Posts

Showing posts from August, 2023

JUARA-JUARA KEMBALI BERENTAP DI ‘ALL STARS GEGAR VAGANZA’

Image
  Sedekad bergemerlapan di pentas nyanyian terbesar di Malaysia and serantaunya, Astro meraikan ulang tahun kesepuluh ‘Gegar Vaganza’ (GV) dengan musim baharu yang terdiri daripada pemenang-pemenang ‘GV’ terdahulu.

GOLDEN SCREEN CINEMAS MENYAMBUT BULAN MERDEKA DENGAN KEMPEN #MALAYSIAKU!

Image
  Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) meraikan aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia dengan kempen #Malaysiaku sempena bulan Merdeka. Penonton akan disajikan dengan makanan istimewa, promosi pawagam dan barangan eksklusif serta tayangan filem yang dinanti-nantikan, MALBATT: Misi Bakara.

PRODUKSI ‘RIVERS IN THE SKY’ SAKSIKAN MASAKINI THEATRE COMPANY BERGABUNG DENGAN ANA WOOLF, DI PENTAS 1 KLPAC

Image
RIVERS IN THE SKY, merupakan sebuah produksi Masakini Theatre Company yang bakal dipentaskan pada 1 – 3 September 2023 ini di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Pentas 1. Produksi ini merupakan sebuah kolaborasi di antara Masakini Theatre Company dengan nama yang tidak asing lagi dalam dunia teater antarabangsa iaitu Ana Woolf daripada CATA. Turut menggalas tugas sebagai Pengarah Bersama adalah Sabera Shaik dari Masakini.

RESORTS WORLD GENTING RAI HARI KEBANGSAAN DENGAN RANGKAIAN AKTIVITI DAN TAWARAN YANG HEBAT

Image
Ingin menyambut Hari Kebangsaan yang berbeza dan unik tahun ini? Jangan lihat lebih jauh lagi. Resorts World Genting yang terletak 6000 kaki di atas paras laut, menawarkan percutian yang menyegarkan dengan cuaca tenang yang sejuk dan pengalaman mesra keluarga. Kali ini, Resorts World Genting menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran makanan menyeronokkan yang direka khas sempena sambutan Hari Kebangsaan dengan #RWGMerdekaCaraKita.

MARTABATKAN MEK MULUNG, RTM TERBITKAN TELEFILEM “ANGIN” KHAS HARI KEBANGSAAN INI

Image
Berbanding persembahan teater tradisional warisan Wayang Kulit, dan Mak Yong yang lebih popular dalam kalangan masyarakat kita, drama tari rakyat yang mula diperkenalkan kepada masyarakat Negeri Kedah iaitu Mek Mulung juga mempunyai keunikan juga keistimewaan tersendiri.

FOODPANDA MALAYSIA MENAIK TARAF GANJARAN DAN FAEDAH PERLINDUNGAN UNTUK RAKAN PENGHANTAR DAN KELUARGA MEREKA

Image
Dalam usaha untuk meraikan dan melindungi rakan penghantarnya, platform penghantaran makanan yang terkemuka, foodpanda Malaysia akan memperluaskan perlindungan insurans kemalangan untuk para penghantar dan keluarga mereka di luar waktu kerja mereka.

PELAKON TERKENAL HK MICHELLE YIM HADIRI PAMERAN KESIHATAN TIDUR BANTU KETENGAHKAN ISU INSOMNIA YANG KIAN MENINGKAT

Image
AmLife International Sdn Bhd hari ini menganjurkan pameran kesihatan tidur bertema “Tidur Demi Penampilan Lebih Muda dan Sihat!” untuk menangani masalah tidur yang kian meningkat dan memperlihatkan hubung kaitnya dengan penuaan dan penyakit di One World Hotel.

KOPIKO MACCHIATO: RASA SEMPURNA, BERI NIKMAT KOPI SEBENAR #INILAHKOPIKOBETUL!

Image
Mayora Malaysia Sdn. Bhd. (Mayora), sebuah syarikat terkemuka dalam industri Barangan Pengguna Bergerak Pantas (FMCG) teruja mengumumkan pelancaran baharu di bawah siri Kopiko - Kopiko Macchiato. Minuman kopi 3-dalam-1 ini menghidangkan kepekatan dalam setiap hirupan, kekayaan aroma penuh pekat dengan sentuhan manis secukup rasa, menepati citarasa rakyat Malaysia - Kopi Pekat, Tak Manis Sangat.

FESTIVAL KEBUDAYAAN PESZTA KEMBALI MEMERIAHKAN DUNIA MUZIK, SENI DAN WARISAN

Image
Dalam usaha untuk menyemarakkan sambutan Merdeka, PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PMVSB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengalu-alukan kedatangan rakyat Malaysia sekali lagi untuk merasai kemeriahan PESZTA, yang merupakan Perayaan Muzik, Seni & Warisan. Dengan kerjasama Think City, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Lim Yee Hoh, festival satu hari ini akan diadakan pada 26 Ogos 2023 di Kampung Attap yang terletak berhampiran dengan presint Merdeka 118, bagi menghidupkan semangat Merdeka.

HALIDA RAMLEE MEMPERTARUHKAN "NYAWA" SEBAGAI SINGLE PERTAMA

Image
HALIDA RAMLEE merupakan seorang penyanyi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian. Halida mula menyanyi di pentas seawal umur 5 tahun dan pada umur 15 tahun Halida sudah aktif menyanyi dikelab, lounge, majlis korporat sehingga sekarang. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berasal dari keluarga muzik, beliau mempunyai adik beradik serta arwah bapa yang merupakan pemuzik professional yang mana mereka aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang juga seluruh Malaysia. Halida menamakan Anita Baker dan Ziana Zain sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi.

DOKUMENTARI TERBITAN RTM 'WATSON THE FLYING DAYAK' TEMUI PENONTON DI TV1

Image
Aksinya kita rindui. Larian pantasnya masih segar diingatan. Inilah legenda pecut negara, Watson Nyambek. Sehingga kini, walaupun sudah bersara sepenuhnya dari lapangan olahraga, Watson tetap gigih menyumbang jasa terhadap negara dengan melahirkan bakat-bakat baru melalui penubuhan kelab olahraga miliknya di kenali sebagai The Flying Dayak Club yang berpusat di Miri, Sarawak.

MALABAR MGD LIFESTYLE JEWELLERY BAWAKAN HADIAH ISTIMEWA KEMERDEKAAN KE 66 UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Image
Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 66 tahun, Malabar MGD Lifestyle Jewellery menjanjikan sesuatu yang istimewa kepada pelanggan sempena promosi istimewa kemerdekaan yang berlangsung di bilik pameran Malabar MGD Lifestyle Jewellery di Ampang Point, Subang Jaya Mydin Mall and SerembanII Mydin Mall dari 30 August sehingga 3 September 2023.

EVA AIR LANCAR KEMPEN ‘ELEVATING YOUR EXPERIENCE’

Image
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’, yang menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai satu pengalaman penerbangan yang luar biasa. Kempen ini dirancang khas untuk pelancong Malaysia yang mengidamkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan mudah.

4 EPISOD KHAS MAJALAH 3 MENYEMARAKKAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Image
Program dokumentari TV3, Majalah 3 tidak pernah menghampakan penonton setianya dengan dokumentari yang membawakan pelbagai kisah Malaysia dari aspek kemanusiaan, budaya, makanan, teknologi, sukan dan alam sekitar. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Majalah 3 membawakan 4 episod khas secara eksklusif bermula 21 Ogos 2023, setiap hari Isnin, 9.00 malam di TV3 dan strim langsung HD di www.tonton.com.my Menurut Penerbit Kanan Majalah 3, Christine Lee Mei Chin, “Istimewa buat tontonan ramai di bulan kebangsaan, Majalah 3 memaparkan 4 episod khas untuk menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Barisan wartawan Majalah 3 yang berpengalaman bakal menelusuri kisah-kisah menarik yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan kru Majalah 3 dari peringkat menjalani penyelidikan, mencari informasi, proses penggambaran sehinggalah pasca penerbitan. Ribuan terima kasih atas bantuan dan keperca...

VIU MALAYSIA RAIKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN DENGAN VIU LOKAL LAH!

Image
Viu Malaysia, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66 dengan kempen Viu Lokal Lah!. Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan komitmen Viu dalam menyokong industri seni tanah air melalui penyiaran kandungan tempatan dan juga penerbitan Viu Original.

JACK ‘N JILL CALBEE PERKENALKAN PERISA SOUR CREAM & ONION BAHARU UNTUK MEMIKAT SELERA PENGGEMAR KEREPEK KENTANG!

Image
JACK ‘n JILL Calbee, jenama snek terulung Jepun yang terkenal dengan langkah kawalan kualiti yang ketat, akan memikat peminat kerepek kentang dengan tawaran terbarunya. Dikenali dengan kepakarannya dalam penghasilan yang teliti, JACK 'n JILL Calbee memastikan setiap keping kerepek memberikan kerangupan, kunyahan dan rasa yang sempurna.

FESTIVAL FILEM JEPUN YANG KE-19 BAKAL BAWAKAN 16 FILEM TERBAIK DARI JEPUN DI PAWAGAM GSC TERPILIH

Image
Festival Filem Jepun yang sangat dinantikan kembali pada tahun 2023, berlangsung dari 7 September hingga 15 Oktober di beberapa pawagam GSC terpilih di seluruh Malaysia. Ia menjanjikan tayangan koleksi filem-filem terbaik Jepun di skrin besar untuk keseronokan semua.

F&N RAIKAN ULANG TAHUN KE-140 DENGAN TEMA 'KISAH KITA… SELAMANYA'

Image
Fraser & Neave Holdings Bhd ('F&NHB' atau 'Kumpulan'), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”

PERJUANGAN ROCK JINBARA DITERUSKAN DENGAN PELANCARAN SINGLE 'KURNIAKU TERINDAH'

Image
Jinbara kembali meneruskan perjuangan mereka dalam dunia muzik rock dengan pelancaran single terbaru berjudul "Kurniaku Terindah" terbitan di bawah Luncai Emas Sdn Bhd. Penerbitan single ini adalah satu projek rakaman khas Jinbara bersama Luncai Emas bagi terus mengukir nama di dalam industri muzik rock. Seperti yang diungkapkan oleh komposer single ini, "Perjuangan dan perjalanan rock mereka masih belum tamat lagi’’- Ujar M.Nasir . Single "Kurniaku Terindah," yang dicipta oleh Dato' M.Nasir, membuktikan bahawa perjalanan muzik Jinbara masih jauh dari pengakhirannya. Sebagai Kumpulan rock yang telah menghasilkan lagu-lagu popular seperti "Kasihnya Laila," "Farhana, "Cinta Pandai Merdeka," dan "Patri," Jinbara merasakan bahawa "Kurniaku Terindah" adalah pencapaian baru buat mereka. ‘’Ini suatu kehormatan besar dan rasa bersyukur kerana kami diberikan kepercayaan untuk membawakan lagu hasil ciptaan Dato’ M.Nasir. S...

PROJEK57 & PACS MENINGKATKAN SOKONGAN KEPADA KOMUNITI ORANG ASLI, BINA PRASEKOLAH BAHARU

Image
  Seiring dengan persiapan negara untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dan Hari Malaysia, semangat perpaduan dan kemerdekaan kian terasa. Bagi Projek57, sebuah perusahaan sosial di mana projek komunitinya adalah berinspirasikan wawasan keterangkuman Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, matlamatnya untuk menggalakkan harapan di kalangan rakyat Malaysia sambil meningkatkan kehidupan anak-anak muda yang kurang bernasib baik telah mencapai tahap baru tahun ini.

POS MALAYSIA MENYAMBUT ULANG-TAHUN KE-100 FUNIKULAR BUKIT BENDERA DENGAN PELANCARAN SETEM KENANG-KENANGAN & SAMPUL SURAT HARI PERTAMA

Image
Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia dengan kerjasama Penang Hill Corporation (PHC) melancarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama untuk menandakan Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera. 

