Posts

Showing posts with the label MUZIK

AINI SHAHIRA PERTARUH KISAH CINTA TERPENDAM DALAM SINGLE DEBUT ‘SIMFONI RAHSIA’

Image
Dalam dunia yang serba pantas dan terbuka hari ini, masih ramai yang pernah melalui pengalaman menyimpan perasaan terhadap seseorang tanpa berani meluahkannya. Perasaan itulah yang menjadi teras kepada “Simfoni Rahsia”, single sulung penyanyi baharu, Aini Shahira, yang menandakan kemunculan rasminya dalam industri muzik tempatan.

IMAN FANDI TERUS BERSINAR MENERUSI EP BAHARU “AFTERGLOW”

Image
Penyanyi kelahiran Singapura, Iman Fandi, tampil dengan karya terbaharunya menerusi EP berjudul Afterglow yang dilancarkan secara rasmi pada 25 September 2026 di semua platform penstriman muzik utama.

NABILA RAZALI LEBIH BERANI BERKARYA, TAMPIL SEBAGAI PENCIPTA LAGU DAN PENULIS LIRIK MENERUSI “CUKUP SAMPAI SINI”

Image
Selepas melalui pelbagai fasa dalam perjalanan seninya, Nabila Razali membuka lembaran baharu dengan pelancaran single Cukup Sampai Sini (CSS). Lagu ini mengangkat tema mengenali nilai diri, menetapkan batas dan keberanian untuk memilih diri sendiri. Lebih istimewa, CSS menandakan perkembangan penting apabila Nabila tampil sebagai pencipta lagu bersama Justin Seow Seng Tack, selain menulis keseluruhan lirik. Penglibatan langsung ini memberi ruang kepadanya menyampaikan emosi dan pandangan daripada idea awal hingga pembentukan melodi, muzik dan lirik.

LUNCAI EMAS LANCAR “SERANGAN RADIKAL”, BUAH TANGAN HIP-HOP TERBAHARU EDDIE G & CHUBB-E

Image
Industri muzik hip-hop tempatan, kini dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie G dan Chubb-E.

MALIQUE, ZIZI KIRANA & YASIN SULAIMAN SATU PENTAS – “YANG TINGGAL” CETUS MOMENT BERSEJARAH

Image
Dunia muzik tempatan kembali digegarkan dengan kolaborasi luar biasa apabila Malique, Zizi Kirana dan Yasin Sulaiman bersatu dalam karya penuh jiwa berjudul “Yang Tinggal”. Sidang media rasmi yang berlangsung di Heritage Club, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 18 September lalu menjadi saksi kepada detik bersejarah ini.

MALAYSIA JADI TUAN RUMAH PROJEK ULANG TAHUN BIGBANG & HARI LAHIR G-DRAGON TERBESAR

Image
Komuniti peminat G-DRAGON dan BIGBANG Malaysia, GDXBB20MY , dengan bangganya mempersembahkan projek mega bertajuk “Still Life With You For 20 Years” , dibawakan secara eksklusif oleh OPPO Malaysia . Projek ini meraikan ulang tahun ke-20 BIGBANG serta hari lahir G-DRAGON dengan siri sambutan di tiga bandar utama: Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sepanjang Ogos ini.

DARI HATI YANG IKHLAS, BETTO KHAI HADIR MENERUSI "TERUS MERINDU"

Image
Buat anda yang sedang dilanda perasaan rindu pada yang tersayang, penyanyi dan pencipta lagu bakat tempatan, Betto Khai, kini kembali mewarnai persada muzik tanah air menerusi pelancaran single terbaharunya bertajuk Terus Merindu.

DUA DEKAD MENUNGGU! LEGENDA MUZIK DATUK KHADIJAH IBRAHIM KEMBALI SENTUH HATI PEMINAT DENGAN SINGLE “IBU DOA”

Image
Selepas sepi tanpa sebarang material rakaman baharu selama 26 tahun, legenda muzik kegemaran ramai, Datuk Khadijah Ibrahim, akhirnya membuat kejutan julung kali! Tokoh seni berusia 67 tahun yang mesra disapa sebagai Ibu ini kembali mengubati kerinduan peminat menerusi pelancaran single terbaharunya bertajuk “Ibu Doa”.

BUKAN SEKADAR ALBUM, 'PETAL' BUKTI KEMATANGAN MUZIK ARIANA GRANDE

Image
Penyanyi-penulis lagu pemenang tiga trofi GRAMMY, Ariana Grande, hari ini melancarkan album studio kelapannya berjudul petal di bawah Babydoll Music / Republic Records. Album yang dinanti-nantikan ini dihasilkan bersama ILYA, dengan Max Martin turut bergabung sebagai penulis dan penerbit untuk tiga trek utama.

KIDD SANTHE RAIKAN KEJAYAAN ANTARABANGSA MENERUSI “AKU LEVEL LAIN”

Image
Selepas mencetuskan fenomena di Chennai dengan “Naa Vera Level”, bintang hip-hop Tamil Malaysia, Kidd Santhe, kembali meraikan identiti tempatan melalui single terbaharu berjudul “Aku Level Lain”.

ZEE AVI JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN SONY MUSIC PUBLISHING INDONESIA, PERKUKUH HUBUNGAN MUZIK SERANTAU

Image
Penyanyi dan penulis lagu antarabangsa kelahiran Sarawak, Zee Avi, membuka lembaran baharu dalam kerjaya muziknya menerusi kerjasama strategik bersama Sony Music Publishing Indonesia bagi memperluas pengaruh serta meluaskan jaringan seninya di pasaran serantau.

