Posts

Showing posts from December, 2023

AMAZIN' GRAZE BAWAKAN 'GIFT OF HEALTH' SEMPENA TAHUN BAHARU CINA INI

Image
Sempena Tahun Baharu Cina ini, Amazin' Graze mengajak anda untuk menyemarakkan lagi sambutan perayaan Tahun Naga ini dengan pek hadiah "The Gift of Health yang diisi dengan pelbagai snek Amazin' Graze yang berkhasiat untuk anda sendiri atau dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Lunar Fortune

PESTA MUZIK KUANTAN BERSAMA UNGU & ARTIS-ARTIS TANAHAIR YANG POPULAR

Image
Istimewa khas buat warga Pahang dan Pantai Timur, sebuah hiburan konsert yang bakal diadakan di sana. Pesta Muzik Kuantan ini direncanakan sempena menyambut kepulanganKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkantugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang. 

BERPESTA SEPERTI ZAMAN 80-AN DI 1-ALTITUDE MELAKA SEMPENA SAMBUTAN AMBANG TAHUN BAHARU 2024

Image
Sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024, 1-Altitude Melaka bakal mempersembahkan malam pesta bertemakan 80-an pada 31 Disember.

AGODA MENGGUNAKAN AI UNTUK KONGSIKAN DESTINASI ANTARABANGSA BAGI MENYAMBUT AMBANG TAHUN BAHARU DENGAN BERGAYA

Image
Menjelang penghujung tahun ini, platform pelancongan digital, Agoda menggunakan teknologi AI untuk menyenaraikan destinasi global terbaik untuk menyambut Ambang Tahun Baru yang yakin sukar untuk dilupakan. Dengan mengambil kira keperluan pelancong tegar, mereka yang suka berpesta serta yang berkeluarga, sepuluh destinasi pilihan teratas ini menjanjikan pemandangan yang indah, pesta yang meriangkan dan suasana meriah yang tiada tandingan untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu.  (Ini adalah imej yang dijana menggunakan Kecerdasan Buatan (AI), Midjourney AI) Daripada bunga api ikonik di Pelabuhan Sydney hingga ke acara kira detik ‘ball drop’ legenda di Times Square, senarai destinasi ini menawarkan idea untuk menikmati budaya yang berbeza, pertunjukan bunga api yang menakjubkan, termasuk berpesta di Rio de Janeiro atau merasai sendiri tradisi Hogmanay di Edinburgh.

DATO’ SRI ALHA ALFA CEBURI BIDANG HIBURAN, PERKENAL RANGKAIAN KOSMETIK TERBAHARU, KOLABORASI BERSAMA DS UMIE AIDA & ZARA ZYA

Image
Bertempat di restoran eksklusif The Roomah Publika, sebuah sidang media istimewa diadakan bagi mengumumkan beberapa agenda yang direncanakan oleh figura bidang kecantikan terkemuka negara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Sri Alha Alfa.

'DEATH WHISPERER' FILEM IMAX YANG PERTAMA DARI THAILAND BAKAL MENGHANTUI PAWAGAM MALAYSIA MULAI 4 JANUARI 2024

Image
Death Whisperer' - filem seram Thai yang diadaptasi daripada "urban legend" popular bakal ditayangkan di Malaysia mulai 4 Januari 2024. Filem ini merupakan filem Thai yang PERTAMA dipancarkan dalam format IMAX with Laser, menggabungkan imej 4K Laser yang jelas dan sistem bunyi IMAX yang canggih. Ia mengangkat keseraman ke tahap yang lebih tinggi dengan pengalaman sinema yang imersif, terutamanya yang telah di- re-mastered menggunakan teknologi DMR (Digital Re-Mastering).

CANON BEKERJASAMA DENGAN TOURISM PERAK UNTUK KEMPEN TAHUN MELAWAT PERAK 2024

Image
Canon Marketing Malaysia ("Canon"), peneraju terkemuka teknologi kamera dan solusi pengimejan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tourism Perak Management Berhad (“TPMB”), yang disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, YB Loh Sze Yee, untuk bekerjasama dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan industri pelancongan Perak dan memanfaatkan solusi pengimejan Canon bagi menarik para pengunjung dari dalam dan luar negara ke Perak, serta mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan utama. L-R: En. Nor Azman Zulkifli, Senior Manager, Asset Facilities Management, Majuperak Holding Berhad, Cik Nurmalis Binti Musa, CEO, Tourism Perak Management Berhad, Mr. Shunji Yoshikai, President and CEO of Canon Marketing Malaysia, Mr. Daren Tan, Head of Penang branch, Canon Marketing Malaysia. Canon bakal memainkan peranan pe...

