BANGKITKAN RASA CINTA DENGAN ‘LOVE SERIES’ CORNETTO TERBAHARU


 

Meskipun terpisah secara fizikal pada bulan kekasih tahun ini, kenangan indah masih boleh diukir bersama dengan rangkaian aiskrim Cornetto terbaharu, Love Series. Varian Cornetto Love Series yang baru dilancarkan ini diperkenalkan untuk menjadi pendorong kepada mereka yang ingin menjalin hubungan yang ikhlas dan sejati bersama insan istimewa.
Cornetto Love Series hadir dalam dua perisa yang menarik iaitu Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie, yang pasti mengujakan deria rasa. Cornetto Raspberry Yoghurt ditaburi dengan kepingan kecil biskut mentega yang rapuh dan sedikit suntikan rasa masam daripada sos raspberi yang sungguh lazat disamping aiskrim yogurt raspberi yang pekat.

Manakala, Dark Chocolate Brownie pula memberikan rasa manis serta sarat berperisa dengan rasa coklat gelap yang sungguh mewah dan dilimpahi dengan sos coklat yang pekat.

“Cornetto Love Series membantu menjalin hubungan sosial dengan memecahkan jurang antara pasangan kekasih yang sedang melangkah ke fasa perhubungan baharu serta membangkitkan rasa cinta antara mereka, dalam pada mereka mengharungi liku-liku dalam sesebuah perhubungan. Sejauh manapun cinta seseorang itu, Cornetto Love Series dengan kenikmatan rasa yang sungguh mewah dan tiada bandingan merupakan pasangan ideal yang membawa kepada permulaan sebuah perbualan yang bermakna,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Bahagian Makanan dan Minuman Unilever Malaysia.

Raikan Cinta Bersama Semua

Sempena Hari Kekasih tahun ini, Cornetto bersama 7-Eleven Malaysia menganjurkan dua peraduan yang mengajak pasangan kekasih untuk berkongsi mengenai kisah cinta mereka, seterusnya berpeluang memenangi pelbagai hadiah bernilai sehingga RM16,000!

Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:

1. Beli dua aiskrim Cornetto Love Series - sebarang varian daripada rangkaian Love Series.

2. Rakam gambar atau video anda melakukan gaya berbentuk hati (kedua-dua aiskrim Cornetto Love Series dicantumkan untuk menghasilkan bentuk hati).

3. Muat naik entri anda ke Instagram beserta tanda pagar #CornettoLoveSeries dan kapsyen yang kreatif.

Pemenang akan dipilih pada setiap minggu dan entri yang paling kreatif berpeluang memenangi baucar TnG eWallet bernilai RM100 bagi 120 peserta peraduan secara keseluruhan.

Peraduan Cornetto Love Series Sweet Hearts (Eksklusif bersama 7-Eleven)

Selain itu, Cornetto turut berkolaborasi bersama 7-Eleven Malaysia untuk menghadiahi lapan pemenang bertuah dengan wang tunai bernilai RM500 setiap seorang.

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu:

1. Beli dua aiskrim Cornetto Love Series - sebarang varian daripada rangkaian Love Series di cawangan 7-Eleven terdekat dengan anda di seluruh negara.

2. Rakam gambar atau video anda melakukan gaya berbentuk hati (kedua-dua aiskrim Cornetto Love Series dicantumkan untuk menghasilkan bentuk hati).

3. Muat naik entri anda ke Instagram beserta tanda pagar #CornettoLoveSeries dan #7ElevenMY serta kapsyen yang kreatif.

*Sila ambil maklum, bukti pembelian diperlukan bagi tujuan pengesahan.



Rangkaian aiskrim Cornetto Love Series berperisa Raspberry Yoghurt dan Dark Chocolate Brownie berharga RM3.00 setiap satu serta boleh didapati di kedai runcit seluruh negara. Aiskrim ini juga boleh dibeli di Lazada dan Shopee.

Layari laman Facebook rasmi Cornetto di https://www.facebook.com/CornettoMalaysia/ untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian aiskrim Cornetto's Love Series.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI