Posts

Showing posts from January, 2021

SEMARAKKAN TAHUN LEMBU DENGAN SHOPEE 2.2 CNY SALE

Image
Perayaan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini mungkin agak berbeza, tetapi Shopee dan Duta Jenamanya ANIU menjemput anda untuk meraikan “A Niu Year” bersama mereka sempena 2.2 Jualan Tahun Baru Cina yang sedang berlangsung hingga 13 Februari.

LIMPAHAN KEMAKMURAN TAHUN BAHARU CINA DI SUNWAY PYRAMID

Image
Sunway Pyramid membuka tirai tahun 2021 dengan sambutan Happy ‘Niu’ Year sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

IPC MERIAHKAN TAHUN BAHARU CINA DENGAN REALITI TERIMBUH

Image
IPC Shopping Centre dengan sukacitanya melancarkan sambutan Tahun Baharu Cina bertema ‘Niu Niu New Year’ dengan menawarkan pengalaman membeli-belah ‘figital’, iaitu gabungan dunia fizikal dan juga digital, kepada orang ramai. 

SURIA KLCC BAWAKAN KECERIAAN TAHUN BAHARU CINA

Image
Suria KLCC diserikan dengan keceriaan warna merah tatkala kaum Tionghua menyambut ketibaan Tahun Lembu.

5 PERSIAPAN WAJIB BAGI KAUM CINA MENJELANG TAHUN BAHARU CINA

Image
Tahun Baharu Cina bakal menjelang tidak lama lagi, justeru inilah waktunya untuk mengamati tradisi pemberian ang pow, sajian limau mandarin dan yee sang, serta detik istimewa yang diluangkan bersama saudara-mara dan rakan taulan. 

5 CARA UNTUK MERIAHKAN RUMAH ANDA DI TAHUN BAHARU CINA

Image
Tahun ini merupakan Tahun Lembu mengikut kalendar Cina. Tahun Baharu Cina bakal diraikan pada 12 Februari ini dan sudah pastinya persiapan untuk menyambut kedatangannya telah pun bermula. Jom kita baca lima cara bagaimana anda boleh memeriahkan Tahun Baharu Cina dengan Ikea Malaysia. 

HABIB LANCAR KOLEKSI ‘AUSPICIOUS BLOOMS’ TAHUN BAHARU CINA

Image
Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelang dan HABIB sekali lagi tampil kreatif dengan mengolah rekaan klasik sempoa juga lebih dikenali sebagai ‘abacus’ menjadi satu barangan kemas yang bakal menjadi trend pada perayaan Tahun Baru Cina tahun ini. 

SINOPSIS SLOT MEGADRAMA ASTRO - MARRY ME SENORITA

Image
Drama bersiri ‘Marry Me Senorita’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan Suri Ryana yang mengangkat genre romantik terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. Drama 28 episod arahan sutradara Nur Ain Sharif ini turut menampilkan pengarah prolifik, Michael Ang selaku Penerbit serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada Rehal Nurharis dan Dayang Kartinah.

‘SURAT AKHIR’ DENDANGAN AMIRA OTHMAN JADI OST DRAMA ‘HEBAT’

Image
Penyanyi, pelakon serta pengacara berimej bersih dan jauh daripada segala palitan kontroversi yang berasal dari Skudai, Johor, Hajjah Nadia Amira Othman atau lebih mesra dengan sapaan, Amira Othman, kembali mewarnai industri muzik tanah air setelah hampir 2 tahun berehat tanpa mana-mana projek solo dengan single terbaharu yang pasti menyentuh kalbu berjudul ‘Surat Ahkir’. 

NUR FATIMA TAMPILKAN KAYDA DALAM SINGLE TERBAHARU "GALERI"

Image
Penyanyi serta penulis lirik berbakat besar dan berpengalaman luas yang juga merupakan anak jati Kuala Lumpur, Nur Fatimah Abdul Wahab atau lebih terkenal dengan panggilan Nur Fatima, kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air setelah memenangi tempat ke-4 dalam pertandingan Gegar Vaganza musim ke-6 dengan single terbaharu yang lebih rancak yang turut menampilkan artis rap Malaysia, Kayda, berjudul ‘Galeri’. Lagu ini ditulis dan digubah oleh komposer-komposer hebat negara seperti Omar K, Audi Mok, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

OMNIMEAT BERIKAN ALTERNATIF MAKANAN BERASASKAN TUMBUHAN

Image
  Selepas mendapat sambutan yang memberangsangkan di lebih 30 negara, sejak pelancarannya pada tahun 2012, Green Monday, sebuah platform untuk menggalakkan lebih ramai pengguna untuk memakan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan berbanding dengan daging untuk mengekalkan kelestarian alam dan kesihatan kini dilancarkan di Malaysia.

