Penyanyi muda bersuara lunak dan berbakat besar yang merupakan artis terbaharu Rocketfuel Entertainment yang berasal dari Johor Bahru, dan merupakan pemenang tempat keempat Big Stage 2019, Irfan Haris Othman atau lebih mesra dengan panggilan Irfan Haris kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘Patung’ yang ditulis oleh beliau sendiri bersama saudara beliau, Ubaidillah, dan digubah oleh komposer muda yang merupakan abang kandungnya, Haiqal Iskandar. Penuntut jurusan diploma dalam bidang Entertainment Arts di KDU University Colllege ini berkata, “Lagu ini mengisarkan tentang perhubungan cinta seorang lelaki yang merasakan dirinya dilayan seperti patung oleh teman wanitanya. Ibarat sebuah patung yang tidak mampu bergerak dan tidak mempunyai perasaan, lelaki tersebut merasakan dirinya diperlakukan sebegitu teruk kerana dipergunakan sesuka hati sesuai kehendak teman wanitanya.” Memilih untuk kembali kepada genre balada, Irfan Haris menerang...