JACK ‘N JILL CALBEE PERKENALKAN PERISA SOUR CREAM & ONION BAHARU UNTUK MEMIKAT SELERA PENGGEMAR KEREPEK KENTANG!


JACK ‘n JILL Calbee, jenama snek terulung Jepun yang terkenal dengan langkah kawalan kualiti yang ketat, akan memikat peminat kerepek kentang dengan tawaran terbarunya. Dikenali dengan kepakarannya dalam penghasilan yang teliti, JACK 'n JILL Calbee memastikan setiap keping kerepek memberikan kerangupan, kunyahan dan rasa yang sempurna.

JACK ‘n JILL Calbee telah mendapat pengiktirafan meluas untuk kerepek kentang yang dipotong secara beralun dan menawarkan kerangupan yang tidak dapat dinafikan serta setiap gigitan kerepek yang penuh kelazatan. Dihasilkan daripada kentang yang disaring dengan teliti, bergred tinggi premium dan diimport, setiap keping adalah segar dan memberikan sensasi rasa yang tiada tandingan. Komitmen terhadap kecemerlangan ini sejajar dengan slogan Calbee, 'Sooooo Japanese', untuk membawakan jenama warisan Jepun melalui setiap gigitan.

Memperkenalkan JACK 'n JILL Sour Cream & Onion: Meningkatkan Keceriaan Masa Snek

Pada Ogos 2023, JACK 'n JILL Calbee akan melancarkan varian rasa Sour Cream & Onion yang dinanti-nantikan, seterusnya mengembangkan rangkaian kelazatannya. Menyedari akan peranan snek sebagai penambah mood, alat sosial, ganjaran dan pemuas kelaparan, JACK 'n JILL Calbee Sour Cream & Onion berhasrat untuk meningkatkan pengalaman snek ke tahap baharu sekaligus memenuhi selera penggemar kerepek kentang.

Komitmen JACK 'n JILL Calbee terhadap kawalan kualiti tidak boleh dikompromi memastikan setiap keping kerepek kentang mereka adalah penyediaan yang terbaik:
  • Langkah kawalan kualiti yang ketat secara obsesif bagi menjamin kecemerlangan produk.
  • Tekstur potongan beralun memberikan kerangupan menawan hati yang membuatkan anda kembali untuk mendapatkan lebih banyak lagi.
  • Dibuat dengan kentang premium, kerepek ini menawarkan kesegaran memuaskan.
Varian rasa Sour Cream & Onion akan tersedia dalam dua pilihan saiz pembungkusan, 50g dan 150g, dan menawarkan pilihan snek yang mudah untuk pelbagai majlis atau waktu snek.

Dapatkan JACK ‘n JILL Calbee Sour Cream & Onion Anda!

Mulai Ogos, JACK 'n JILL Calbee Sour Cream & Onion boleh didapati di pasaraya utama dan kedai runcit besar untuk membekalkan kegembiraan kepada penggemar makanan ringan di seluruh negara. Produk ini akan dijual pada harga RM 3.30 untuk pek 50g dan RM 8.90 untuk pek 150g.

Untuk maklumat lanjut tentang JACK 'n JILL Calbee dan rangkaian makanan ringan yang menarik, sila layari laman web rasmi Universal Robina Munchy’s di https://www.urc.com.my atau ikuti JACK 'n JILL Calbee di Instagram di https://www.instagram.com/jacknjill_my dan Facebook di https://www.facebook.com/JacknJillMY.

Comments

Popular posts from this blog

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!