MEMPERKASA IMPIAN, MEMACU KEJAYAAN: IBU NAKHODA HIDUP 2023 RAIKAN PEMERKASAAN IBU USAHAWAN

Image
WOMEN:girls, dengan kerjasama Procter & Gamble (P&G) Malaysia dan Singapura, dan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), dengan bangganya mengumumkan kejayaan program Ibu Nakhoda Hidup 2023. 

PAMERAN HANYA SATU: ATMA KIRANA HAYATI RUKUN NEGARA DAN WARISAN BUDAYA MALAYSIA

Image
Balai Seni Negara menerusi Pameran Hanya Satu (Single) membawakan karya yang bertajuk 'ATMA KIRANA' oleh Abdul Shakir atau lebih dikenali sebagai Grasshopper bermula pada 9 Ogos 2023 di ruang lobi bangunan Galeri Balai Seni Negara. 

LG MALAYSIA LANCAR PENULEN AIR TANPA TANGKI LAYAN DIRI LG PURICARE™ YANG TERBAHARU

Image
LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) memperkenalkan era baharu penulenan air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare™ | Koleksi Objet. Dilengkapi teknologi penulenan yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.

AMAZIN' GRAZE RAIKAN ULANG TAHUN KE-8 DENGAN PROMOSI DISKAUN SEHINGGA 50%

Image
Amazin' Graze, rangkaian produk sarapan pagi sihat dan snek tempatan yang diasaskan oleh usahawan wanita meraikan hari ulang tahunnya yang ke-8 bulan ini. Bagi meraikan ulang tahun ini, pelbagai promosi hebat dengan diskaun sehingga 50% sedang rancak diadakan sepanjang bulan ini!

INOVASI SPRITE TERKINI DI MALAYSIA, SPRITE® LEMON+ MENYATUKAN KESEGARAN LEMON DENGAN TENAGA VITAMIN B3

Image
Coca-Cola Malaysia menjemput rakyat Malaysia ke satu pengalaman yang menyegarkan dengan pelancaran inovasi terbarunya di bawah portfolio Sprite, iaitu Sprite Lemon+ Zero Sugar. Dengan menyatukan perisa ikonik Sprite dan kesegaran buah lemon serta tenaga vitamin B3, pelancaran berkenaan selari dengan Kempen ‘Heat Happens, Think Zesty’, platform jenama global Coca-Cola yang pertama.

DURIOO+ PERKENALKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI AI UNTUK MEMASTIKAN FILEM ANTARABANGSA SELAMAT UNTUK TONTONAN KANAK-KANAK MUSLIM

Image
Durioo+, platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, dengan bangganya mengumumkan pelancaran beberapa filem luar negara di platform mereka. Apa yang lebih menarik, filem-filem ini telah melalui proses penapisan, penggunaan AI dan pelarasan ketat untuk memastikan selamat sepenuhnya bagi tontonan kanak-kanak. 

RUFFEDGE UBATI RINDU PENGGEMAR LAGU-LAGU R&B DENGAN KONSERT RUFFERA: THAT MOMENT IN TIME

Image
Malam 21 Ogos menjadi saksi sekali lagi buat kumpulan vokal R&B terkenal negara yang tidak asing lagi, Ruffedge, menggegarkan ibu kota dalam sebuah konsert yang ditunggu-tunggu Ruffera : That Moment In Time Tour dengan penampilan tetap DJ Uno bertempat di Mega Star Arena bermula jam 8:30 malam. Ternyata Azan, Cat, Mode, Sein dan Zain berjaya menghiburkan seramai 4,500 orang peminat yang hadir di Kuala Lumpur melalui persembahan mereka yang bertenaga lagi menghiburkan selama 2 jam lebih tanpa henti.

NIKMATILAH KEENAKAN HIDANGAN AYAM TANPA TULANG KYOCHON 1991 BAHARU

Image
KyoChon 1991 telah melancarkan menu baharunya yang menampilkan daging ayam tanpa tulang! Rangkaian baharu ini menyajikan hidangan-hidangan berasaskan ayam tanpa tulang yang diperbuat daripada daging peha ayam yang lembut dan enak.

