PEDIASURE 0% SUKROSA OPTIMUMKAN TUMBESARAN FIZIKAL SI KECIL


Nutrisi menyokong kesihatan yang baik dan sangat penting dalam 5 tahun pertama kanak-kanak untuk mencapai potensi tumbesaran maksimum mereka. Dalam usaha berterusan menyokong ibu bapa di Malaysia menyediakan nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk mendorong perkembangan fizikal optimum anak-anak mereka, Abbott telah melancarkan PediaSure Perisa Asli baharu dengan 0% Sukrosa.

Kemerosotan tumbesaran serta tumbesaran terbantut – sejenis malnutrisi – merupakan satu keadaan di mana kanak-kanak mengalami kadar kenaikan ketinggian dan/atau berat badan yang lebih lambat daripada jangkaan berdasarkan umur dan jantina mereka. Tumbesaran terbantut dianggap sebagai satu masalah kesihatan awam yang semakin membimbangkan, dan menjejaskan 1 daripada 5 kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah. Malahan, masalah ini semakin meningkat di Malaysia dengan peningkatan ketara daripada 16.6% pada tahun 2011 kepada 21.8% pada tahun 2019[1]

“Tanpa nutrisi yang betul, kemerosotan tumbesaran atau tumbesaran terbantut boleh terjadi. Ini boleh membawa kepada masalah perkembangan kognitif yang lemah dam kemudaratan serius dalam kehidupan kanak-kanak kelak,” demikian kata Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan, Unit Nutrisi Abbott di Malaysia. “Namun berita baiknya ialah tumbesaran terbantut dapat dicegah. Dengan mengenal pasti mereka yang menghadapi risiko malnutrisi dan memberikan sokongan nutrisi yang betul seawal mungkin, kita dapat membantu mengaktifkan semula plat pertumbuhan dan meletakkan kanak-kanak pada landasan betul untuk mencapai potensi tumbesaran sebenar mereka.” 

“Walaupun genetik menentukan proses pertumbuhan tulang, namun faktor persekitaran – termasuk nutrisi yang betul – dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi ketinggian sebenar mereka, tidak kira perbezaan geografi atau budaya,” jelasnya lagi. 

Nutrisi mampu menyumbang kepada sehingga 80% perkembangan fizikal keseluruhan kanak-kanak dalam 5 tahun pertama mereka, dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah kekurangan zat serta tumbesaran terbantut[2]. Nutrien seperti Vitamin D, kalsium, protein, dan serat adalah penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Vitamin D serta kalsium menyumbang kepada pembinaan tulang yang sihat dan kuat dalam kanak-kanak, manakala serat penting untuk menyokong sistem pencernaan yang sihat. Protein pula memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan, termasuk pemulihan dan pembaikan tisu-tisu dalam otot, kulit, organ, darah, rambut dan kuku. Selain itu, nutrien yang kurang diketahui seperti Arginina dan Vitamin K2 juga tidak kurang pentingnya. 

Dengan PediaSure, ibu bapa dapat menyaksikan peningkatan selera anak-anak mereka dalam 4 minggu, tumbesaran yang jelas dalam 8 minggu serta pengurangan hari sakit dalam 16 minggu[3],[4]. Di samping itu, PediaSure juga dapat meningkatkan kesihatan usus dan menangani masalah-masalah berkaitan dengan tabiat cerewet makan, sekali gus menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak yang lebih holistik. 

“Ibu bapa di Malaysia menghadapi cabaran untuk menapis limpahan maklumat mengenai nutrisi dan tumbesaran si kecil,” kongsi George Mountrichas, Pengurus Besar, Unit Nutrisi Abbott di Malaysia. “Di Abbott, kami berusaha meringkaskan proses ini dan memberi ketenangan kepada ibu bapa bahawa mereka telah membuat pilihan terbaik untuk tumbesaran dan perkembangan si kecil.” 

“PediaSure menawarkan nutrisi yang lengkap lagi seimbang, serta keputusan tumbesaran yang ketara dan dapat diukur dalam beberapa minggu. Varian baharu Perisa Asli dengan 0% Sukrosa mengembangkan lagi pilihan ibu bapa untuk memenuhi keperluan si kecil berdasarkan citarasa, gaya hidup, selera dan keperluan kesihatan mereka, selain menawarkan keputusan yang sama dengan varian Vanila dan Coklat kami,” tambahnya lagi. 

Varian baharu ini menawarkan manfaat yang sama dengan varian PediaSure Vanila dan Coklat yang sedia ada dalam membantu kanak-kanak mencapai tumbesaran yang ketara dalam 8 minggu3,4. Walaupun tanpa sukrosa, ia sarat dengan dengan Arginina, Vitamin K2 Semula Jadi, Kalsium dan 36 nutrien utama yang lain serta probiotik yang dapat menyokong perkembangan fizikal. 



PediaSure Perisa Asli dengan 0% Sukrosa didatangkan dalam lima saiz, iaitu 600g, 850g, 1.2kg, 1.6kg dan 1.8kg. Ia boleh didapati di semua peruncit utama termasuk farmasi, pasar raya, pasar raya besar, kedai barangan bayi, kedai ubat tradisional Cina di seluruh negara, serta Lazada dan Shopee. 

Ikuti kami di laman sesawang www.abbott.com, LinkedIn: www.linkedin.com/company/abbott-/, Facebook: www.facebook.com/Abbott dan Twitter: @AbbottNews dan @AbbottGlobal.

[1] Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2019, Lembaran Maklumat: https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/05/5.-Fact-Sheet-NHMS-2019-English.pdf. Diakses kali terakhir pada 2 Julai 2020.

[2] Jelenkovic, A. et al. Pengaruh genetik dan persekitaran terhadap ketinggian dari bayi hingga awal dewasa: Analisis 45 kohort kembar berdasarkan sampel individu bergabung. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10.1038/srep28496 (2016).

[3] Huynh DTT et al. Persidangan Antarabangsa ke-5 mengenai Pemakanan & Tumbesaran 2018. Makanan tambahan oral meningkatkan tumbesaran linear pada kanak-kanak Filipina yang menghadapi risiko kekurangan nutrisi.

[4] Huynh DTT et al. J Hum Nutr Diet (2015), 28, 623-635, Keputusan tumbesaran dan kesihatan membujur pada kanak-kanak menghadapi risiko kekurangan nutrisi yang mendapat sokongan nutrisi jangka panjang.

Gambar hiasan: People photo created by tirachardz - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!