Posts

Showing posts from November, 2019

PENCARIAN MISS PINKLADY KINI BERTARAF ANTARABANGSA

Image
Pencarian Miss Pinklady Asia (MPLA) kini telah memasuki Musim 2 di mana program realiti ini mengembangkan sayapnya ke persada antarabangsa dengan penampilan 12 peserta dari lapan buah negara Asia seperti Thailand, Myanmar, India, Korea, Filipina, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan tuan rumah, Malaysia.

EJEN ALI: MISI EJEN RUSH GEGAR PUTRAJAYA!

Image
Perhatian Ejen, jangan ketinggalan untuk menyertai misi terkini EJEN ALI! Primeworks Studios dan WAU Animation berganding bahu untuk menjayakan Ejen Ali: Misi Ejen Rush, acara larian berhalangan sejauh 5 kilometer yang akan diadakan buat julung kalinya dalam usaha mempromosikan filem animasi EJEN ALI THE MOVIE, yang bakal ditayangkan pada 28 November 2019, Khamis ini. 

KEAJAIBAN “CHRISTMAS WONDERS IN WHITE” DI SURIA KLCC

Image
Musim perayaan ini menjanjikan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan delete apabila Suria KLCC mempersembahkan “Christmas Wonders In White”. Suasana mempersonakan berinspirasikan perkampungan bersalji di Eropah akan mengamit pengunjung mengabadikan diri berlatarkan menara jam besar dan deretan kedai klasik yang dihias indah. 

AEON TAMAN MALURI PERKENAL KONSEP AEON STYLE

Image
Superstore Jepun pertama di Malaysia, pusat beli-belah AEON Taman Maluri yang sebelum ini dikenali sebagai Jaya Jusco membuka pintunya 30 tahun lalu, telah berkembang pesat. Ia telah banyak menyumbang ke arah pembangunan bandar Cheras dan juga diiktirafkan sebagai sebuah mercu tanda yang dikenali di kawasan tersebut.

KAYDA SELIT MESEJ BERGUNA DALAM VIDEO MUZIK ‘MACAM-MACAM’

Image
Penyanyi wanita berbakat besar yang sinonim dengan muzik bergenre hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda, 28, kembali dengan video muzik terbaharu berjudul ‘Macam-macam’. Dilancarkan beberapa minggu yang lalu, single ini dicipta dan dihasilkan oleh Lucka Sickta kolaborasi bersama Kayda sendiri. Single ‘Macam-macam’ merupakan lagu rap solo pertama dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris oleh beliau. 

IDOLA PUNJABI DILJIT DOSANJH BAKAL GEGARKAN KL LIVE

Image
Idola Punjabi Diljit Dosanjh bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia Disember ini. Dipersembahkan oleh Hitman Solutuion, konsert "BOLLYBOOM DILJIT DOSANJH LIVE IN MALAYISA 2019’ menjanjikan persembahan 2 jam yang hebat pada 13 Disember 2019, Jumaat, jam 8 malam di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur.

12 REMPAH BERKUALITI UNTUK SEMANGKUK MI KARI YANG ENAK

Image
Menyediakan hidangan kari yang sempurna dari segi rasa dan aroma boleh menjadi satu pengalaman yang menggetarkan bagi sesetengah individu. Bagi Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin, menggabungkan rempah yang berkualiti bersama kaedah masakan yang betul adalah perkara paling penting untuk menikmati semangkuk kari enak, yang juga merupakan sajian kegemaran beliau.

TAIWAN LANCAR KEMPEN "SALAM TAIWAN 2020"

Image
Pelbagai insentif bakal disediakan untuk menarik rakan-rakan Melayu Muslim untuk melancong ke negara Taiwan tahun depan menerusi kempen "Salam Taiwan 2020" yang dilancarakan oleh Biro Pelancongan Taiwan Pejabat Kuala Lumpur baru-baru ini.

PESTA MAKANAN NIIGATA DI AEON, MIDVALLEY MEGAMALL

Image
Mr. Hiroshi Masuda, Vice Governor of Niigata Prefecture (tengah); diapit oleh Mr. Soichi Okazaki, Exec Vice President /Rep Executive Officer, Aeon Co Ltd (ketiga dari kiri); Mr Shinobu Washizawa, Managing Director of AEON CO. (M) BHD. (kedua dari kiri)  Buat pertama kali di Malaysia, AEON CO. (M) BHD. telah menjalinkan kerjasama dengan Niigata Prefecture Government untuk menganjurkan Pesta Niigata buat kali pertama di Malaysia. Pesta tersebut telah berlangsung selama 11 hari, dari 14 November sehingga 24, 2019 di gedung AEON Mid Valley, Kuala Lumpur. Antara tetamu kehormat yang telah hadir untuk merasmikan Pesta Niigata adalah Mr. Hiroshi Masuda, Naib Gabenor Niigata Prefecture, Mr. Soichi Okazaki, Naib Presiden Eksekutif / Pegawai Eksekutif Rep, Aeon Co Ltd, dan Mr Shinobu Washizawa, Pengarah Urusan AEON CO. (M) BHD. Niigata Prefecture adalah sebuah wilayah di Jepun yang terkenal dengan tanaman padi yang menjadi pilihan pengilang produk berasaskan beras dari Jepun. Pesta

STEREOFEST - FESTIVAL MUZIK MELAYU TERBESAR DI SINGAPURA

Image
Adakah anda bersedia untuk STEREOFEST - Festival muzik Melayu yang terbesar di Singapura? StereoFest yang akan diadalan buat julung-julung kalinya bakal bertapak di  Palawan Green, Sentosa dengan barisan artis popular dari  Indonesia, Malaysia adan semestinya dari Kota Singa juga. Antara artis yang telah mengesahkan penampilan mereka adalah New Boyz, Zee Avi, Ayda Jebat, ANBS, Jaz, Judika dan ramai lagi.

SCHA DAN AWAL DILEMA MENCARI RUMAH IMPIAN MEREKA?

Image
Misi Rumah Impian merupakan sebuah drama pendek yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri muda yang dilakonkan oleh Scha Alyahya dan Awal Ashaari sedang mencari rumah impian dengan pemaju perumahan, EcoWorld. Antara lokasi perumahan yang disiarkan adalah Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor, Eco Tropics di Pasir Gudang, Johor, dan Eco Majestic di Semenyih, Selangor.

LEFTHANDED KEMBALI BERAKSI DI SNL, HARD ROCK CAFE KL

Image
Mengikuti kejayaan kumpulan WINGS yang membuka tirai pentas Sunday Night Live (‘SNL’) pada 6 Oktober lalu dengan persembahan ‘laku keras’ (sold out), sebuah lagi kumpulan rock legenda tanahair bakal mengegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur untuk edisi kedua SNL pada Ahad, 1 Disember 2019, jam 10.30 malam! 

WONDERFLY LANCAR ‘PROJECT SEA’ UNTUK MEMULIHARA LAUT

Image
Ekoran pelancaran aplikasi mudah alih mereka, pelantar aktiviti pelancongan Malaysia Wonderfly melancarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama mereka dengan Project SEA: Save the Environment & Animals . Projek ini merupakan kerjasama bersama Aquaria KLCC dan Boost, yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan kehidupan laut. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membiayai usaha pemuliharaan yang berterusan oleh Reef Check Malaysia (RCM).

KEMPEN KOMUNITI PENYAYANG AYAM BRAND 2019 MELAWAN OBESITI

Image
Adakah hidangan terakhir anda mengikut Pinggan Malaysia Sihat - mengikut suku, suku, separuh? Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan Suku-Suku Separuh, pembahagian plat kepada satu perempat untuk protein, satu perempat untuk karbohidrat kompleks dan separuh untuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia adalah cara mudah untuk membahagikan jenis makanan keperluan tubuh kita. 

PROGRAM CERAHI KEHIDUPAN BERSAMA TOP KEMBALI LAGI

Image
TOP, penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori produk isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak Orang Asli di Pahang dan Perak. 

KRISMAS BERTEMAKAN STAR WARS DI PAVILION KUALA LUMPUR

Image
Bersedialah untuk pengalaman baru yang mempesonakan sempena musim cuti ini bersama Pavilion KL untuk meraikan Hari Krismas! Destinasi membeli-belah terkemuka di Malaysia, Pavilion KL hari ini membawakan kepada anda kemeriahan sambutan "A Starry Christmas" - menandakan permulaan yang menggembirakan untuk musim membeli-belah, makan dan masa keriangan akhir tahun.

CLEAR LANCAR SIRI RAWATAN KULIT KEPALA MICELLAR

Image
CLEAR Malaysia baru-baru ini melancarkan senarai produk penjagaan rambut terbaharunya – Siri CLEAR Micellar Scalp Therapy yang merupakan produk micellar pertama dan 0% silikon dari CLEAR. Pengguna boleh membuat pembelian produk mulai hari ini di cawangan Guardian yang berhampiran. 

ULASAN: THE VOID - AVENGERS: DAMAGE CONTROL @ RW GENTING

Image
Peminat-peminat Avengers oleh Marvel pastinya akan teruja dengan kehadiran pengalaman ​Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) yang diberi nama Avengers: Damage Control, di The Void, Resorts World Genting.

DISKAUN SEHINGGA 95% DI JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KE-10

Image
Masanya sudah tiba untuk menambah koleksi buku-buku novel menarik, biografi yang menginspirasikan serta cerita-cerita pengembaraan bagi menghiburkan anak-anak anda kerana Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali.

SERTAI KEMERIAHAN ‘KONSERTKOO #WITHCUCKOO’

Image
Luangkan hujung minggu anda bersama keluarga dan rakan-rakan di acara terbesar KonsertKoo #withCuckoo yang dibuka secara percuma kepada semua pengunjung.

BERLEBIHAN DOS VITAMIN C MEMUDARATKAN BUAH PINGGANG?

Image
Bukankah pemakanan dan kesihatan dalaman lebih penting untuk dijaga dan diberikan perhatian berbanding warna kulit? 

BAD LAB DAN WATSONS BERGABUNG TENAGA ANJUR ‘THE BAD DUEL’

Image
Dengan meningkatnya minat umum terhadap industri esukan dan gaming di Malaysia, Bad Lab dan Watsons Malaysia telah bergabung tenaga untuk menganjurkan pertandingan esukan yang diberi nama The BAD Duel – sebagai signifikasi kerjasama di antara kedua-dua jenama besar ini. 

GUARDIAN PERKENALKAN KOTAK BERTUAH UNTUK SINGLES DAY 11.11

Image
Adakah anda merasa bertuah? Guardian Malaysia akan memperkenalkan Kotak Bertuah (Lucky Boxes) yang diilhamkankan dari Korea buat pertama kalinya ke seluruh negara pada 11 November bagi meraikan sambutan Singles Day. Ia juga sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut dan badan, Botaneco Garden Camellia and Rice Oils yang terbaru. 

GO SHOP RAIKAN ULANG TAHUN KE-5 DENGAN DISKAUN BESAR-BESARAN

Image
Go Shop, destinasi beli-belah gaya hidup di Malaysia meraikan Ulang Tahun Ke-5 bermula 28 Oktober hingga 30 November 2019 dengan tawaran eksklusif dan diskaun. Go Shop diperkenalkan pada 2014 dan merupakan platform e-dagang pertama milik Astro, membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah 24 jam pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui telefon bimbit, tablet dan komputer mengikut pilihan pelanggan. 

ALIBABA LANCAR FESTIVAL BELI-BELAH GLOBAL 11.11

Image
Alibaba Group melancarkan sambutan Global Shopping Festival 11.11 di Malaysia hari ini dengan parti dan tinjauan eksklusif ke Taobao Store baharu di MyTOWN Shopping Centre, KL. Ditubuhkan dengan kerjasama MyTOWN serta pakar gedung beli-belah Lumahgo New Retail Sdn Bhd, ruang sebesar 5,000 kaki persegi ini dinamakan Taobao Store by Lumahgo, dan akan menjadi kedai Taobao terbesar dan paling holistik di Malaysia.

BJC LANCAR TASTO BERPERISA BAHARU & KRAKER BERAS DOZO

Image
BJC Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (BJC Foods), subsidiari Berli Jucker Public Company Limited dari Thailand, dan juga pengeluar jenama snek yang popular seperti Wise Cottage Fries dan TASTO®, kini telah memasarkan tiga perisa Asia baharu yang eksotik menerusi Kerepek Kentang TASTO dan DOZO, jenama Kraker Beras Rangup No.1 di Thailand.

PEMAKANAN KANAK-KANAK MALAYSIA KURANG NUTRISI?

Image
Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.