BANGKITKAN RASA CINTA DENGAN ‘LOVE SERIES’ CORNETTO TERBAHARU

Image
  Meskipun terpisah secara fizikal pada bulan kekasih tahun ini, kenangan indah masih boleh diukir bersama dengan rangkaian aiskrim Cornetto terbaharu, Love Series. Varian Cornetto Love Series yang baru dilancarkan ini diperkenalkan untuk menjadi pendorong kepada mereka yang ingin menjalin hubungan yang ikhlas dan sejati bersama insan istimewa.

MAGNUM PERKENALKAN AISKRIM BAHARU COOKIES & CREAM

Image
Magnum, jenama yang menjulang kenikmatan aiskrimnya telah merungkaikan produk terbaharu: Magnum Cookies and Cream. Ia mempakejkan kenikmatan biskut dan coklat putih Belgium untuk mencungkil sifat keriangan dan kebebasan yang wujud dalam diri kita.

NIKE LANCAR NIKE REACT ESCAPE RUN KHAS BUAT WANITA

Image
Susuri jalan-jalan di kota raya dengan Nike React Escape Run. Direka khas buat kaum wanita, ia menampilkan kolar yang lebih lebar dan juga perincian bersulam. 

MAGGI BAWA KECERIAAN TAHUN BARU CINA KEPADA WARGA EMAS

Image
Sambutan Tahun Baru Cina menandakan titik permulaan baharu serta masa untuk mengeratkan semula hubungan dan memupuk semangat saling membantu sesama insan. Dengan hasrat untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan serta menyerikan lagi kehidupan warga emas sepanjang musim perayaan, MAGGI® memperkenalkan kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” pada bulan Januari dan Februari di mana kutipan daripada kempen ini akan disalurkan untuk dana kebajikan rumah jagaan warga emas. Dana ini kemudiannya akan digunakan untuk memenuhi keperluan kebajikan sebelas buah rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia. Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Dalam tempoh yang mencabar ini, kami mahu membantu memulihkan semula semangat kumpulan yang penting dalam masyarakat iaitu warga emas di rumah-rumah jagaan warga emas yang terjejas akibat sekatan lawatan ke tempat mereka. Tujuan kami melalui kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” MAGGI® ini ad...

USOP KEMBALI DENGAN GAYA LEBIH SUAVE DENGAN "LENYAP"

Image
Naib Juara Big Stage 2020, anak muda berbakat besar asal Kulim, Kedah dan sering menjadi perhatian kerana sikapnya yang selamba dan adakalanya mencuit hati, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor atau lebih terkenal dengan panggilan Usop kembali mempertaruhkan single terbaharu yang padat dengan emosi dan pasti meruntun jiwa dengan gaya yang lebih suave berjudul ‘Lenyap’. Lagu yang dicipta khas ini adalah kerjasama di antara komposer-komposer terkemuka negara seperti Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan, dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment bersama-sama Universal Music Malaysia dengan Faithful Music Publishing. Bercerita mengenai single terbaharunya, Usop berkata, “Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa redha akan takdir yang menimpa dirinya.” “Lenyap yang lebih kepada genre balada pop merupaka...