PEGANG TANGAN”: KOLABORASI ORGANIK ALTIMET & ADAM NUQRIS

Image
Nama besar hip hop tanah air, Altimet, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul “Pegang Tangan”, hasil arkib peribadinya yang kini diberi nafas baharu bersama bakat muda, Adam Nuqris. Walaupun sibuk dengan tanggungjawab sebagai YB Lembah Jaya, Altimet tetap membuktikan muzik masih dekat di hati.

KERJASAMA STRATEGIK BLISS & NABILA RAZALI: INSPIRASI HIDUP LEBIH SIHAT

Image
Bliss Juice, Smoothie & Dessert, jenama minuman dan pencuci mulut tempatan yang diasaskan pada 2023, mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) strategik bersama pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Malaysia, Nabila Razali. Usahasama ini menandakan langkah baharu dalam memperkukuh pertumbuhan jenama serta penglibatan pengguna di seluruh negara. Nabila Razali bersama Pengasas Bliss Juice, Amelyn Wong (di sebelah kanan Nabila) dan pengasas bersama, Joey Foong (di sebelah kiri Nabila Razali)  Bliss dikenali dengan komitmen menghasilkan jus, smoothie dan pencuci mulut menggunakan 100% buah-buahan segar, tanpa perisa tiruan atau pati buah. Dengan lebih 50 pilihan produk, Bliss menawarkan alternatif lebih sihat dan semula jadi kepada rakyat Malaysia. Usahasama bersama Nabila mencerminkan visi bersama untuk menginspirasi masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat melalui produk berasaskan buah segar, sambil memperkukuh hubungan bermakna dengan pengguna. Majlis pemeteraian M...

SABHI SADHI HIDUPKAN SEMULA MAGIS CINTA DENGAN “ROMANSA”

Image
Selepas mencipta fenomena melalui lagu hit “Cinta Sesungguhnya”, penyanyi kelahiran Sabah, Sabhi Sadhi, kembali dengan taruhan terbaharu berjudul “ROMANSA”. Lagu ini sarat dengan elemen cinta, kebahagiaan serta penghargaan terhadap hubungan yang dibina atas dasar kesetiaan dan pengorbanan, sekali gus mengukuhkan reputasi Sabhi sebagai penyanyi balada romantis pilihan ramai.

LAYLA SANIA MULAKAN FASA BAHARU KERJAYA MUZIK DENGAN LAGU DUET MANDARIN “她有你真幸福 (BLESSED TO HAVE YOU)”

Image
Penyanyi dan pelakon Malaysia, Layla Sania, membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya menerusi pelancaran single Mandarin terbaharunya, 她有你真幸福 (Blessed To Have You) — sebuah lagu duet bersama penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik, Brendon7an.

NADEERA DEDAH LUKA & KEBERANIAN DALAM SINGLE EMOSI TERBAHARU “CUBA JADI AKU”

Image
Selepas mencipta fenomena luar biasa menerusi single hit “Bukan Lagi Kita” yang mencapai lebih 100 juta penstriman di semua platform digital dan juga mendominasi carta muzik tempatan malah mengangkat namanya ke tahap yang lebih tinggi dalam industri hiburan tanah air, penyanyi bersuara emas, Nadeera, kini kembali dengan karya baharu yang dijangka bakal sekali lagi meninggalkan kesan mendalam dalam hati para pendengar.

OLIVIA RODRIGO LANCAR ALBUM STUDIO KETIGA 'YOU SEEM PRETTY SAD FOR A GIRL SO IN LOVE'

Image
Penyanyi-penulis lagu pemenang GRAMMY dan bertaraf multi-platinum, Olivia Rodrigo , hari ini melancarkan album studio ketiganya berjudul you seem pretty sad for a girl so in love di bawah Geffen Records. Album ini turut hadir dengan koleksi barangan edisi terhad termasuk vinil dan cenderamata eksklusif untuk para peminat.

YUSRY ABDUL HALIM DENDANGKAN KEJUJURAN EMOSI DALAM 'JIWA & RAGA'

Image
Nama besar industri hiburan tanah air, Yusry Abdul Halim, kembali menghangatkan dunia muzik tempatan dengan pelancaran single solo terbaharunya berjudul “Jiwa & Raga”. Kemunculan ini cukup istimewa kerana ia merupakan single solo pertama beliau selepas lebih dua dekad sejak “Dekat Padamu” pada tahun 2003, sekaligus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni seorang penghibur yang kekal relevan merentasi generasi.

“NAA VERA LEVEL” ANGKAT KIDD SANTHE KE PENTAS ANTARABANGSA BERSAMA RAAVANAA RAM

Image
Bintang hip-hop Tamil Malaysia, Kidd Santhe, terus mencetuskan fenomena baharu dengan pelancaran single penuh tenaga berjudul “Naa Vera Level”. Lagu ini menandakan kolaborasi rentas sempadan bersama artis popular dari Chennai, Raavanaa Ram, sekaligus mengangkat nama Kidd Santhe ke pentas antarabangsa.

ZYNAKAL KEMBALI DENGAN “NIAT” — SEBUAH LUAHAN TENTANG KETAKUTAN UNTUK MENCINTAI

Image
Zynakal kembali dengan single terbaharunya berjudul “NIAT”, sebuah karya yang menyentuh sisi emosi tentang persoalan keikhlasan, ketakutan untuk jatuh cinta, dan dilema dalam membuka hati selepas melalui pelbagai pengalaman hidup.