BERSIAP SEDIA MENYAMBUT KETIBAAN RANGE ROVER EVOQUE ‘FACELIFT’ PADA JANUARI 2024

Image
Menyelami kemewahan moden sejati, saat yang dinanti-nanti bagi pelancaran Range Rover Evoque facelift pada bulan Januari 2024 kini semakin hampir. Diedarkan khusus oleh Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), unsur reka bentuk baharu dan teknologi canggih kenderaan utiliti sport tersebut pasti meningkatkan daya tarikan dan menjadikannya sebuah kenderaan lain daripada yang lain, sesuai untuk pemanduan pintar di jalan-jalan bandar.

HAEL HUSAINI LANCAR ALBUM SULUNG ‘ANTONIM (PART I)’

Image
Sentuhan magisnya bak ‘Midas Touch’ sentiasa meraih perhatian ramai, buat personel pemenang-anugerah penyanyi-penulis lagu yang tidak asing lagi, ‘bintang’ bernama Hael Husaini, kini telah tiba masanya album sulung yang dinanti-nantikan setelah sekian lama bakal menemui peminat setianya, album ‘ANTONIM (PART I)’ yang memuatkan 6 buah lagu kesemuanya merupakan ciptaan barisan komposer ternama tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri bakal dilancarkan pada tanggal 5 Januari 2024, manakala MV ‘DIAM’ pula pada 22 Disember tahun ini.

PEJUANG PSYCHEDELIC MALAYSIA, RAMAYAN HADIR DENGAN LAGU 'DENDANG!'

Image
Dengan bangganya, pejuang muzik psychedelic Malaysia. Ramayan, mengumumkan pelancaran lagu terbaru mereka bertajuk DENDANG! di bawah label rakaman Luncai Emas.

SEPUTAR PROMOSI FILEM 'THE GOLD FINGER' BERSAMA PELAKON LEGENDA, TONY LEUNG DI KUALA LUMPUR

Image
Tiga sekawan “THE GOLDFINGER” yang terdiri daripada pelakon legenda Tony Leung, pengarah merangkap penulis Felix Chong dan penerbit Ronald Wong telah diterbangkan ke Malaysia baru-baru ini untuk mempromosikan filem blockbuster aksi jenayah tersebut. 

PERSATUAN KEBAJIKAN MARRYBROWN BERKONGSI KECERIAAN DENGAN MAJLIS SAMBUTAN AKHIR TAHUN

Image
Persatuan Kebajikan Marrybrown (Marrybrown Charities Association) telah menutup tirai tahun 2023 dengan penuh bermakna. Majlis sambutan yang diadakan untuk tiga rumah anak yatim dengan seramai 80 orang kanak-kanak dari Pusat Jagaan Rumah Juara, Rumah Ozanam PJ, dan House of Joy, membuktikan komitmen Persatuan Kebajikan Marrybrown dalam memberikan impak positif dan berkekalan kepada masyarakat.

‘SALAHKAH’ MERUPAKAN PERTARUHAN TERBAHARU ERUL SAMAH

Image
Erul Samah pertaruhkan single terbaharunya ‘Salahkah’ dan kini boleh dimuat turun di iTunes atau aplikasi penstriman atas talian iaitu Spotify, Apple Music, YouTube Music, KKBox, Tidal dan Deezer bermula 7 December 2023. Erul Samah atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin bin Abu Samah mula berkecimpung dalam bidang seni sejak 2009 menerusi program realiti Mentor terbitan TV3 selaku protege kepada Jaclyn Victor.

KUMPULAN WANITA 'SUARA' MUNCUL DENGAN LAGU ‘BAYANG-BAYANG SAYANG’

Image
Suara, merupakan nama kumpulan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik di dalam dunia seni hiburan tanah air. Mereka dianggotai oleh lima orang iaitu Eeza, Ifa, Liliz, Fitri, dan Wady. Kumpulan ini terbentuk setelah cover lagu ‘Putus Terpaksa’ oleh Ziana Zain, viral di media sosial dengan capaian tontonan lebih daripada 6.6 juta di platform TikTok, diikuti dengan sebuah lagi cover lagu berjudul ‘Madah Berhelah’ juga oleh Ziana Zain yang meraih capaian tontonan 3.3.juta di platform TikTok.

TAMASYA ANAK MUDA BUKAN HANYA SEKADAR PESTA MUZIK

Image
Tamasya Anak Muda, sebuah gelombang revolusi budaya dalam bentuk festival muzik dan seni, akan menggemparkan Jiospace, Petaling Jaya pada 5 dan 6 Januari 2024. Sebuah acara yang tidak sekadar menganjurkan pertunjukan muzik, tetapi juga menggabungkan kepelbagaian seni, budaya, dan aktiviti komuniti dalam semangat kerakyatan moden. 

SERTAI KEMERIAHAN CHUANG ASIA! YANG PERTAMA BERSAMA JACKSON WANG, TEN, MIKE ANGELO, JEFF SATUR, AND NENE PORNNAPPAN

Image
  WeTV, platform hiburan popular Asia baru-baru ini telah mengumumkan barisan mentor selebriti untuk 'CHUANG ASIA,' sebuah program survival idola bertaraf antarabangsa. 'CHUANG ASIA' bakal menampilkan “Jackson Wang" sebagai Mentor Utama bersama "Mike Angelo", "Jeff Satur", “TEN” dan “Nene Pornnappan” yang berkongsi pandangan untuk mencungkil bakat-bakat baharu Thai untuk diketengahkan sebagai idola berbakat antarabangsa. 

ASTRO MENYAMBUT TAHUN BAHARU DENGAN HITS NOW SERTA TONTONAN PERCUMA UNTUK 6 SALURAN

Image
Astro teruja untuk menyambut tahun baharu dengan buah tangan terakhir yang luar biasa pada tahun ini untuk semua pelanggannya. Nikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu kami, HITS NOW (saluran 702), disertai dengan akses terhad kepada lima saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma. Mulai 1 Januari 2023, nikmati perayaan dan raikan tahun yang akan datang dengan menyelami kandungan premium sesuai untuk setiap ahli keluarga. Tawaran eksklusif ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap para pelanggan untuk menyambut tahun baharu bersama-sama.

TRIVIA… BINTANG RTM JUARA BERKUALITI BAKAL KEMBALI DI TAHUN 2024

Image
Program Bintang RTM terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), diterbitkan khas bagi mencungkil bakat-bakat peserta di dalam bidang nyanyian. Sejarah pertandingan ini bermula pada awal 1959 dan dikenali sebagai "Bintang Radio", sebuah program anjuran Radio Malaya. 

TIKTOK SHOP DAN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP) BEKERJASAMA BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

Image
TikTok Shop dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)untuk menyalurkan hasil daripada TikTok Shop 11.11 LIVE Showdown kepada 30 usahawan mikro di bawah bimbingan YWP. Ditubuhkan pada 1986 dan dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YWP diasaskan bagi menyokong dan menaik taraf kehidupan masyarakat berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.

WOLF HIDING《怒潮》- EKSTRAVAGANZA SINEMATIK HK DI PENGHUNJUNG 2023

Image
WOLF HIDING《怒潮》, filem aksi jenayah arahan pelakon Marc Ma dan dibintangi oleh Nick Cheung, Ethan Juan dan Talu Wang, bersedia untuk bertarung di pawagam di hujung tahun 2023 ini!

FILEM 'SAYU YANG SYUKUR' - KISAH KONFLIK PERCINTAAN PENUH DRAMA

Image
Nama pelakon popular Dato Aaron Aziz sudah cukup sinonim dengan penampilannya dalam nashkah filem yang bertemakan cinta. Dengan pengalamannya yang cukup meluas dalam dunia lakonan, ternyata Aaron diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem cinta berjudul Sayu Yang Syukur. 

FILEM 'DALANG' BAKAL BERSANDIWARA DI TONTON MULAI 20 DISEMBER 2023

Image
Membongkar kebenaran sememangnya sebuah tugas hakiki seorang wartawan. Namun, bagaimana jika kebenaran yang dicari itu hanyalah sebuah hiasan yang dimanipulasi oleh seorang dalang?

THE LORD MUSANG KING BAKAL BERMAHARAJALELA DI PAWAGAM MULAI 21 DISEMBER 2023

Image
Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini. 

NARQES WELLNESS CONFINEMENT CENTRE BERI KETENANGAN MINDA KEPADA IBU BERPANTANG

Image
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran. Peningkatan angka itu sememangnya sesuatu yang positif kepada negara. 

GANDINGAN SERASI SYARUL EZANI & ZARAZYA MENERUSI HATI TERCARIK LUKA

Image
Terbaharu di slot Samarinda, Hati Tercarik Luka gandingan serasi Syarul Ezani dan Zarazya akan mula bersiaran pada 21 Disember 2023, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my , muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

ROTI CANAI DAN NASI LEMAK DINOBATKAN SEBAGAI MAKANAN PALING POPULAR TAHUN 2023 FOODPANDA!

Image
Sebagai penghargaan istimewa untuk pelanggannya, foodpanda dengan bangga memperkenalkan foodpanda Rewind 2023, tinjauan eksklusif ke atas jumlah pesanan pelanggan, makanan paling popular, sajian, barangan runcit yang paling diminati, dan banyak lagi, di mana semuanya dapat diakses melalui aplikasi. Maklumat yang diperibadikan ini memberi refleksi kepada pelanggan mengenai sejauh mana mereka bergantung kepada foodpanda untuk menghantar hidangan kepada orang tersayang dan juga menjadi pilihan utama apabila rasa lapar melanda.

NU SKIN MALAYSIA DAN YAYASAN IJN TUNAIKAN 400 HASRAT KANAK-KANAK DALAM MENJAYAKAN MISI MEMBAWA KERIANGAN PADA MUSIM PERAYAAN INI

Image
Nu Skin Malaysia, peneraju terkemuka produk penjagaan kulit dan kesihatan berkualiti premium, membawakan kegembiraan kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit jantung kongenital (CHD) dengan memenuhi hasrat mereka melalui ProjekWish List, inisiatif tahunan jenama ini, menerusi kerjasama bersama Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

PEMENTASAN “THE SOUND OF MUSIC” SEKOLAH RENDAH SRI KDU BERJAYA MENGUMPUL DANA RM100,126 UNTUK DIDERMAKAN KEPADA TEACH FOR MALAYSIA.

Image
Penglibatan murid-murid dalam persembahan kesenian membuahkan hasil yang tidak dapat disangkal lagi. Kajian menunjukkan bahawa golongan muda yang melibatkan diri dalam nyanyian, tarian, lakonan atau bermain muzik di atas pentas menerima empat kali ganda pengiktirafan dalam pencapaian akademik berbanding mereka yang tidak terlibat. “The Sound of Music” yang dipersembahkan oleh murid-murid Sekolah Rendah Sri KDU Kota Damansara bukan hanya sekadar hiburan, tetapi juga komited dalam menangani ketidaksamaan pendidikan. Melalui pementasann ini, Sekolah Rendah Sri KDU Kota Damansara telah berjaya mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Teach for Malaysia, sebuah pertubuhan amal melalui pementasannya.

VOLVO CARS ISYTIHAR KERETA DIESEL TERAKHIRNYA AKAN DIHASILKAN PADA AWAL 2024

Image
Menjelang 2030, Volvo Cars merancang untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya dan menjelang tahun 2040, ia menyasarkan untuk menjadi syarikat yang neutral iklim. Pelan hala tuju yang jelas ke arah elektrifikasi sepenuhnya tersebut merupakan salah satu pelan transformasi yang bercita-cita- tinggi bagi mana-mana pembuat kereta legasi.

LIBRA WELLNESS MEMPERKENALKAN LI'BRA, RANGKAIAN PRODUK PENJAGAAN RAMBUT DAN BADAN 100% BERASASKAN TUMBUHAN

Image
 Jeremy Andrus (kiri) dan Carmen Khor, pengasas bersama Libra Wellness Jenama kecantikan dan penjagaan diri, Libra Wellness melancarkan rangkaian produk baharu, Li'bra yang diperbuat daripada ramuan berasaskan 100% tumbuhan, beretika, mesra-alam dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya.

JENAMA TEH BOBA TERKENAL SINGAPURA, PLAYMADE KINI MEMIKAT HATI PENCINTA TEH BOBA MALAYSIA

Image
Sejak penubuhannya pada tahun 2017, PlayMade telah memikat hati dan citarasa penggemar teh boba di 30 lebih buah negara dengan menggunakan ramuan teh boba yang hebat dan boba berperisa unik yang dibuat segar di kedai.

APAKAH ANTARA 12 LAGU YANG BAKAL MENDOMINASI DI ANUGERAH JUARA LAGU 38?

Image
Selepas tiga hari berlangsungnya Muzik Muzik 38 Separuh Akhir dari 15 hingga 17 Disember 2023, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my , 12 buah lagu terbaik yang mendominasi Anugerah Juara Lagu 38 telah diumumkan.

AEON LANCAR KEMPEN 'TRAVEL NOW' & UMUM PEMENANG UNTUK PERCUTIAN BERJUMLAH RM80,000

Image
AEON baru-baru ini telah mengumumkan bahagian terbaharunya - TRAVEL NOW , at AEON Bandar Utama. Menampilkan 24 jenama terkemuka bagi bagasi, pakaian dan aksesori yang wajib ada bagi perjalanan, bahagian Travel Now ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan. 

THE CURVE BAWAKAN KECERIAAN KRISMAS DI ‘JOLLY CHRISTMAS CARNIVAL’

Image
Marilah melangkah ke dunia pesona perayaan Krismas di pusat beli-belah the Curve yang bersedia untuk mengalu-alukan kehadiran anda dengan 'Jolly Christmas Karnival’. Mulai sekarang hingga 1 Januari 2024, ruang Centre Court diubah menjadi Karnival Krismas yang meriah

ABARO ‘SHOES FOR YOU. HOPES FOR THEM’ MENYUMBANG 200,000 PASANG KASUT SEKOLAH UNTUK PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK

Image
Tiada apa yang lebih menggembirakan dari melihat senyuman terukir di wajah para pelajar sekolah bukan? ‘Shoes For You. Hopes For Them.’ merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) jangka panjang ABARO yang bermula pada tahun 2016. Jenama kasut tempatan Malaysia ini percaya bahawa kanak-kanak tidak sewajarnya ke sekolah tanpa mengenakan sepasang kasut yang bersesuaian dan selesa. ABARO baru-baru ini menyumbang sejumlah 152 pasang kasut sekolah baru beserta stokin kepada pelajar B40 di Sekolah Kebangsaan Jalan Gurney (2) bersempena dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang kini telah mencapai jumlah keseluruhan 200,000 pasang kasut sekolah. Kasut sekolah ini akan membantu para pelajar melangkah ke tahun akademik akan datang dengan lebih yakin dan cemerlang.

SAMBUTAN GEMILANG DENGAN RATUSAN WAJAH POPULAR YAKIN DENGAN SERUM NIVEA LUMINOUS630 ANTI-BINTIK HITAM NO.1 DI DUNIA DAN BERKATA #TRUSTMEITWORKS

Image
Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kulit Kebangsaan, NIVEA menganjurkan malam sambutan bersama selebriti tempatan dan peminat kecantikan yang merupakan pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630. NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia telah mendapat kepercayaan dan keyakinan ratusan rakyat Malaysia yang telah menguji dan yakin dengan rangkaian anti-bintik hitamnya, NIVEA LUMINOUS630 sebagai penyelesaian utama bagi bintik hitam dan pelbagai masalah kulit menggunakan inovasi terobosan LUMINOUS630 yang terbukti berkesan mengurangkan semua jenis bintik hitam dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit. Ia merupakan sambutan malam yang penting, kerana NIVEA menghargai penggunanya dengan meraikan usaha mereka ke arah kehidupan sihat, muda dan berseri sepanjang hayat.

