Posts

Showing posts from October, 2024

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

Image
Tourism Selangor akan mengadakan Selangor Travel Fair buat julung kalinya, yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024, di Sunway Pyramid. Acara ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Selangor 2025, yang dibawakan khas bagi mempamerkan kekayaan warisan budaya, pengalaman pelancongan dan tarikan terbaharu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Dengan Journify oleh Malaysia Aviation Group sebagai rakan kerjasama utama, acara ini akan menampilkan pelbagai tawaran pelancongan eksklusif berjumlah lebih RM 200,000. Kerjasama ini bakal menyediakan platform untuk pelbagai tawaran pelancongan di Negeri Selangor serta peluang kerjasama bersama pemain industri dan orang awam. Dengan sokongan penuh oleh Tourism Malaysia dan MATTA, acara ini akan memberi impak yang besar kepada landskap pelancongan. Sempena dengan Selangor Travel Fair, majlis pra pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 akan diadakan, dengan pelancaran logo dan lagu tema kempen Tahun Melawat Selangor 2025, serta pe...

KONSERT DATO JAMAL ABDILLAH SANDARKAN PADA KENANGAN MENCARI AZURA JADI MEDAN GAMIT RENDISI NOSTALGIA DI ERA BAHARU

Image
Sudah menjayakan ribuan persembahan berskala besar dan kecil sejak lebih 40 tahun bergelar penghibur bukan alasan untuk Dato Jamal Abdillah berhenti beraksi di atas panggung. Sebaliknya setiap pengalaman yang diperoleh lewat semua persembahan yang pernah dipersembahkan sentiasa diambil lalu disatukan untuk sebuah lagi pertunjukan yang penuh bertenaga dan semakin matang.

FILEM SERAM BOX OFFICE INDONESIA KEMBALI DENGAN SEKUEL TERBARU, 'QODRAT 2'!

Image
Filem seram yang cukup besar di Indonesia dan hangat diperkatakan pada tahun 2022, QODRAT telah berjaya mencatat kejayaan luar biasa dengan menerima lebih 1.7 juta penonton di Indonesia dan kutipan box office mencecah IDR60 bilion (USD 5.3 juta. Lebih membanggakan, Qodrat turut berjaya merasuk di pawagam-pawagam negara luar seperti Malaysia, Singapura, Kemboja, Myanmar, dan Vietnam. Semasa tayangan filem ini di pawagam Malaysia yang dipasarkan oleh penerbit tempatan Astro Shaw, turut meraih kutipan RM6 juta.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

Image
Filem Hantu Kak Limah menggegarkan industri perfileman tanah air pada tahun 2018 dengan mencipta kejayaan luar biasa dan terus kukuh memegang takhta sebagai filem komedi seram nombor 1 kutipan tertinggi di Malaysia sehingga kini. Menyusuli legasi komedi seram Hantu Kak Limah, Astro Shaw bersedia merancakkan lagi industri perfileman tempatan dengan Don Dukun yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 31 Oktober ini.

CHLYPDY PERKENALKAN SINGLE TERBARU “KELABU”

Image
Dirakam, diadun, dan dimaster di studio terkemuka Atas By Bijanfx Studio, Chlypdy dengan bangga mempersembahkan single terbaru mereka, “Kelabu.” Karya penuh emosi ini, yang mengambil masa sebulan untuk dihasilkan, menonjolkan dedikasi kumpulan ini dalam meneroka naratif emosi yang mendalam melalui muzik. 

FESTIVAL HARI KANAK-KANAK 2024 DI ROYAL CHULAN SEREMBAN : KERIANGAN UNTUK SEISI KELUARGA

Image
Hari Kanak-Kanak jatuh pada bulan 20 November setiap tahun. Sempena sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini, Hotel Royale Chulan Seremban akan menganjurkan sebuah acara dua hari yang menampilkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik khusus untuk semua kanak-kanak. 

SURIA KLCC MENJEMPUT PENGUNJUNG KE SAMBUTAN “WARNA WARNI DEEPAVALI”

Image
Suria KLCC, destinasi beli-belah ikonik Malaysia, mengajak anda untuk menerokai keindahan Deepavali dengan kempen “Warna Warni Deepavali” yang memukau. Dari 25 Oktober hingga 3 November, Suria KLCC akan menampilkan kemeriahan sambutan Deepavali dengan menggabungkan tradisi, budaya, dan penglibatan komuniti dalam meraikan perayaan penuh gemilang ini pada 31 Oktober. 

