokasi jualan Big Bad Wolf Books untuk berburu naskhah kegemaran mereka. Namun, ruang penyimpanan dan premis utama perniagaan tersebut tidak pernah dibuka kepada umum — sehinggalah penganjuran jualan khas ini.
Pengalaman Berbeza Menyaksikan Tempat 'Rumah' Kepada 10 Juta Buku
Penganjuran kali ini bukan sekadar jualan buku biasa. Pengunjung diberi peluang keemasan untuk merasai sendiri suasana di dalam rumah kepada lebih 10 juta naskhah buku. Walaupun jenama ini telah membawa jutaan buku ke pelbagai komuniti di seluruh Malaysia dan serata dunia, ruang dalaman Wolf Den ini merupakan julung-julung kali dibuka untuk kunjungan awam.
Menerusi pembukaan pintu khas ini, para pengunjung dapat meneroka deretan rak buku yang menjulang tinggi dari lantai hingga ke siling di bawah satu bumbung. Pelbagai genre disediakan merangkumi buku kanak-kanak, fiksyen, mahupun bukan fiksyen bagi memenuhi minat pembaca daripada pelbagai lapisan umur.
Suasana Santai dan Harga Serendah RM1
Selain tawaran buku yang melimpah-ruah, THE WOLF DEN SALE 2026 turut direka sebagai aktiviti santai bersama keluarga, rakan-rakan serta komuniti pencinta buku. Pengunjung boleh melangkah santai sambil menikmati alunan muzik, mendapatkan minuman, dan merasai suasana unik di ruang berkenaan.
Menariknya, masuk adalah percuma dan semua buku ditawarkan pada harga mampu milik,
Maklumat Acara:
- Tarikh: 7 – 9 November 2026
- Masa: 9.00 pagi – 9.00 malam (setiap hari)
- Lokasi: Wolf House, 5, Jalan Trompet 33/8, Taman Alam Indah, 40400 Shah Alam, Selangor
- Kemasukan: Percuma & terbuka kepada awam
.png)
.png)
.png)
.jpg)
Comments
Post a Comment