K-BERRIES: PRODUK KECEMERLANGAN PERTANIAN KOREA KINI TIBA DI MALAYSIA

Image
Dalam satu peristiwa penting untuk industri tempatan dan pengguna Malaysia, Perbadanan Perdagangan Agro-Perikanan dan Makanan Korea, bersama Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar Korea Selatan, telah memperkenalkan lima jenis strawberi premium Korea ke pasaran Malaysia iaitu Kuemsil, Sulhyang, King’s berry, Vitaberry, dan Snowberry . Pengumuman bersejarah ini menandakan kemunculan rasmi strawberi yang hebat ini di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam kualiti dan rasa.

POS MALAYSIA TERBITKAN SETEM KHAS & SAMPUL HARI PERTAMA “PALESTIN MERDEKA”

Image
Pos Malaysia Berhad ("Pos Malaysia" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional hari ini melancarkan set setem “Palestin Merdeka”. Setem “Palestin Merdeka” menampilkan imej tangan yang mengibarkan bendera Palestin, berlatarbelakangkan bayang-bayang orang ramai yang bersatu. 

COCA-COLA LANCAR BOTOL PLASTIK PET 100% KITAR SEMULA BUAT JULUNG KALINYA DI MALAYSIA

Image
Sistem Coca-Cola di Malaysia mengorak langkah penting ke arah mencapai ekonomi kitaran pembungkusan plastik, dengan melancarkan botol Coca-Cola® Rasa Asli dan Coca-Cola® Zero Sugar 500ml yang diperbuat daripada plastik 100% kitar semula (tidak termasuk penutup dan label) di seluruh negara.

INISIATIF KESELAMATAN JALAN RAYA TOTALENERGIES MALAYSIA DAN ARUS ACADEMY MELIBATKAN LEBIH 17,000 PELAJAR DI SELURUH NEGARA

Image
Program 'VIA Safe Mobility Malaysia 2023', usaha kerjasama antara TotalEnergies Malaysia dan ARUS Academy, berakhir dengan kejayaan gemilang. Tahun ini, program tersebut menarik lebih daripada 2000 pelajar dari seluruh Malaysia dan menerima lebih daripada 90 poster tentang cara pelajar mentafsirkan keselamatan jalan raya sebagai sebahagian daripada pertandingan dalam program tersebut.

KONSERT LIVE D'MASIV: SATU MALAM PENUH PENGALAMAN MUZIK YANG SUKAR UNTUK DILUPAKAN

Image
Ifix Entertainment, bekerjasama dengan Panggung Asia, dengan bangga mempersembahkan konsert live yang sangat dinantikan yang menampilkan kumpulan pop rock sensasi Indonesia, D'Masiv.

CSA ACADEMY ‘MEMPERSEMBAHKAN ZIANA ZAIN CONCERT 2024’

Image
Bakal menjadi tanda aras cipta sejarah, CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ yang dijadual berlangsung pada 25 Mei 2024 adalah sari berita terpenting bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut tapi juga buat industri hiburan tanahair.

WOMEN:girls RAIKAN GRADUAN ‘KEJAR KERJA’ DALAM ACARA BERSEJARAH

Image
WOMEN:girls meraikan satu lagi kejayaan bersejarah dengan satu majlis graduasi di Kuala Lumpur setelah berakhirnya sesi terbaharu program Kejar Kerja. Program perantisan ini, yang direka khas untuk membentuk laluan kerjaya berstruktur untuk wanita muda dalam industri kreatif, merupakan usaha kerjasama antara WOMEN:girls, NIVEA dan Watsons. 

ALAMI KEMERIAHAN 'WINTER WONDERLAND ADVENTURE' DI IOI MALLS

Image
Kini tiba masanya sekali lagi untuk perayaan hujung tahun dengan pokok-pokok dihias indah, hiasan perayaan, lampu bergemerlapan, lagu-lagu riang berkumandangan dan makanan kegemaran yang lazat, semuanya disediakan untuk sambutan yang agak berbeza daripada yang lain. Dengan tema “Winter Wonderland Adventure”, IOI Malls menampilkan pelbagai aktiviti, hadiah, persembahan dan sajian perayaan yang lain untuk seisi keluarga di sepanjang bulan Disember, sehingga Hari Tahun Baru 2024!