GENERALI MALAYSIA LANCAR FESTIVAL PERTAMA UNTUK MERAIKAN BUDAYA & WARISAN ITALI

Image
Generali Malaysia dengan bangganya membawa segala yang menarik dari Itali ke Malaysia dengan Festival Del Leone—meraikan budaya, makanan, kesejahteraan dan komuniti Itali, dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di Piazza Level 3, Pavilion Bukit Jalil. Digelar sebagai 'Festival Singa', acara luar yang mengujakan ini merupakan festival Itali pertama yang dianjurkan oleh Generali di Malaysia, menyebarkan semangat watak jenamanya yang kuat dan berani – Leo the Lion.

EARTH SYMPHONY - GREEN CIRQUE FEST 2024: NIKMATI GREEN CIRQUE FEST PERTAMA DI ASIA TENGGARA MENYOKONG MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

Image
Milestone Production dengan bangganya mempersembahkan Earth Symphony - Green Cirque Fest 2024, satu pengalaman pengembaraan keluarga yang unik dan tidak dapat dilupakan! Festival bertaraf antarabangsa ini akan berlangsung pada 23 dan 24 November di Amphitheatre, Sunway Lagoon, menyajikan gabungan seni persembahan akrobatik, visual yang memukau, dan muzik meriah - semuanya sambil mempromosikan kelestarian alam sekitar.

WATSONS MALAYSIA MEMPROMOSIKAN JOM SIHAT DENGAN ZUMBA DAN LARIAN PINK HOPE

Image
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, Watsons Malaysia menganjurkan Karnival Watsons Get Active Jom Sihat 2024 yang dinanti-nantikan. Diadakan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, acara ini telah menarik lebih daripada 8,000 peserta di Piazza Pavilion Bukit Jalil, bersatu dalam misi bersama untuk menyokong kesedaran kanser payudara dan menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.

PERFUME PARADISE PENAJA UTAMA HAVOC FOOD FESTIVAL 2024-2025

Image
Memasuki tahun kelima penganjuran, Havoc Food Festival di bawah platform Havoc Event Management Sdn Bhd masih mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi hub atau karnival makanan terbaik buat para usahawan bumiputera dalam menjana pendapatan.

PENGALAMAN 2 HARI 1 MALAM DI BANDAR YILAN, TAIWAN: KOTA KESENIAN TRADISIONAL DENGAN WARISAN BUDAYA YANG INDAH

Image
Pusat Seni Tradisional Kebangsaan Yilan Daerah Yilan (宜蘭), yang terletak di timur laut Taiwan, adalah sebuah destinasi percutian yang hebat untuk beberapa sebab. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tarikan budaya yang kaya, dan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk percutian keluarga. Masa perjalanan ke bandar Yilan dari Taipei mengambil masa kira-kira satu jam, menerusi Terowong Xueshan, menjadikannya sebuah destinasi lencongan hujung minggu yang ideal bagi mereka yang ingin sesuatu yang berbeza dari kesibukan bandar Taipei.

ASTRO MENAMPILKAN ‘ANDAI TIADA DIA’, KISAH PELAYARAN BAHTERA RUMAHTANGGA

Image
Astro mempersembahkan drama bersiri terbaharu, ‘Andai Tiada Dia’, sebuah kisah mengenai konflik alam perkahwinan, mengetengahkan isu-isu melibatkan pasangan yang sudah berumah tangga dalam melayari alam perkahwinan mereka. Drama bersiri ini bakal bersiaran bermula 21 Oktober, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

SERLAHKAN KREATIVITI ANDA! THE LEGO GROUP MENJEMPUT RAKYAT MALAYSIA UNTUK MEMBAYANGKAN SEMULA IKON MALAYSIA MELALUI KUASA TRANSFORMATIF PERMAINAN

Image
Hasil kajian global baharu oleh the LEGO Group yang mendapati bahawa keluarga yang bermain bersama adalah keluarga yang paling bahagia manakala sejumlah 90% daripada kanak-kanak bersetuju bahawa bermain ialah cara terbaik untuk mereka belajar, berkembang dan menyerlahkan keperibadian sebenar mereka. Kajian tersebut yang dilaksanakan di 36 lokasi melibatkan lebih daripada 61,500 ibu bapa dan kanak-kanak berumur 5-12 tahun juga mendapati bahawa 83% daripada para ibu bapa menganggap permainan sebagai platform untuk meraikan perbezaan dengan cara yang positif dan menyeronokkan, serta menjadi kunci kepada usaha menyemai pandangan dunia yang lebih terangkum (85%). Apabila aktiviti bermain diutamakan, ia mempunyai kuasa untuk menghubungkan insan – yang menyatukan mereka dari pelbagai budaya, bangsa, usia, jantina, minat dan kemampuan.

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

Image
Mungkin jarang diperkatakan tentang isu tabu ini, perihal ‘ibu tumpang’ di kalangan umat Islam, namun pengorbanan terlarang bakal terungkap dalam drama bersiri terbaharu berjudul ‘SENYAWA’ pada 25 Oktober ini. Aplikasi penstriman popular Asia, iQIYI sekali lagi mempersembahkan sajian istimewanya melalui barisan pelakon handalan tanah air seperti Trisha Ooi, Shahz Jaszle, Siti Hariesa, Datin Nina Juren, Liang Chia, Aleza Shadan, Heryanto Hassan dan ramai lagi, manakala arahan oleh pengarah berpengalaman, Eyra Rahman.

HABIB MEMPERSEMBAHKAN ORO ITALIA 916® FEST DI MANA KESENIAN ITALI BERTEMU KILAUAN SEMANGAT MALAYSIA

Image
HABIB, salah satu jenama barang kemas yang paling digemari di Malaysia, dengan bangganya mempersembahkan Oro Italia 916® Fest, sebuah sambutan yang meraikan keindahan barangan kemas emas tercinta yang menggabungkan dengan kehalusan daya ketukangan Itali dan tradisi emas Malaysia. 

KHARISMA MUSIC PERSEMBAHKAN RAISA, PENYANYI ANGGUN JELITA DARI INDONESIA DALAM SEBUAH KONSERT ‘TERISTIMEWA’ NOVEMBER INI

Image
Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkenal, dengan bangganya mengumumkan konsert paling ditunggu-tunggu, ‘RAISA - TERISTIMEWA DI KUALA LUMPUR’ pada 3 November 2024 ini bertempat di Megastar Arena, KL, bermula jam 8:00 malam.

ASTRO MENAMPILKAN ‘HIKAYAT BAWANG PUTIH BAWANG MERAH’, EVOLUSI KISAH LAGENDA TEMPATAN

Image
Astro mempersembahkan drama bersiri terbaharu, ‘Hikayat Bawang Putih Bawang Merah’, sebuah kisah epik yang menggabungkan bakat terbaik tanah air untuk menghidupkan semula hikayat klasik ini dengan interpretasi moden, lengkap dengan kesan visual dan elemen fantasi. Siri 4 episod ini bakal bersiaran mulai 21 Oktober, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611).

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

Image
Selepas mencipta fenomena pada tahun lepas, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani dan taboo menerusi siri premium Astro Originals terbaharunya, ‘Project; Exit’. Siri terbitan Astro Shaw bersama Telltale Studios Sdn Bhd ini mengisahkan perjalanan empat orang remaja yang berkomplot untuk mencari jalan keluar daripada pusat pemulihan akhlak. Siri ini bakal bersiaran pada 1 November 2024, jam 9 malam di Astro Premier (saluran 110) dan Astro Citra (saluran 108).

‘A NIGHT WITH SUMANDAK STARS - CERITERA HATIKU’ BUAT PERTAMA KALI BARISAN PENYANYI ASAL SABAH DIHIMPUNKAN DALAM SEBUAH KONSERT ISTIMEWA

Image
Syarikat penganjur konsert terkemuka negara yang sering menghidangkan sajian muzik dengan kelainan tersendiri, Orange International dengan bangganya mengumumkan konsert ‘A Night With Sumandak Stars - Ceritera Hatiku’ dalam satu majlis sidang akhbar eksklusif yang diadakan di Sky Lounge, Tkt. 40, Hotel Tamu.

KONSERT JELAJAH ASIA RICHARD CLAYDERMAN DI KUALA LUMPUR 19 OKTOBER 2024

Image
Richard Clayderman 2024 Asia Tour dipersembahkan khas oleh Harmonie International. Konsert di Kuala Lumpur ini akan berlangsung pada Sabtu, 19 Oktober, 7:30 malam di Mega Star Arena. Setelah menerbitkan lebih 200 album, Putera Romantis ini bakal kembali ke Malaysia untuk menambah seri romantik malam anda - UNTUK SATU MALAM SAHAJA!

NAIM DANIEL TUBUH KUGIRAN 'MUAH' & PERKENAL SINGLE PERTAMA "BBF'

Image
Vokalis utama kumpulan ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana karyanya pernah meraih gelaran Anugerah Juara Lagu beberapa tahun yang lalu. Ya, Naim Daniel bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan, malah Naim sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan bermula sebagai seorang pelakon kanak-kanak hinggalah bergelar penyanyi dan pencipta lagu berbakat. 

KHARISMA MUSIC PERSEMBAHKAN ‘SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR'

Image
Siapa tidak sabar dibuai emosi Oktober ini? Penyanyi dan penulis lagu penuh berbakat asal Malang, Indonesia, pelantun lagu popular ‘Gala Bunga Matahari’, Salmanto Ashrizky Priadi atau lebih mesra dengan panggilan Sal Priadi, bakal menghiburkan peminat kesayangannya di Malaysia pada 13 Oktober 2024 ini, di dewan Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8:00 malam, anjuran syarikat penganjur konsert terkenal, Kharisma Music. 

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!

Image
Aveeno® dengan bangganya memperkenalkan Losyen Energizing Daily Moisturizing baharu, penambahan sofistikated kepada rangkaian penjagaan kulitnya yang terkenal. Ia memberikan penghidratan selama 24 jam yang terbukti secara klinikal dan melegakan kulit sensitif, memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari. Dipertingkatkan dengan aroma sitrus segar daripada limau gedang dan delima, ia bertindak menyegarkan mood anda selepas penggunaan!

BOYZ II MEN LIVE IN KUALA LUMPUR - KUMPULAN ICONIK R&B KEMBALI KE KUALA LUMPUR UNTUK SEBUAH KONSERT YANG TIDAK MUNGKIN AKAN DILUPAKAN DI MEGASTAR ARENA

Image
Para peminat muzik, sila tanda tarikh di kalendar anda! Boyz II Men yang merupakan sebuah kumpulan legenda akan datang ke Kuala Lumpur pada 25 Mei 2025 bagi mengadakan persembahan di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Shiraz Projects, konsert ini menjanjikan sambutan yang tidak dapat dilupakan dengan rangkaian lagu-lagu popular R&B, nostalgia dan muzik epik yang tidak dapat dilupakan serta yang mempamerkan kejayaan-kejayaan mereka mendahului carta selama lebih 30 tahun.

VIETJET BAKAL MELANCARKAN PENERBANGAN HARIAN KUALA LUMPUR-HANOI, MENINGKATKAN HUBUNGAN MALAYSIA-VIETNAM DAN JUGA SERANTAU

Image
Vietjet sekali lagi mencipta sejarah dalam landskap penerbangan Malaysia dengan pelancaran perkhidmatan penerbangan harian baharunya antara Kuala Lumpur dan Hanoi, ibu negara Vietnam, bermula 28 November 2024. Hubungan udara di antara kedua-dua negara ini adalahsatu detik penting yang dinanti-nantikan oleh para pengembara sama ada untuk bercuti atau urusan perniagaan. Ia juga meningkatkan lagi hubungan dua hala dari segi budaya, ekonomi dan pelancongan yang semakin berkembang di seluruh rantau ini.

KARNIVAL CUTI-CUTI MALAYSIA 2024 MENAMPILKAN KECERIAAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA DENGAN TAWARAN DISKAUN SEHINGGA 50%

Image
Majlis Prapelancaran Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2024 yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada hari ini, bakal menawarkan lebih 100 pakej pelancongan dengan tawaran diskaun menarik antara 15 sehingga 50 peratus. Karnival Cuti-Cuti Malaysia ini bakal berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2024 di lokasi yang sama. 

NOBU LANCAR MENU OMAKASE ISTIMEWA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUNNYA YANG KE-30

Image
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Nobu, Nobu Kuala Lumpur dengan bangganya mempersembahkan Omakase Sambutan 30 Tahun yang eksklusif, sebuah pengalaman menikmati makanan yang dirancang dan disediakan dengan teliti,  dengan menampilkan gabungan cita rasa Jepun dan Peru. Tersedia di semua restoran Nobu di seluruh dunia dari 7 Oktober hingga 13 Oktober, menu omakase ini memberi peluang istimewa kepada para pelanggan untuk menikmati hidangan klasik Nobu dengan sentuhan ciptaan moden yang inovatif, yang disediakan dengan penuh semangat dan terperinci.

AFGAN LIVE IN PENANG 2024 28 DISEMBER 2024 AKAN JADI KONSERT SOLO TERBESAR!

Image
AFGAN LIVE IN PENANG 2024, ini tentu sahaja menjadi berita yang membuat peminat penyanyi Indonesia tersebut histeria. Benar, bukan pertama kali Afgan si pemilik vokal gemersik yang membuat peminat jatuh cinta lewat hit seperti Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa ini melakukan persembahan atau konsert di Malaysia.

KULIT LEBIH CERAH DAN LEBIH DILINDUNGI DENGAN PELINDUNG MATAHARI SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE BRIGHTENING SPF 50+ PA ++++ YANG BAHARU

Image
Malaysia mengalami sinaran matahari sepanjang tahun, menyebabkan kerosakan UV yang berpanjangan dan membimbangkan. Kerosakan ini boleh menyebabkan bintik hitam, penuaan pramatang atau pigmentasi, serta tona kulit yang tidak sekata. Safi telah membuat kajian terperinci untuk menghasilkan produk unik yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencerahkannya pada masa yang sama. Oleh itu, Safi Malaysia memperkenalkan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++, inovasi terbaru dalam penjagaan kulit, yang menawarkan wanita-wanita di Malaysia dengan perlindungan dan penjagaan kulit dalam satu langkah mudah.

INDIE BAND ‘DUKES’ DUA SINGLE TERBAHARU MEMECAHKAN GELOMBANG MUZIK INDIE ROCK MALAYSIA!

Image
DUKES, suara baru dalam arena indie rock Malaysia! Muncul dari arus muzik Malaysia yang dinamik, DUKES merupakan band indie rock yang sedang melakar nama dan segera mencuri perhatian dengan membawa bunyi segar yang menarik untuk industri muzik serta persembahan pentas yang bertenaga. Dianggotai oleh anak muda penuh energetik berusia 22 tahun – Ziyyad (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassist), dan Cheng (pemain drum) – DUKES menyatukan pengaruh British Pop Rock dengan sentuhan gaya unik mereka sendiri, membangkitkan bunyi yang menarik dan penuh nostalgia yang benar-benar membezakan mereka daripada pemuzik yang lain.

PUTERI KHAREEZA BAKAL PUKAU PEMINAT MELALUI SHOWCASE SOLO PERTAMANYA, ‘SEBENAR’,

Image
Selepas mencipta nama dalam dunia muzik dan mencuri hati penonton di layar televisyen, kini saatnya penyanyi dan pelakon versatil, Puteri Khareeza, memukau penggemar muzik dan suaranya melalui showcase solo pertamanya, ‘Sebenar’, yang bakal menyapa peminat pada 16 November 2024 di RCD Big Studio, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sidang media eksklusif hari ini diadakan untuk memberikan gambaran awal mengenai showcase ini yang juga menjadi pentas utama bagi Puteri untuk menampilkan single terbarunya, "Sebenar", yang merupakan lagu runut bunyi (OST) drama popular TV3, Khilaf Yang Tertulis. Sebagai tanda istimewa, Puteri turut mempersembahkan dua buah lagu secara eksklusif untuk tetamu media yang hadir.

FAM UMUM WARNER MUSIC MALAYSIA SEBAGAI RAKAN PENAJA MUZIK RASMI HARIMAU MALAYA

Image
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakar sejarahnya yang tersendiri apabila mengumumkan Warner Music Malaysia (WMM) sebagai rakan penaja muzik rasmi Harimau Malaya hari ini.

PEMBINAAN PUSAT DATA DAN WILAYAH AWAN GOOGLE BERNILAI AS$2 BILION DI MALAYSIA DIMULAKAN, GOOGLE MENGUMUMKAN SOKONGAN BAGI INISIATIF KELESTARIAN DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN

Image
Google baru-baru ini mengadakan upacara pecah tanah untuk pusat data dan wilayah awan pertama di Malaysia di acara sulungnya, "Mantap Malaysia Bersama AI," sebuah acara Google untuk Malaysia. Dengan permulaan pembinaan di Elmina Business Park, Selangor, pelaburan bernilai AS$2 bilion dalam pusat data dan infrastruktur awan ini akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap keupayaan Google Cloud, inovasi AI, serta produk dan perkhidmatan digital lain yang digunakan oleh rakyat dan organisasi di Malaysia pada setiap hari. Pelaburan ini dianggarkan dapat menyumbang lebih daripada AS$3.2 bilion dari segi impak ekonomi positif dan mewujudkan 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030.

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"

Image
Kempen "Think Green Act Green" Parkson yang berlangsung dari 27 September hingga 27 Oktober 2024 di Skylight Atrium Parkson Pavilion Bukit Jalil, mengukuhkan lagi komitmen Parkson terhadap kemampanan dan kreativiti dengan melibatkan para pelanggan, rakan kongsi, pelajar dan komuniti dalam pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif Parkson untuk Mengurangkan, Menggunakan Semula & Kitar Semula adalah selaras dengan matlamat kemampanan global. 

ISTIMEWA BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA PINK OKTOBER 2024

Image