HAFIZ HAMIDUN DAN INTEAM BERGABUNG DI DALAM LAGU GAPURA, LAGU NASYID CINTA KEPADA NEGARA

Image
Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut tidak lama lagi, Hafiz Hamidun dan Inteam telah bergabung di dalam sebuah lagu nasyid patriotik berjudul Gapura.

FOLLOW ME™ LANCARKAN INOVASI PENJAGAAN RAMBUT DALAM SYAMPU HIJAB MICELLAR TERBAHARU

Image
FOLLOW ME™ kini memperkenalkan syampu terbaru Hijab Micellar Cool & Fresh Shampoo, menerusi kempen Agenda Cool and Fresh (Agenda Dingin dan Segar), kempen yang bertujuan menggalakkan gadis-gadis muda untuk 'Jom Follow Me' (Jom Ikut Saya) bagi mendapatkan keharuman, kesegaran dan keselesaan berpanjangan yang membolehkan mereka memulakan setiap hari dengan penuh yakin.

NEONATE DAN SVG WORLDWIDE BERGABUNG ADAKAN PERTUNJUKAN FESYEN ‘RACE DAY’ DI LITAR SEPANG

Image
  Peminat-peminat kedua-dua jenama serta penggiat-penggiat industri telah mula menumpukan perhatian kepada dua jenama streetwear terkemuka Malaysia sejak pengumuman tentang kolaborasi istimewa mereka yang bakal menggemparkan industri fesyen tempatan. 

SUPER™ KLASIK BAHARU: KOPI HITAM SEGERA KHAS UNTUK CITA RASA RAKYAT MALAYSIA

Image
SUPER™, yang berdedikasi untuk menyediakan kopi, teh, dan minuman bijirin berkualiti yang sepadan dengan cita rasa rakyat Malaysia, kini memperluaskan penawarannya dengan SUPER™ Klasik, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu namun halus dan beraroma.

CONCERT OF THE CHAMPIONS – LONG LIVE THE QUEEN DI ZEPP KUALA LUMPUR

Image
Milestone Entertainment teruja untuk membawa band Eropah, Break Free ke Kuala Lumpur. Bersedia untuk menyanyi bersama lagu-lagu hits ikonik Queen, termasuk "We Will Rock You," "Radio Ga Ga," "Bohemian Rhapsody," dan banyak lagi. 

IHH HEALTHCARE MALAYSIA LANCAR KEMPEN BAGI MELENGKAPKAN 1,000 INDIVIDU DENGAN KEMAHIRAN ASAS MENYELAMAT NYAWA

Image
IHH Healthcare Malaysia (“IHH”) melancarkan kempen ‘Ready For You’ bagi melengkapkan individu dengan kemahiran menyelamat nyawa yang praktikal agar mereka dapat memberikan pertolongan cemas yang cepat dan tepat dalam situasi kecemasan perubatan asas.

ACARA ‘GO AKTIF DENGAN DAIA’ MEMUPUK GAYA HIDUP AKTIF BERSAMA DUTA JENAMA LISA SURIHANI

Image
Daia, jenama pencuci pakaian dan penjagaan rumah terkemuka, menganjurkan larian mesranya yang pertama dengan tema “Go Aktif dengan Daia”. Acara ini diatur khusus bagi membolehkan ahli keluarga berkumpul bersama-sama dalam suasana riang, gembira dan penuh kemesraan. 

HARRIS BABA MEMBAWAKAN KONSERT ARMADA BAND – JANJI BAHAGIA DI KOTA KINABALU

Image
Personaliti Harris Baba bakal menerbangkan kumpulan Indonesia Armada Band ke Sabah bagi mengadakan konsert di sana. Berlangsung pada 4 November ini (Sabtu), 8 malam konsert Armada – Janji Bahagia akan diadakan di Sabah International Convention Centre (Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah) SICC.