SENARAI PEMENANG ERA DIGITAL MUZIK AWARDS (EDMA) 2020

Image
Malam kemuncak ERA Digital Muzik Awards (EDMA) 2020 anjuran jenama radio ERA, dan dibawakan oleh SYOK, mengumumkan pemenang-pemenang EDMA 2020 secara digital bagi enam buah kategori: Dihoskan oleh Danial, Radin (dari segmen ERA D’Boyz) dan Isha (dari segmen Gempak Hit ERA), juga merupakan personaliti baharu ERA, pentas digital EDMA 2020 telah dihangatkan dengan persembahan mantap dan bertenaga daripada penyanyi-penyanyi terhebat tanah air seperti Shiha Zikir, dengan lagu terkenal AEWO; Neeta Manishaa, lagu bertajuk Hanya Mimpi; gabungan suara Harith Zazman, Loca B dan Tuju, membawakan dua buah lagu bertajuk Cute dan Tak Tahu; juga turut dihiburkan dengan persembahan daripada Yonny Boi, Asyraf Nasir, dan Azzam Sham. Undian EDMA 2020 telah dibuka kepada para peminat pada 28 Disember hingga 18 Januari, menerusi laman rasmi ERA dan peminat telah diberi seratus peratus kuasa untuk memilih pemenang pada setiap kategori yang dipertandingkan.  EDMA 2020 telah distrim secara langsung meneru...

MISI OCEAN’US 2021 DILANCAR UNTUK KEKALKAN KELESTARIAN FESYEN

Image
OCEAN'US adalah inisiatif kerjasama Ocean Hero Conservation (OHC) dan Hatta Dolmat yang dikawal selia oleh Matlamat Pembangunan Mampan PBB yang dikategorikan di bawah Kepenggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab SDG12, Kehidupan Di Lautan SDG14 dan Rancangan Malaysia Kesebelas: Pelan Tindakan Kawalan Pencemaran ke arah Pembasmian Sampah dan Penggunaan Botol Plastik yang akan membahayakan hidupan marin dengan mengambil solusi inisiatif penghasilan fabrik daripada lambakan sisa botol plastik di lautan. Kempen ini merupakan satu usaha bagi mendidik kepentingan pemuliharaan hidupan marin dan untuk mempromosikan perkembangan industri teknologi hijau dalam teknologi penghasilan fabrik daripada botol plastik. 

MEMAHAMI HPV UNTUK MELINDUNGI GENERASI MASA HADAPAN

Image
  Tatkala menjaga kesihatan diri, seseorang itu akan mengetahui keadaan terbaik badan mereka sendiri memandangkan mereka akan merasa sensitif kepada sebarang perubahan dan perbezaan yang dialami. Namun, berapa kerapkah seseorang melihat ke bahagian bawah atau memberi perhatian terhadap kawasan genital mereka untuk memastikan bahawa badan mereka berfungsi dengan baik, tanpa apa-apa yang luarbiasa?

MYRA PERMUDAHKAN URUSAN DENGAN HAB PEMBELIAN RUMAH

Image
  Proses membeli rumah boleh menjadi suatu pengalaman yang mencabar dan mencemaskan terutamanya bagi pembeli rumah pertama. Pelbagai perkara harus difikir dan diuruskan sebelum proses pembelian bermula dan sehinggalah menerima kunci rumah. 

SUPERGOOPS! PERKENAL UNSEEN SUNSCREEN JUMBO SPF 40

Image
  Supergoop! memperkenalkan Unseen Sunscreen Jumbo SPF 40 Edisi Terhad ke pasaran Malaysia sempena Tahun Baharu Cina! 

SERLAHKAN KEREMAJAAN KULIT DENGAN LOSYEN RAWATAN NUTOX

Image
  Menurut kepercayaan Feng Shui, kulit yang cerah dan bersih adalah cerminan niat yang baik dan perjalanan lancar dalam mendepani masa. Tahun Baru Cina merupakan saat yang sibuk tetapi penuh kemeriahan dalam meraikan tradisi. 

LAGU TERLUKA TONJOLKAN SUARA FARIZ KAMIL YANG UNIK

Image
Fariz Kamil merupakan nama yang betul-betul segar dalam industri nyanyian tanah air. Berusia 29 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur, Fariz memulakan nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi. Jejaka ini mula memberanikan diri untuk menyanyi di pentas ketika di darjah enam. Kemudian minatnya untuk menjadi penyanyi kian bercambah hari ke hari. 

NIKMATI BUAH-BUAHAN MUSIM PANAS SEGAR DARI AUSTRALIA

Image
Memandangkan ramai antara kita yang ingin mengekalkan azam Tahun Baru untuk makan dengan lebih sihat dan menjaga kesejahteraan badan, Taste Australia membawakan pelbagai buah-buahan musim panas yang lazat dan berkhasiat untuk membantu anda! 

DARI BOLASEPAK KE ARENA HIBURAN, BAKAT ISS "TIADA BERNOKTAH"

Image
Sebelum bergelar seorang penyanyi, Iss Arffan atau nama penuhnya Mohd Nur Izwandi Bin Affendi merupakan seorang pemain bola sepak. Bakat seni suara anak kelahiran Bumi Kenyalang ini, dipupuk oleh ibunya sendiri setelah mendengar kebolehannya menyanyikan lagu Melayu Asli. 

PROGRAM ASTRO TUTOR TV ‘30 HARI MENJELANG SPM’ BANTU CALON SPM

Image
Mulai 23 Januari (Sabtu) lepas, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, ‘30 Hari Menjelang SPM’ di platform Astro Tutor TV. Untuk 30 hari berturut-turut, dari jam 5 hingga 7 petang di saluran Tutor TV 603, pelajar SPM boleh mengulangkaji pelajaran dengan ‘Pelan A+ SPM’, ‘Misi Studi’, ‘Top Tutor’ dan ‘Top Tips’. Kesemua program ini meliputi mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah dan Sains, serta mata pelajaran elektif termasuklah Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Geografi.

JOE FLIZZOW TAMPILKAN MK & JAY PARK DALAM SINGLE "CIAO"

Image
"Kita perlukan lagu antem untuk kehidupan seharian kita, ia sudah lama tidak kita miliki. This is the one"- Jika anda Joe Flizzow, setiap lagu adalah manifesto, totem kepada monumen. Joe Flizzow tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. 

VOLVO CAR MALAYSIA CATAT REKOD JUALAN BARU DI TAHUN 2020

Image
Volvo Car Malaysia hari ini mengumumkan keputusan prestasi dan jualan yang kukuh pada tahun 2020, meskipun berdepan dengan wabak COVID-19 dan memberi petunjuk kepada pertumbuhan baik pada tahun akan datang. 

WAKTU OPERASI FOODPANDA DILANJUTKAN SEHINGGA 10 MALAM

Image
  Raikan kelanjutan waktu operasi! Anda tidak perlu lagi tergesa-gesa mengejar waktu pesanan terakhir. foodpanda, peneraju platform atas talian ingin membantu rakyat Malaysia menjamu selera lebih lama dengan waktu operasi yang dilanjutkan mulai hari ini. 

CETAPHIL PERKENAL RANGKAIAN PRODUK BRIGHT HEALTHY RADIANCE

Image
Cetaphil mempunyai rekod yang cukup dikenali dalam menyediakan solusi penjagaan kulit dengan asas perubatan dan dermatologi secara turun-temurun. Memberikan hanya yang terbaik kepada pengguna, Cetaphil adalah jenama yang dipercayai selama tujuh dekad memperkenalkan Bright Healthy Radiance, iaitu rangkaian penjagaan kulit pertama oleh syarikat yang direka untuk direka untuk mencerahkan kulit tanpa membahayakan kulit. 

SET PEMBELAJARAN PINKFONG BAHASA INGGERIS HANYA DI ASTRO

Image
Peminat karakter rubah yang peramah, PinkFong, dapat menantikan 'PinkFong First Learning Kit' dalam versi Bahasa Inggeris yang pertama di dunia, menawarkan ibu bapa dan anak-anak pengalaman pembelajaran di rumah yang interaktif serta membawa peminat muda ke dalam suatu perjalanan yang menarik untuk meneroka dan berlatih tabiat gaya hidup sihat seperti aktiviti menggosok gigi, persiapan mandi, dan pemakanan sayur-sayuran. Edisi terhad ‘PinkFong First Learning Kit’ ini akan disediakan untuk pra-pesanan di laman web Go Shop dari 25 Januari hingga 10 Februari 2021, atau untuk pembelian melalui Astro Best (saluran 481) atau On Demand dari 15 Februari 2021. Pelanggan Astro akan menjadi yang pertama di dunia untuk menikmati 'PinkFong First Learning Kit' dalam versi Bahasa Inggeris, yang pada sebelum ini hanya disediakan dalam versi Bahasa Korea dan Cina. ‘PinkFong First Learning Kit’ terdiri daripada tiga set barangan eksklusif: 'Brush the Teeth Set', 'Eat Set Vegg...