MERIAHKAN CUTI HARI KRISMAS ANDA BERSAMA KONSERT ALL-4-ONE DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS

Image
Hangatkan percutian Krismas anda dengan lagu-lagu popular daripada kumpulan R&B dan pop Amerika yang memenangi anugerah, All-4-One di Resorts World Genting’s Arena of Stars pada 25 Disember jam 6 petang! Hadir di Malaysia untuk persembahan satu malam sahaja, kumpulan yang berpangkalan di California bakal membawakan lagu-lagu hits klasik mereka seperti “I Swear”, “So Much in Love”, “I Can Love You Like That”, “I Turn to You”, “These Arms”, “Beautiful as You” dan banyak lagi!

KUMPULAN POP NEW ZEALAND, 'DRAX PROJECT' TAMPIL DENGAN ALBUM KEDUA ‘UPSIDE’

Image
Dengan lebih setengah bilion strim, Drax Project adalah salah satu artis terbesar yang lahir dari New Zealand dan pada hari ini melancarkan album kedua 10 lagu mereka 'Upside'. Di samping itu, kumpulan tersebut telah mengumumkan persembahan utama mereka di London yang sangat istimewa pada 19 Julai tahun hadapan di The Jazz Cafe di Camden.

PDRM DAN WHOSCALL BERIKAN 1 JUTA AKAUN PREMIUM BERNILAI LEBIH RM87 JUTA UNTUK MEMBANTU MEMBANTERAS PENIPUAN DALAM TALIAN DI KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

Image
Whoscall yang dikuasakan oleh Gogolook, jenama terkemuka dalam TrustTech yang meningkatkan keselamatan global dengan teknologi anti-penipuan dan perkhidmatan pengurusan risiko bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat pertama kalinya menganjurkan Karnival Scam Free Malaysia bertujuan untuk menwujudkan komuniti bebas penipuan dengan membantu orang ramai mencegah penipuan dalam talian dan panggilan. Di karnival itu, PDRM dan Whoscall mengukuhkan komitmennya dengan pengumuman pemberian 1 juta akaun Whoscall Premium dengan penggunaan selama satu tahun yang bernilai lebih RM87 juta untuk membantu melindungi rakyat Malaysia daripada penipuan dalam talian. Langganan satu tahun Whoscall Premium memberikan pengguna akses kepada pelbagai alat anti-penipuan seperti ID Pemanggil; Sekat Panggilan Spam secara Automatik; Pangkalan Data Kemas Kini secara Automatik termasuk ciri terbaharunya iaitu Panggilan ID WhatsApp dan Pengimbas URL tanpa sebarang iklan.

ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2 - FILEM SERAM BLOKBUSTER PEMBUKA TIRAI 2024!

Image
Grand Brilliance Studio mempersembahkan filem sekuel seram Anak Perjanjian Syaitan 2 yang kini kembali untuk menuntut janjinya di pawagam serta menemui peminat filem seram tempatan di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024.

KOLEKSI MUSIM PERAYAAN TRIUMPH SMOOTH SENSATION: SERLAHKAN KEYAKINAN BERKILAUAN

Image
Musim perayaan sememangnya sinonim dengan keriangan, keluarga dan, sudah tentunya, keraian. Ia juga peluang bagi anda untuk menghadiahi yang tersayang.

TIADA YANG TERTINGGAL: BZU BZU BANTU KOMUNITI KURANG BERKEMAMPUAN DENGAN TISU BASAH ANTIBAKTERIA BERNILAI RM 350,000

Image
BZU BZU, jenama penjagaan keluarga terkemuka, meneruskan komitmennya untuk memberikan impak positif kepada masyarakat melalui siri inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Inisiatif ini memberi tumpuan terhadap membantu komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan melalui kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyalurkan sumbangan tisu basah antibakteria BZU BZU.  Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, En. Raphael Jiang dan pasukan BZU BZU mengagihkan tisu basah kepada komuniti gelandangan dan kurang berkemampuan di Kuala Lumpur. Inisiatif ini selaras dengan pegangan BZU BZU bahawa keperluan asas kebersihan diri perlu diberi akses kepada semua tanpa mengira latar belakang sosioekonomi. Sehingga kini, BZU BZU telah menyumbangkan jumlah keseluruhan sebanyak 30,000 unit tisu basah antibakteria BZU BZU, bernilai RM 350,000 kepada NGO tempatan seperti Suriana Welfare Society, The Hope Branch, Kechara Soup Kitchen, MERCY Malaysia, SHELTER Home For Children, dan Agathia...