BLACKMORES RANGKUL ANUGERAH TRUSTED BRANDS MALAYSIA 2023

Image
BLACKMORES, syarikat penjagaan kesihatan semula jadi terkemuka Australia yang ditubuhkan pada tahun 1930-an oleh Maurice Blackmore, adalah terkenal dengan kualiti yang tinggi serta pendekatan holistiknya untuk kesejahteraan.  Dengan warisan yang menjangkau lebih 90 tahun, jenama itu kekal komited dalam mengamalkan prinsip naturopati dalam proses menghasilkan produk suplemen berkualiti tinggi yang bermanfaat untuk tubuh badan dengan khasiat penyembuhan yang diperolehi dari alam semula jadi. Penekanan jenama kepada kualiti dan keberkesanan produk, seiring dengan dedikasi terhadap kepuasan pelanggan telah membawa kepada satu lagi pencapaian penting bagi syarikat ini iaitu pengiktirafan Anugerah Platinum untuk Trusted Brand (Jenama Paling Dipercayai) Malaysia 2023 buat kali kesembilan dalam kategori suplemen kesihatan dan vitamin. Anugerah ini memperkukuhkan lagi kepercayaan warga Malaysia kepada jenama BLACKMORES sebagai pilihan yang bernilai untuk wang, dan boleh dipercayai.  ...

PERTANDINGAN FILEM PENDEK CANON 2023: MEMPERKASAKAN BAKAT BAHARU PEMBIKIN FILEM

Image
Canon Marketing Malaysia (“Canon”), peneraju industri fotografi dan pengimejan digital buat kali pertamanya mengumumkan penganjuran peraduan “Canon Short Film Contest 2023”. Para pembikin filem dan pencipta kandungan di seluruh negara, sama ada pengguna kamera mahupun telefon pintar dialu-alukan untuk menyertai peraduan ini dan menyerlahkan kemahiran kreatif mereka sebagai sebahagian daripada inisiatif syarikat yang menyokong bakat tempatan dalam industri perfileman secara proaktif.

RAISA KEMBALI KE MALAYSIA DENGAN HITS LIVE IN CONCERT DI MEGA STAR ARENA

Image
Raisa, namanya menggelegar sebagai penyanyi wanita pertama yang membawa konsert solo stadium di Indonesia, bakal kembali ke Malaysia dengan persembahan eksklusif yang menggegar! Konsert khas untuk peminat setianya di Malaysia, dan dijamin akan memberikan pengalaman muzik yang penuh sensasi.

YAYASAN PRIHATIN NASIONAL GEGARKAN MEGA STAR ARENA DENGAN KONSERT HITMAN DAVID FOSTER DAN RAKAN-RAKAN

Image
Setelah kejayaan penganjuran konsert “Rossa 25th Shining Concert” yang mendapat sambutan meriah di Kuala Lumpur pada November yang lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. 

KUALA LUMPUR: PERHENTIAN AKHIR UNTUK "THE BIG FINISH" MR BIG

Image
Kumpulan rock popular Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan "The BIG Finish". Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits "To Be With You", "Just Take My Heart" dan "Wild World". Mereka telah memulakan lawatan ke seluruh dunia mereka mulai Jepun pada 20 Julai 2023 lalu.

JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT DI PLENARY HALL 9 SEPTEMBER INI

Image
Nilai figura legenda seperti Dato' Jamal Abdillah tidak akan pernah susut. Datanglah beribu pendatang baharu, kedudukan Jamal Abdillah pada mata peminatnya tidak juga akan tergoyah. 

KONSERT ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ KE PULAU PINANG!

Image
Konsert yang berjaya memecahkan rekod artis Malaysia, ‘JILID AKHIR : ELLA PUTERI KOTA’ dengan penjualan tiket licin dalam masa 24 jam sahaja, kini kembali dengan siri jelajah ke lokasi ketiga di Pulau Mutiara pada 28 October 2023, bertempat di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang bermula pada jam 8:00 malam selepas Singapura.

KENGERIAN THE CONJURING UNIVERSE TOUR AKAN TIBA KE THE CURVE OGOS INI

Image
Bersedialah untuk memulakan pengembaraan yang menggerunkan bersama The Conjuring Universe Tour, satu pengalaman seram imersif serba baharu yang menampilkan suasana ngeri yang diinspirasikan daripada babak-babak ikonik filem seram popular New Line Cinema termasuk The Conjuring, Annabelle dan The Nun.