DISKAUN SEHINGGA 95% DI JUALAN BUKU BIG BAD WOLF KE-10



Masanya sudah tiba untuk menambah koleksi buku-buku novel menarik, biografi yang menginspirasikan serta cerita-cerita pengembaraan bagi menghiburkan anak-anak anda kerana Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, Jualan Buku Big Bad Wolf terbesar ini menjanjikan senarai judul buku yang lebih banyak dari sebelumnya serta pelbagai elemen menarik dengan tema Grand Carnival pada tahun ini Jualan Buku ini akan berlangsung selama 24 jam sehari bermula dari 6 – 16 Disember 2019 dan selama 11 hari. Bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa The Mines (MIECC), Selangor, Jualan Buku ini memberi tawaran diskaun dari 75% hingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan dan masuk adalah PERCUMA. 

Dengan lebih daripada 4.5 juta buah buku ditawarkan, Jualan Buku Big Bad Wolf menjadi rebutan sama ada dalam kalangan pencinta buku tempatan mahupun antarabangsa. Jualan Buku ini menawarkan pelbagai kategori untuk bahan bacaan kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen seperti kisah romantik, buku bergambar timbul, kesusasteraan, bantu diri, sejarah, seni bina dan reka bentuk. Terdapat juga buku cerita, buku aktiviti, buku kertas tebal, buku bergambar dan buku interaktif. Selain daripada itu, terdapat juga pelbagai pilihan buku keluaran penerbit tempatan termasuk Kualiti Books, Sasbadi, Karangkraf PTS, Penerbitan Pelangi, Buku Fixi, The Patriots dan Kanyin Publishing. 

“Tahun ini, kami meraikan 10 tahun penganjuran Jualan Buku Big Bad Wolf, yang dilihat telah berjaya dalam misi mewujudkan buku-buku dengan harga mampu milik serta mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Kami dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di dunia dan impian kami adalah untuk mengubah dunia melalui satu buku pada satu masa dan hasilnya Jualan Buku Big Bad Wolf telah Berjaya menjelajah ke lebih 32 bandar di 10 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Korea, Taiwan, Filipina, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Sri Lanka,” kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf. 

Tumpuan utama pada Jualan Buku kali ini adalah judul buku kanak-kanak yang ekslusif dan unik atau turut dikenali sebagai Magical Book. Buku-buku bawah judul ini menggabungkan teknologi melalui pembacaan dan menghasilkan satu pengalaman Realiti Terimbuh (AR) yang luar biasa buat kanak-kanak. Buku-buku dalam judul Magical Book turut hadir dalam siri pembelajaran prasekolah dan bahan cerita waktu tidur yang merangkumi teknologi terkini bagi merevolusi bahan bacaan generasi akan datang yang membuka ruang kepada kanak-kanak untuk bernyanyi, belajar dan membaca. Tajuk buku kanak-kanak yang popular seperti Little Red Riding Hood dan Lets Learn Alphabet ABC adalah antara 15 judul yang diperkenalkan pada pesta jualan tahun ini. Amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, siri Magical Book ini akan menwujudkan satu pengalaman membaca yang interaktif dan mengasyikkan. 

“Sebagai tanda sokongan kepada literasi, kami akan memastikan bahawa ada sesuatu untuk semua orang. Kami ingin menggalakkan pembaca generasi baru, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ini adalah penting bagi peringkat umur tersebut untuk menjadi pembaca melalui keseronokan membaca. Sebagai usaha memupuk budaya membaca dari usia muda, kami secara konsisten mencari tajuk-tajuk menarik yang mampu melibatkan mereka dalam pelbagai aspek ketika proses membaca,” kata Andrew Yap, Pengasas Bersama Big Bad Wolf Books. 

Jualan Buku Big Bad Wolf percaya dengan memberi kembali kepada masyarakat yang kurang berkemampuan menerusi bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat – Red Readerhood. Kami percaya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status mempunyai hak untuk memperoleh ilmu melalui bahan bacaan. Oleh itu, Jualan Buku Big Bad Wolf KL 2019 akan bekerjasama dengan badan organisasi bukan untung tempatan serta para pengunjung dengan cara membeli sambil menderma buku-buku di sudut Red Readerhood ketika pesta jualan berlangsung. 

Selain itu, para pengunjung juga turut boleh menuntut tawaran-tawaran eksklusif pada Jualan Buku dengan mendaftar sebagai ahli Wolf Pack di: https://bigbadwolfbooks.com/my/signup/

Bagi mereka yang ingin mengetahui perkembangan terkini dan peraduan yang ditawarkan ketika Jualan Buku, sila ikuti laman media sosial Jualan Buku Big Bad Wolf melalui pautan berikut di www.bigbadwolfbooks.com atau lawati laman Facebook https://www.facebook.com/bbwbooks/ serta Instagram @bigbadwolfbooks.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN