FESTIVAL HARI KANAK-KANAK 2024 DI ROYAL CHULAN SEREMBAN : KERIANGAN UNTUK SEISI KELUARGA
Hari Kanak-Kanak jatuh pada bulan 20 November setiap tahun. Sempena sambutan Hari Kanak-kanak tahun ini, Hotel Royale Chulan Seremban akan menganjurkan sebuah acara dua hari yang menampilkan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menarik khusus untuk semua kanak-kanak.
Bermula dari Sabtu, 9 November hingga Ahad, 10 November 2024, acara tahunan ini diadakan untuk meraikan kanak-kanak semua dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka. Jenama produk penjagaan peribadi kanak-kanak, Bzu Bzu, akan mengedarkan 2,000 unit hadiah kepada semua kanak-kanak semasa acara tersebut.
Pelbagai pertandingan bakal dilangsungkan di Dewan Seri Negeri 1, termasuk pertandingan mewarna, pertandingan tarian, pertandingan nyanyian, dan pertunjukan fesyen. Pemenang pertama dalam pertandingan tersebut berpeluang untuk membawa pulang hadiah menarik bernilai RM400, hadiah wang tunai oleh PTPN sebanyak RM500 untuk setiap pertandingan mewarna, tarian, nyanyian, dan pertunjukan fesyen, trofi, sijil, dan empat tiket taman tema Legoland Malaysia, bernilai RM800.
Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM400 dan RM300, masing-masing, bersama dengan trofi, sijil, hadiah dan dua tiket masuk ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah bernilai RM300.
Selain itu, tiada kanak-kanak akan pulang dengan tangan kosong, kerana semua peserta akan menerima token penghargaan dan sijil. Yuran pertandingan bermula dari RM25 bersih setiap kanak-kanak, termasuk makanan yang disediakan khas untuk semua peserta.
Dalam festival yang sama di Dewan Seri Negeri 2, pihak hotel bakal bekerjasama dengan Brickmasters untuk membawakan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan, dengan sasaran lebih daripada 500 orang peserta setiap hari. Yuran pendaftaran adalah RM5 bagi setiap peserta. Pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa. Peserta akan bersaing untuk peluang memenangi salah satu daripada 18 kotak set Lego yang disediakan sebagai hadiah!
Pusat Latihan Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan pertandingan catur selama dua hari di Dewan 3. Acara pada 9 November terbuka kepada kanak-kanak sehingga 12 tahun, manakala pertandingan pada 10 November mengalu-alukan peserta dari semua peringkat umur, termasuk dewasa. Trofi akan diberikan kepada pemenang pada kedua-dua hari tersebut.
Untuk mendaftar mana-mana pertandingan, bengkel dan kejohanan, ibu bapa boleh mengimbas kod QR yang dikhaskan. Orang ramai disarankan agar membuat pendaftaran lebih awal kerana slot adalah terhad. Pendaftaran 'walk-in' tidak akan dilayan pada hari acara.
Cabutan bertuah dengan hadiah yang menarik turut disediakan setiap jam untuk orang ramai. Sepanjang acara dua hari tersebut, keluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti, termasuk inflatable castle oleh Kiddytopia, pertunjukan silap mata, pencarian harta karun, penampilan badut dengan arca belon, seni pasir, lukisan muka, seni tangan henna, pameran replika haiwan oleh PERHILITAN, dan pameran menarik dari pasukan bomba Seremban yang menampilkan kenderaan bomba dan pakaian seragam mini bomba untuk kanak-kanak, serta aktiviti melukis batik!
Bagi anak-anak yang suka memasak, hadirkan diri ke Restoran Han Pi Yuen bakal menjadi lokasi untuk bengkel membuat roti yang diketuai oleh chef pastri hotel tersebut. Terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun, bengkel ini berharga RM49.90 setiap kanak-kanak dan termasuk peralatan membuat roti, apron, topi chef, buku resipi, dan hidangan yang lazat dan berkhasiat yang disediakan khas oleh pasukan chef.
“Festival Hari Kanak-Kanak dianjurkan secara besar-besaran selama dua hari ini untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat pelbagai produk dan perkhidmatan. yang disediakan bagi kanak-kanak dan juga dewasa. Acara ini akan menampilkan vendor dari pelbagai sektor, termasuk pendidikan, hobi, dan institusi kewangan seperti PTPN, Tabung Haji, dan Prudential, serta kedai buku seperti Popular dan Sinaran. Untuk memeriahkan lagi acara, kami menganjurkan pelbagai pertandingan menarik yang pastinya akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka. Secara peribadi, saya percaya festival ini menyediakan peluang unik untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sambil menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan, platform untuk ibu bapa bertukar pendapat dan beramah mesra,” kata Azira Arif, Pengurus Pemasaran Royale Chulan Seremban.
KPJ Seremban Specialist Hospital juga akan menyediakan khidmat pasukan profesional perubatan di tapak acara dan menawarkan perkhidmatan saringan kesihatan percuma untuk kedua-dua kanak-kanak dan ibu bapa, termasuk:
• Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Tekanan Darah, BMI, Glukosa)
• Analisis Lemak Badan oleh Pakar Diet
• Penilaian Kebersihan Tangan yang Menyeronokkan dengan Pasukan Kawalan Jangkitan
• Pemeriksaan Pertuturan oleh Pakar Terapi Pertuturan dan Pemeriksaan Pendengaran oleh Pakar Audiologi.
Selain itu, keluarga boleh menantikan Meet & Greet khas dengan maskot rasmi KPJ, Dr. Kiki, menjadikan acara ini lebih menyeronokkan dan berpengetahuan.
Kanak-kanak juga akan mendapat manfaat daripada pemeriksaan tambahan percuma, termasuk pemeriksaan pergigian oleh Dr. Smile Dental Seremban 2 dan pemeriksaan mata oleh Optimax Eye Specialist Seremban.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur melalui WhatsApp di 016 920 9880 atau 06-766 6666 atau e-mel enquiry.rcs@royalechulan.com.
Comments
Post a Comment