MENANGI BAUCAR TUNAI SHOPEE DENGAN ‘SYOK ANG POW BONANZA’

Image
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal diraikan, SYOK menawarkan baucar tunai Shopee menerusi ‘SYOK Ang Pow Bonanza’, dari 24 Januari hingga 12 Februari 2021. 

‘KERANA KORONA’ PAPARKAN KISAH KEHIDUPAN SEMASA PKP

Image
Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk dunia, namun Astro Shaw sebagai penerbit terus memainkan peranannya dalam membawakan konten baru dan berkualiti bagi memberikan kepuasan kepada penonton serta merancakkan lagi industri filem tempatan meskipun pada waktu yang mencabar ini. Melangkah ke tahun 2021, Astro Shaw bakal tampil dengan sebuah filem yang diinspirasikan daripada latar sebenar iaitu semasa Malaysia dalam situasi pandemik COVID-19.

GEDUNG PUMA PAVILION KL TAMPILKAN ZON CUSTOMIZATION

Image
Ruangan khas untuk koleksi wanita Gedung utama PUMA di Pavilion, Kuala Lumpur telah dinaiktaraf dan berwajah baharu. Dengan ruang yang lebih besar dengan keluasan 486 kaki persegi, gedung ini menampilkan lebih banyak produk dan zon-zon yang unik untuk memenuhi permintaan pelanggan.

IJM LAND HULURKAN BANTUAN BAGI KELUARGA YANG MEMERLUKAN

Image
  Demi melangkah ke tahun baru dengan penuh makna dan kebaikan, pemaju terkemuka Seremban 2, IJM Land berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik melalui Program Amal Tahun Baru Cina, suatu inisiatif tahunan untuk membantu dan menyebarkan kegembiraan kepada keluarga yang sangat memerlukan. 

MINI MALAYSIA TAWAR PENJIMATAN TAHUN BARU BAGI COUNTRYMAN SE

Image
MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia telah merungkaikan program baharu untuk MINI Countryman SE, termasuk model-model MINI yang lain – ekoran perlanjutan dalam tempoh pengecualian SST.

20 IDEA AKTIVITI DI RUMAH BAGI ANDA & ANAK-ANAK SEMASA PKP 2.0

Image
  Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa Negeri di Malaysia bagi mengawal penularan Covid-19 yang jangkitannya kian meningkat. Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services bagi menyekat penyebaran virus ini. 

BOOKXCESS BAWAKAN TAWARAN HEBAT BAGI ANDA HARUNGI PKP 2.0

Image
  Tanpa meninggalkan rumah, anda masih boleh mendapatkan buku-buku untuk anak-anak anda dengan harga hebat menerusi Bookxcessonline.com. 

RAIKAN TAHUN BARU CINA DENGAN NESPRESSO SHANGHAI LUNGO

Image
Bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, Nespresso menggalakkan para pencinta kopi untuk memulakannya dengan secawan Nespresso, untuk tuah dan kemakmuran.  

AIRBNB MERAIKAN DUNIA MUZIK POP KOREA DENGAN INSIDE K-POP

Image
Airbnb meraikan industri muzik pop Korea yang popular dengan penampilan di sebalik tabir K-Pop. Dianjurkan oleh idola yang berada di tangga teratas carta, 

MARRYBROWN PERKENAL HIDANGAN MERAH JAMBU EGG-STRA ONG

Image
  Berita gembira bagi rakyat Malaysia, sesuatu kelainan yang menyelerakan akan tiba menjelang Tahun Baru Cina nanti! Memandangkan keadaan kini yang tidak menentu, Marrybrown tetap bertekad untuk mengilhamkan hidangan istimewa yang ‘egg-citing’ dan ‘egg-stra’ dengan menu lazat terbaharunya iaitu hidangan Egg-stra ONG. Marrybrown merupakan Quick-Service Restaurant (QSR) pertama yang akan mengeluarkan minuman terbaharu keluaran Nestle iaitu Pink Lemonade yang sesuai disajikan bersama menu perayaan yang menarik ini.

BIGO AWARDS GALA BAKAL KEMBALI BUAT KALI KEDUA TAHUN INI

Image
Bigo Live , platform strim langsung daripada  BIGO Technology  bakal menganjurkan acara tahunan BIGO Awards Gala buat kali kedua tahun ini untuk meraikan komuniti penyiar yang kental menghadapi cabaran global tahun lepas.